Anda di halaman 1dari 7

___________________________________________________________________________

KPD 3026
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

PENULISAN: TAWARAN BIASISWA DAN


BANTUAN KEWANGAN
___________________________________________________________________________

KUMPULAN: AT08B

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. NORLIA BINTI MAT NORWANI

NAMA NO. MATRIK

NUR HIDAYAH BINTI TALIB D20161073724


TAWARAN BIASISWA DAN BANTUAN KEWANGAN

Dasar Ekonomi Baru (DEB), antara lain, bertujuan mengembangkan peluang-peluang ekonomi
kepada golongan miskin, dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi diantara kaum.
Penekanan utama dasar ini adalah perkembangan cergas ekonomi, pemodenan kawasan luar
bandar dan sokongan untuk golongan bumiputra dalam perdagangan dan perindustrian.
Perkembangan bilangan sekolah dan bilangan pelajar di institusi pendidikan tinggi, peluang
pendidikan di antara kaum, kawasan dan kelas sosial,adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga
mahir dan mengurangkan jurang peluang pendidikan di kalangan rakyat dari kawasan dan dari
golongan yang berbeza. Adalah menjadi kepercayaan kepada pembentuk dasar dalam
pendidikan di Malaysia bahawa dengan bertambahnya peluang pendidikan akan melahirkan
perluasan peluang pekerjaan, yang akan membawa mobiliti sosial. Dalam negara-negara yang
sedang membangun, di mana sebilangan besar penduduknya dalam kemiskinan, terutama
sekali pada tahun-tahun 1960an ketika proses dekolonialisasi, tanggungjawab pemimpin
moden ini ialah untuk membawa pembangunan negara adalah besar.

Usaha-usaha untuk mewujudkan persamaan peluang dalam bidang sosial dan ekonomi
adalah sebahagian besar daripada pembangunan negara (Harbinson & Myers, 1964: 33).
Walaupun pemimpin-pemimpin ini berusaha dan mengutamakan pembangunan ekonomi tetapi
mereka berhadapan dengan keadaan ketidak seimbangan kebajikan dan sosial rakyat. Dengan
demikian, strategi-strategi yang mementingkan persamaan sosial akan bertentang dengan
rancangan-rancangan untuk memaksimakan pertumbuhan ekonomi. Persaingan antara objektif
"egalitarian" (persamaan) dengan aspirasi untuk pembangunan ekonomi ini adalah lebih ketara
dalam bidang pendidikan, termasuk beberapa faktor yang mempengaruhi enrolmen dan
perbezaan peluang dan kesempatan (opportunity and accessibility) pendidikan. Pemimpin-
pemimpin negara-negara ini merencanakan program-program perkembangan pendidikan
dengan harapan bahawa dengan pembinaan lebih banyak sekolah dan lebih banyak kemudahan
akan sendirinya menyumbangkan "the royal road" (laluan istimewa) kepada perkembangan
ekonomi dan sosial (Foster, 1977: 13).

Lantaran kos pengajian yang tinggi, tidak dapat dinafikan bahawa duit menjadi
keperluan utama bagi seseorang yang ingin belajar untuk memajukan dirinya. Jika anda tidak
mampu menampung perbelanjaan mendapatkan pendidikan, anda akan kehilangan peluang
untuk meningkatkan dan menonjilkan potensi diri anda secara optimum. Ini secara tidak
langsung akan memberi kesan kepada komuniti. Anda mungkin mempunyai skil-skil yang
boleh disumbangkan kepada pembangunan negara, tetapi malangnya, tidak mendapat peluang
untuk meningkatkan lagi potensi tersebut. Oleh kerana itu, amatlah penting untuk anda mencari
jalan untuk meningkatkan potensi dan memajukan diri sendiri ke tahap setinggi mungkin. Usah
jadikan masalah kewangan sebagai penghalang, kerana ada jalan penyelesaiannya, iaitu
biasiswa.

Biasiswa boleh menyediakan sumber bantuan kewangan kepada seseorang yang


berkelayakan samaada kerana bakat semulajadinya, ataupun kesungguhannya mengerah
keringat mencapai kejayaan. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu mempunyai kedua-duanya;
bakat dan kesungguhan, dan individu-individu seperti inilah mempunyai peluang yang cerah
untuk terpilih sebagai pemegang biasiswa. Seterusnya, mereka berpeluang melanjutkan
pengajian ke peringkat tertinggi untuk menyerlahkan lagi potensi bakat dan kesungguhan
mereka. Sebagai seorang yang inginkan kejayaan, adalah satu kelebihan jika anda mempunyai
kedua-dua bakat dan kesungguhan.

