Anda di halaman 1dari 21

AGAMA YAHUDI

Sejarah Ringkas Dan Perkembangan Agama Yahudi

Penulis akan menerangkan berkenaan rentetan sejarah agama Yahudi secara umum
supaya ia lebih mudah difahami. Zaman sejarah agama Yahudi dapat diklasifikasikan
kepada empat zaman atau peringkat iaitu :

1. Zaman Biblical (2000 hingga 330SM)

2. Zaman Hellenic (330 hingga 70 SM)

3. Zaman Buangan atau Diaspora age (70 hingga 1947 M)

4. Zaman Penubuhan Negara Yahudi (1948M)

Zaman Biblical

Zaman Biblical (2000 hingga 330 SM) adalah zaman pertama. Ia dapat dibahagikan kepada
beberapa peringkat iaitu :

 Zaman asas kaum

 Zaman Kan'an

 Zaman kacau bilau

Zaman Asas Kaum

Zaman ini adalah zaman pengasas atau pemimpin terawal dalam sejarah Yahudi. Zaman ini
boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat seperti berikut.

 Zaman Nabi Ibrahim

Lebih kurang pada tahun 2000 SM, Ibrahim dan Siti Sarah dilahirkan di kota Ur daripada
keturunan Kaldan (Iraq) dalam daerah kerajaan Babylon. Pada masa itu, kerajaan bangsa
Kaldan jauh terpesong dan sesat dalam kepercayaan dan akhlak. Mereka menyembah
berhala-berhala yang diukir dengan tangan mereka sendiri. Selain daripada menyembah
berhala ada yang menyembah matahari, dewa-dewa, bulan, bintang dan lain-lain lagi.
Pendek kata akidah masyarakat ketika itu jauh menyimpang dan sesat. Bahkan raja yang
memerintah ketika itu dianggap suci dan ada juga menganggapnya sebagai Tuhan. Mereka
mengalami keruntuhan moral yang sangat teruk seperti binatang. Ada yang berpesta sambil
minum arak dengan sewenang-wenangnya. Di samping itu, perzinaan, perjudian dan tenung
nasib serta banyak lagi maksiat yang dilakukan dengan berleluasa tanpa kawalan.

Oleh kerana kejahilan masyarakat pada masa itu begitu ketara, Nabi Ibrahim diutuskan oleh
Tuhan untuk mengajak kepada kebenaran, cara hidup yang mulia dan kepercayaan yang
betul. Namun begitu adalah lumrah bagi seorang rasul menerima dugaan dan pelbagai
rintangan. Nabi Ibrahim menerima tentangan hebat daripada Raja Namrud yang sedang
memerintah ketika itu. Antara penentangan yang dirancang Raja Namrud bagi
menghentikan Nabi Ibrahim a.s. daripada meneruskan usaha dakwahnya ialah menghukum
dibakar hidup-hidup ke atas Nabi Ibrahim.1

Namun rancangan jahat itu tidak berjaya kerana Tuhan menyelamatkan baginda dengan
menukarkan api yang panas itu menjadi sejuk. Ini kerana, semasa Nabi Ibrahim dilemparkan
ke dalam api yang marak menyala, Tuhan menyatakan kepada api seperti yang terdapat di
dalam bab al-Anbiyak, ayat 69 yang bermaksud, "Berkata kami (Tuhan), "Hai api, hendaklah
engkau menjadi dingin dan menyelamatkan Nabi Ibrahim".

Namun di sebalik penentangan hebat yang diberikan oleh kaum jahiliah ketika itu, terdapat
juga orang-orang yang mengakui dan membenarkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim. Para pengikut Nabi Ibrahim ini juga tidak terlepas daripada berbagai ancaman
daripada Raja Namrud. Oleh itu, Nabi Ibrahim dan para pengikutnya berpindah mencari
kawasan yang lebih selamat dan jauh daripada gangguan masyarakat jahiliah.

Nabi Ibrahim dan para pengikutnya berpindah menuju ke Kana'an (Palestin) dengan
menggunakan jalan barat dan melintasi Sungai Furat (Eufrat). Kerana itu, mereka dikenali
sebagai Ibrani2 yang bererti "orang yang menyeberangi atau berpindah".

1
K. H. Agus Hakim. Perbandingan Agama. Bandung : Penerbit CV. Diponegoro, 1996. hlm. 39.
2
Ibid. hlm.39.
Pada peringkat ini, Nabi Ibrahim membuat perjanjian dengan Yahweh (Tuhan). Kesimpulan
daripada perjanjian tersebut adalah :

1. Nabi Ibrahim dan keturunannya berjanji akan hanya menyembah dan patuh
kepada Tuhan yang Satu.

2. Tuhan menjanjikan Nabi Ibrahim dan keturunannya suatu tempat yang


dikenali sebagai "Tempat yang Dijanjikan" iaitu Palestin.

3. Ekoran daripada perjanjian ini, kaum Israel dipilih sebagai "kaum yang
terpilih".

Hasil daripada perjanjian itu, semua pengikut Nabi Ibrahim bersetuju mematuhi segala
perintah Tuhan. Selain itu, Nabi Ibrahim juga dianggap sebagai pengasas bangsa baru.
Menurut sejarah, Nabi Ibrahim mengahwini dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar.
Sarah melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Ishak manakala Siti Hajar melahirkan
anak lelaki yang diberi nama Ismail. Kedua-dua putera Nabi Ibrahim ini juga adalah Nabi
dan utusan Tuhan.

Perbincangan di sini hanya tertumpu kepada sejarah hidup Nabi Ishak sahaja. Menurut
sejarah, kaum Yahudi tidak mengiktiraf Nabi Ismail sebagai nabi mereka. Ini kerana Nabi
Ismail dilahirkan oleh Siti Hajar yang berketurunan Mesir dan bukannya Yahudi. Orang-
orang Yahudi sangat angkuh yang mana mereka hanya patuh kepada nabiyang
dibangkitkan daripada bangsa Yahudi sahaja.

