Anda di halaman 1dari 15

12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19.

d ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…
 Search...  D O W N LOSA
LO G I N
D
IGN UP

DOCX
Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India
yang datang ke Malaysia pada abad ke-19.
UPLOADED BY
Rochelle Rut

Download with Google Download with Facebook

or download with email

1.0 PENGENALAN

Sebelum abad ke-19,penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada
golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu,
terdapat juga penduduk yang berasal dari negara China dan India yang menetap di Tanah Melayu
atas tujuan aktiviti perdagangan iaitu semasa zaman kegemilangan Melaka namun masih dalam
 bilangan yang kecil. Pada abad ke-19,berlakunya fenomena penghijrahan secara beramai-ramai
imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Fenomena ini dikaitkan dengan kedatangan British ke
READ PAPER
 Negeri-Negeri Melayu sejak pengambilan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 1/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu
(1824),Perak (1874) dan negeri-negeri Melayu yang lain pada tahun yang berikutnya.
Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D
Kedudukan British di Tanah Melayu semakin kukuh setelah termeterainya Perjanjian
Pangkor pada 20 Januari 1874. Tujuan campur tangan kuasa Eropah ke atas bumi melayu ini
 bertujuan untuk menguasai kekayaan hasil bumi yang sedia ada. Perkembangan perlombongan
timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menggalakkan
1
British mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besar-besaran.  Justeru,
tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan bagi mengusahakan lombong bijih timah dan
ladang-ladang bagi menjayakan agenda yang telah dirancang. Disebabkan masyarakat Melayu
 pada ketika itu tidak berminat bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang dan lebih

 berminat untuk mengusahakan tanah sendiri dan tinggal di kawasan perkampungan maka
kerajaan British telah mengimport buruh asing dari China bagi mengusahakan kawasan lombong
 bijih timah dan buruh India bagi mengusahakan ladang-ladang getah.

Kebanyakan buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari selatan
2
China,terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Fukien.   Sementara, buruh India pula
kebanyakannya datang dari selatan India iaitu dari Negapatam dan Madras. Justeru,
 perbincangan ini bermula dengan sebab kedatangan buruh Cina dan India dari faktor penolak
dari negara asal masing-masing dan faktor penarik yang ada di bumi dan yang mempengaruhi
kedatangan mereka ke tanah melayu. Kemudian, diikuti dengan bagaimana cara

1 Sivachandralingam Sundra Raja …(et al.)(2008). Sejarah masih relevan. Selangor : Karisma Publication Sdn.Bhd.
Hlmn 242.
2
 Thock Ker Pong. (2005). Ketuanan Politik Melayu : Pandangan Kaum Cina . Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya. Hlmn 19.

海外で活躍 ビズリーチでは世界
中の国々の求⼈を
したい皆様へ 特集しています。
 

kemasukan,kesan kemasukan serta sumbangan buruh-buruh asing dari aspek ekonomi, sosial dan
 politik.

2.0 FAKTOR PENOLAK  

Buruh Cina

Penghijrahan atau yang dikatakan imigrasi ini berlaku disebabkan oleh permasalahan
ekonomi yang teruk yang telah berlaku di China, masalah yang dihadapi di China adalah seperti

 bencana alam yang sering melanda China seperti banjir besar yang telah menghancurkan industri
3
 pertanian yang menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi kebanyakan masyarakat China.  
Kejadian bencana alam seperti gempa bumi,banjir dan kemarau yang melanda China telah
b bk k Ci k b k lk hid b i ik
https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 2/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu
menyebabkan masyarakat Cina yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup berorientasikan
Kemasukan buruh-buruh
 pertanian dari negeri
telah mengalami China seperti
masalah dan India yang datang
berlakunya krisiskeekonomi
Malaysiaserta
padamasalah
abad k…kebuluran.
 D O W N LO A D

Faktor penolak kemasukan buruh Cina turut dipengaruhi oleh dasar kerajaan China sendiri yang
turut menggalakkan rakyatnya berhijrah ke negara lain.

Selain itu, pertambahan penduduk atau lebihan penduduk di China yang tidak terkawal
telah menyebabkan permintaan masyarakat China untuk memenuhi kekosongan tenaga kerja
sama ada dalam bidang profesional ataupun tidak, telah melebihi kuantiti penawaran pekerjaan
oleh kerajaan China. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah
 bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu juga turut
mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani
tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani
4
kehilangan tanah.  

Keadaan politik di China yang tidak stabil juga telah menggalakkan kedatangan orang-
orang Cina ke Tanah Melay lebih-lebih lagi Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun
1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina

3
  Mohd Isa Othman.(2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications. Hlm 107.
4
 Ibid , Hlm 107.  

yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan

Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864).
Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi pemberontakannya itu telah menemui
kegagalan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Disebabkan oleh peristiwa pemberontakan
tersebut, kerajaan China telah bertindak dengan lebih tegas dan kejam untuk memadamkan
 perasaan tidak puas hati rakyat. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina terpaksa melarikan
diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu. Masyarakat Cina daripada negara
5
China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh kemiskinan dan penderitaan.   Oleh itu,
mereka dengan rela hati datang ke Tanah Melayu kerana British pada masa ini menjanjikan
 peluang pekerjaan yang penuh kepada orang Cina.

