Anda di halaman 1dari 11

ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SUDUT

POLITIK
SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA

Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di
Alam Melayu,ekoran diripada sistem petadbiran yang sistemetik.
Sistem pentadbiran dimelaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki
pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan
yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja
dan para pembesar,manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan,para
pedagang,rakyat biasa dan hamba.Kestabilan politik melaka pada peringkat awal
dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak
yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai
pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di
Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk
memajukan Melaka.

Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang


terpenting.Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat
kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak
menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan
adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan
dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan.
Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para
pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara
disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas
mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para
pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya. Secara
umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

(a) Bendahara
Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka
bergelar Seri Wak Raja.
(b) Perdana Menteri
Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah
Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua
menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar,
Bendahara Singapura yang pertama.
(c) Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada
kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja.

Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh
pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem
berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan
mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran
Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk
keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan
adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika
Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, “…with my wife
and house.” Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras
dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang
paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke
semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi
semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh
Sejarah Melayu sebagai ‘memerintah istiadat takhta kerajaan baginda’. Antara peraturan
yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab
menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan
melantik para biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi
istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad Syah,
1424-1444 T.M. ) Beliau dikatakan telah ‘mengatur takhta kerajaan baginda’. Sejarah
Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan,
tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para
pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan
adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan
protokol.
Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung
dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini
diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh
sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan
Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga
negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal
keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah
jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.
Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini
muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan
entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi
nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan
taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti
perdagangan.
Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah
( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ‘ditempelkan’ oleh Ratu Majapahit, kemudian
diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah
Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja
kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian,
tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi
apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf
jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.
Menurut huraian diatas, jelaslah bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka
merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan
dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara..
PEMBETUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA

Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan


berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama
induvidu,dikalangan antara kelompok atau antara induvidu dan kelompok dengan sistem
keadilan yang telah pun ditentukan dalam masyarakat tersebut). Di Melaka,dalam
memastikan kestabilan politik dan Negara,Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah
mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua
buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Undang-undang yang pertama dikenali
sebagai hukum kanun melaka yang merupakan undang-undang darat melaka yang mana
merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan
merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan
keamanan
Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat.
Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun
Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2
dalam Hukum Kanun Melaka;„Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu
dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum
Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya“.
Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu.
Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di
Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu,
undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan
dihukum mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki
Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki tersebut akan dihukum
berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut
adab dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan
dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini
menunjukkan sikap Raja Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda
hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah
menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai
lagi untuk datang dan menetap di Melaka..manakala teks yang kedua pula dikenali
sebagai undang-undang laut melaka atau adat pelayaran melaka.teks ini diterjemah
sebagai “the maritime laws of Malacca”. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali
sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang
Laut. Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara
berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab
nakhoda, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk
melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Ini telah menggalakkan kedatangan
pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. .undang-undang di melaka
telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak.contohnya hukumanpotong tangan akan
dikenakan terhadap pencuri yang tertangkap.hal yang demikian dirujuk berdasarkan
hokum hadd dalam kesalahan jenayah pada hokum yang dikenakan terhadap para
jenayah yang tertangkap. dengan adanya undang-undang tersebut,melaka telah berjaya
manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di
nusantara.

HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA

Antara faktor lain yang mejadikan Melaka sebagai pusat kegiatan politik yang
terkenal di Alam Melayu ialah kejayaan Melaka dalam menguasai tanah-tanah
jajahannya.Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar
penaklukkan,kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menanbah
pengaruhnya.Hal ini dapat mengukukkan lagi politik Melaka,dengan adanya pengaruh
yang ramai.Malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain,yang
sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.Kejayaan Melaka dalam menjalin
hubungan diplomatic dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting
dalam perkembanggan politik Melaka.Peristiwa ini dapat dilihat apabila Parameswara
telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik
dengan negeri China.Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut,Parameswara
diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406,pengakuan tersebut disertakan dengan
penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning.Pada
masa tersebut negeri China dikatakan negeri yang mepuyai kuasa yang terkuat di
asia.dengan menjalinkan hubungan dengan China,Melaka mendapat perlindungan
daripada China.Hal dapat menjamin keselamatan Melaka,khasnya daripada ancaman
Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan
China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan
untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyarang dan menancam Melaka
kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.
ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SUDUT
EKONOMI

