Anda di halaman 1dari 14

Contoh REFLEKSI P&P

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Contoh tajuk : Pembahagian Sel (Cell Division)

1. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk


tersebut.
• Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan
kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya
pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik
perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P.
• Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
• Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru lebih menumpukan untuk menghabiskan
sukatan mata pelajaran berbanding pemahaman para pelajar mengenai topik tersebut.
• Keadaan persekitaran yang tidak kondusif.
• Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk tersebut. Ini menyukarkan mereka
memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut. Topik ini memerlukan
kemahiran imaginasi para pelajar bagi menggambarkan pergerakan kromosom di dalam
nukleus. Gambarajah sahaja tidak memadai jika tiada usaha daripada para pelajar sendiri.

2. Cadangkan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.


• Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan.
Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar
mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah
dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pembahagian sel boleh
dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
• Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh.
Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka
dikehendaki merekabentuk model mitosis dan sitokinesis dengan menggunakan kad manila,
plastisin, pensel, pemadam, gunting, bebenang halus dan gelungan bebenang kasar yang
berwarna biru dan merah. Warna biru dan merah ini bagi membezakan pasangan kromosom
homologus yang berbeza. Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki membentangkan hasil
kerja mereka di hadapan kelas.
• Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti
dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan
diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum
masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan.
Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan
topik pembahagian sel dengan topik yang telah dipelajari, iaitu struktur dan organisasi sel.
• Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini
dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa
membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
• Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak
menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan.
Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai
topik pembahagian sel.
• Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan
kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar
mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata
pelajaran yang dapat dihabiskan.
Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri guru
selepas pengajaran.
Berikut adalah contoh-contoh penulisan refleksi kendiriguru selepas sesuatu
pengajaran.

REFLEKSI Guru A:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.

REFLEKSI Guru B:
Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat
menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul
belaka.

REFLEKSI Guru C:
Saya telah mengajar tajuk “Bentuk Muka Bumi” Tahun 5 Kuning. Hari ini saya
telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya
dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik
dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas
hati.

REFLEKSI Guru D:
Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun
begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang
pelajar saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di
rumah yang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan juga
dalam pengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau
menggunakan air telaga bukan kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang
perlu ialah air itu perlu dimasak. Adalah lebih baik jika saya menyatakan
apabila saya pulang ke kampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah
nenek saya. Yang penting ialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal
berbanding dengan orang di Bosnia atau Somalia. Saya telah menggunakan peta
yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar
menyatakan bagaimana kita boleh sampai di sana, dan memberi pendapat jika
Malaysia seperti Bosnia. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya
akan menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa
akan datang.
1. Refleksi Rancangan Pengajaran
Rancangan P&P yang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana
maklumat sedia ada tidak dapat membantu mencapai aras satu. Aktiviti yang
dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi aras kesukarannya
berbanding dengan kumpulan pelajar.

2. Refleksi Pelaksanaan P&P


Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit
pengubahsuaian. Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin kesan
penggunaan persembahan multimedia (Powerpoint). Murid-murid telah
melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan kemudahan
ICT.

3. Refleksi Aras

Aras1
Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini.

Aras 2
Didapati hanya 25/30 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini.

Aras 3
Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana
gagalmencapai aras ini. Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.

4. Refleksi Persekitaran
Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit
pertama, tetapi berlaku gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan
pelajar yang lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
September 18, 2008 at 2:58 am (Uncategorized)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 2 .9 . 2008 Hari : Selasa

Matapelajaran : Sejarah
Kelas : 4K7
Masa : 9.25-10.25
Tajuk : Minggu Pembetulan
Tema : Pembetulan soalan objektif
Objektif : Pelajar dapat berbincang dan mengetahui jawapan yang betul dari guru.
Aktiviti :
1) Pelajar diberikan jawapan yang betul dan guru memberikan penerangan tentang
pilihan jawapan.
2) Pelajar mendapatkan jawapan dan membuat pembetulan dalam buku latihan.
BBM : Jawapan guru.
Nilai : Pelajar dapat mengetahui tentang jawapan serta ulasan tentang pemilihan
jawapan.
Refleksi : Pelajar memdapatkan jawapan yang betul dari guru. Pada masa yang sama
mereka diberikan penjelasan tentang pemilihan jawapan. Pembetulan dibuat pada akhir
perbincangan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 2 . 9. 2008 Hari : Selasa