 Zaman Nabi Ishak & Nabi Yaakub

Tanggungjawab memimpin kaumYahudi diteruskan oleh Nabi Ishak selepas Nabi Ibrahim
wafat. Selepas Nabi Ishak wafat tugas memimpin kaum Yahudi diteruskan pula oleh putera
beliau iaitu Nabi Yaakub. Di bawah pimpinan Nabi Yaakub ini, perkataan Israel mula
digunakan baut julung kalinya. Israel adalah perkataan Ibrani yang membawa maksud '
kamu mengalahkan Tuhan'. Ia adalah gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub selepas
beliau berjaya mengalahkan 'Tuhan' dalam pergaduhan antara mereka berdua3.

3
Mohd Rosmizi Abd. Rahman. 4 Agama Monoteisme. Pahang : PTS Publications. 2004. Hlm. 23.
Nabi Yaakub mengahwini 4 orang isteri yang melahirkan 12 orang anak lelaki. Daripada
mereka lahirnya 12 keturunan Israel. Semua keturunan itu dinamakan sebagai kaum Israel
(anak cucu Israel). Isteri-isteri dan anak-anak lelaki beliau adalah:

1. Laiah (anak sulung kepada bapa saudaranya). Melahirkan 6 orang anak lelaki
iaitu; Rubin Syam'un, Lawai (Lewi), Yahuda, Yashaki dan Zebulon.

2. Rahil (adik kepada Laiah). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Yusuf dan
Bunyamin.

3. Zalfah (hamba kepada Laiah). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Jadd dan
Ashir.

4. Balhah (hamba kepada Rahil). Melahirkan 2 orang anak lelaki iaitu Dann dan
Naftali.

Keturunan yang paling banyak berkembang dengan pesat adalah keturunan Yahuda iaitu
anak Nabi Yaakub yang keempat yang dilahirkan oleh Laiah. Oleh kerana banyaknya
keturunan Yahuda, maka keturunan-keturunan yang lain lebur dan bergabung dengan
keturunan Yahuda dan kerana itu mereka dikenali sebagai bangsa Yahudi sehingga
sekarang.

 Zaman Nabi Yusuf

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa adik-beradik Nabi Yusuf kecuali Bunyamin
telah melakukan hasad dengki kepada saudara mereka sendiri disebabkan sifat cemburu
yang terlalu tinggi akibat daripada pengetahuan mereka tentang nasib Nabi Yusuf pada
masa akan datang. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Yusuf dan perkara
ini berlarutan sehinggalah Nabi Yusuf menjadi Pembesar Mesir. Pada suatu hari, saudara-
saudara Nabi Yusuf ini datang hendak meminta bantuan makanan. Peluang yang ada ini,
Nabi Yusuf berjaya membawa Nabi Yaakub dan anak-anaknya berpindah ke Mesir dan
mereka tinggal bersama-sama sehinggalah beberapa generasi.

 Zaman Nabi Musa

Kaum Israel yang mula-mula pindah dan menetap di Mesir, disambut baik oleh raja dan
penduduk Mesir. Mereka hidup dalam keadaan aman dan damai. Namun tidak beberapa
lama selepas itu, tampuk pemerintahan ketika itu digantikan dengan seorang raja yang
zalim. Firaun yang zalim itu dikatakan hidup sezaman dengan Nabi Musa.

Pelbagai peristiwa yang berlaku, antaranya bangsa Yahudi dijadikan sebagai hamba abdi
dan dipaksa melakukan pekerjaan yang berat dan hina kerana Firaun sangat membenci
kaum tersebut disebabkan dia mencurigai sifat-sifat orang Israel yang suka menyendiri dan
menyisihkan diri daripada masyarakat sekeliling. Di samping itu, Firaun membenci agama
yang diamalkan bangsa Yahudi kerana ia bertentangan dengan agama beliau sendiri yang
lebih suka menyembah berhala dan dewa bahkan beliau sendiri sudah mengakui bahawa
dirinya sebagai Tuhan. Pada zaman inilah Nabi Musa diutuskan untuk memimpin Bani Israel
dan mengajak Firaun kepada ajaran agama yang benar iaitu menyembah Tuhan yang Esa.
Antara nabi yang turut terlibat adalah Nabi Harun.

Konsep Ketuhanan Yahudi

Menurut fakta-fakta sejarah, amat jelas bahawa kaum Bani Israil telah mengabaikan sumber
akidah yang hakiki iaitu sumber yang datang dari langit, dan sebaliknya mereka mengikuti
sumber yang lain. Sepanjang masa dalam sejarah, kaum Bani Israil tidak pernah konsisten
menyembah Tuhan Yang Esa sebagaimana diajarkan oleh para Nabi. Kecenderungan dan
kesukaan mereka terhadap Tuhan yang ditajsimkan (bertubuh) dan animistis (lebih dari
satu) nampak jelas di dalam segala aspek sejarah mereka. Kefahaman kuno di dalam
agama tetap menjadi pokok kepercayaan mereka walaupun mereka mempunyai pertalian
hubungan kekeluargaan dengan Nabi Ibrahim melalui salasilah keturunan mereka yang
bersambung sehingga sampai kepada baginda.4

Salah satu bukti yang konkrit akan sikap mereka yang selalu berbalik dari keimanan dan
syirik kepada Allah adalah dengan jumlah para Nabi yang ramai, yang telah diutuskan
kepada mereka. Oleh hal yang demikian, perlulah didatangkan sejumlah para Nabi lagi
untuk memperbaharui seruan kepada tauhid dan mengesakan Allah. Walaupun begitu,
seruan tersebut tidak langsung mendatangkan kesan kepada mereka kerana mereka
muncul sebagai kaum yang menyembah roh-roh dan patung-patung, dan kadang-kadang

4
Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Drs. A.Wijaya, Perbandingan Agama-Agama Yahudi, Jakarta: Bumi Aksara,
1991. Hlm. 169.
meniru cara ibadat bangsa-bangsa yang berjiran dengan mereka di mana kebudayaan dan
pemikiran mereka telah ditiru oleh kaum Yahudi.5

