Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN/TINDAKAN UNTUK


MENAIKTARAFKAN SUDUT PADANG KEDUA SMK BUKIT MERCHU
SEBAGAI PUSAT KEGIATAN (MOTIVASI & KO-KURIKULUM) PELAJAR
SMK BUKIT MERCHU, KUALA KANGSAR

1.0 Pendahuluan

Pertamanya, sejajar dengan kemajuan dan pembangunan negara, peranan


pembangunan kemanusiaan juga adalah amat penting di dalam mengimbangi kehidupan
khususnya di peringkat alam persekolahan. Justeru, pelbagai perkhidmatan seperti
bimbingan dan kaunseling di sekolah diwujudkan yang pada dasarnya merupakan
tonggak di dalam memberikan perkhidmatan pembangunan kemanusiaan seperti
motivasi, kesihatan mental, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan
diri murid dan keibubapaan yang telah menjadi sebahagian tuntutan di dalam bidang
pendidikan Negara serta relevan di dalam pembentukan rakyat yang harmoni dan berdaya
maju. Oleh itu, pada hakikatnya perkhidmatan pembangunan kemanusiaan seperti
bimbingan dan kaunseling haruslah tidak dipandang ringan khususnya di sekolah,
tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai gejala yang tidak sihat telah dengan terbuka
dilakukan oleh rakyat yang pada zahirnya tidak memiliki kesihatan mental yang baik,
tidak bermotivasi dan seimbang. Ini sudah barang pasti dapat dikatakan bahawa individu
yang terlibat tidak dibangunkan aspek kemanusiaannya dengan sempurna. Sehubungan
dengan itu, perkhidmatan pembangunan kemanusiaan ini yang dapat memberikan impak
kepada masyarakat di sekolah hanya dapat diwujudkan dengan adanya sumber-sumber
yang mencukupi khususnya dari segi prasarana yang baik dan kondusif lagi
menjimatkan seperti mewujudkan pusat kegiatan pelajar berbentuk tapak kem
/perkhemahan untuk menjalankan kegiatan motivasi dan kurikulum yang selesa
dan selamat. Ini selaras dengan tuntutan “sekolah selamat” yang dilancarkan oleh
Kementerian Pelajaran pada tahun lepas. Maka, kertas kerja ini secara umumnya adalah
luahan hati pihak sekolah kepada Yang Berbahagia, Tuan Haji Megat Ahmad
Shahrani bin Megat Sharudin, Pengerusi Guild Of Bumiputera Contractors, bagi
maksud memohon sumbangan pendawaian elektrik dan peralatan tandas untuk
membangunkan Pusat Kegiatan Pelajar di SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar.

2.0 Rasional

Pihak sekolah telah menyediakan prasarana asas untuk tapak pusat


kegiatan pelajar di SMK Bukit Merchu, sejajar dengan tuntutan dan kepentingan
pembangunan kemanusiaan pada masa kini. Tapak tersebut telah diusahakan oleh sekolah
pada pertengahan tahun ini dengan pembersihan pokok-pokok dan kawasan sekitar.
Justeru, untuk mendirikan sesebuah tapak kem motivasi amat memerlukan kemudahan
asas yang minima seperti sebuah dewan ceramah merangkap surau dan 2 unit tandas yang
berasingan untuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, permohonan ini dimajukan berasaskan
rasionalnya bahawa dengan adanya Pusat kegiatan Pelajar atau Pusat Perkhemahan
Pelajar akan dapat menyerlahkan lagi perkhidmatan pembangunan kemanusiaan dan
kegiatan ko-kurikulum pelajar yang akhirnya akan dapat meningkatkan keupayaan dan
pro-aktifnya sekolah-sekolah di dalam Parlimen Kuala Kangsar.

