Anda di halaman 1dari 5

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah

‫يم‬ َّ ‫ٱلر ۡح َمـ ِٰن‬


ِ ‫ٱلر ِح‬ ِ ‫بِ ۡس ِم ٱ‬
َّ ‫هلل‬
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh
ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha
adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas
keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi
keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’,
kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita
kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya..

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar,


doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada
10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam
daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar..

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana
seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di
dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan
qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang
dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari
pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari
beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari
di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang
pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-
Nasa’ie)

Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan
dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah
sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat
dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

1
Puasa 1 – 10 Zulhijjah
.

HARI PERISTIWA KELEBIHAN PUASA


Allah mengampuni Nabi Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah
1 Zulhijjah
Adam di Arafah. mengampuni dosanya.
Allah telah mengabulkan Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti
doa Nabi Yunus dan orang yang beribadah dan berpuasa setahun
2 Zulhijjah
mengeluarkannya dari tanpa melakukan maksiat.
perut ikan nun.
Doa Nabi Zakaria Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah
3 Zulhijjah
diperkenankan Allah, mengabulkan doanya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan
menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan
4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan.
kefakirannya serta pada hari kiamat bersama
orang yang baik, mulia dan terhormat.
Nabi Musa a.s. dilahirkan Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia
5 Zulhijjah dan memuliakan daripada sifat munafik serta seksa kubur.
munajatnya.
Allah membukakan pintu Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang
6 Zulhijjah kebaikan untuk Nabi-Nabi- Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang
Nya. serta tidak akan diazab.
Pintu neraka jahanam akan Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah
dikunci dan tidak dibuka menghindarkannya daripada 30 pintu
7 Zulhijjah
sebelum berakhir hari ke- kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30
10 Zulhijjah. pintu kemudahan dan kesenangan.
Hari ini .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan
dinamakan “Tarwiyah” mendapat pahala yang tidak terhingga
(Hari berfikir).Nabi Ibrahim banyaknya kecuali Allah.
bermimpi mendapat
perintah dari Allah supaya
8 Zulhijjah
menyembelih puteranya
Ismail. Seharian ia berfikir
apakah perintah itu
datangnya dari Allah atau
dari syaitan.
Hari ini dinamakan “Hari .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan
Arafah” (Hari tahu). Arafah diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu
bermakna tahu atau dan setahun yang akan datang.
memahami.1. Di tempat
9 Zulhijjah
inilah Nabi Adam a.s.
mengerti jati dirinya.2.
Pada hari ini Allah
memberitahu Nabi Ibrahim

2
bahawa perintah
menyembelih anak itu
adalah perintah dari-Nya
bukan dari syaitan.3. Pada
hari ini juga turunnya ayat
al-Quran terakhir.
Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa
berkorban dengan satu korban, maka setiap
titisan darah yang mengalir dari leher haiwan
itu, Allah akan mengampuni semua dosanya
Hari Raya Aidiladha,
dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa
dinamakan juga Raya
10 Zulhijjah memberi makan orang mukmin atau
Korban dan hari “Nahar”
bersedekah dengan satu pemberian, maka
(menyembelih).
Allah akan membangkitkannya pada hari
kiamat dengan selamat dan timbangannya
pun menjadi lebih berat daripada Bukit
Uhud..

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi
mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan
hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat
lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi
Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang
selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa
di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah
lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9
Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah
menuliskannya sebagai orang yang taat.”

3
Niat Puasa Hari Arafah;

ُ َ‫غ ٍد ِم ْن يَ ْو ِم ا ْلعَ ْرفَة‬


‫سنَّةً ِ َّّلِلِ تَعَالَى‬ َ ‫ص ْو َم‬
َ ُ‫نَ َويْت‬
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan
hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah
Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di
kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk
tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka
berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat


Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami
berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas
yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: “Sesungguhnya Rasulullah
SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi


mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji,
adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”

2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa,
tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan
(tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk
tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

4
3. Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk
keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah
(denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

Haram Berpuasa
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12
dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari
Umar ra: “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari,
iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-
Nasa’ie, Abu Dawud)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn
Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada
hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta
mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).

Puasa Tambahan
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa
pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana
kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah
(Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari
hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada
bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-
sama dengan Hari Arafah.

Hadis riwayat Ibni Abbas: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah
dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau
selama 50 tahun melakukannya.”

Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di


dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang
dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-
tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar
pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.

Wallahu A’alam Bissowab

Tuesday, September 30, 2014

Anda mungkin juga menyukai