Anda di halaman 1dari 4

KLU TEKS CATATAN

Sebagai tanda kecintaan kita kepada negara, marilah sama-sama kita nyanyikan dua
buah lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku.
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu dengan penuh
semangat.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau dihujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahi rahmanir rahim.


Assalamualaikum w.b.t

Yang Berusaha Pn Rokiah Hj Sindrang, Guru Besar SKSTP2


Yang dihormati , Pn Rosliah bt Rosmin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SKSTP2, Pn Sommy Hj Jumat, Guru Penolong Kanan HEM SKSTP2, En. Hasni
bin Astan, Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Husin Juri, guru
Penyelia Petang SKSTP2, Pn. Junaidah Parudin, Ketua Panitia Bahasa Melayu
SKSTP2 guru-guru ,serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Memulakan bicara pertama-tamanya marilah kita bersama-sama memanjat


kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah izinNya kita dipanjangkan usia dan
ditemukan sekali lagi pada hari ini bagi menjayakan majlis penutupan
Kembara Bahasa Panitia Bahasa Melayu SKSTP2 untuk tahun 2019.

Marilah kita menadah tangan, menyusun sepuluh jari mengaminkan bacaan


doa yang akan dipimpin oleh En. Fazly bin Mohd Amin.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************************************************************
Amin Ya Robal Alamin
Terima kasih diucapkan kepada En. Fazly di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Para hadirin yang dihormati

Seperti yang diketahui, Program KEmbara Bahasa ialah satu program tahunan
bagi Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan
hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Sepanjang Program ini , pelbagai acara dan pertandingan yang disajikan


antaranya pertandingan bercerita, pertandingan menulis puisi Bahasa Melayu,
Kuiz Bahasa, tulisan cantik, teka silangkata dan banyak lagi. Pertandingan-
pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada pelajar-pelajar SKSTP2. Sekalung penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua pelajar yang terlibat dalam pertandingan sepanjang
Program Kembara Bahasa ini.
Bagi melengkapkan acara program pada hari ini dipersilakan,
Yang Berusaha Pn Rokiah Hj Sindrang selaku Guru Besar SKSTP2 untuk
memberikan ucapan sekaligus menutup Kembara Bahasa Panitia Bahasa
Melayu bagi tahun 2019. Majlis mempersilakan..
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rokiah Hj Sindrang atas ucapan
penutupan itu tadi. Diminta Pn Rokiah untuk terus kekal berada di atas pentas
untuk acara seterusnya.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang berusaha Pn Rokiah Hj


Sindrang guru besar SKSTP2 diiringi oleh Pn Junaidah Parudin, Ketua Panitia
Bahasa Melayu bagi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan ....

Penyampaian hadiah dimulakan dengan Pemenang Pertandingan Kembara


Bahasa Panitia Bahasa Melayu bagi Tahap 1.

Pemenang Teka Silangkata


Tahun 1
1. Zulhairie 1A
2.Dhya Khayla 1A
3. Nuraliyah 1A

Tahun 2
1. Ryan Hidayat 2A
2. Nurman 2A
3. Robin 2A

Tahun 3
1. Nurul Aqma 3A
2. Mohd Danish 3A
3. Dayang Nurul Azniyatul 3A

Pemenang Pertandingan Bercerita


Tahun 1
1. Dhya Khayla 1A
2. Elisa Nasuha 1A
3. Razlan 1A

Tahun 2
1. Nazmin 2A
2. Zulhuzaimie 2B
3. Marhady 2B

Tahun 3
1. Alisa 3A
2. Cristina 3A
3. Asriani 3B
Pemenang Pertandingan Tulisan Berangkai
Tahun 1
1. Nurhalimatus Sadia 1A
2. Zulhuzaimi 1A
3. Nurfadilah 1B

Tahun 2
1. Ryan Hidayat 2A
2. Syawaleeyah 2A
3. Nurman 2A

Tahun 3
1. Azizamsyah 3A
2. Rossabella Rosli 3A
3. Siti Fatimah Mohd Noor 3A

Penyampaian hadiah seterusnya dengan Pemenang Pertandingan Kembara


Bahasa Panitia Bahasa Melayu bagi Tahap 2.

Kuiz Bahasa
Tahun 4
1. Nurdyana Wajak 4A
2. Faranisha 4B
3. Nuralesya 4A

Tahun 5
1. DYAN NUR ZYUHANA BINTI HIRMAN 5B
2. Alya Fatin 5C
3. Nuramalina Palali 5C

Tahun 6
1. Umi Usman 6A
2. Lui Chu Liah 6B
3. Azrina Hasamudin 6A

Pertandingan Bercerita
1. Nurul Shafikah Md Arif 4B
2. Nur Hanisah 4B
3. Nur Syazwani Izzati 6A

Pertandingan Menulis Puisi


1. Nurul Natasya Rajis 5A
2. Nur Syazwani Izzati 6A
3. Nur Erysha Najwa 6A

Terima kasih diucapkan kepada Pn Rokiah di atas kesudian menyampaikan


hadiah kepoada para pemenang.

Sidang Dewan yang dimuliakan,

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada smua barisan panel hakim yang
arif lagi bijaksana, dipersilakan Pn Rosliah Rosmin diiringi oleh Pn Junaidah Parudin
untuk menyampaikan sijil penghargaan.
Dijemput
- En Nelson Kojuna, En Hasni bin Astan, Pn Siti Jamilah Shafei, En Husin bin Juri,Pn
Nurul Aina bt Hamdan dan Pn Noorshellawaty Husin untuk tampil ke pentas bagi
menerima Sijil Penghargaan.

DIMINTA PUAN ROSLIAH ROSMIN dAN PN JUNAIDAH UNTUK TERUS KEKAL DI


ATAS PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA SEMUA
GURU BAHASA MELAYU yang menjadi tulang belakang di atas kejayaan pelaksanaan
program Kembara Bahasa ini. Dengan ini, majlis mempersilakan :

1. Pn Junaidah Parudin
2. Pn Rosliah Rosmin
3.. Pn Sommy Jumat
4. Cik Nurul Amyshah bt Ibrahim
5. Pn. Saliah Parman
6. Pn. Noriati Parudin
7. Pn Hjh Rusinah Hj Okar
8. En Masru bin Mustakim.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Rosliah Rosmin dan Pn Junaidah di atas kesudian
menyampaikan sijil kepada guru-guru Bahasa melayu SKSTP2.

Hadirin yang dimuliakan

Dengan berakhirnya penyampaian sijil itu tadi, maka berakhirlah Kembara


Bahasa Panitia Bahasa Melayu SKSTP2 bagi tahun 2019.

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam
menjayakan majlis penutupan ini. Majlis memohon kemaafan di atas segala
kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai