Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Sejak mencapai kemerdekaan 62 tahun yang lalu, beberapa program pembangunan telah

dijalankan bagi mencapai status negara maju. Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah

berjaya membawa negara ke tahap yang agak memuaskan berbanding dengan negara

membangun yang lain. Beberapa dasar utama pembangunan negara telah digubal yang

memperlihatkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dasar-dasar seperti

Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan

Negara (DWN) yang turut dikenali sebagai dasar 2020 merupakan dasar yang dibuat untuk

perancangan pembangunan negara yang mana bermula berbanding dengan negara membangun

yang lain. Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka

Panjang Pertama (RRJP 1) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3).

Rancangan pembangunan negara jangka panjang ini diperinci dan diperhalusi pula melalui

rancangan lima tahun yang mana bermula Rancangan Malaysia pertama (RMK1) yang dibuat

pada 1966 dan diteruskan sehingga kini yang mana menyaksikan Rancangan Malaysia

Kesebelas (RMK11) yang dibuat pada tahun 2016.

Anjakan struktur pendidikan negara bermula selepas pembentukan Malaysia pada

tahun 1963, di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem

pendidikan negara dan membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik. Stuktur pendidikan

negara diperkukuhkan lagi pada tahun 1970 melalui DEB setelah berlakunya peristiwa 13 Mei

1969. DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara. Struktur dan

sistem negara turut dimasukkan dalam agenda utama kerajaan sebagai salah satu wadah

perpaduan kaun ketika itu selain menghapuskan sistem pendidikan lama peninggalan british

yang lebih bersifat dualisme.


Pengstrukturan semula sistem pendidikan negara ini yang melibatkan semua kaum

terutamanya dalam membangunkan masyarakat luar bandar yang dilihat telah jauh ketinggalan

dengan Kerajaan Malaysia memperuntukkan bajet yang besar terhadap sektor pendidikan sama

ada dalam bajet tahunan dan Rancangan Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia ini telah

memperlihatkan peningkatan dan kemajuan dalam setiap perancangan lima tahun ini sejak

negara merdeka pada 1957. Perbelanjaan dan pelaburan kerajaan dalam sistem pendidikan ini

telah mengakibatkan akses pendidikan Malaysia telah berkembang pesat dan mendapat

beberapa pengiktirafan global seperti pengiktirafan oleh Bank Dunia pada 2011 dan Program

Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2005) yang telah meletakkan kejayaan

Malaysia mencapai pendidikan rendah sejagat. Malaysia secara umum telah mencatatkan

enrolmen 96% untuk pendidikan peringkat rendah dan berjaya mengurangkan kadar keciciran

daripada 3% (1989) kepada sekitar 0.2% (2011). Sementara kadar enrolmen peringkat

menengah rendah telah mencapai 91%. Bagi kadar enrolmen pendidikan menengah atas telah

mencapai hampir 2 kali ganda iaitu mencapai 81% berbanding 45%.

LATAR BELAKANG ISU

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa limitasi yang dikenal pasti dalam kajian ini seperti saiz

sampel yang sedikit. Oleh itu, diharapkan kajian pada masa akan datang dapat menggunakan saiz

sampel yang lebih besar untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai tekanan dan

kekuatan yang dialami oleh keluarga berpendapatan rendah. Tambahan pula, kajian ini hanya

menggunakan sampel responden berbangsa Melayu sahaja, maka kajian ini tidak menggambarkan

keseluruhan populasi keluarga berpendapatan rendah (e.g., bangsa India dan Cina) di Malaysia. Selain

itu, kajian pada masa hadapan juga boleh mengenal pasti antara tema-tema tekanan dan kekuatan

selain dari hasil kajian ini yang boleh memberi impak kepada keluarga berpendapatan rendah di masa

akan datang seperti keagamaan, kesihatan, kejiranan yang selamat dan akses kepada sistem

pendidikan yang berkualiti

Anda mungkin juga menyukai