Biasiswa adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada para pelajar
yang layak, samaada mereka memohon ataupun dipilih berasaskan kelayakan mereka. Pakej
biasiswa boleh meliputi sumbangan bayaran yuran pengajian dan bantuan sara hidup, yuran
pengajian sahaja ataupun sebahagian yuran pengajian sahaja. Ini bergantung kepada terma dan
syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja. Di samping itu, dari segi masa tajaan, biasiswa
mungkin akan dibayar sepanjang tempoh pengajian ataupun untuk beberapa tempoh masa
tertentu sahaja. Tempoh tajaan ini sangat bergantung kepada pematuhan syarat-syarat yang
ditetapkan dan keputusan semasa para pelajar. Para pelajar mungkin akan dikehendaki untuk
mencapai CGPA tertentu untuk memastikan biasiswa terus diberi.

Sesiapa sahaja boleh memohon biasiswa, selagi mana anda memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan. Borang permohonan biasiswa yang dikeluarkan pihak penaja kebiasaannya
agak kompleks dan boleh mengambil masa yang lama untuk diisi sebaik-baiknya. Sedikit
kesalahan dalam mengisi borang permohonan biasiswa boleh menyebabkan permohonan
ditolak, jadi amatlah penting untuk anda membaca dan mematuhi semua arahan pengisian yang
dinyatakan. Anda harus ingat bahawa ada beribu-ribu orang yang menghantar permohonan
untuk setiap jenis biasiswa, jadi anda seharusnya menghantar permohonan yang boleh menarik
perhatian pihak penaja.
Perkara utama yang harus diingat dalam menyediakan permohonan biasiswa adalah
jangan menipu! Sila berikan segala maklumat yang diminta dengan betul dan disokong bukti.
Jika pihak penaja biasiswa mendapat tahu bahawa anda memberi maklumat-maklumat palsu,
permohonan anda boleh dibatalkan. Pastikan anda jujur dan nyatakan pencapaian dan
kebolehan anda dengan sebaik-baiknya. Anda boleh memohon biasiswa kepada beberapa
penaja untuk mengelakkan risiko meletakkan telur dalam satu bakul. Permohonan-permohonan
lain akan menjadi pelan bantuan tambahan jika biasiswa yang anda tidak berjaya mendapat
biasiswa yang diidam-idamkan. Apabila berkaitan dengan pengajian dan biasiswa, mempunyai
pelan bantuan tambahan adalah sesuatu yang baik.

.Antara bantuan kewangan dan biasiswa bagi pelajar ialah Biasiswa & Pinjaman
Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN). Yayasan Tenaga Nasional
menawarkan bilangan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah yang terhad untuk rakyat Malaysia yang
layak dengan latar belakang akademik yang baik. Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ditawarkan
kepada pelajar yang layak dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran sama ada di universiti
awam atau di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Pinjaman pelajaran boleh ditukar kepada
biasiswa sekiranya calon graduan melebihi kepujian daripada universiti pilihannya. Kursus
Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan elektrik kuasa, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan
awam dan perakaunan. kelayakan lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK
3.50 atau lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK
3.50. Mestilah tidak berumur lebih dari 23 tahun pada tahun permohonan dan tiada adik-
beradik yang lain pada masa menerima biasiswa YTN ini.

Seterusnya ialah Program Biasiswa JPA PIDN dan PDDN. Biasiswa JPA Pengajian
Ijazah Dalam Negeri (PIDN) dan JPA Pengajian Diploma Dalam Negeri (PDDN) adalah ditaja
Jabatan Perkhidmatan Awam kepada warganegara Malaysia yang sedang menuntut di
peringkat Diploma dan pengajian ijazah pertama di IPTA terpilih, Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN), Multimedia University (MMU) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Penerima biasiswa JPA ini akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan
bagi suatu tempoh tertentu bergantung kepada kursus dan disiplin yang diambil. kelayakan
kriteria bagi PIDN ialah warganegara Malaysia, berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh
permohonan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV, Mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 3.30 atau setara dalam peperiksaan semester ijazah pertama, telah mengikuti
sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai tempoh baki tidak kurang
daripada satu (1) tahun manakala, kriteria bagi PDDN pula ialah warganegara Malaysia,
berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh permohonan, mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) / SPMV, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 atau setara dalam peperiksaan
diploma dan telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai
tempoh baki tidak kurang daripada satu (1) tahun.