PERDAGANGAN
PERANAN SELAT MELAKA

Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat perdagangan di rantau

Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka
yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya.Selat
Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angina monsoon.Hal
ini menyababkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada
tiupan angin monsoon.Disamping itu mereka boleh menjalankan aktiviti perdagangan di
Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa beli yang tinggi.Perdagangan di Melaka juga
berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang disediakan oleh pemerintah
untuk memudahkan para pedagangan.Contonnya perkhidmatan membaiki kapal,rumah
tumpangan,stor barangan dagangan dan sebagainya.kebijaksanaan pemarintah telah
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.Contohnya pemerimtah
Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para padagang di Melaka dengan
menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan aktiviti perdagangan
di pelabuhan.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang dari luar untuk
berdagang di melaka.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah bertindak sebagai
pelabuhan interport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan
daganagan antara para padagang.Denagan adanya pelabuhan interport,melaka telah
dikenali di seratapelosok.Hal ini,sekaligus telah menjadikan melaka terkenal sebagai
pusat perdagangan pada abad ke-15 masihi dan abad ke-16 masihi.
HUBUNGAN DENGAN CHINA

Selain itu,terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat
perdagangan,iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan China.sebagai tanda
persahatan,Melaka kerap menhantar rombongan melawat Negara China.Tujuannya
ialah untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk memperluaskan
perdagangan Melaka. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Syah,baginda meneruskan hubungan dengan negera China bagi mematikan kepentingan
perdagangan Melaka dapat diteruskan dan berkembang.negara China merupakan
sebuah Negara yang luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli yang
tinggi,ini merupakan kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan
barangan dagangan mereka di China.Hal ini sudah tentu akan memberi keuntunagan
kepada Melaka.Namun pada masa yang sama perhubungan dengam China juga dapat
memenuhi keperluan barangan di Melaka.Dengan terjalinnya hubungan dengan Negara
China , perkembangan perdagangan Melaka telah berlaku dengan pesat sehingga
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.

PERANAN ORANG LAUTT

Di sekitar perairan selat melaka telah didiami oleh orang laut ekonominya adalah
berasaskan aktiviti morompak dan melanin.Mereka akan menyamun para pedagang
yang melalui selat melaka.Hal ini akan menakutkan para padagang untuk berdagang
dan melalui selat melaka.Kebijaksanaan pemerintah yang telah berjaya menguasai
orang laut,sekaligus dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di selat melaka.Orang laut
dikatakan sungguh taat dan setia kepada Parameswara dan keturunannya sehingga
keturunan yang terakhir di Johor pada 1699. Orang-orang laut telah diberikan pangkat
dalam istana oleh sultan supaya dapat menjamin keselamatan perairan selat
melaka.pada masa yang sama orang juga telah dijadikan angkatan tentera laut bagi
megawasi perairan selat melaka.Dengan kemahiran yang sedia ada,orang laut dapat
mengawal perairan selat melaka dengan mudah.Contohnya mereka dapat mengalahkan
musuh dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran dalam mengendalikan
kapal,mambaca tiupan angin,dan sebagainya.Ekoran daripada kejayaan menguasai
orang laut,Melaka dapat menarik minat para pedagang dari luar kerana terdapat
jaminan keselamatan yang telah disediakan.
ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SUDUT
PENDIDIKAN

Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam


golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam
seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah
mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun.
Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitabkitab.
Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulama
Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara
tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan
Hasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telah
banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi
dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan
tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah
pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul
serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal,
pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang
sihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).
Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di
Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai
perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempattempat lain
yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah
dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang
dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitab-kitab utama yang menjadi
pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak
aIShirazi,
Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.
Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmu
pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari
Megat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, begitu
mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja
berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan.
Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya
seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi
Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lainlain bukan sahaja
dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki
sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir (Abdullah Ishak, 1990 : 142).

Bahasa Dan Kesusasteraan

Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan
berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukan
Agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara.
Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan
penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu
Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi
lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap
perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang
mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan
(abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).
Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab
kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai
dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat
memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama,
hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat
penyebaran dan penyampaian Agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah
digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara factor
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian
persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan
yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung
Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama Islam telah menaikkan
taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada
masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa
Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan
aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam
daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam
gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari
negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan
berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam
mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat
ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara
meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan
digunapakai dalam bahasa Melayu.
Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisan
kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi
Muhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para
Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi
terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair
Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan
kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa
Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasa
Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera
semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal
dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan
lainlain
lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).
Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia
juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan
sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami
perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para
sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja
bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu
kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan
telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu
sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan
Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.

Beri Nilai