J.Shotwell berkata: “ Sesungguhnya orang-orang Yahudi itu sejak awal-awal mereka muncul
di dalam sejarah dunia, merupakan penghuni gurun yang suka berpindah-randah, sangant
terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran kuno seperti takut kepada hantu (syaitan-syaitan)
dan percaya kepada roh-roh. Mereka menyembah batu-batu. Kambing-kambing dan
menyembah pokok-pokok.”6

Selain itu Reinach berkata: “Orang-orang Yahudi itu meletakkan patung-patung berhala kecil
di dalam rumah-rumah mereka untuk di sembah, dan berhala itu akan selalu dibawa mereka
jika mereka berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain”. Kepercayaan tersebut tetap
menjadi pegangan bagi kaum Bani Israel sehingga Musa dating dan membawa mereka
keluar dari Mesir.7

Sesudah zaman Musa, kaum Bani Israil sangat terpengaruh dengan tuhan-tuhan yang
disembah oleh bangsa Kana’n. Kent menerangkan bahawa Tuhan Kan’an yang bernama
Kan’an itu telah diambil menjadi tuhan oleh Kaum Bani Israil di beberapa perkampungan
mereka. Selain itu, golongan itu mempunyai tempat sembahyang yang sama, di mana di
dalamnya terdapat patung berhala Yahuah dan lain bagi Baal. Kadang-kadang sampai
keliru, berhala Yahuah dipanggil Baal. Hal demikian berlanjutan sehingga zaman Yusha’
(Joshua).8

5
Prof.Dr.Ahmad Shalaby, (terj) Dr. Fuad Muhammad Fakhruddin Muhammad Labib, Agama Masehi,
Singapura: Pustaka Nasional, 1978. Hlm 204.
6
Op.Cit, Hlm. 170
7
Ibid. Hlm. 170.
8
Ibid. Hlm. 172
Yahuah Dan Penyembahannya

A- Asal-usul perkataan Yahuah

Al-Ustaz Abbas Mahmud al-Aqqad mengatakan, bahawa perkataan “Yahuah” tidak diketahui
dengan tepat dari mana asal-usul atau sumbernya. Boleh jadi perkataan itu diambil dari
sumber sesuatu panggilan kepada orang ketiga (ghaib), dalam bahasa Arabnya “ Ya Hua”
yang bermaksud “Wahai si Dia”, kerana Musa telah mengajarkan kepada kaum Bani Israil
supaya takut apabila disebut nama (Yahuah)-nya sebagai satu penghormatan kepadanya.
Maksud yang sama juga dipakai oleh Smith, tetapi ia menambahkan kemungkinan ada
penambahan maksudnya yang membawa erti yang lain, iaitu satu perkataan dalam bahasa
Ibrani yang maksudnya sama dengan perkataan “Lord” (tuan). Bahasa Ibrani mula-mula
ditulis dengan menggunakan huruf saksi hingga tahun 1500 M, baru kemudian dimasukkan
huruf-huruf saksi ke dalam bahasa itu. Oleh itu perkataan “Yahuah” pun menjadi “Jehovah”
yang ertinya “tuan” dan “Tuhan”.

B- Sifat-sifat Yahuah

Bagi Tuhan, tentu mempunyai pelbagai macam nama sesuai dengan pelbagai jenis
bahasa yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Dalam bahasa Arab dipanggil “Allah Yang Maha
Esa”. Dalam Bahasa Inggeris disebut “God”, dalam bahasa Indonesia dan Melayu dipanggil
“Tuhan” dan seterusnya. Tetapi apakah perkataan “Yahuah” itu nama bagi Tuhan orang-
orang Yahudi atau dalam bahasa Ibraninya?. Jawapannya tidak. Sama sekali tidak. Hal ini
kerana sifat-sifat yang disebutkan oleh orang-orang Yahudi bagi Tuhan Yahuah itu jauh
berbeza dari sifat-sifat Tuhan yang dimilki oleh golongan manusia yang beragama. Sifat-sifat
tersebut juga tidak dapat melayakkannya sebagai pemberi hidayat tetapi sebaliknya
menjadikannya sebagai cermin yang menghancurkan watak-watak dan arah tujuan mereka
sendiri.9

Will Durant berkata: Ada kemungkinan bahawa tentera-tentera Yahudi yang telah menakluki
negeri-negeri baru itu telah terpengaruh oleh salah satu dari Tuhan-tuhan kaum Kana’n, lalu
merekapun menyembahnya mengikuti cara orang-orang Kan’an. Kemudian mereka
menjadikannya sebagai Tuhan pula. Hal ini terbukti dengan penemuan barang-barang

9
Ibid. Hlm. 173.
peninggalan sejarah yang terdapat di negeri Kan’an pada tahun 1931, berupa beberapa
patung tembikar yang berasal dari zaman peradaban purba (Bronze Age) dianggarkan pada
tahun 3000 S.M. Tembikar itu bertulis nama Tuhan Kan’an yang dipanggil “Yah” atau
“Yahu”10

Maka Yahuah itu bukan yang menjadikan mereka, sebaliknya mereka yang mencipta
Yahuah. Yahuah tidak memerintah tetapi mengikuti segala kemahuan mereka malah
seringkali tunduk di bawah perintah-perintah kaum Yahudi . Bagi mereka, Yahuah bersifat
dengan sifat-sifat peperangan, dan jika kaum yahudi hendak berperang, atau bersifat
dengan sifat-sifat yang merosakkan, hal itu adalah kerana sifat kaum Yahudi itu sendiri yang
memang suka menghancurkan, bukan kerana dakwaan mereka yang mengatakan bahawa
perkata itu adalah sifat Tuhan Yahuah. Bagi mereka juga Yahuah lah yang menyuruh kaum
Yahudi itu mencuri, sekiranya orang-orang Yahudi itu hendak mencuri. Yahuah juga
menerima pemberitahuan mereka tentang apa yang mereka inginkan dia untuk
mengetahuinya.

