Anda di halaman 1dari 6

Minit Mesyuarat HEM Bil.

1/2019

Tarikh: 7 Januari 2019 ( Isnin )


Tempat: Makmal Komputer, SK Bukit Batu, Limbang
Masa: 2.00 petang

Kehadiran:

1. En. Narawi ak Aba Guru Besar


2. En. Willie Gabriel Enak Penolong Kanan 1
3. En. Jambery Subok Penolong Kanan KoKurikulum
4. En. Rozaidi Bin Salim Penolong Kanan HEM
5. En. Kelly Esoi Guru Pemulihan Khas
6. En. Mohd. Aziman bin Majid Guru Akademik
7. En. Michael Janda Ak Bana Guru Akademik
8. En. Fresler Matsim ak Geri Guru Akademik
9. Pn. Cynthia Alexius Serit Guru Akademik ( Pencatat Minit )
10. En. Windy Rosman bin Roslan Guru Pendidikan Islam
11. En. Berandah ak Nawa Guru Akademik
12. Cik Kho Yian Hua Guru Emis Data
13. Pn. Fatimah binti Pauji Guru Akademik
14. Pn. Theresa Ak Bunyau GURU Akademik
15. Pn. Christine Yong Su Fong Guru Akademik
16. Pn. Basi ak Robert Guru Akademik
17. Cik Ling Siew Li Guru Perpustakan dan Media
18. Cik Nurul Rasheeqa binti Jonidi Guru Akademik
19. Pn.Helen ak Jungan PPM Prasekolah
20. En.Mohd.Nor Hisham bin Rasid Juruteknik
21. En.Muhamad Nazri bin Matjisin PPM Asrama
22. En.Mathew ak Ijaw PPM Asrama
23. Pn.Norita Gading ak Jayah PPm Prasekolah
24. En.Norizan bin Kamis PO
25. Pn.Maneng ak Jayah PT
26. Pn.Manih binti Osman PPM Asrama
27. En.Dullah bin Jali PA
28. En.Siling ak Yubog PO

Tidak Hadir Bersebab


1. Pn.Tina ak Bujang PPM Asrama (Cuti sakit)
AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit / maklum balas
4. Mengagihkan tugas kepada ahli
5. Ringkasan Aktiviti Sepanjang Tahun Unit Hem
6. Sistem Fail/Pemantauan berkala.
7. Hal-hal lain.
8. Ucapan Penangguhan

1.0 Perutusan Guru Besar


1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua dimana unit HEM adalah unit
kedua penting di sekolah.Banyak kerja yang perlu dillakukan dan melibatkan
murid baik yang di sekolah rendah dan sekolah menengah.Beliau juga
menyatakan 3 pekara yang penting hasil lawatan PPD ke sekolah iaitu:

a) Pengurusan Asrama
PPd mahu pihak yang terlibat memastikan kemudahan asas seperti
tilam,almari,dan bantal adalah mencukupi.Keadaan asrama dlbahagian
luar juga perlu diambil perhatian.

b) Dapur
PPD juga menegur tentang bahagian dapur di mana semua pihak yang
terlibat diminta untuk memastikan bahagian dapur sentiasa bersih dan
jika ada mana-mana bahagian yang perlu dibaiki sila maklumkan supaya
pembaikian dapat dijalankan.

c) Pertandingan Asrama (ASAT).


Asrama lelaki dan asrama perempuan akan dicalonkan untuk mengikuti
pertandingan asrama (ASAT) dimana pertandingan ini adalah penting
untuk kemenjadian murid dan melibatkan Ko-kurikulum asrama.Beliau
juga menyatakan bahawa sekolah akan mengadakan lawatan ke asrama
sekolah yang cemerlang sebagai penanda aras.Contoh:SK Limbang,SMK
Medamit dan SK Tiga Kampung.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Belum ada memandangkan ini adalah mesyuarat yang pertama untuk tahun
2019.

3.0 Pekara berbangkit/ Maklumbalas dari PPD


3.1 Pihak PPD akan membuat lawatan yang kedua pada bulan Februari.
3.1.1 PK Hem menyatakan bahawa setakat ini bilangan katil dan bantal
yang ada sekarang adalah tidak mencukupi.

3.1.2 Pn.Manih dan En.Mathew menyatakan untuk asrama lelaki tilam


dan bantal adalah mencukupi. Tilam dan bantal pelajar juga
bersarung. Asrama perempuan mengalami masalah katil, tilam dan
bantal yang tidak mencukupi kerana bilangan pelajar perempuan
yang agak ramai.

3.1.3 Sistem paip


PK Hem menyatakan bahawa sistem penyambungan paip
di sekolah adalah belum lengkap dan perlu di perbaiki lagi.

3.1.4 Untuk kawasan berbahaya disekolah perlu ditandakan semula


seperti di kawasan tangki air di hadapan kelas pemulihan, di
belakang rumah Guru Besar dan asrama perempuan.

4.0 Pengagihan tugas


(Rujuk lampiran)

4.1 Untuk bahagian tugas no 4, Pn.Basi hanya perlu mengumpul borang yang
telah diedarkan dan dikembalikan semula kepada PK HEM.

4.2 Bahagian yang ke 6, PK HEM ada menubuhkan Tabung DI sayang.Tabung ini


diwujudkan bertujuan untuk mengumpul derma sama ada dalam bentuk wang
atau barang bila berlakunya kejadian seperti kematian atau banjir.

4.3 Bahagian yang ke 7, Cik Nurul Rasheeqa hanya bertindak sebagai ketua dan
boleh mula merancang program.

4.4 Untuk bahagian yang ke 9,Jawatankuasa ini baru diperkenalkan pada tahun
ini dan program pula akan di buat secara bekala.