Buruh India 

Faktor penolak kedatangan orang India ke Tanah Melayu juga dikaitkan dengan keadaan
sosial dan ekonomi  yang tidak stabil di tempat asal mereka. Sebagai contoh, masalah yang
dihadapi oleh orang India ini adalah seperti bencana alam yang sering berlaku di India. Kejadian
 bencana alam yang berlaku ini telah menimbulkan penderitaan yang teruk kepada penduduk
India yang berada di kawasan itu. Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan contohnya, sering

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 3/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

mengalami bencana alam seperti kemarau yang akan merosakkan hasil-hasil tanaman. Keadaan
Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D
yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi serta sumber bekalan
makanan mereka semakin merosot. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peristiwa kebuluran
6
masyarakat India pada pertengahan abad ke-19 di India.  

Selain itu, faktor penindasan Tuan Tanah terhadap masyarakat India turut mempengaruhi
kedatangan buruh India . Negara India merupakan sebuah wilayah yang luas, namun begitu tidak
kesemua rakyatnya yang mempunyai tanah sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan petani-
 petani di Tanah Melayu, petani-petani di Tanah Melayu mempunyai tanah sendiri untuk
diusahakan walaupun masyarakat di Tanah Melayu berada dalam keadaan yang miskin.

5
  Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur Fajar Bakti. 1983. Hlm 156.
6
 A. Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, 2003, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia , Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Hlm 211.  

海外で活躍 ビズリーチでは世界
中の国々の求⼈を
したい皆様へ 特集しています。
 

Kebanyakan petani di India pula terpaksa mengusahakan tanah yang dimiliki oleh tuan-tuan
tanah yang sering mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka. Sebagai contoh, terdapat tuan
tanah yang meletakkan 80% daripada hasil tanaman mereka sebagai bayaran sewa tanah tersebut.
Hal ini telah menyebabkan golongan masyarakat di India semakin menderita. 

Pertambahan penduduk yang tinggi juga faktor penolak kedatangan buruh India. Sebagai
contoh, pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta
 pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk juga berlaku di India. Penindasan kasta ini juga
turut mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya
Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari
India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah terdiri daripada kasta-kasta yang rendah.
Dalam sistem kasta ini, Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir
sekali Sundra.7  Kebanyakan orang India yang datang ke Tanah Melayu ini terdiri daripada
golongan kasta Sundra. Peluang ekonomi yang luas dan banyak di Tanah Melayu terutamanya
dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu.
Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan
sebagainya adalah merupakan faktor utama kemasukan orang India ke Tanah Melayu.

3.0 FAKTOR PENARIK

Buruh Cina

Bagi faktor penarik pula, peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah
https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 4/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu
g p p p g y g y y
mendorong kedatangan buruh Cina ke Tanah Melayu. Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan
Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D
mereka memasuki kawasan perlombongan di negeri-negeri Melayu dan bekerja di sektor
8
 perniagaan,pertanian dan perladangan seperti di ladang-ladang gambir,lada hitam dan tebu.  
Faktor ekonomi adalah faktor utama yang mendorong kemasukkan buruh asing terutamanya bagi
menjayakan perusahaan bijih timah dan pertanian di bawah Sistem Kangcu. Di bawah Sistem

 Ibid , Hlm 211.


7

8
 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua.  Selangor : Oxford
Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.

9
Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.  
Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20, kehadiran modal asing dalam perusahaan getah dan
 bijih timah adalah faktor terpenting kepada penigkatan buruh asing ke Tanah Melayu.

Galakkan daripada kerajaan British juga merupakan faktor penarik kemasukan buruh-
 buruh Cina. British menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai
kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan sebagainya memandangkan
keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Selain itu, kerajaan British telah
memperkenalkan undang-undang dan peraturan emigresen di Tanah Melayu bagi
10
mempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar.  Keadaan ini mewujudkan banyak peluang
 pekerjaan dan menarik minat buruh asing untuk datang ke Tanah Melayu.

Buruh India

Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah telah


menggalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. Perkembangan pertanian ladang telah
mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekali gus mendorong kedatangan imigran asing ini ke
11
Tanah Melayu secara besar-besaran.   Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk
menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar,kasut,penebat barangan elektrik di Eropah dan
12
Amerika Syarikat  telah menggalakan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara
13
 besar-besaran. Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu tidak gemar untuk
 berladang getah. Oleh sebab itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang

9
  Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu , Kuala Lumpur, Fajar Bakti. 1974. Hlm. 180
10
 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua.  Selangor :
Oxford Fajar Sdn.Bhd. Hlm 59.
11
  Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur,
Fajar Bakti. 1990. Hlm 172
12
  Mohd.Amin bin Hassan.(1992). ‘Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu;Bijih Timah dan Getah’ Malaysia :
https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 5/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu
( ) g y ; j y
Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 154.
Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D
13
 Azmah Abdul Manaf.(2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.  Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Hlm 8.

海外で活躍 ビズリーチでは世界
中の国々の求⼈を
したい皆様へ 特集しています。

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 6/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

海外で活躍 ビズリーチでは世界
中の国々の求⼈を
したい皆様へ 特集しています。

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 7/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 8/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

海外で活躍 ビズリーチでは世界
中の国々の求⼈を
したい皆様へ 特集しています。

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 9/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 10/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 11/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 12/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

⽇本の⼤企業や優秀な
世界から⽇本 ヘッドハンターが海外で
活躍したあなたを待っ
へ。 ています。

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 13/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 14/15
12/18/2018 Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. | Rochelle Rut - Academia.edu

Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad k…  D O W N LO A D

About Blog People Papers Job Board Advertise  We're Hiring!  Help Center
Find new research papers in: Physics Chemistry Biology Health Sciences Ecology Earth Sciences Cognitive Science Mathematics Computer Science

Terms Privacy Copyright Academia ©2018

https://www.academia.edu/6542088/Kemasukan_buruh-buruh_dari_negeri_China_dan_India_yang_datang_ke_Malaysia_pada_abad_ke-19 15/15

Anda mungkin juga menyukai