Sifat-sifat Yahuah

1- Orang-orang Yahudi telah menggambarkan Tuhan Yahuah sebagai satu gambaran


yang benar-benar menyerupai sifat-sifat manusia.11 Gambaran tersebut akan menjadi lebih
jelas lagi bila kita melihat kepada keterangan-keterangan yang didakwa oleh orang-orang
Yahudi terhadap Yahuah. Menurut orang-orang Yahudi, sifat-sifat lahiriah Tuhan Yahuah,
ialah bahawa ia pernah berjalan bersama-sama rombongan Bani Israil dalam bentuk
sekelompok awan.12

Hal ini dapat ditemui di dalam kitab perjanjian lama di mana sifir Khuruj pun menceritakan.:
Dan mereka pun (Bani Israil) berpindahlah dari Sukkut untuk menetap di Itsam di penjuru
gurun pasir, dan yang berjalan di hadapan bersama-sama mereka ialah tuhan; pada siang
hari menjelma seperti sekelompok awan sebagai pedoman dalam perjalanan, malah pada
waktu malam hari dia menjelma seperti sekelompok api untuk menerangi perjalanan
mereka.

10
Ibid. Hlm. 174.
11
Ibid. Hlm. 174.
12
Ibid. Hlm. 175.
J.Smith mengatakan, bahawa semenanjung Sinai merupakan suatu kawasan gunung-
ganang berapi yang selalu berasap. Ada kemungkinan bahawa kelompok-kelompok awan
yang diikuti oleh rombongan-rombongan Bani Israil itu telah disangka sebagai tuhan yang
berjalan bersama-sama mereka, sedangkan pada hakikatnya ia tidak lain melainkan kepulan
asap yang dibawa angin ke hadapan yang berpunca dari gunung-gunung berapi itu.13

2- Yahuah bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan sepertimana yang disebutkan oleh


Taurat: “ Kemudian naiklah Musa, Harun, Nadab, Abihu dan 70 ketua-ketua Israil dan
mereka telah melihat Tuhan Israil yang dibawah kedua kakinya terdapat semacam potongan
batu akik biru yang jernih, jernihnya seperti kejernihan langit layaknya, akan tetapi Tuhan itu
tidak menghulurkan tangannya kepada pembesar-pembesar Bani Israil itu”14

3- Yahuah tidak pernah mengaku bahawa dirinya pandai dan meminta kepada orang-
orang Bani Israil agar mereka menunjukkan sesuatu perkara kepadanya. Tatkala orang-
orang Bani Israil masih berada di Mesir, Tuhannya telah membuat keputusan “hendak
menerobos bumi mesir malam ini dan memukul (membunuh) setiap anak sulung manusia
dan binatang di negeri itu”, tetapi Yahuah tidak menjatuhkan pukulan-pukulannya kepada
Bani Israil. Untuk itu kaum Yahudi diminta agar memberi tanda pada rumah-rumah mereka
dengan darah kibas yang dikorbankan, kemudian menyapukan darahnya pada kedua tiang
dan bendul rumah mereka.15

4- Yahuah juga tidak terlepas dari melakukan perbuatan dosa. Dia sering kali bersalah
dan mnyesal atas perbuatannya itu. Teks dalam Taurat berbunyi: “Maka menyesallah Tuhan
di atas kesalahannya atas apa yang dilakukannya ke atas rakyatnya. Dan dalam teks lain
dikatakan lagi: “ Maka berkatalah Tuhan kepada Samuel: “Aku menyesal setelah aku
menjadikan Saul raja, kerana dia telah berpaling dan tidak menjalankan perintahku”.16

5- Tuhan Yahuah telah menyuruh mencuri. Hal ini berpandukan satu teks Taurat yang
menyebut bahawa Yahuah telah memerintahkan orang-orang Bani Israil, “ Tiap-tiap orang
perempuan mereka disuruh meminta barang-barang kemas emas, perak, dan pakaian dari

13
Ibid.
14
Ibid.
15
Ibid. Hlm. 176.
16
Ibid.
jiran dan tetamunya, kemudian disuruh pakaikan kepada putera-petera dan puteri-puteri
mereka. Demikianlah seharusnya mereka merampas harta orang-orang mesir itu”17

6- Yahuah adalah tuhan yang bersikap keras , perosak dan fanatik terhadap
kepentingan rakyatnya, sebab ia bukan tuhan semua bangsa, dia hanya tuhan bagi Bani
Israil sahaja. Dengan demikian dia adalah musuh kepada tuhan-tuhan yang lain. Sedangkan
bangsanya juga menjadi musuh kepada bangsa-bangsa yang lain. Buku-buku rujukan yang
mebincangkan soal ini telah memberikan satu gambaran bahawasanya ia mempunyai kaitan
dengan satu komplot jahat Yahudi. Katanya: “ Apabila Tuhan membawamu ke bumi yang
kamu masuk supaya kamu memilikinya, dan Tuhan menghalau banyak bangsa lain dari
depanmu, bangsa Hattite, Jarjasyi, Amuri, Kan’ani. Firizi, Hiwiyi dan Yabusi, tujuh bangsa
yang lain yang lebih banyak jumlahnya dan yang lebih kuat dari kekuatanmu. Dan
hendaklah engkau halangi dan batasi mereka, jangan membuat janji dan jangan engkau
kasihan kepada mereka.18

Peringkat Penyembahan Terhadap Yahuah

Penyembahan Yahuah terbahagi kepada 3 peringkat yang besar iaitu :

1. Penyembahannya sebelum didirikan rumah Ibadat Haikal.

2. Penyembahannya di dalam Haikal.

3. Penyembahannya setelah kehancuran Haikal.

1. Tuhan Yahuah Sebelum Didirikan Haikal.

Penyembahan Yahuah pada peringkat ini dimulai tatkala Musa menyeru kepada Bani
Israel agar beriman kepadanya dan menurut Musa Yahuah itu adalah Tuhan yang satu-
satunya. Tetapi orang-orang dari Bani Israel tidak menyambut seruan itu sebagaimana
diharapkannya, bahkan mereka terlalu cepat menukar penyembahan mereka kepada anak
lembu sejak Musa masih hidup hingga baginda wafat.