Selain itu, Anugerah Biasiswa Genting Malaysia GENM menyediakan generasi muda
Malaysia yang layak dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar negara.
Bantuan kewangan ditawarkan kepada mereka yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kepemimpinan yang aktif dengan aktiviti ko-kurikulum. kursus riadah dan hospitaliti,
kewangan / perakaunan, perniagaan / pemasaran, kejuruteraan (elektrik / elektronik /
mekanikal), sumber manusia, sains sosial, linguistik. Kelayakan untuk memohon biasiswa ini
ialah STPM: Minimum 3A, ATAU Matrikulasi / Diploma: PNGK 3.5 ke atas, ATAU A-Level:
Minimum 3A, ATAU Australia TER: Minimum 90.0, ATAU Diiktiraf kursus asas / Pra-
universiti: bersamaan dengan PNGK 3.5 ke atas, ATAU International Baccalaureate: Minimum
36.0.

Program Biasiswa ra-Universiti Yayasan Sime Darby juga menawarkan penajaan


kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian asasi dalam negara. Calon-calon
Malaysia yang telah mencapai pencapaian akademik yang cemerlang adalah digalakkan untuk
memohon. Kelayakan untuk memohon ialah rakyat Malaysia, Berumur 18 tahun atau di bawah
mendapat sekurang-kurangnya 7A (A + dan A sahaja), jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah sebanyak rm10,000, penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, acara sukan dan
khidmat masyarakat.

Disamping itu, Biasiswa PETRONAS turut disediakan kepada pelajar. enajaan


Universiti Teknologi Petronas (UTP) disediakan kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti
kursus ijazah dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat di Universiti Teknologi
Petronas (UTP). Tajaan akan diberikan berdasarkan keputusan SPM pemohon yang cemerlang
Calon yang berjaya dikehendaki melengkapkan program asasi 1 tahun. Kursus yang ditawarkan
ialah kejuruteraan, sains gunaan, perakaunan, ekonomi, teknologi makluma manakala,
kelayakan untuk memohon ialah warganegara malaysia, berumur di antara 17-19 tahun pada
2015, mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-
kurikulum. Antara Senarai Biasiswa di Malaysia yang lain untuk pelajar Malaysia Biasiswa
Yayasan Tenaga Nasional, Biasiswa Tunku Abdul Rahman, Biasiswa New Zealand
Commonwealth, Biasiswa Singapura, Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir, The UEM
Scholarship Programme, Biasiswa Romania, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan banyak lagi.

Mendapatkan biasiswa akan menjadi sukar diperoleh jika anda tiada pengalaman dan
tidak mempunyai perancangan yang baik. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami
keseluruhan syarat skim biasiswa yang ditawarkan dan merancang dengan baik tindakan-
tindakan yang perlu dilakukan. Perancangan yang rapi akan memastikan permohonan biasiswa
anda dihantar dengan baik sekaligus meningkatkan peluang dipilih sebagai pemegang
biasiswa. Ingatlah, biasiswa amatlah penting untuk membantu anda meneruskan pengajian di
peringkat tertinggi dan menjadi tanggungjawab anda untuk berusaha mendapatkan biasiswa
yang sesuai demi menjamin masa depan anda.
RUJUKAN

Abu Bakar, H., & Said, H. (2004). Kepuasan pelajar pasca ijazah terhadap fakulti pendidikan
utm. (1996), 17–25.

Hadi, M., & Melayong, M. (2018). Dasar Biasiswa ke Luar Negeri : Satu Perspektif Sejarah
Pendidikan di Negara Brunei Darussalam. 6(September), 165–178.

Hailani Muji Tahir. (2007). Institusi Baitulmal dalam Pembangunan Negara. Penerbit UKM:
Bangi. ISBN 978-967-942-824-7 (kulit lembut).. http://www.ukm.my/penerbit/f824-
7.htm (Diakses pada 18 Jun 2015)

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Radiah Abdul Kader. (2010). ‘Pengagihan Zakat
Oleh Institusi Zakat Kepada Lapan Asnaf : Kajian di Malaysia’. Jurnal Pengurusan
JAWHAR, vol. 4, no. 1, pp. 141-166.

Anda mungkin juga menyukai