Anda di halaman 1dari 6

PERJANJIAN PENYEWAAN BILIK

UNTUK KEDIAMAN
Beralamat di :

No 154 A, Kampung Batu 6, Jalan Kepala Batas Titi Gajah,06550, Alor Setar,Kedah Darul Aman.

DIANTARA

Nur Fathiah Binti Rosli

DAN

___________________________________

( _________________ 2019 )

BORANG MAKLUMAT PENYEWA

Nama : ___________________________________________

No. Kad

Pengenalan :____________________________________________

No. Tel. Bimbit:

Alamat Tetap/Asal :____________________________________________

_____________________________________________

No. Tel. : _____________________________

Pekerjaan :______________________________

Alamat Pejabat :______________________________________________

______________________________________________

No. Tel. Pejabat :_____________________________

No. Faks :_____________________________

Tempoh Sewaan :_____________________________

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH
DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA
PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
JADUAL PERTAMA

BIL. PERKARA MAKLUMAT

1. HARI PERJANJIAN : -------------------------------------------------

2.TARIKH : -------------------------------------------------

TUAN RUMAH

NAMA : NUR FATHIAH BINTI ROSLI


NO. KAD PENGENALAN : 930730025156

PENYEWA

NAMA : _____________________________

NO. KAD PENGENALAN : _____________________________

ALAMAT RUMAH YANG DISEWA : NO 154 A, KAMPUNG BATU 6, JALAN KEPALA BATAS TITI
GAJAH,06550, ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN.

JENIS BANGUNAN : RUMAH KAMPUNG 2 TINGKAT

_____________________________________________________________________________________

JADUAL KEDUA

BIL. PERKARA MAKLUMAT

1.TEMPOH MENYEWA : _______________________________________

2.TARIKH BERKUATKUASA : _______________________________________

3.SEWA BULANAN : RM 150.00

4.JENIS & TARIKH PEMBAYARAN :

TUNAI ATAU KE AKAUN NO : BANK ISLAM (02011021171861 : NUR FATHIAH BINTI ROSLI)

PADA 1 HB SETIAP BULAN DAN TIDAK


MELEBIHI 3 HARI BERIKUTNYA

SEWA BULAN KEMASUKKAN + DEPOSIT SEBULAN = RM 300

SEWA BULANAN RM 150 ( BILIK PERIBADI)


MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI
BERIKUT:

1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.

2. Penyewa tidak dibenarkan sama sekali menukar mana-mana kunci di bahagian rumah (tombol pintu / anak
kunci / mangga dan sebagainya).

3. Penghuni bilik tersebut tidak boleh melebihi 1 orang sepanjang tempoh perjanjian ini dan sekiranya Penyewa
mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak untuk menaikan bayaran sewa
dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat
perjanjian.

4. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah
tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa
mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa
yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana
yang ditetapkan dalam surat perjanjian.

5. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada
di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

6. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya
yang mudah meletup dan/atau yangmudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang
dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

7. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut ,termasuk ruang kaki lima, ruangan
tangga serta jalan sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai- pegawai
atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.

8. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya
sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut
taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).

9. Tidak membenarkan membawa lelaki masuk atau melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja
melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salahlaku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-
undang di rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang
penghuni atau penduduk di kawasan tersebut.

10. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah
pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah/bilik tersebut untuk membuat pemeriksaan
atau pembaikan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.

11. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa .Penyewa hendaklah
cermat dalam menggunakan harta benda yang disediakan tuan rumah.

12. Menyerah kembali Rumah tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh
perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH:
1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah,dikenakan ke atas rumah tersebut.

2. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum


Penyewa mendiami Rumah seperti tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem
pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA:


1. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya
berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan
semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan
tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis kepada penyewa.

2. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis


tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah atau wang cagaran
tidak akan dikembalikan.

3. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari


membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak
seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

4. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai


Penyewaan Rumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan
baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan
melalui timbangtara.

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam


perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan
dan tahun yang tersebut di atas.

Tuan Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:

Penyewa
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:

Saksi
Nama :
No. Kad Pengenalan:
Tarikh :

Saksi :
Nama :
No. Kad Pengenalan:
Tarikh :
LAMPIRAN PERATURAN RUMAH

1. Setiap penyewa perlu menghormati penyewa yang lain dan saling bertolak ansur
antara satu sama lain.
2. Tidak menyinggung perasaan atau menganggu penghuni yang lain.
3. Orang luar tidak dibenarkan berada di dalam rumah tanpa kebenaran ketua
rumah.
4. Di larang mengambill barang atau makanan hak milik penyewa lain tanpa
kebenaran pemiliknya.
5. Sentiasa menjaga kebersihan bilik , bilik mandi, kawan dalam rumah dan luar
rumah
6. Penyewa perlu melaporkan sebarang kerosakn kepada ketua rumah dengan
segera.
7. Setiap harta kegunaan bersama mestilah di jaga dengan baik dan cermat.
8. Tidak dibenarkan meninggalkan sisa makanan atau pinggan mangkuk di dalam
singki dapur.
9. Tidak dibenarkan membuang sebarang objek ke dalam lubang air, mangkuk
tandas atau seumpamanya.
10.Sampah di dapur adalah tanggungjawab bersama, jika penuh sila buang keluar.
11.Setiap perkakasan dapur perlu di cuci dengan segera selepas digunakan dan di
susun di tempat asal.
12.Meja Makan mestilah dibersihkan setelah digunakan dan di susun dalam keadaan
baik
13.Barangan peribadi tidak dibenarkan diletak di kawasan luar rumah dan dalam
rumah kecuali bilik sendiri
14.Sentiasa mengamalkan menutup suis eletrik atau lampu rumah yang tidak di
gunakan dan juga menutup paip air yang tidak di gunakan
15.Di larang menjemur kasut atau baju di dalam rumah kecuali bilik sendiri.
16.Pintu rumah mestilah sentiasa dalam keadaan berkunci sepanjang masa.
17.Wajib mematuhi sebarang arahan ketua rumah yang melibatkan hal-hal rumah
serta kepentingan bersama.