Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Tamadun Islam dan Tamadun Asia..

Setelah 13 minggu anda menghadiri kuliah Tamadun Islam dan Tamadun


Asia, apakah yang anda dapat daripada Subjek tersebut? Sila beri refleksi
anda dalam bentuk word sekitar 300-350 patah perkataan. Sekian Terima
Kasih.

Selama menghadiri 13 minggu kuliah Tamadun Islam dan Tamadun Asia, saya telah
mempelajari pentingya revolusi peradaban manusia. Saya telah pelajari bahwa sesebuah
tamadun berkembang dengan adanya idea yang inovatif dan membelah zaman untuk membawa
sesuatu tamadun ke tahap yang baru.

Saya juga dapat memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun
islam, tamadun cina, tamadun india dan tamadun asia.Mengenali keunggulan tamadun kuno,
kelebihan dan kelemahan tamadun masa dahulu serta pemahaman tentang latar belakang
masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya yang ada.

Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia saya juga dapat menyemai persefahaman sesama
rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama,
keturunan, bangsa dan budaya di negara kita.Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini
agar mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi
merencana strategi masa hadapan.

Saya juga dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun
Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia. Kita dapat menyemat persefahaman
sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai
agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita.

Dengan TITAS juga lahirnya mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan
global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.

Akhir sekali,saya dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa dan
mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu serta
memupuk generasi berfikiran tinggi pada masa hadapan

Anda mungkin juga menyukai