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4S5
Masa : 10.55 – 11.55
Tema : Minggu Pembetulan
Tema : Pembetulan soalan objektif
Objektif : Pelajar dapat berbincang dan mengetahui jawapan yang betul dari guru.
Aktiviti :
1) Pelajar diberikan jawapan yang betul dan guru memberikan penerangan tentang
pilihan jawapan.
2) Pelajar mendapatkan jawapan dan membuat pembetulan dalam buku latihan.
BBM : Jawapan guru, buku rujukan
Nilai : Pelajar dapat mengetahui tentang jawapan serta ulasan tentang pemilihan
jawapan.
Refleksi : Guru mewajibkan pelajar membuat pembetulan dalam kelas. Kelulusan agak
baik dalam peperiksaan kali ini.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 4 . 9. 2008 Hari : Khamis

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4K2
Masa : 8.05 – 9.05
Tema : Minggu Pembetulan
Tema : Pembetulan soalan objektif
Objektif : Pelajar dapat berbincang dan mengetahui jawapan yang betul dari guru.
Aktiviti :
1) Pelajar diberikan jawapan yang betul dan guru memberikan penerangan tentang
pilihan jawapan.
2) Pelajar dan guru berbincang tentang pemilihan
jawapan. 3) Pelajar membuat pembetulan
dalam buku.
BBM : Jawapan guru, buku rujukan
Nilai : Pelajar mendapat penerangan tentang jawapan yang betul.
Refleksi : Pelajar menggunakan waktu yang ada dengan membuat pembetulan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 4 .9. 2008 Hari : Khamis

Matapelajaran : Sejarah
Kelas : 4K6, 4K8
Masa : 9.25 – 10.25, 10.55 – 11.55
Tajuk : Minggu Pembetulan
Tema : Pembetulan soalan subjektif
Objektif : Pelajar dapat berbincang dan membandingkan jawapan mereka dengan
jawapan guru.
Aktiviti :
1) Pelajar diberikan skema jawapan yang betul.
2) Pelajar dan guru berbincang tentang cara menjawab soalan
struktur.
3) Pelajar membuat pembetulan dalam buku.
BBM : Jawapan guru, buku rujukan
Nilai : Pelajar mendapat mengetahui tentang cara menentukan jawapan soalan
struktur.
Refleksi : Pelajar menggunakan waktu yang ada dengan membuat pembetulan dalam
kelas.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 5 . 9. 2008 Hari : Jumaat

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4K2, 4K3, 4S5
Masa : 7.00- 8.20, 9.40 – 10.45, 10.45-11.40
Tajuk : Minggu Pembetulan
Tema : Pembetulan soalan subjektif
Objektif : Pelajar dapat berbincang dan mengetahui jawapan yang betul dari guru.
Aktiviti :
1) Guru memberikan jawapan yang betul kepada pelajar.
2) Pelajar dan guru berbincang tentang cara menentukan jawapan dan sebab
pemilihanjawapan tersebut.
3) Pelajar membuat pembetulan dalam buku.
BBM : Jawapan guru, buku rujukan
Nilai : Pelajar dapat mengetahui jawapan yang sepatutnya dijawab pada
soalan.
Refleksi : Guru memberikan waktu yang ada untuk pelajar membuat pembetulan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 8 .9. 2008 Hari : Isnin

