Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis: Catatan

Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti pada cuti hujung


minggu. Tulis catatan tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sabtu, 20 Mac 2015

6 pagi
Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya
berjemaah bersama keluarga. Kemudian, saya pergi ke dapur untuk
membantu ibu menyediakan sarapan.

7.30 pagi
Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami
berjoging untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran.
Selepas berjoging, kami berehat seketika di pondok sambil
berbual-bual.

8.30 pagi
Kami tiba di rumah dan terus bersarapan. Selesai sarapan,saya
membantu ibu mengemas meja.

10.00 pagi
Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya
mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang
membantu saya menyiapkan kerja sekolah. Setelah menyiapkan
kerja sekolah, ibu membenarkan saya berehat seketika. saya
mengambil peluang ini dengan menonton televisyen bersama
abang dan adik-adik saya.

2.00 petang
Selepas makan tengahari, saya solat zohor. Sesudah itu, ayah
mengajak saya sekeluarga ke Mesra Mall. Di sana, saya bermain
badminton dengan ayah. Ibu pula sibuk membeli belah di Pasaraya
TMC.

5.00 petang
Selepas solat Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama
kawan-kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat
petang. Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi.
Saya bersiap-siap untuk ke masjid bersama ayah.
7.20 malam
Saya mengikut ayah pergi ke masjid. Ibu dan adik juga mengikut
kami ke masjid. Di masjid, saya melihat ramai jemaah yang ingin
solat maghrib berjemaah. Saya berjumpa dengan kawan baik saya
di masjid. Dia juga datang ke masjid bersama ahli keluarganya.

9.00 malam
Kami sekeluarga pulang dari masjid. Selepas itu, saya bersama
keluarga makan malam. Selesai makan, saya mengulangkaji
pelajaran. Selepas mengulangkaji, saya mengemas buku dan
menyalin jadual kerana esok adalah hari persekolahan.

10.30 malam.
Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Saya membaca doa
sebelum tidur.