Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

Yang Dihormati pengerusi majlis,


yang berbahagia, Encik Zainal Abidin b Khalid, Guru Besar SK Pasoh 3,
Encik Ahmad Kamal b Ismail, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Norisah binti Samsudin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
_________________________________________________________
_______________________________________________________
Yang berusaha Mantan pentadbir sk pasoh 3,
Yang diraikan Encik Mohd Fadzil bin Abd Latif dan Isteri,
guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul dan


berhimpun di pagi yang mulia ini sempena majlis persaraan Cikgu Mohd
Fadzil b Abd Latif selaku guru penolong kanan HEM. Di kesempatan
ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
semua yang hadir.

Para hadirin sekalian,

Sempena majlis persaraan ini, saya wakil murid mengucapkan setinggi-


tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan Cikgu
sepanjang berkhidmat di SK Pasoh 3 ini. Saya percaya segala
pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperolehi menjadi
memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa hadapan.
Segala sumbangan dan pengorbanan cikgu di sekolah ini akan sentiasa
dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu cikgu kepada kami.
Masih terbayang lagi di mata kami, anak-anak murid SK Pasoh 3 sama
ada yang masih bersekolah di sini atau sudah pun meninggalkan alam
persekolahan sekolah rendah bagaimana Cikgu mendedahkan kami
pengalaman perkhemahan di luar kawasan sekolah seperti di Merapoh
dan ___________________. Pengalaman yang sangat berharga untuk
kami timba seperti menaiki keretapi dan feri. Mungkin itu merupakan
pengalaman pertama anak-anak didik cikgu.
Cikgu juga begitu komited dalam melatih pasukan olahraga sekolah.
Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi
memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. Semoga semangat ini
akan berterusan pada masa-masa hadapan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam


apa jua bidang yang cikgu ceburi. Anggaplah perjalanan yang cikgu
sedang lalui ini adalah satu cabaran baru dan diharap cikgu terus
cemerlang. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim cikgu
dengan warga SK Pasoh 3 akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa
dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang
sampai bila-bila.

Izinkan saya untuk melafazkan dua rangkap pantun :

tenang-tenang air di laut,


sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenang mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,


pucuk paku subur di titi,
budi cikgu kami tak lupa,
sudah terpaku di dalam hati.

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan


peliharaan-Nya kepada Cikgu Fadzil serta keluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan
bagi manfaat agama, bangsa dan negara.Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan tumbuh,
hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal menjadi
kenangan abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik
walhidayahwassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.