Matapelajaran : Sejarah
Kelas : 4K8, 4K7, 4K6
Masa : 7.05- 8.05, 9.25-10.25, 10.25-11.
Tajuk : Kerajaan Islam di Madinah
Tema : Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di
dunia
Objektif : Pelajar dapat mengetahui tentang kesan petembungan tamadun Islam dengan
tamadun yang
lain.
Aktiviti :
1) Penerangan mengenai cara pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain
di dunia
2) Perbincangan tentang pertembungan tamadun-tamadun tersebut.
3) Pelajar diberikan nota ringkas pada akhir P/P
BBM : Buku teks, buku rujukan
Nilai : Pelajar dapat mengetahui dan memahami tentang pembaharuan yang dibawa
semasa pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia
Refleksi : P/P berjalan dengan lancar. Guru memberikan penerangan tentang kerajaan
tersebut kepada pelajar semasa dalam kelas. Nota juga diberikan semasa tamat perbincangan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 9 .9 . 2008 Hari : Selasa

Matapelajaran : Sejarah
Kelas : 4K7
Masa : 9.25-10.25
Tajuk : Kerajaan Islam di Madinah
Tema : Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di
dunia ( Latihan )
Objektif : Pelajar dapat mengetahui tentang kesan petembungan tamadun Islam dengan
tamadun yang
lain.
Aktiviti :
1) Penerangan ringkas sebagai ulangkaji pembelajaran lepas dibuat oleah guru.
2) Guru mengedarkan latihan objektif kepada para pelajar.
3) Pelajar membuat latihan yang diberikan.
BBM : Latihan topikal
Nilai : Pelajar dapat menerapkan pemahaman serta pengetahuan mereka dalam
latihan tersebut
Refleksi : Pelajar menjawab soalan objektif yang telah diedarkan oleh guru dalam
kelas. Mereka dibenarkan berbincang serta merujuk buku nota jika perlu untuk menjawab
soalan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 9. 9. 2008 Hari : Selasa

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4S5
Masa : 10.55 – 11.55
Tema : Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar
Tajuk : Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan
Liar ( Latihan)
Objektif : Pelajar dapat mengetahui serta menghargai kepentingan tumbuhan semula
jadi dan hidupan
liar.
Aktiviti :
1) Guru mengedarkan soalan struktur kepada pelajar untuk dijawab dalam kelas.
2) Pelajar menggunakan masa yang ada dengan menjawab soalan.
3) Guru memantau dan turut membantu mereka menjawab soalan..
4) Pelajar menghantar kertas sebelum kelas tamat.
BBM : Buku teks, buku rujukan,
Patriotisme : Pelajar lebih menghargai hutan dan persekitaran yang ada di negara
kita.
Nilai : Pelajar dapat mengetahui hutan dan tumbuhan mempunyai kepentingan
yang besar kepada ekosistem dan ia perlu dijaga agar
tidak pupus.
Refleksi : Pelajar dapat menjawab dengan mudah kerana mereka menggunakan buku
nota untuk mendapatkan jawapan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 10 .9. 2008 Hari : Rabu

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4K3
Masa : 10.55 – 11.55
Tajuk : Kajian Tempatan
Tema : Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar dan Cara
Mengatasinya Di……..Daerah Serian
Objektif : Pelajar dapat mengetahui kesan pertanian terhadap persekitaran jika ia
tidak dikawal.
Aktiviti :
1) Guru membincangkan tajuk Hasil kajian dalam kelas.
2) Pelajar mengambil contoh serta berbincang dengan guru tentang cara membuat
huraian.
3) Buku teks dijadikan sebagai rujukan dalam menghasilkan kajian tempatan ini.
BBM : Buku teks,
Patriotisme : Pelajar akan dapat menghargai alam sekitar.
Nilai : Menghargai dan mengekalkan keseimbangan alam
Refleksi : Perbincangan dijalankan dengan baik. Pelajar diarahkan untuk meneruskan
kajian mereka semasa cuti sekolah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 11 . 9. 2008 Hari : Khamis

