Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG ULASAN WEBINAR

Nama Sekolah: SK Cahaya Baru Kod Sekolah:


JBA1015

1. Nama Guru Wan Nur Asma Amira bt Wan Zulkifli


Pelan Induk Pembangunan
2. Judul 3. Bidang: Perkhidmatan
Profesionalisme Keguruan (PIPPK)
4. Tarikh Pembentangan 6 Mac 2019 5. Masa: 2.45pm

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Isu yang diketengahkan di dalam video ini adalah mengenai kewajaran pelaksanaan
Pelan Pembangunan Profesionalisme Keguruan dalam sekolah. Dr. Rosli bin Yacob, Timbalan
Pengarah (Dasar dan Standard Keguruan ), BPG memulai wacana beliau dengan menerangkan
tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Profesionalisme Keguruan (PIPPK). PIPPK telah
dicetuskan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mula diperkenalkan pada 6 September 2013. Pelan ini
dipadatkan dengan 5 aspirasi utama sistem dan 6 Ia mengandungi lima aspirasi sistem dan 6
aspirasi murid yang disasarkan untuk dicapai dalam tempoh 13 tahun (2013-2025).

Menurut Dr. Rosli, pelaksanaan PIPPK ini merupakan keperluan dalam usaha memantapkan
kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam melaksanakan tugas dengan cekap
dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. Selain itu, ia juga dihasilkan untuk membantu
PPP merancang pembangunan kompetensi dan profesionalisme.

Di dalam ulasannya, Dr. Rosli menegaskan bahawa amatlah wajar untuk menerapkan aplikasi
pelan ini di semua kerana ia bersifat menyeluruh. Ia bukan sahaja bertumpu kepada
keberhasilan murid bahkan juga guru dan seluruh organisai. Oleh disebabkan itu, beliau
menekankan tentang perlunya sistem sekolah yang berkualiti kerana sistem yang bermutu akan
menghasilkan guru yang cekap serta dapat melahirkan murid yang berjaya.
8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran
.
 Guru dapat memahami tentang keutamaan yang PIPPK ketengahkan iaitu bukan sahaja
berfokus kepada guru bahkan juga organisasi serta murid-murid.
 Guru berperanan penting dalam memastikan aspirasi yang ditonjolkan di dalam PIPPK
dalam dicapai dengan jayanya sepanjang tempoh pelaksanaanya.
9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
.
 Guru sentiasa belajar untuk memperbaiki kelemahan diri dan juga meningkatkan
kompetensi diri supaya dapat menghasilkan sesebuah pengajaran yang berkesan dan
bermakna.
 Guru mencari dan mengkaji ilmu supaya kualiti profesionalisme keguruan dapat
dipertingkatkan bagi memastikan murid yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dapat
dilahirkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ....................................
....................
(W Nur Asma Amira bt W Zulkifli) ( )