Anda di halaman 1dari 2

CARA MENJAGA KESIHATAN

ANTARA kekuatan yang kita semua rasakan dalam hidup ini pastinya apabila dikurniakan
kesihatan yang baik.

Bagi orang yang diuji dengan masalah kesakitan, sudah pasti tubuh badan mereka lemah,
kurang selera makan, malah untuk menguntum senyuman juga terasa berat.

Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara
hidup yang sihat. Kehidupan sihat itu juga adalah satu amanah dalam hubungan manusia
dengan Allah SWT.

Terdapat mutiara kata daripada ulama iaitu: “Akal sihat berada pada tubuh badan yang
sihat.” Ia juga selaras dengan tujuan Islam menyarankan umatnya sentiasa memelihara
agama, akal, jiwa, harta dan keturunan.

Dalam konteks melaksanakan ibadat solat misalnya, semestinya tubuh badan sihat
membolehkan seseorang itu berupa melaksanakan solat yang dituntut dengan lebih
sempurna.

Begitu juga dengan ibadat puasa, memerlukan kesihatan yang baik untuk berpuasa
sepanjang hari. Selain itu, ibadat haji juga memerlukan kekuatan fizikal untuk
melaksanakan semua rukun haji.

Sebab itu, apabila dikurniakan kesihatan yang baik, kita perlu menjaga dan
‘mempersembahkan’ setiap ibadat dengan baik.

Bukan saja dapat melengkapkan ibadat wajib, malah yang sunat juga tidak ditinggalkan.

Jika tidak berusaha


ke arah itu, ia satu kerugian besar kerana kita tidak tahu satu masa nanti kita diuji dengan
penyakit. Ketika itu amalan yang hendak dilaksanakan pastinya tidak sebaik ketika masih
sihat.

Benar ada yang mengatakan, manusia akan merasa sesuatu nikmat itu apabila kita
kehilangannya. Terlalu banyak nikmat yang kita peroleh daripada Allah SWT sebagai bukti
kebesaran-Nya, cuma terlalu sedikit manusia mengucapkan rasa syukur.

Dalam Surah an-Nahl, ayat 18, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sekiranya kamu
menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya, Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.”

Pastikan setiap kali selepas solat, jadikan doa yang wajib kita ungkapkan kepada Allah
SWT adalah supaya diberikan kesihatan yang baik.

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kenikmatan pertama
yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan,
‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air
yang dingin?’

Rasulullah SAW menyambung: “Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada


kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan
hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke
mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.” (Diriwayatkan
oleh at-Tirmidzi)