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4K2
Masa : 8.05 – 9.05
Tema : Kajian Tempatan
Tema : Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar dan Cara
Mengatasinya Di……..Daerah Serian
Objektif : Pelajar dapat mengetahui kesan pertanian terhadap persekitaran jika ia
tidak dikawal.
Aktiviti :
1) Guru membincangkan tajuk Rujukan dalam kelas.
2) Pelajar membuat kerja mereka dalam kelas dan guru turut memeriksa dan membantu
mereka yang memerlukan nasihat.
3) Pelajar merujuk buku teks sebagai panduan. Mereka juga membawa keratan akhbar
yang berkaitan dengan kajian semasa menulis hasil kajian mereka .
BBM : Buku teks, contoh folio.
Patriotisme : Pelajar akan dapat menghargai alam sekitar.
Nilai : Menghargai dan mengekalkan keseimbangan alam
Refleksi : Pelajar mengumpul dan merekod data dalam bentuk bertulis untuk
difoliokan. Mereka turut memasukkan data, jadual. graf, dan carta untuk merekod segala data
dan bukti kajian. Guru memeriksa setiap hasil kerja pelajar untuk memastikan mereka
membuat kerja dan tidak tertinggal dalam menghasilkan kajian Tempatan ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 11 .9. 2008 Hari : Khamis

Matapelajaran : Sejarah
Kelas : 4K6, 4K8
Masa : 9.25 – 10.25, 10.55 – 11.55
Tajuk : Kerajaan Islam di Madinah
Tema : Memahami pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di
dunia ( Latihan )
Objektif : Pelajar dapat mengetahui tentang kesan petembungan tamadun Islam dengan
tamadun yang lain.
Aktiviti :
1) Pelajar diedarkan latihan objektif oleh guru.
2) Guru membenarkan pelajar menggunakan buku nota untuk mendapatkan jawapan..
3) Pelajar membuat latihan yang diberikan.
BBM : Latihan topikal tingkatan 4.
Nilai : Pelajar dapat menerapkan pemahaman serta pengetahuan mereka dalam
latihan tersebut
Refleksi : Guru dapati kelas ini mempunyai pemahaman yang baik terhadap tajuk yang
dibincangkan. Ada antara mereka yang menjawab soalan tanpa merujuk buku. Mereka
membuat latihan dengan tekun dan menepati masa yang diberikan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 12 . 9. 2008 Hari : Jumaat

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4K2, 4K3, 4S5
Masa : 7.00- 8.20, 9.40 – 10.45, 10.45-11.40
Tajuk : Kajian Tempatan
Tema : Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar dan Cara Mengatasinya
Di……..Daerah Serian
Objektif : Pelajar dapat mengetahui kesan pertanian terhadap persekitaran jika ia
tidak dikawal.
Aktiviti :
1) Perbincangan tentang tajuk Rumusan dan Lampiran dibuat dalam kelas.
2) Guru memberikan penerangan tentang isi yang perlu ada dalam maklumat tersebut.
3) Pelajar menggunakan masa dalam kelas untuk mendapatkan bantuan guru.
BBM : Buku teks, contoh Kajian Tempatan
Patriotisme : Pelajar akan dapat menghargai alam sekitar.
Nilai : Menghargai dan mengekalkan keseimbangan alam.
Refleksi : Guru memeriksa setakat mana kajian yang telah dijalankan oleh pelajar.
Pelajar perlu menunjukkan perkembangan kajian mereka dalam kelas. Ini bertujuan untuk
memastikan mereka tidak tertinggal jauh dalam kajian dan tempoh yang diberikan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 15 .9. 2008 Hari : Isnin

