Anda di halaman 1dari 8

5 Tip Penjagaan Jantung Untuk Elak

Serangan Jantung
2 Minit Bacaan
Akmar Jamaludin
Kongsi

Dewasa ini terlalu banyak kes melibatkan serangan jantung yang menyebabkan kematian.
Jantung adalah organ terpenting yang menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh.

Malah organ penting ini akan terus berdenyut untuk mengepam darah yang mencukupi bagi
kegunaan sel-sel tubuh.

Namun disebabkan gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk
mendapat serangan sakit jatung.

Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian
sejak dari awal diberikan kepada jantung.

Serangan sakit jantung biasanya berlaku secara mengejut dan lambat mendapatkan rawatan
ia boleh membawa kepada kematian.

Oleh itu, kami ingin kongsikan sedikit tip berguna kepada anda berhubung cara bagaimana
menjaga jantung kita agar ia kekal sihat.
1. Mengawal Berat Badan

Kegemukan sering mendatangkan pelbagai risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah
tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Paras lemak yang tinggi atau kalori menyebabkan penyempitan saluran darah yang menyebabkan
serangan jantung.

Oleh itu, jika anda mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, berat badan yang
berlebihan hendaklah dikurangkan segera bagi mengelakkan pelbagai penyakit kronik
menyerang seterusnya menyulitkan kehidupan harian anda.

2.Menjaga Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, sebaik-baiknya elakkan dari
mengambil makanan yang kaya dengan lemak seperti mentega, keju dan minyak .

Makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur, mentega, hati dan seumpamanya
perlu dielakkan.

Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan ini adalah sangat baik
dijadikan suplemen dalam membekalkan pelbagai nutrisi dan kaya dengan serat.
3.Berhenti Merokok

Majoriti yang mendapat serangan sakit jantung adalah daripada kalangan perokok. Jika pernah
mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok
dihentikan.

4.Bersenam

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh
tubuh dengan baik dan lancar. Bersenam secara teratur juga membantu menurunkan
kadar tekanan darah.

Sebarang senaman yang jika dilakukan secara teratur dapat mengurangkan risiko seseorang itu
mendapat penyakit jantung atau penyakit berbahaya yang lain.
5.Perubahan Gaya Hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi atau tekanan darah tinggi sering
dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang yang merangkumi aspek pemakanan, aktiviti
riadah, tabiat merokok, kerjaya dan tekanan (stres).

Jika selama ini kita mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, berubahlah segera. Sentiasa
berfikiran positif akan menjadikan anda seorang yang cergas dan berfikiran matang dalam apa
jua tindakan.-KLICK.MY