3.0 Objektif

Objektif permohonan bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:-

3.1 Meningkatkan mutu perkhidmatan pembangunan kemanusiaan seperti


Unit Bimbingan dan Kaunseling dan kegiatan ko-kurikulum, SMK Bukit
Merchu dan sekolah-sekolah sekitar Kuala Kangsar ke tahap maksimum
dan berasaskan konsep sekolah selamat.
3.2 Meningkatkan keberkesanan kegiatan pelajar dengan penyediaan tapak
perkhemahan pelajar yang selamat, berada di dalam kawasan sekolah dan
kawalan keselamatan.
3.3 Pusat Perkhemahan Pelajar ini juga tidak terhad perkhidmatannya kepada
SMK Bukit Merchu sahaja bahkan ianya juga meliputi sekolah-sekolah
lain di dalam atau luar Kuala Kangsar. Justeru, ia memerlukan usaha
bersepadu di antara pentadbir sekolah dan unit-unit yang berkaitan seperti
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
3.4 Permohonan dibuat setelah perbincangan secara telus dan menyeluruh
dilakukan dengan pelbagai pihak dan ditambah pula peruntukan yang
tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan projek
tersebut.
3.5 Permohonan dibuat berasaskan kepada keprihatinan dan kewibawaan
pihak Tuan Haji yang telah menunjukkan keprihatinan dan komitmen
terhadap kemajuan sekolah.
3.6 Membangunkan perkhidmatan pembangunan kemanusiaan yang benar-
benar dapat memberikan impak kepada generasi pelajar dan masyarakat.
3.7 Pusat Perkhemahan ini juga akan memberikan perkhidmatan keibubapaan
dan kemasyarakat untuk pihak-pihak yang memerlukannya.
3.8 Pusat Perkhemahan ini juga merupakan tempat asas di dalam merangka
dan melaksanakan pelbagai program dan ianya perlulah lengkap dari segi
prasarana serta kemudahan.

4.0 Kumpulan Sasaran Pusat Perkhemahan SMK Bukit Merchu

Kumpulan sasaran Pusat Perkhemahan SMK Bukit Merchu adalah kepada


semua murid, semua guru, para ibu bapa dan masyarakat. Pusat ini juga ditujukan kepada
agensi-agensi yang berminat di mana tapak/pusat ini nanti mampu menampung program-
program yang akan dijalankan Selain itu, ianya dapat menggalakkan masyarakat setempat
untuk bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang sihat seperti hari keluarga dan lain-lain
lagi.
5.0 Kemudahan Asas Yang Diperlukan (Pendawaian Elektrik dan Peralatan
Tandas)

Secara umumnya, untuk membangunkan tapak perkhemahan, kemudahan-


kemudahan berikut amat diperlukan iaitu berikut:-

5.1 Dewan Ceramah dan Surau.


5.2 Tandas berasingan untuk lelaki dan perempuan serta bilik mandi.

Untuk itu, dewan ceramah terbuka telah disiapkan secara asasnya dan kini
memerlukan pendawaian elektrik untuk ianya berfungsi. Justeru, kertas kerja ini adalah
luahan hati pihak sekolah untuk memohon kepada Yang Berbahagia Tuan Haji bagi
maksud menaja pendawaian elektrik dewan tersebut dan menyumbangkan juga peralatan
untuk membina tandas iaitu berupa 8 unit mangkuk tandas.

6.0 Anggaran Kos

Anggaran kos bagi pendawaian elektrik Pusat Kegiatan/Perkhemahan


Pelajar adalah seperti di bawah:-

Bil. Perkara Jumlah Harga


(RM)
1. Pendawaian termasuk 7 Plug, 10 RM 7,500.00
lampu kalimantang dan 8 kipas

2. Peralatan Tandas iaitu 8 RM 750.00


mangkuk tandas
JUMLAH RM 8,250.00

7.0 Penutup

Sesungguhnya pihak sekolah amat mengharapkan permohonan ini


mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Yang Berbahagia Tuan Haji
bagi merealisasikan perkhidmatan pembangunan kemanusiaan yang efektif dan nampak
impaknya kepada generasi pemimpin yang akan dilahirkan. Sehubungan dengan itu juga,
pihak SMK Bukit Merchu akan berusaha untuk menjadi perintis di dalam usaha yang
pro-aktif untuk menjadikan sekolah ini sebagai pusat bagi kegiatan pelajar dan
masyarakat yang paling aktif dan berdaya maju selaras dengan kehendak dan objektif
Wawasan 2020.
Disediakan oleh:-

………………………………………………….
HAJAH WAN ZALEHA BINTI MEOR ZAKARIA
Pengetua,
SMK Bukit Merchu,
Kuala Kangsar Tarikh: 25 Februari 2005
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERCHU,
33000 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

TAJUK:

PERMOHONAN SUMBANGAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN PERLATAN


TANDAS PUSAT KEGIATAN (MOTIVASI & KO-KURIKULUM) PELAJAR
SMK BUKIT MERCHU, KUALA KANGSAR

KEPADA:

TN. HJ. MEGAT AHMAD SHAHRANI BIN MEGAT SHARUDDIN,


PENGERUSI GUILD OF BUMIPUTERA CONTRACTORS,

Anda mungkin juga menyukai