17
Ibid.
18
Ibid. Hlm. 177
Pada masa kekuasaan para Hakim, kaum Bani Israel kembali lagi melakukan
kejahatan terhadap Tuhan. Mereka menyembah Baal, Ashtart dan Tuhan-tuhan Aram,
Tuhan-tuhan Sidom, Tuhan-tuhan Moab, Tuhan-tuhan Amon dan Tuhan-tuhan orang
Palestin serta membelakangkan dan meninggalkan penyembahan terhadap Tuhan yang
sebenarnya.

Ini dapat dibuktikan lagi iaitu pada permulaan zaman raja-raja, Kitab Suci
mengesahkan bahawa Mikal, isteri Nabi Daud, pernah menyembah patung berhala yang
direka bentuk manusia yang dilambangkan sebagai Allah. Bagi mengelirukan musuh-musuh
Daud yang hendak membunuhnya, Mikal mengambil Travima, salah satu daripada berhala-
berhala itu, lalu diletakkanya di atas tempat tidur, agar musuh-musuh Daud menyangka
bahawa orang yang tidur di tempat tidur itu adalah Daud. Sedangkan Daud dibawa lari oleh
Mikal dari pencarian orang-orang Saul yang hendak membunuhnya.

2. Yahuah Dengan Haikal

Pada peringkat ini Nabi Daud telah sampai di kota Jerusalem dan menjadikan kota
itu sebagai ibukota kerajaannya. Kemudian dilanjutkan oleh pemerintahan Sulaiman, maka
dibuatlah Haikal di kota itu. Sesudah itu terpusatlah akidah dan kepercayaan Bani Israel di
sekitar rumah ibadat Haikal itu dan mereka pun menganggapnya sebagai rumah Tuhan
yang selama ini selalu diperkatakan oleh para Nabi, dan yang diberi nama Yahuah atau
Jehovah. Sementara usaha untuk memperbaharui, membentuk dan mempercantikkan
Haikal itu menjadi suatu tanda mulai tumbuhnya kecenderungan pada diri mereka kepada
Tuhan yang selama ini telah disia-siakannya. Oleh demikian, Haikal itu sebenarnya menjadi
simbol dari segala Tuhan yang pernah mereka sembah dan masih belum hilang lagi dari
ingatan mereka.

Mereka menganggap bahawa Yahuah itu tidak banyak perbezaannya dengan batu-
batu berhala dan patung-patung, sebab disitulah tempat tertumpunya semua roh-roh dan di
situ pula tempat mempersembahkan sembelihan korban. Di samping itu di situlah tempat
tertegaknya kepala anak lembu. Demikianlah seterusnya peribadatan terhadap Haikal di
Jerusalem berjalan terus sewaktu kesatuan politik mulai berkembang pada masa kekuasaan
pemerintahan Nabi Daud dan Sulaiman.

Menurut Will Durant dalam kitabnya "Qissatul Hadlarah" Agama mempunyai peranan
yang penting untuk mempropagandakan slogan-slogan sejarah dan politik, dan dengan
demikian maka Yahuah telah menjadi Tuhan yang tunggal bagi kaum Yahudi, "Tuhan yang
mengatasi segala Tuhan bangsa manusia". Para analisis bahagian sejarah agama-
agama mempercayai bahawa tujuan utama dari dakwaan kaum Yahudi itu bukanlah kerana
kepentingan agama, melainkan disebabkan oleh faktor-faktor keduniaan. Tujuan
sebenarnya adalah untuk menyatukan pemikiran kaum Yahudi agar kerajaan mereka berdiri
kekal dan terpelihara dengan baik. Demikianlah kaum Yahudi itu menjalin dan mengikat
hubungan dengan Yahuah.

3. Yahuah Setelah Kehancuran Haikal

Pada peringkat ini orang-orang Yahudi telah mula memberi sedikit ruang kepada
pemikiran mereka bahawa Tuhan itu bukan sahaja boleh didapati di Haikal. Ini berlaku
apabila zaman ini telah mengalami zaman kehancuran Haikal. Mereka tertanya-tanya di
manakah Tuhan selepas rumah peribadatan mereka iaitu Haikal telah hancur akibat
daripada penaklukan kuasa besar yang lain.

“Mereka menyangka bahawa Tuhan Yahuah itu berada bersama-sama mereka


dalam tawanan, akan tetapi tidakkah Yahuah masih berada bersama-sama mereka yang
tinggal di Palestin. Dan tidakkah Yahuah juga turut bersama-sama mereka berpindah ke
negeri-negeri lain di utara, selatan timur dan barat. Jawapan mereka terhadap pertanyaan-
pertanyaan sebegini begitu mendalam dalam pemikiran kaum Yahudi. Mereka sebaliknya
mempercayai bahawa Yahuah itu senantiasa bersama-sama tiap-tiap orang dari mereka di
mana saja mereka berada. Ini bererti bahawa Yahuah itu berada di mana-mana tempat.

Demikian itu ia dianggap sebagai suatu langkah penting dalam sejarah akidah kaum
Bani Israel kerana dengan demikian mereka tidak lagi meletakkan Tuhan di suatu tempat
yang terbatas dan kerana itu juga mereka telah sedikit terbebas daripada kongkongan
pemahaman bahawa Tuhan itu bertubuh.
Agama bangsa yahudi diperoleh dari Ibrahim a.s, melalui jalur keturunan anaknya Ishak.
Agama Yahudi adalah agama yang dibangsakan kepada bangsa Yahudi yang menjadi
penganut kepada agama ini.