Matapelajaran : Sejarah
Kelas : 4K8, 4K7, 4K6
Masa : 7.05- 8.05, 9.25-10.25, 10.25-11.25
Tajuk : Islam Di Asia Tenggara
Tema : Tamadun Islam dan perkembangannya
Objektif : Pelajar dapat mengetahui tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Aktiviti :
1) Guru menerangkan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
2) Contoh-contoh penemuan dan bukti diterangkan berdasarkan teori yang telah
dibincangkan.
3) Pelajar diberikan nota dengan berdasarkan peta minda.
4) Latihan struktur diberikan kepada pelajar.
BBM : Buku teks, buku rujukan
Nilai : Pelajar dapat mengetahui dan menerangkan proses penyebaran islam di Asia
Tenggara.
Refleksi : Peta minda dapat membantu pelajar memahami pembelajaran. Guru
menggunakan cara ini untuk menerangkan tajuk yang dibincangkan dalam kelas. P/P berjalan
dengan baik.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 16 .9 . 2008 Hari : Selasa

Matapelajaran : Sejarah
Kelas : 4K7
Masa : 9.25-10.25
Tajuk : Islam Di Asia Tenggara
Tema : Tamadun Islam dan perkembangannya ( Latihan )
Objektif : Pelajar dapat mengetahui tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
Aktiviti :
1) Perbincangan ringkas tentang tajuk hari sebelumnya dibuat oleh guru.
2) Guru memberikan latihan esei pendek kepada pelajar.
3) Pelajar diberikan masa untuk menjawab soalan esei tersebut.
4) Pelajar dibenarkan merujuk buku nota dan buku teks untuk menjawab soalan tersebut.
5) Guru mengumpul latihan tersebut untuk disemak.
BBM : Buku latihan topikal
Nilai : Pelajar dapat menggunakan pengetahuan yang telah diketahui untuk
menjawab soalan esei.
Refleksi : Pelajar mencuba untuk menjawab soalan esei yang diberikan oleh guru dalam
kelas. Buku nota dan buku teks boleh digunakan oleh pelajar sebagai rujukan. Pada masa
yang sama, guru juga turut membantu mereka dalam menjana idea, membuat huraian serta
cara menjawab soalan yang sesuai dengan skema jawapan. Ini kerana ada pelajar yang lemah
dalam menjawab soalan esei.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 16. 9. 2008 Hari : Selasa

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4S5
Masa : 10.55 – 11.55
Tema : Kajian Tempatan
Tema : Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar dan Cara Mengatasinya
Di……..Daerah Serian
Objektif : Pelajar dapat mengetahui kesan pertanian terhadap persekitaran jika ia tidak
dikawal.
Aktiviti :
1) Pelajar menggunakan waktu ini untuk menyiapkan hasil kerja mereka.
2) Guru membantu dalam penyusunan isi-isi kajian.
BBM : Buku teks, contoh Kajian Tempatan
Patriotisme : Pelajar akan dapat menghargai alam sekitar.
Nilai : Menghargai dan mengekalkan keseimbangan alam.
Refleksi : Pelajar menggunakan masa dalam kelas untuk menyiapkan, menyusun serta
mendapatkan bantuan guru dalam penghasilan kajian tempatan mereka.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 17 .9. 2008 Hari : Rabu

Matapelajaran : Geografi
Kelas : 4K3
Masa : 10.55 – 11.55
Tajuk : Kajian Tempatan
Tema : Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar dan Cara Mengatasinya
Di……..Daerah Serian
Objektif : Pelajar dapat mengetahui kesan pertanian terhadap persekitaran jika ia tidak
dikawal.
Aktiviti :
1) Perbincangan tajuk Lampiran dalam kelas.
2) Guru akan menggunakan contoh hasil kajian tempatan untuk ditunjukkan kepada
pelajar.
BBM : Buku teks,
Patriotisme : Pelajar akan dapat menghargai alam sekitar.
Nilai : Menghargai dan mengekalkan keseimbangan alam
Refleksi : Pelajar menyiapkan Kajian Tempatan dalam kelas. Perbincangan antara guru
dan pelajar.
Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)

1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada
pengajaranakan datang.

Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)


1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang
disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa
Melayu.
2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan
pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan
yang berkaitan.

Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini. Saya
tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan
satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang
persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)

1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa semasa
mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya
menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan
pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana
saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan pendekatan yang
sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang
berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar
mempelajari sejarah.

Anda mungkin juga menyukai