Anda di halaman 1dari 1

IMPAK-IMPAK PROJEK KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Berdasarkan projek yang telah kami laksanakan, terdapat beberapa impak yang dapat
kami lihat terhadap kelestarian alam sekitar. Antaranya ialah dapat menjimatkan kos sara hidup.
Penggunaan modal yang sedikit dapat membantu para petani untuk menyara hidup mereka
dengan menjual tanaman sayuran terutamanya tanaman yang berunsurkan organik.

Selain itu, dengan menaman sayur organik, seseorang itu dapat mengeluarkan produk
pertanian berbentuk makanan yang sihat dan selamat untuk dimakan oleh orang ramai dan
masyarakat. Pertanian organik ini adalah usaha untuk kita menghasilkan sumber makanan yang
berkualiti tanpa menggunakan bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal perosak dan
penyakit. Ianya dapat memberikan keseimbangan alam sekitar dengan tidak memberi sebarang
kesan yang mencemarkan alam sekitar.

Tambahan pula, projek tanaman yang berunsurkan organik ini mampu mengawal rumpai
dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal mahupun cara amalan kultur. Contohnya
kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan ntuk mengawal serangga perosak daripada
menyerang tanaman.

Pertanian organik ini juga adalah bersifat pertanian yang mesra alam yang mana ia
mampu untuk meningkatkan kesuburan tanah disebabkan oleh pertanian yang dilakukan melalui
pelbagai cara contohnya tanaman giliran

Anda mungkin juga menyukai