Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid

SMK RAJA ABDULLAH

TIME CUE ANNOUNCE

1.20 KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan


ptg
Tuan Pengetua
Para Pentadbir

Masuk ke dewan.

NYANYIAN Hadirin yang dihormati, lagu Negaraku dan Lagu Rasmi


LAGU
Sekolah akan berkumandang sebentar lagi. Mohon
NEGARAKU
DAN LAGU kerjasama sekalian hadirin untuk berdiri dan turut
RASMI SEKOLAH
menyanyikan lagu kebangsaan negara kita.
…………………………………………………………………….

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dan


Hadirat, dipersilakan duduk.

1.30 SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim


ptg
Mawar ditaman mekar nan indah,
Harum mewangi dirumpun tepi
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang ke majlis kami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


Salam Sejahtera.

(1) Yang Berusaha


Tuan Syed Zakaria Bin Syed Hasan
Pengetua
SMK Raja Abdullah

(2) Encik Azman


GPK Pentadbiran

1
Teks Pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid
SMK RAJA ABDULLAH

(3) Puan Faziah Bt Musa


GPK HEM

(4) Puan Sharifah Rukyaah Bt Syed Agil


GPK Kokorikulum

(5) Puan Noorlewati Bt Suria


GPK Petang

(6) Barisan Ketua Bidang


Guru-Guru
serta hadirin sekalian.

ALU-ALUAN MC Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa


sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah
yang indah. Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata, Salam pembuka
bicara,

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana
dengan limpah kurniaNya jua, maka kita diberikan
ruang waktu dan kesempatan, dianugerahkan
kesihatan, di dorong dan digerakkan minda dan deria
rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan yang
mulia ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Raja Abdullah,


berbesar hati, mengucapkan selamat datang serta
mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan
yang hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli
Gabungan Murid tahun 2019.

2
Teks Pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid
SMK RAJA ABDULLAH

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis kita pada pagi yang indah ini dimulakan dengan
munajat doa memohon restu berkat dari Yang Maha
Esa.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

……………………………………………….,

bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala


hormatnya, dipersilakan.
………………………………………………………
BACAAN DOA
……………………………………………………..

Amin-amin ya rabbal ‘alamin

Semoga dengan bacaan doa itu tadi akan dapat


melancarkan lagi perjalanan majlis kita pada hari ini.
In Shaa Allah.

3
Teks Pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid
SMK RAJA ABDULLAH

UCAPAN Kalau tuan mudik duluan,


PENGETUA
Carikan saya buah berangan,
Ucapan tuan sebagai aluan,
Mari bersama kita dengarkan,

Meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Syed Zakaria Bin Syed Hassan,
Pengetua, SMK Raja Abdullah, untuk menyampaikan
ucapan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan…

-UCAPAN PENGETUA-

Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah


disampaikan oleh Tuan Syed Zakaria Bin Syed Hassan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

4
Teks Pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid
SMK RAJA ABDULLAH

1.40 MAJLIS Sidang majis yang dikasihi sekalian


ptg PELANTIKAN
BERMULA
Kini , tibalah pada waktu yg dinantikan iaitu majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid SMK

RAJA ABDULLAH BAGI TAHUN 2019

Bagi menyempurnakan acara , majlis dengan itu


menjemput yang Yang Berusaha Tuan Syed Zakaria
Bin Syed Hassan, Pengetua, SMK Raja Abdullah dan
diiringi Puan Noorlewati Bt Suria, GPK Petang, SMK Raja
Abdullah untuk menyampaikan watikah pelantikan
tersebut.

Kita akan mulai dengan;

1. Pembimbing Rakan Sebaya, dijemput Cik Lo Pick


Yen.
2. Majlis Ketua Tingkatan, dijemput Pn Norashikin Bt
Ghumat
3. Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah,
dijemput Cik Noor Aienzam Bt Mohamad.
4. Lembaga Pengawas Asrama, dijemput En Masnizar
Bin Mustapha
5. Skuad Pinjaman Buku Teks, dijemput Pn Fauziah Bt
Mat Hassan.
6. Skuad COMBI, dijemput Pn Nur Fadzilah Bt Mohd
Azhar.
7. Skuad Siaraya Sekolah, dijemput Pn Siti Khatijah Bt
Mohd Taha.
8. Skuad Dewan Sri Murni, dijemput En Azizi Bin Matrof.

…………………………………………………………………..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


penyerahan itu tadi.

5
Teks Pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid
SMK RAJA ABDULLAH

BACAAN IKRAR Sidang Dewan yang dirahmati sekalian,


MAJLIS
GABUNGAN
MURID Dengan penyerahan watikah pelantikan ini, maka
dengan ini rasmi lah sudah pelantikan Ahli Gabungan
Murid SMK Raja Abdullah bagi tahun 2019 ini .

Majlis diteruskan dengan menjemput dan


mempersilakan _______________ selaku wakil untuk
mengetuai bacaan ikrar.
…………………………………………………………………..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ikrar itu


tadi. Semoga murid-murid yang dipilih ini akan
memberikan komitmen yang jitu ke arah
kecemerlangan sekolah dan individu.

Hadirin yang dihormati, lagu Sekolah akan


NYANYIAN
LAGU SEKOLAH berkumandang sebentar lagi. Mohon kerjasama
sekalian hadirin untuk berdiri dan turut menyanyikan
lagu sekolah kita.
…………………………………………………………………….

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

6
Teks Pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan Murid
SMK RAJA ABDULLAH

2.30 MAJLIS TAMAT Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
ptg
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Gabungan
Murid SMK Raja Abdullah bagi tahun 2019.

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Dari Kedah ke pekan Sari

Beli suasa di Kota Tinggi

selesai sudah tugas diberi

Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih. Majlis mohon bersurai.

Anda mungkin juga menyukai