Anda di halaman 1dari 3

Manis baunya si buah pauh,

Jadi ulaman dibuat makan,

Assalamualaikum bukan dikeluh,

salam sejahtera saya ucapkan.

Bismillah, assalamualaikum

Terima kasih kepada teraju majlis yang budiman, panel juri penjunjung kesaksamaan,penjaga masa
menghitung detik-detik perjalanan, dif-dif kehormat, guru- guru serta hadirin sekalian.

Persis irama dan lagu, ibu bapa dan anak-anak, membentuk institusi kekeluargaan yang satu. Andai
pincang irama, maka rosaklah lagunya. Maka, memegang suara anak-anak generasi Y, mari kita
kupaskan isu yang meniti dari bibir ke bibir manusia pada hari ini.

Ibu bapa alpa, anak-anak dimana.

hadirin sekalian,

tanpa cinta, pupuslah ikatan kebahagiaan,tanpa cinta, terlerailah rantaian perhubungan

memegang kata-kata tak kenal maka tak cinta, mari kita bercinta dengan panel-panel yang akan
berbicara di medan forum kita, medan bicara ilmu.
Saya, saufi abdul hadi b., abd ghani, selaku pengerusi majlis forum kita pada hari ini.

Panel yang pertama, Muhammad aiman b. anas, selaku ketua pelajar . apa khabar ?

Panel yang kedua, Saudari natasya alia bt aslahuddin, selaku ketua biro disiplin sekolah. Cantik pada hari
ini.

Panel yang ketiga, kecil-kecil cili padi, besar-besar limau abung, saudara Muhammad safuan b. muhd
fauzi. Segak orangnya.

Kita teruskan perbincangan kita pada hari ini, ibu bapa alpa, anak-anak dimana.

Warga dewan sekalian,

Isu kealpaan bukan satu mainan, kes-kes berkaitan penculikkan, penderaan mahupun kemalangan yang
melibatkan kanak-kanak acapkali dikaitkan dengan kecuaian daripada ibu bapa sendiri. Isu-isu ini
menjadi titik tolak perbahasan dalam kalangan masyarakat kita. Adakah ibu bapa dapat memegang
tanggungjawab yang besar ini dengan baik atau tidak.pengabaian kanak-kanak selalunya berasaskan 3
bentuk yang utama, fizikal, emosi dan seksual. Statistik 2008 dari Jabatan Kebajikan Sosial menunjukkan
daripada 2,780 kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia, 772 pelaku adalah ibu mangsa,
sementara 494 kes membabitkan bapa mangsa.

Baik, mari kita teruskan dengan ahli panel kita, Saudara aiman, apakah definisi sebenar tajuk kita pada
hari ini.

########

Terima kasih saudara aiman atas definisi tadi. Harapnya pendefinisian ini akan lebih mencerahkan
perbincangan kita hari ini.

Hadirin sekalian, kalua ada asap pasti ada apinya, maka pasti hadirin tertany-tanya apakah punca-punca
bagi kealpaan ibu bapa ini. Saudari natasya alia, boleh terangkan sedikit sebanyak tentang punca
kealpaan ibu bapa ini.

#########
(Celahan safuan)

Terimakasih saudari natasya alia dan saudara safuan. Nampaknya 3 bentuk pengabaian ini amat penting
dan perlu dititikberatkan dalam mengenalpasti isu ini. Bukan itu sahaja perkembangan teknologi juga
mempengaruhi kealpaan ibu bapa

Hadirin dan hadirat yg dihormati,

Jika kita cermati punca-punca kealpaan ibu bapa maka berlakulah pelbagai impak negatif yang
membimbangkan serta merisaukan institusi masyarakat..

Maka,kita teruskan medan bicara ilmu ini kepada saudara aiman anas bagi mengupas kesan kealpaan
ibu bapa teerhadap anak-anak.

##########

Terima kasih kepada saudara aiman. Setiap masalah pasti ada langkah untuk mengatasinya. Saudari
natasya alia, apakah langkah mengatasi untuk permasalah dalam isu ini.\

##########

(celahan safuan)

Terima kasih saudari natasya alia, boleh disimpulkan bahawa ilmu keibubapaan ini dapat menghapuskan
perkataan alpa daripada ibu bapa.

Kesimpulannya,

Anda mungkin juga menyukai