Menurut Al-Kitab asal usul bangsa Yahudi adalah keturunan salah satu cabang ras
Semitik kuno yang berbahasa Ibrani (kejadian 10:1, 21-32; 1), (tawarikh 1:17-28, 34;
2:1,2). Hampir 4000 tahun yang lalu, Ibrahim iaitu nenek moyang mereka berimigrasi dari
kota besar Ur Kasdim yang sangat makmur di Sumeria ke negeri Kana’an. Darinya susur
galur keturunan orang Yahudi dimulai dengan Ishak puteranya dan Ya’kub cucunya yang
namanya diubah menjadi Israel (kejadian 32:27-29).

Nabi Ya’kub menikah dengan dua orang sepupunya (dari sebelah ibu), iaitu Liah dan
Rahil, kemudian menikah lagi dengan Zilfah dan Bilhah. Dari keempat isterinya, ia
mendapatkan 12 orang anak lelaki yang kemudiannya menjadi pemimpin 12 suku, di
antaranya ialah :

 Dari Liah melahirkan Raubin, Syam’un, Lawi (dari keturunannya lahir Nabi Musa),
Yahuza/ Yehuda (dari namanya diambil nama ‘Yahudi’), Yassakir, dan Zabulun.
 Dari Rahil melahirkan Yusuf dan Benyamin.
 Dari Zilfah melahirkan Jad dan Asyir.
 Dari Bilhah melahirkan Dan dan Naftali.
Di antara susur galur keturunan tersebut, bagi bangsa Yahudi, Musa a.s mendapat
tempat yang sangat istimewa meskipun Isa juga diutus untuk bangsa Israel. Musa dianggap
memenuhi peranan penting sebagai perantara perjanjian Taurat yang Allah berikan kepada
Israel, disamping sebagai nabi, hakim, pemimpin dan sejarawan (Keluaran 2:1-3:22).

Agama ini percaya pada keesaan Tuhan secara mutlak (monoteis) dan menganggap
Allah campurtangan dalam sejarah manusia, khususnya berkenaan dengan orang
Yahudi. Ibadat bangsa Yahudi berkait dengan beberapa perayaan tahunan dan berbagai
kebiasaan. Meskipun tidak ada kepercayaan atau prinsip yang diterima oleh semua orang
yahudi tentang keesaan Allah yang dinyatakan dalam Shema, iaitu doa berdasarkan kitab
Ulangan 6:4, merupakan bahagian terpenting ibadah sinagoge (suatu perhimpunan atau
jemaah Yahudi untuk tujuan ibadat agama) :

“Dengarlah, Hai bangsa Israel: Tuhan itu Allah kita, Tuhan itu Esa “.

Pada mulanya Nabi Musa as mengajarkan kepada umatnya tentang ada dan Esa-
Nya Allah. Tetapi ajaran murni ini akhirnya berubah kerana sifat “exclusive nasionalistic”
penganutnya. Perubahan tersebut dapat dilihat dari sumber utama Syahadat mereka
“Shema Yisrael, Adonai alaheynu Adonai achud” Ulangan : yang di dalam pelaksanaannya
rasa kebangsaan di atas segalanya sehingga keesaan Allah sendiri menjadi kabur.
Ajarannya disebut “Yudaisme” kerana bersifat ke-bangsa-an dan khusus untuk
bangsa Yahudi atau Bani Israel, iaitu ajaran yang berasal dari agama yang diturunkan Allah
untuk bani Israel dengan perantaraan utusan-Nya iaitu Musa a.s Kitab sucinya dinamakan
Thaurat (wasiat lama). Versi yang asli (asal) tidak ditemui lagi sekarang.

Dasar-dasar Agama Yahudi

Ajaran Yudaisme tidak menyebut adanya hari kiamat, akhirat, siksaan pada hari akhirat dan
pembalasan dalam bentuk pahala. Mereka tidak membicarakan keselamatan peribadi
penganut-penganut ajaran mereka. Kepada mereka selalu diindoktrinasikan (diberi
gambaran) adanya kejayaan yang abadi di Palestine sebagai negara yang dijanjikan Tuhan
bagi minoriti bangsa Yahudi, satu-satunya umat yang mewarisi bumi Tuhan sebagai umat
yang terpilih.

Keganasan mereka melebihi keganasan haiwan

Hingga kini kita dapat melihat mengapa Israel begitu rakus merampas tanah dan menguasai
Palestine dengan melakukan tindakan keganasan kepada semua bangsa yang bukan
Yahudi agar meninggalkan tanah Palestine.

Peribadahan mereka dilakukan terutama pada hari Sabtu mulai terbit fajar sampai terbenam
matahari. Segala pekerjaan tangan seperti menyalakan lampu, memadamkan api dan lain-
lainnya terlarang pada hari tersebut. Pelanggaran terhadap ketentuan di atas diberikan
amaran keras. Mereka dianjurkan berjamaah dengan sekurang-kurangnya 10 orang dan
dilakukan tiga kali sehari. Sebelum solat mereka juga berhadas dan mengambil wudhu. Di
dalam solat mereka diharuskan memakai penutup kepala.

Puasa mereka dilakukan pada hari-hari tertentu, seperti “Yom Kippur” selama 24 jam,
tanggal 10 bulan Tishri dan setiap hari Isnin dan khamis. Di dalam kitab Imamat orang Lewi
Thaurat [10]: [9], [10]: [11] minuman yang memabukkan terlarang untuk setiap penganut
ajaran Yudaisme. Larangan ini tidak pernah diperdulikan malah minuman keras merupakan
suatu keharusan dalam upacara-upacara keagamaan dan mereka meminumnya pada nama
Tuhan.

Setiap orang yahudi tidak memiliki kewajiban untuk menyampaikan ajaran mereka kepada
orang-orang yang bukan keturunan Yahudi sehingga ajaran mereka bersifat “non missionary
“. Orang Yahudi tidak mengakui Nabi Isa a.s Mereka menentang sekali ketuhanan Isa atau
Yesus yang diajarkan oleh agama Kristian. Juga tidak mengenal pusat agama (hirarki
gereja).

