Anda di halaman 1dari 2

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN PTPTN

Tempoh Permohonan : 1 – 31 Mei 2017


PERINGATAN:
1. Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pembiayaan
pendidikan PTPTN.
2. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas
talian (online):
a. Memenuhi syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.

b. No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di Bank
Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.

c. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh
IPT masing-masing.

Akaun Simpanan yang perlu dibuka oleh pelajar UNITEN:


 UNITEN, Kampus Putrajaya : CIMB Bank Berhad
 UNITEN, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah : Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB)

d. Pelajar yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i diminta untuk membuka
akaun di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam atau Agrobank bagi mendapatkan
nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA.

Pelajar yang membuka akaun SSPN-i di Maybank dan Bank Rakyat boleh membuat
permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN pada hari yang sama manakala bagi
pembukaan akaun SSPN-i yang dibuat di BIMB dan Agrobank, permohonan pembiayaan
pendidikan hanya boleh dilakukan pada keesokan harinya.

e. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.

f. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah


mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain /
membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.

3. Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.

4. Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas
talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan mengisi maklumat nombor PTPTN pada
menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA dan menekan butang DAFTAR. Pemohon tidak perlu memilih
menu tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan
nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman web dan menekan butang LOG
MASUK).

5. Pemohon mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan
butang "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan
TIDAK boleh dibuat pindaan dan pemohon dikehendaki membeli nombor PTPTN yang baru untuk
membuat permohonan baru.

6. PTPTN telah mengemaskini Panduan Dan Peraturan Am Mengisi Surat Tawaran Pembiayaan,
Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Panduan ini adalah
yang terkini mengambli kira perubahan dasar Tanpa Penjamin bermula 1 Jun 2011.

7. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2193 3000.
Tarikh penting Permohonan / Kelulusan / Penyerahan Pinjaman Pelajaran PTPTN:

Tarikh Mula Kuliah * Anggaran * Anggaran


* Anggaran
merujuk sesi Tarikh Pelajar
Tempoh Tarikh
Kemasukan Pelajar Penyerahan Menerima
Permohonan Kelulusan
(Perlu diisi pada Dokumen Bayaran
PTPTN
Permohonan Online) PTPTN Pertama
Sesi Kemasukan Mei :
01 Jun
1 minggu
1 – 31 Mei Sesi Kemasukan Okt : Awal bulan Julai
7 Jun 2017 daripada tarikh
2017 01 Nov 2017
diluluskan
Sesi Kemasukan Feb :
01 Mac
Sesi Kemasukan Mei :
01 Jun
1 minggu
1 – 30 Jun Sesi Kemasukan Okt : Awal bulan Ogos
7 Julai 2017 daripada tarikh
2017 01 Nov 2017
diluluskan
Sesi Kemasukan Feb :
01 Mac
* Tertakluk kepada perubahan tarikh.

Nota:
1. Peringkat Pengajian:
Bagi pelajar Foundation – “INTERGRASI SEPENUH MASA”
Bagi pelajar Diploma – “DIPLOMA SEPENUH MASA”
Bagi pelajar Ijazah – “IJAZAH PERTAMA SEPENUH MASA”

2. Permohonan pinjaman pendidikan tinggi PTPTN adalah secara online.

3. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/

4. Dokumen Perjanjian Pinjaman PTPTN perlu di lengkapkan dan diserahkan oleh pelajar ke UNITEN
melalui Kaunter 2 ‘Sponsorship’, UCC pada tarikh yang akan dimaklumkan melalui emel pelajar.

5. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Pegawai Unit Penajaan merujuk senarai seperti
berikut:-
a. Pn. Nurul Fatimah – Tel (DL) : 03-89287407, Email : fatimahr@uniten.edu.my
b. Pn. Azira – Tel (DL) : 03-89287405, Email : norazira@uniten.edu.my
c. Pn. Azie – Tel (DL) : 03-89287541, Email : syaziyah@uniten.edu.my

Unit Penajaan,
Pusat Penajaan, Kerjaya dan Alumni
Universiti Tenaga Nasional

Anda mungkin juga menyukai