4.5 Bahagian yang ke 10 ,Program telah pun disusun. Contoh: Gotong –royong
anti denggi.Laporan akan dibuat selepas setiap aktiviti dijalankan.

4.6 Bahagian yang ke 11,sudah ada program dirancang untuk sepanjang


tahun.Contoh: Ceramah.
4.7 Sebelum bulan Mac,Bilik BOSS mesti ada perubahan sama ada besar atau
sedikit. Begitu juga dengan pengurusan fail yang perlu diperbaiki.

4.8 Untuk keceriaan pula, PPD ada membuat teguran supaya keceriaan sekolah
perlu ditambah lagi.

4.9 PK Hem juga akan berurusan dengan pihak Bomba tentang ceramah
keselamatan dan juga aktiviti firedrill.

4.10 Jurujual juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Guru besar
menyatakan jika ada agent insuran yang ada urusan untuk membuat
penambahbaikan untuk skim insuran yang ada saja di benarkan masuk.

4.11 PK Hem juga mengingatkan supaya laluan kecemasan di asrama dan


kelas akan ditampal mulai hari Isnin depan. Untuk cermin tingkap yang tidak
dipakai,guru kelas diminta untuk menyimpan cermin tersebut di tempat yang
selamat.

4.12 Pihak sekolah juga boleh mengarahkan atau mencadangkan kepada


pekerja-pekerja swasta untuk membuat gotong-royong sekolah.Contoh: Satu
bulan sekali.

4.13 Guru-guru kelas juga diingatkan untuk mengwujudkan fail peribadi untuk
semua murid. Tujuannya adalah untuk menyimpan semua dokumen dan
maklumat berkaitan dengan setiap murid.

4.14 Nama murid-murid di dalam Buku kehadiran yang berwarna biru mesti
diisi dengan betul berdasarkan nama didalam sijil lahir murid.

4.15 Guru-guru kelas diingatkan untuk menyediakan bahan-bahan yang


disenaraikan dibawah didalam kelas masing-masing.
a) Jadual waktu
b) Jadual bertugas
c) Senarai iventori
d) Motto kelas
e) Alatan dan keperluan didalam kelas
f) Pelan kecemasan dan kebakaran.

5.0 Program tahunan HEM.


Rujuk lampiran

5.1.1 Untuk keceriaan asrama pula, pada hujung tahun nanti akan ada
penganugerahan untuk Asrama Terbaik dan Asrama Patriotik.

5.1.2 PK Hem memohon kerjasama semua pihak untuk memajukan asrama SK Bukit
Batu melangkah satu langkah ke hadapan.
6. Sistem Fail/ Pemantauan berkala.
PK Hem juga mengingatkan semua jawatankuasa untuk mengemaskini fail masing-
masing. Mesyuarat pula sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Nyatakan juga
perancangan yang telah dibuat.

7.Hal-hal lain.
7.1 PK Ko-Korikulum
7.1.1 Mohon agar semua guru yang terlibat dalam Karnival Sukan Zon E yang
lepas untuk menghantar laporan kepada beliau.
7.1.2 Latihan pusat untuk bola jaring dan sepak takraw akan bermula pada
hari Rabu hingga ke hujung minggu akan datang.
7.1.3 Sekolah SK Bukit Batu juga akan terlibat dalam penganjuran
pertandingan bola baling yang akan diadakan di SK LImbang.Dua orang
staf yang terlibat ialah En.Norizan dan En.Nor Hisham.

7.2 Cikgu Kho bertanya jika di dalam sistem APDM di bahagian maklumat
murid boleh diisi ‘Tiada’ untuk pendapatan penjaga ke dua.
Respon dari PK Hem: Boleh kerana untuk penjaga kedua ada ralat
yang dibolehkan dan beliau mengingatkan guru-guru kelas supaya
jangan meletakkan jumlah pendapatan yang sama diantara penjaga
pertama dan kedua.

7.3 Cikgu Aziman menyatakan ada ibu-ibu yang mengadu tentang lori-lori
yang diletakkan di luar kawasan sekolah.Aduan dibuat kerana mereka
bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka.
Respon dari GB: Pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran
kepada pemilik lori-lori tersebut juga pihak sekolah juga bercadang untuk
mengadakan perjumpaan dengan tuai-tuai rumah dan pemilik lori.Surat
akan diuruskan oleh En.Kelly.

7.4 En.Nazri mencadangkan agar pihak sekolah memohon untuk lampu jalan.
Respon dari PK Hem: Beliau akan menulis surat ke Unit Pembangunan di
PPD Limbang dan juga pihak SESCO.

7.5 PK 1-En.Willie
7.5.1 PK 1 mengingatkan tentang mesyuarat yang akan di adakan pada
malam ini.
7.5.2 Untuk majlis perhimpunan sekolah, beliau menyuruh semua staf
merujuk buku pengurusan dan buku log perhimpunan mesti disediakan.
Cikgu Michael Janda akan menyediakan buku kedatangan. Semua staf
diingatkan untuk memakai blazer pada waktu perhimpunan dua minggu
yang akan datang.
7.5.3 Program transisi dan Guru Penyayang-Pastikan akan dijalankan
oleh guru-guru yang terlibat
7.5.4 Esok pula diingatkan ada mesyuarat e-opersi untuk semua staf.
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................... .......................................
(CYNTHIA ALEXIUS) ( NARAWI ANAK ABA )
Setiausaha HEM Guru Besar
SK Bukit Batu SK Bukit Batu

Anda mungkin juga menyukai