Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR

BIL. 1/2018

Tarikh : 14 Februari 2019


Hari : Khamis
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
1. Kamarol Zaman Bin Mohd Zen ( Guru Besar)
2. Sarbini Bin Haji Adat ( PK HEM )
3. Noordin Bin Johari ( PK KK)
4. Hajijah Binti Buseran
5. Miar Shaffiza Binti Dahalan
6. Richmond Rigen Ak Pren
7. Badariah Binti Daud
8. Sepri Bin Ismail
9. Ramlah Binti Bol
10. Nurina Jeslina Abdullah
11. Mohd Zaki Bin Abd Hamid
12. Suriya Binti Ganti
13. Pauline Linda Ak Paul Tinos
14. Madlane Ak Assing
15. Maziah Binti Saruji
16. Rogayah Binti Anuar
17. Muhammad Irfan Bin Idris
18. Dayang Saliah Binti Awg. Hamdan
19. Meriam Binti Hj Tempurong
20. Anuar Bin Hosin
21. Siti Roha Binti Bujang
22. Isa Bin Yusup
23. Puspawati Binti Udin
24. Noni Binti Mohamad
25. Siti Hajar Binti Ibrahim
26. Syazwani Binti Suaidi
27. Yantie Fairullissa Binti Mahmud
28. Hazwan Mahmud Bin RahMan

Tidak Hadir Bersebab :


1. Nor Hafizah Binti Ibrahim- CUTI BERSALIN
2. Amat Yusup Bin Tokijan- KE PPD ADAWAN
3. Julianti Binti Sepawi- BENGKEL PENDAFTARAN UPSR 2019 DI UPP KUCHING
4. Sarpiah Binti Hj Maon- KELAS BIMBINGAN MATEMATIK
5. Ismail Bin Sulong- KELAS BIMBINGAN MATEMATIK

1
Agenda :

1.0 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang
dapat menghadiri dialog prestasi pada kali ini.

2.0 Laporan Peratus Kehadiran Murid

2.1 PK HEM membentangkan peratus kehadiran murid pada bulan Januari


- Sila rujuk lampiran 1

3.0 RMT

3.1 PK HEM memaklumkan bahawa jumlah RMT terkini adalah 33 orang murid
yang tersenarai yang layak mendapat RMT. Ini dikira berdasarkan borang
pendapatan yang diedarkan kepada ibu bapa.

4.0 Laporan Peratus Kehadiran Kokurikulum

4.1 PK KOKURIKULUM membentangkan peratus kehadiran kokurikulum


murid bagi bulan Januari.
.

4.2 - Sila rujuk lampiran 2

5.0 Agenda Luar


5.1 Program Kad Perubatan Sekeluarga yang dibentangkan oleh majlis Kebajikan
dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan ( MAKSAK)

5.2 Jenayah Scamer & akaun tumpang yang dibentangkan oleh wakil BANK
RAKYAT

Tindakan: Makluman
6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Guru Besar memaklumkan bahawa tempahan baju pelajar ditangguhkan


kerana masih ada pelajar yang belum hantar saiz baju sukan pada pembantu
tadbir terutamanya pelajar tahap 2.

Tindakan: Guru Kelas & Pembantu tadbir

2
6.2 Sudut panitia masih belum diambil tindakan oleh pihak panitia. Guru Besar
meminta ketua panitia menggerakkan ahlinya untuk ambil tindakan sudut
panitia berisi.
Tindakan: Ketua Panitia

6.3 Bagi masalah kerusi dan meja untuk murid-murid duduk pada waktu rehat
masih lagi tidak mencukupi. Masalah ini menyebabkan sesetengah daripada
murid ada yang makan di Pondok Sejarah. Cikgu Madlane mencadangkan
untuk meminta sumbangan dari PIBG.
Tindakan: Makluman

6.4 Guru Besar berharap agar guru bertugas mingguan untuk datang awal dari
guru biasauntuk melakukan tugas pemantauan.
Tindakan: Makluman
6.5 Guru Besar mencadangkan untuk kembalikan aktiviti mengutip sampah waktu
pagi. Guru besar akan berbincang dengan penolong kanan mengenai aktiviti
ini. Aktiviti ini akan dijalankan dengan menggunakan sistem giliran yang
akan dipantau oleh guru bertugas mingguan.
Tindakan: PK1 dan PK HEM

6.6 Ustazah Miar memberi taklimat bagi persediakan mesyuarat PIBG untuk hari
Sabtu 16 Februari 2019. Dalam mesyuarat PIBG nanti, Guru Besar hanya
menjawab soalan yang sedia ada. Guru Besar tidak akan menjawab soalan
secara spontan. Ketika hari berlangsung juga, akan ada serahkan duit
sumbangan dari PERKEMA. Pastikan sebelum diserahkan, duit tersebut ada
dalam sampul.
Tindakan: Makluman
6.7 Isu kenaikan pangkat telah diwar-warkan oleh Guru Besar sebelum ini. Hanya
cikgu Madlane sahaja yang terlibat dalam perkara ini.

6.8 Isytihar harta – Ustaz Irfan telah mengambil tindakan. E-operasi tiada masalah
kecuali puan Rahimah iaitu tentang kata laluan
Tindakan: Makluman
6.9 Semasa PDPC berlangsung, guru ditegaskan agar tidak menggunakan telefon
dalam kelas. Sekiranya ada kecemasan perlu maklumkan pada Guru Besar
agar tiada salah faham yang berlaku.
Tindakan: Makluman

Dialog Prestasi ditangguh pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

(SITI HAJAR BINTI IBRAHIM) (KAMAROL ZAMAN BIN HJ MOHD ZEN)


Guru Besar
SK Telaga Air

3
Lampiran2

LAPORAN PERATUS KEHADIRAN KOKURIKULUM


Unit Beruniform Perjumpaan 1 Perjumpaan 2
TKRS 93.9%
PBSM 88.9%
Pengakap 95%
Puteri Islam 95%
Kelab Dan Persatuan
PALS 100%
Pusat Sumber Sekolah 92.5%
Bahasa Melayu 66.6%
Bahasa Inggeris 83%
Kebudayaan 79%
Sains Dan Matematik 82%
Sukan Dan Permainan
Hoki 100% 83%
Bola Sepak 80% 92.5%
Bola Jaring 89% 83%