Anda di halaman 1dari 5

Kelebihan Hidroponik

Sistem hidroponik mempunyai beberapa kelebihan berbanding


kaedah penanaman konvensional atas tanah.

1. Pengeluaran hasil yang lebih tinggi


2. Bekalan nutrien seimbang berterusan kepada tanaman
3. Penanaman tidak terikut dengan cuaca setempat
4. Sayur dan buah yang dihasilkan seragam kerana bahan nutrien
dan nilai pH diberi secara kawalan dan sekata
5. Kualiti buah atau bunga lebih tinggi
6. Penyakit bawaan tanah yang dibawa oleh nematod dapat
dielakkan
7. Kos membajak, merumpai, membuat batas dan menyiram tiada
8. Jenis Sistem Hidroponik

Kekurangan Hidroponik
Walaupun begitu, kaedah hidroponik tetap ada kelemahannya.

1. Kos permulaan yang tinggi bagi membeli peralatan yang sesuai


2. Penyakit cepat merebak jika air tercemar
3. Memerlukan kemahiran teknikal seperti penyediaan larutan
nutrien, menguji pH dan keberaliran elektrik (EC)
4. Tidak semua tanaman boleh guna sistem hidroponik
Medium Sokongan
Pada awalnya, di Malaysia kita banyak menggunakan pasir, batu
kerikil dan pecahan bata sebagai medium sokongan hidroponik.
Selepas beberapa kajian, penggunaan pasir, batu kerikil dan
pecahan bata tidak lagi digunakan.

Fungsi utama medium sokongan adalah menyokong pokok. Ciri-ciri


berikut perlu ada pada medium hidroponik:

1. Berupaya menyimpan kelembapan


2. Saliran yang baik
3. Mempunyai ruang pengudaraan
4. Tidak berbahaya pada tumbuhan
5. Mudah didapati
6. Tidak bertindak balas dengan larutan baja
7. Poros

Contoh medium yang paling banyak digunakan adalah rockwool,


bebutir tanah liat yang digelar LECA (lightweight expanded clay
aggregate), sabut kelapa hancur (cocopeat), sekam padi bakar,
span, kapas, vermikulit dan perlit.
Larutan Baja AB
Baja hidroponik lebih dikenali sebagai baja AB atau baja XY. Baja
AB mengandungi semua unsur yang diperlukan oleh tumbuhan. Oleh
sebab itu baja hidroponik boleh dikatakan sebagai baja lengkap.

Apapun nama diberi, baja hidroponik adalah larutan nutrien yang


mengandungi unsur-unsur nutrien berikut:

Unsur Nutrien Bahan Kimia

 Kalsium nitrat
 Kalium Nitrat
Nitrogen  Ammonium fosfat
 Ammonium sulfat

 Monokalium hidrogen fosfat


Fosforus  Super fosfat

 Kalium nitrat
 Monokalium fosfat
Kalium
 Kalium sulfat

 Kalsium nitrat
Kalsium  Kalsium sulfat

 Magnesium sulfat
Magnesium

 Magnesium sulfat
Sulfat

 Mangan sulfat
Mangan

 Kuprum sulfat
Kuprum

 Zink sulfat
Zink
Unsur Nutrien Bahan Kimia

 Ammonium molibdat
Molibdenum  Natrium molibdat

 Hibor
Boron  Asid borik

 Ferum EDTA / Zat besi (iron chelate)


Ferum  Ferum Sulfat
Mengapa dinamakan baja AB?

Hal ini kerana terdapat dua pembahagian baja iaitu baja A dan baja
B.

Baja A Baja B

 Kalium nitrat
 Monokalium hidrogen fosfat
 Magnesium sulfaat
 Kalsium nitrat  Mangan sulfat
 Ferum EDTA  Hibor
 Zink sulfat
 Kuprum sulfat
 Natrium molibdat

Pembahagian baja A dan baja B ini ada sebabnya.

Di dalam baja hidroponik ini terdapat kalsium nitrat, magnesium


sulfat dan monokalium hidrogen fosfat.

Ketiga-tiga sebatian ini apabila dicampurkan dengan air akan


membentuk ion kalsium yang bercas positif, manakala ion sulfat dan
ion fosfat bercas negatif.

Pada kepekatan yang tinggi ion kalsium akan bercantum dengan ion
sulfat membentuk kalsium sulfat. Ini dapat dilihat secara fizikal
dengan munculnya mendakan putih dalam larutan.

Mendakan putih ini tidak dapat diserap langsung oleh tumbuhan.


Oleh itu tumbuhan akan kekurangan unsur nitrogen, fosforus,
magnesium dan kalsium.

Oleh sebab itu baja hidroponik dijadikan stok A dan B yang akan
dilarut-cairkan sebanyak 100 kali untuk mengelakkan terjadinya
mendakan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai