Anda di halaman 1dari 7

Kertas Kerja

Gotong Royong Perdana


ASPURI SAMTAJ

8 SEPTEMBER 2012

Anjuran:

PIHAK PENGURUSAN ASRAMA


SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU
AMPUAN JEMAAH, SG BESAR

Dengan Kerjasama
BADAN KEPIMPINAN ASRAMA
SAMTAJ, SG BESAR
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik dorm merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan


sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah dan asrama yang bersih dan ceria dapat
membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan asrama telah merancang untuk menganjurkan
satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama badan kepimpinan asrama bagi memenuhi
matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan
dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik dorm. Di samping itu, aktiviti ini akan
membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar asrama serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti asrama yang bersih, indah, selamat
dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar, dan
pihak pengurusan asrama dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan asrama.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga asrama terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 8 September 2012 (Sabtu)


Tempat : Kawasan sekitar asrama SAMTAJ
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Pakaian : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Longkang

 Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha
untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan
kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah dan di asrama.

4.2 Pagar

 Membersihkan kawasan sekitar pagar dan menceriakan ‘beam’ pagar.

4.3 Pondok Bacaan

 Bagi yang membersihkan kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di


sekitar pondok bacaan dan mengecat bangkunya.
4.4 Mengecat dan menceriakan kawasan taman

 Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, batu-batu di sekitar pondok


bacaan akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Pokok-pokok bunga
juga akan ditanam bagi menyerikan kawasan.

4.5 Mussolah

 Agihan tugas di sekitar mussolah ini meliputi longkang, kawasan perhiasan


seperti pokok bunga dan bahagian dalaman musollah itu sendiri seperti susunan
sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk
(lelaki dan perempuan).

4.5 Bilik-bilik dorm dan bilik tv

 Setiap ahli dorm akan membersihkan dan menceriakan dorm masing-masing.


Sebahagian pelajar akan diagihkan untuk membersihkan bilik tv serta
menghiasnya.

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

KETUA DAN KUMPULAN


BIL. KAWASAN
YANG TERLIBAT

Exco Kebersihan
Longkang
1.
Ahli Dorm 1/8

Exco Rawatan dan Lawatan


2. Pagar
Ahli Dorm 2/9
Exco Kebajikan
3. Pondok Bacaan
Ahli Dorm 3/Siti Aisyah

Exco Sukan
4. Taman
Ahli Dorm 4/Siti Fatimah/Asiah

Exco Musolla
5. Mussolah
Ahli Dorm 6/Zainab

Exco Harta Benda


6. Bilik TV
Ahli Dorm 7/Masyitah

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.15 pagi Taklimat agihan tugas

8.30 pagi Gotong–royong bermula

11.00 pagi Makan pagi dan bersurai

6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) Asrama = RM3000.00
Jumlah Keseluruhan = RM3000.00

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Pelajar = 200 orang
b) Guru = 5 orang
Jumlah = 205 orang
7.1 Makan dan minum pagi
a) Makan = Nasi Goreng ( 1 orang = RM2.50)
b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 205 x RM3.00 = RM 615

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 615

7.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga

1. Tin Cat ( Batu perhiasan ) Bil tin cat yang diperlukan=10 unit
Harga Seunit (1 x RM50.00) 10 unit x RM50.00 = RM 500.00

2. Tin Cat ( bangku pondok bacaan ) Bil tin cat yang diperlukan=5 unit
Harga seunit ( 1 x RM30.00 ) 5 unit x RM50.00 = RM 250.00

3 Berus Cat Bil berus yang diperlukan=30 unit


Harga Seunit (1 x RM5.00) 30 unit x RM5.00 = RM 150.00

4. Penggarit Bil penyapu yg diperlukan=30 unit


Harga Seunit (1 x RM6.00) 30 unit x RM6.00 = RM 180.00

5. Plastik Beg Sampah Bil beg yg diperlukan=10 unit


Harga Seunit (1 x RM2.00) 10 unit x RM2.00 = RM 20.00

6. Berus Sabut Bil berus yang diperlukan=10 unit


Harga Seunit (1 x RM2.50) 10 unit x RM2.50 = RM 25.00

7. Sabun Pencuci Bil yang diperlukan=3 unit


Harga Seunit (1 x RM10.00) 3 unit x RM10.00 = RM 30.00

8. Berus Longkang Bil berus longkang diperlukan;


Harga Seunit (1 x RM6.00) 6 unit x RM15.00 = RM 90.00

9. Pencedok longkang Bil yang diperlukan = 4 unit


Harga seunit ( 1 x RM8.00 ) 4 unit x RM10.00 = RM 40.00
10. Batu perhiasan Bil yang diperlukan = 10 beg
Harga sebeg (1 x RM10) 10 x RM30 = RM300

12. Pasu bunga Bil yang diperlukan = 30 pasu


Harga seunit( 1 x RM10) 30 x RM10 = RM300

13 Pokok bunga Bil yang diperlukan = 50


Harga sepokok (1 x RM20) 25 x RM20 = RM500

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM2 385.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM2 385.00 + RM615.00 = RM3 000.00

JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : Tn Hj Sakip b Hj Mansor


Pengerusi : Us Zakeria b Suboh
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Siti Salmah bt Hj Ahmad Marzuki
Naib Pengerusi 2 : Ust Asmah bt Abd Rahman
Bendahari : En Mohd Shahrul b Kamaruddin
Penyelaras : Cik Dang Anum bt Md Sulong
Peralatan : Cik Ida Dayana Darmodi
Makanan : Pn Siti Rusnani bt Rambaly

Disediakan oleh

………………………………
(Dang Anum Md Sulong)
Warden
SAM Tengku Ampuan Jemaah
45300 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan