Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN SINARAN BUDI


Jalan Kuala Garing
48000 RAWANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03.60916480
No. Pendaftaran: SEL:041

Ruj Kami : SKSB 100/7/ (64)


Tarikh : 18 September 2019
Pengarah Urusan,

YTL Cement Berhad


Jalan Kuala Garing
48000, Rawang,
Selangor.

Melalui dan salinan,


Guru Besar,
SK. Sinaran Budi,
48000 Rawang, Selangor

Tuan ,

MEMOHON SUMBANGAN TENAGA KERJA DAN ALATAN PEMBERSIHAN DINDING

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SK Sinaran Budi ingin memohon sumbangan berbentuk
tenaga kerja dan alatan bagi tujuan pembersihan dinding pagar sekolah diantara SK Sinaran Budi dengan
SMK Garing.

3. Tarikh cadangan bagi aktiviti pembersihan adalah pada 21 September hingga 28 September 2019
ataupun pihak YTL Cement boleh memberi tarikh yang sesuai. Pihak PIBG juga ingin mengadakan
gotong royong mengecat dinding setelah dinding itu dibersihkan dan tarikh cadangan untuk mengecat
pada 5 Oktober dan 12 Oktober 2019.

4. Diharap pihak YTL Cement dapat memberikan persetujuan dan boleh berhubung terus Yang
Dipertua PIBG SK Sinaran Budi Encik Razali bin Selamat di nombor 013-3956402 atau Setiausaha
Kehormat PIBG SK. Sinaran Budi, Abdul Rasid bin Hamdan di nombor 014-2514913

Sekian. terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD RAZALI BIN SELAMAT )


YDP PIBG SK. Sinaran Budi,
48000 Rawang, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai