Anda di halaman 1dari 2

En.

Mohd Nor Azlan Shah b Man – Pengurus felda


En. Mohamad Zawawi b Sofian – YDP PIBG
Pn. Salmiah bt Othman - NYDP
En. Ahmad Razila b Abd Rahman – Ketua Kg
Salam sejahtera, salam 1 Malaysia... En. Rashid b. Alang Kasim – Ketua Peneroka
Pn. Laila wati bt Woh – Pejabat felda
Yang berusaha EN. Nur Fauzi b Ismai (Penolong Kanan Pentadbiran), PK HEM Sulaiman b
Bakar, PK Kokurikulum En.Zailan b Awang, ketua-ketua panitia serta barisan guru
SK.RKT Bersia.

Pertama, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana


dengan limpah kurnia-Nya, maka pada tahun ini sekali lagi kita diberi kesempatan
untuk bersama-sama meraikan sambutan hari guru peringkat sekolah.

Sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya terlebih dahulu mengambil peluang ini untuk
mengucapkan Selamat Hari Guru, Cikgu dan Terima Kasih Cikgu. Sesungguhnya
kita yang bergelar guru pada hari ini sebenarnya adalah murid pada satu masa dahulu.

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut sambutan Hari Guru pada 16 Mei
dengan tema yang khusus. Pada tahun ini sambutan hari guru bertemakan 'GURU
PEMBINA NEGARA BANGSA'.

Jika dilihat pada tema ini, maka nampak dengan jelas bahawa guru diimbau dan dicabar
untuk lebih bekerja keras menjadi guru yang kreatif dan inovatif bagi melonjakkan
transformasi pendidikan. Transformasi (perubahan) pendidikan negara tidak akan
berlaku tanpa perubahan sikap atau budaya kerja para guru. oleh itu, guru perlu
memikul dan melaksanakan semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh
kerajaan.

Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan
sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang
tersirat mahupun yang tersurat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya adalah satu
pengikhtirafan dan penghargaan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan
untuk mendidik anak bangsa. Walau bagaimanapun, saya berharap semua guru tidak
leka dengan sanjungan (jika ada) dan jangan cepat melenting dan beremosi dengan
cercaan dan kritikan terhadap profesion kita. Bersabarlah dan tangani segala cabaran,
isu dan pandangan liar terhadap profesion ini dengan profesional, bijaksana dan
berintegriti.

Sebagai guru,kita bertanggungjawab dalam membentuk tamadun manusia. Justeru,


setiap guru mesti menyedari tanggungjawab ini serta sentiasa menjaga nama baik
sebagai pendidik dengan menjaga sahsiah diri, mengawal emosi, ikhlas dan jujur
mempunyai akauntabiliti dan berintegriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Ingatlah kata-kata hikmat ini... "...kesilapan seorang doktor boleh hilang satu
nyawa, tetapi kesilapan seorang pendidik boleh memusnahkan satu generasi..."

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu
yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung
tinggi.

Pada kesempatan ini saya menyeru semua warga guru supaya berusaha menjadi lebih
kreatif, inovatif, proaktif dan berusaha mencipta kelainan yang boleh memberi manfaat
kepada murid-murid.

Terjemahkanlah tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang
berkualiti dan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Sama-samalah kita memanjatkan
doa kepada Tuhan semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus
melaksanakan tugas mulia ini. Walaupun pada tahun ini cabaran yang kita hadapi begitu
banyak seperti bilik darjah dan kerusi meja yang tidak cukup, kekurangan guru dan
banyak lagi, selaku pengurus sekolah ini saya merasa mendapat kekuatan kerana cikgu-
cikgu yang berada di sekeliling saya, bukan sahaja setakat memahami tetapi sering
memberikan kerjasama yang jitu terhadap saya.

Pada kesempatan ini, saya memohon agar kerjasama jitu yang cikgu-cikgu telah
tunjukkan ini akan kekal berterusan sambil menggunakan perkataan 'KITA' dan
bukannya kau-kau dan saya-saya. Terima kasih juga kerana sering akur kepada
arahan-arahan dari pihak pentadbir.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kelemahan, kecuaian dan desakan-
desakan yang telah saya lakukan sepanjang bersama dengan cikgu-cikgu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU