Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM KELAS

TAMBAHAN TAHUN 6
SUBJEK SAINS
2019

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG


BUNDUNG
KERTAS KERJA PROGRAM KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNDUNG

PENGENALAN

Kelas Tambahan Tahun 6 2019 adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid
Tahun 6. Program ini merupakan salah satu program persediaan UPSR Sains yang
dijalankan demi meningkatkan prestasi murid-murid. Kelas ini juga merupakan salah
satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.

RASIONAL

Kelas ini diadakan sebagai pendedahan kepada murid-murid yang bakal menduduki
UPSR. Ia menjurus kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dengan lebih
berkesan. Selain itu, ia adalah salah satu inisiatif pihak sekolah memulihkan murid-
murid yang lemah.

OBJEKTIF

I. Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR.

II. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam bilik darjah.

III. Melahirkan rasa akrab antara murid dengan guru.

IV. Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai
sasaran kecemerlangan UPSR.

V. Mengisi masa terluang murid dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

SASARAN

Semua murid Tahun 6 SK Tanjung Bundung

TARIKH & MASA CADANGAN

Kelas ini akan dijalankan sepanjang tahun bermula Januari 2019 sehingga UPSR. Hari-
hari yang terlibat adalah dari hari Isnin hingga Khamis. Masa bermula dari jam 1400
hingga jam 1600, Setiap Cuti Perayaan dan cuti umum dan bermula OgosSetiap
hujung minggu bermula dari jam 8.00 hingga jam 10.00 pagi.

TEMPAT

Bilik Sains SK Tanjung Bundung


JAWATANKUASA PROGRAM KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2019

PENGERUSI

ENCIK MOHD. AZIZAN ABDULLAH(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI (I)

PUAN HELEN EMPERA( GPK1)

NAIB PENGERUSI (II)

CIK MASNIE MASIDI (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI (III)

ENCIK MICHEAL PILLOW(GPK KK)

SETIAUSAHA

PUAN MEZENAH BINTI PELI ( Ketua Panitia Sains)

PENGISIAN PROGRAM

Mengikut kertas soalan iaitu kertas 1 dan kertas 2 serta focus murid-murid yang masih
lemah

PENUTUP

Semoga pelaksanaan Kelas Tambahan Tahun 6 dan kerjasama daripada semua murid
Tahun 6 dapat meningkatkan prestasi UPSR matapelajaran Sains 2019.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….…………………………….. ………………………….………

(PUAN MEZENAH BINTI PELI) ( CIK MASNIE MASIDI )

Ketua Panitia Sains, Penolong Kanan Hem,

Sk Tanjung Bundung Sk Tanjung Bundung

Disahkan oleh,

….………………………………..

( ENCIK FATHI BIN HAJI TAR )

Guru Besar,

Sk Tanjung Bundung

Anda mungkin juga menyukai