Kitab Suci Agama Yahudi

Terdapat beberapa kitab yang dianggap sebagai kitab suci Yahudi, seperti Torah (Taurat),
Talmud, Septuaginta, dan Pentateuch. Meskipun demikian, kitab pokok atau yang sering
disebut sebagai Kitab Perjanjian Lama adalah Taurat.

Selain umat Yahudi, Kitab Perjanjian Lama juga menjadi bagian kitab suci agama Kristen.
Hal ini dikarenakan al-Kitab/ Kitab Perjanjian Baru yang disusun oleh Yesus/Isa, sebagian
berasal dari Perjanjian Lama.

Kandungan Kitab Perjanjian Lama diakui oleh Yahudi dan Kristen berbeda-beda menurut
beberapa pendapat. Umat Yahudi mengakui bahwa kandungan Perjanjian Lama tidak
selamanya sama, karena sebagaian pendeta ada yang menambahkan, tetapi ditolak oleh
pendeta lainnya.

Umat Yahudi membagi kitab mereka menjadi 3 golongan, yakni:

1. Kitab Taurat (Kejadian, Keluaran, Imamat, Bialangan, dan Ulangan).


2. Kitab Nabi-Nabi yang melibuti: Nabi-nabi yang terdahulu (Kitab Ysak, Qadi, Samuel,
dan Raja-Raja), dan nabi-nabi selanjutna (Ysaya, Yeremia, Yezekil, dan 12 nabi kecil
mulai dari Hosea sampai Melekhi).

3. Surat-surat yang terdiri dari Mazmur, Ayub, Amsal, Rut, Nudub, al-Khatib, Ester,
Daniel, Ezra, Nehemia, dan Tawarikh.

Kitab Bible Yahudi lebih dikenali oleh masyarakat Yahudi sebagai kitab Tanakh, iaitu
singkatan nama kepada 3 bahagian utama yang wujud di dalam Bible tersebut. Ia
mengandungi 24 buah kitab. Bahagian-bahagian tersebut ialah:

I. Bahagian pertama dalam Bible Yahudi dikenali sebagai Torah atau Taurat (yang
merupakan sumber dasar agama Yahudi). Bahagian ini mengandungi 5 buah kitab.
la juga dikenali sebagai Pentateuch yang bermaksud 5 buah kitab yang dinisbahkan
sebagai wahyu Allah S.W.T. kepada Nabi Musa a.s. Di antara 5 buah kitab tersebut
ialah:

 Bereshith (B. Hebrew) - Ganesis (B. Inggeris) - Kitab Kejadian.


 We'elleh Shemoth (B. Hebrew) - Exodus (B. Inggeris) - Kitab Keluaran.
 Wayyiqra' (B. Hebrew) - Leviticus (B. Inggeris) - Kitab Imamat Levi.
 Bamidbar (B. Hebrew) - Number (B. Inggeris) - Kitab Bilangan.
 Devarim (B. Hebrew) - Deutronomy (B. Inggeris) - Kitab Ulangan.

II. Bahagian kedua pula di kenali sebagai Nevi'im alau kitab Nabi-Nabi. La dibahagikan
kepada 2 sub-bahagian utama, iaitu "the Former Prophets" atau kitab Nabi-Nabi
Lama dan "the Latter Prophets" atau kitab Nabi-nabi Terkemudian. Bahagian kitab
Nabi-nabi Lama atau "the Former Prophets" mengandungi 4 buah kitab sejarah
bangsa Israel yang penting, iaitu Yehoshua (Joshua), Shoftim (Hakimhakim),

Shmuel (Samuel) dan Melakhim (Raja-raja).

Umat Yahudi tidak mengakui Kitab Perjanjian Baru sebagai kitab suci. Sebaliknya, mereka
mengakui beberapa Kitab, diantaranya adalah Talmud. Talmud merupakan kitab yang
menghimpun tafsiran Tarat. Kitab ini merupakan sebuah ensiklopedi tentang hukum
peradaban, kemanusian, dan ketuhanan.
Manakala, bahagian kitab Nabi-Nabi Terkemudian atau "the Latter Prophets" pula
mengandungi 3 buah kitab nabi-nabi besar seperti Yeshayah (Isaiah), Yirmiyahu (Jeremiah),
Yechezkel (Ezekiel) dan 12 kitab nabi-nabi kecil yang terangkum menjadi satu kitab sahaja
dikenali sebagai Trei Asar, iaitu Hosea, Joel, Amos, Obadiah, Jonah, Micah, Nahum,
Habakkuk, Zephaniah, Haggai, Zechariah dan Malachi.

III. Bahagian terakhir dalam komponen Bible Yahudi dikenali sebagai Ketuvim atau
tulisan yang dianggap suci dan ia juga dianggap sebagai "wahyu" oleh orangorang
Yahudi. Ia mengandungi puisi keagamaan seperti Tehillim (Mazmur), dan Eikha
(Ratapan Jeremiah), puisi cinta iaitu Shir Hashirim (Nyanyian Agung Sulaiman a.s.),
sastera hikmah seperti Mishlei (Amsal), Iyyov (Ayub) dan Kohelet (Pengkhutbah),
karya-karya sejarah seperti Divrei Hayemim (Tawarikh), Ezra dan Nehemiah, Daniel)
dan cerita-cerita pendek seperti Ruth dan Esther.

Di antara 3 bahagian yang telah disebutkan itu, bahagian pertama yang dikenali sebagai
Torah atau Taurat itu merupakan bahagian yang amat penting dan menjadi asas prinsip
ketuhanan dan syariat bagi agama Judaisme atau Yahudi. Ia juga dianggap oleh orang-
orang Yahudi sebagai "syariat terakhir" yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi agung
mereka iaitu Musa a.s. kepada mereka.

Terdapat dua macam jenis Talmud, yakni Talmud Yerusalem dan Talmud Babilonia.
Selain itu, terdapat pula golongan Yahudi yang lebih memuliakan Talmud daripada Taurat,
karena Talmud juga memuat percakapan para rabbi, dan percakapan itu setingkat dengan
percakapan Allah dengan para rabbi.

Sementara intisari Kitab Talmud dapat dibagi menjadi 5 baHAgian, yang meliputi:

1. Sejarah tentang:

 Qabil dan Habil sampai runtuhya menara Babilonia.

 Kelahiran Irahim sampai kehancuran Sodom dan Gomorah.

 Masa kelahiran Ishaq sampai Perang Chechem.

 Masa Yusuf hingga pengangkatannya sebagai petinggi Mesir.

 Kebesaran Yusuf dan kedaangan Ya’qub ke Mesir.


 Kematian Ya’qub dan putera-puteranya; Musa keluar dari Mesir.

2. Contoh-contoh tafsiran kitab seperti, Keluar dari Mesir, hukum-hukum Tuhan, Musa
meninggal dunia, buku Esther, dan raja Sulaiman yang bijaksana.

3. Riwayat para rabbi atau rahib, ajaran-ajaran mereka dan peristiwa-peristiwa dalam
hidup mereka.

4. Peribadatan, fatwa-fatwa para rabbi dan legenda-legenda.

5. Hukum perdata dan pidana.

Inti Ajaran Agama Yahudi

Inti ajaran agama Yahudi dikenal dengan sebutan Sepuluh Firman Tuhan atau Ten
Commandments atau Decalogue. Kesepuluh perintah Tuhan tersebut diterima langsung
oleh Musa di bukit Sinai (Tur Sinai), ketika terjadi dialog langsung antara Tuhan dengan
Musa. Wahyu itu kemudian ditulis di atas sobekan kulit-kulit binatang atau batu.

Sepuluh Firman Tuhan tersebut adalah :

1. Dilarang menyembah selain Tuhan (YeHoVah).

2. Dilarang menyembah berhala.

3. Dilarang menyebut nama YeHoVah dengan main-main.

4. Wajib memuliakan hari sabtu.

5. Wajib memuliakan ayah dan ibu.

6. Dilarang membunuh sesama manusia.

7. Dilarang berzina.

8. Dilarang mencuri.

9. Dilarang bersaksi palsu.

10. Dilarang mengingini istri dan hak milik orang lain.


Ibadah Agama Yahudi

Jenis-jenis peribadatan umat Yahudi hampir sama dengan Islam dalam artian mereka juga
mengenal sembahyang, korban, puasa, khitan, dan sebagainya.

1. Sembahyang

Orang Yahudi melakukan sembahyang 3 kali sehari setiap jam 9, 11, dan 3 sore.
Sementara dalam kitab Talmud ditetapkan 3 sembahyang dalam sehari, yakni sembahyang
pagi, siang, dan malam.

Ketika berdiri tegak, mereka mengawali dengan tefillah atau amidah dan mengucapkan
salawat 19 kali. Amidah sering didahului dengan shema atau syahadah pertama Yahudi
yaitu ucapan sebagai berikut “Dengarkanlah, hai bangsa Israel, Tuhan kita yang kita
sembah adalah Esa”. Setelah itu dilanjutkan dengan pujian terhadap Tuhan, dan diakhiri
dengan doa wajib.

Sembahyang dapat dilakukan sendiri atau bersama. Untuk tempat sembahyang biasanya
dilakukan di tempat ibadah yang disebut sinagog serta kiblatnya mengarah ke Baitul Maqdis.

2. Kurban

Kurban dalam bentuk penyembelihan atau pembakaran binatang termasuk ibadah sakral
dalam agama Yahudi. Mereka mengenal 3 jenis kurban : kurban perdamaian, kurban
pemujaan, dan kurban-kurban lain.

Kurban perdamaian adalah kurban yang dilaksanakan untuk memohon perdamaian dengan
Tuhan untuk dosa-dosa yang diperbuat tanpa sengaja. Sementara yang termasuk ke dalam
kurban lain-lain antara lain kurban perjanjian, kurban pertikaian umum, kurban pembunuhan,
dan kurban cemburuan.

3. Puasa

Di dalam ajaran agama Yahudi terdapat beberapa jenis puasa yang mereka kerjakan. Salah
satunya adalah puasa untuk memperingati kejadian-kejadian bersejarah atau yang mereka
sebut puasa kecil.
Selain puasa kecil, ada pula puasa sembilan hari atau puasa berduka cita. Pada puasa ini,
umat Yahudi tidak boleh minum anggur dan makan daging. Ada pula puasa tiga minggu,
yang selama waktu itu tidak boleh melaksanakan pesta pernikahan.

Tujuan puasa umat Yahudi adalah untuk menghapuskan dosa dan mensucikan diri, di
samping untuk menyatakan rasa keprihatinan atau duka cita. Sementara untuk waktu puasa
dimulai sejak fajar sampai terlihatnya tiga buah bintang pada waktu senja.

4. Khitan

Sama halnya dengan Islam, umat Yahudi juga melakukan khitan. Perbedaanya khitan
Yahudi dilaksanakan pada hari kedelapan kelahiran dan sekaligus memberi nama pada
bayi.

5. Hari-Hari Suci Yahudi

 Hari Paskah merupakan hari raya yang dipestaka untuk merayakan pembebasan
Bani Israel dari perbudakan Fir’aun di Mesir.

 Hari Pantekosta, adalah hari kelima puluh pasca panen.

 Hari perdamian besar, yang dirayakan pada tanggal kesepuluh bulan ke tujuh
menurut kalender Yahudi. Pada hari tersebut semua orang berpuasa dan berkurban
untuk menghapus dosa.

 Hari Raya Pondok Daun atau hari raya pengumpulan hasil. Hari raya ini dirayakan
pada tanggal 15-22 bulan ketujuh kalender Yahudi. Pada saat perayaan, orang-
orang Yahudi berada dalam pondok-pondok yang terbuat dari dahan dan daun
tumbuh-tumbuhan.

Anda mungkin juga menyukai