Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2: Bagaimanakah konsep ‘sejarah di celah’ mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asian Tenggara?

Sejarah ialah kajian atau penyelidikan tentang kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau. Konsep ‘Sejarah di celah’
telah muncul dalam bidang sejarah tetapi tidak diketengahkan oleh sarjana-sarjana. Di Asia Tenggara, sejarah nasional
merupakan sejarah yang meliputi aspek politik, ekonomi, dan intipati teras budaya atau pengenalan bangsa, tanah-tanah air
yang berkembang sehingga membawa kepada pembentukan negara bangsa di sesebuah negara. Sejarah nasional di Asia
Tenggara didasari oleh perkara-perkara politik. Aspek-aspek seperti ekonomi, budaya dan agama tidak diberi penekanan
dalam penulisan sejarah. Contohnya, dalam bidang ekonomi di Thailand, sektor pertanian banyak memberikan sumbangan
dalam meningkatkan ekonomi di negara tersebut tetapi tidak diberi perhatian oleh sarjana-sarjana kerana ia dianggap tidak
penting. Pelbagai konflik dan isu yang timbul dalam sejarah nasional disebabkan perkara-perkara tersebut.Oleh itu,
Thongchai Winnichakul telah memperkenalkan satu konsep baru dalam bidang sejarah iaitu konsep ‘sejarah di celah’.
Beliau merupakan sejarawan berasal dari Bangkok,Thailand yang merupakan Profesor dalam bidang Sejarah di USA.
2.0 KONSEP SEJARAH DI CELAH
Sejarah di celah bermaksud sejarah yang tidak dicatat dalam sejarah nasional atau dianggap sejarah yang terpinggir
iaitu tidak dipandang tinggi. Hal ini demikian kerana sarjana-sarjana (Barat atau tempatan) mengkaji sejarah berdasarkan
kelompok masyarakat majoriti sahaja berbanding kelompok minoriti. Perbezaan yang ketara antara kelompok majoriti dan
kelompok minoriti menyebabkan sejarah nasional itu ditindas kerana tidak dikaji secara menyeluruh seperti sejarah dari
bawah ke atas. Thongchai Winnichakul menyatakan hasratnya agar ahli sejarah menggunakan konsep sains sosial dalam
melakukan kajian atau penulisan mereka.Sains sosial adalah suatu langkah yang seolah-olah mengaitkan secara terus dengan
sains yang tepat atas hakikat adanya ilmu seperti geografi dan psikologi termuat di dalamnya. Sejarah di celah terbahagi
kepada tiga iaitu sejarah margin, yang kedua sejarah penyetempatan dan terakhir sejarah tanah air dan sejarah
pascanasional. Thongchai memperkenalkan konsep sejarah ini untuk ahli sejarah memahami sesuatu peristiwa tanpa berat
sebelah dalam sesebuah sejarah terutamanya dalam bidang penulisan sejarah.

3.0 SEJARAH MARGIN


Sejarah margin ialah sejarah yang terpinggir atau sejarah yang tidak kaji oleh ahli sejarah. Konsep sejarah margin
diperkenalkan bertujuan untuk ahli sejarah mengkaji bahagian sejarah yang tidak dikaji oleh mereka kerana ahli sejarah
terdahulu lebih mementingkan kelompok majoriti berbanding golongan minoriti. Anna Tsing menjelaskan bahawa margin
bukanlah satu sejarah geografi atau lokasi yang dekriptif tetapi sebaliknya margin digunakan untuk menganalisis kekangan
budaya yang telah diserap, pengecualian penindasan budaya, kemahiran kreatif serta menyusun setiap kategori untuk
menwujudkan kumpulan. Sejarah nasional telah menjadi keutamaan ahli sejarah dalam kajian sejarah mereka kerana
menggangap sejarah tempatan tidak penting dan tidak mendatangkan sebarang kesan. Dalam kes Karen, Mon, Kachin,
Aceh, dan Irian Jaya, ia merupakan sebuah kawasan yang tidak bebas dari kemerdekaan yang mendorong kaum minoriti
perjuangkan sejarah autonomi dalam menwujudkan sebuah negara bangsa. Kesannya, golongan minoriti ditindas oleh
golongan majoriti iaitu sejarah nasional. Oleh itu, Thongchai menjelaskan bahawa ahli sejarah perlulah mengkaji sejarah
dengan lebih khusus iaitu golongan majoriti dan minoriti sama sahaja tanpa melibatkan berat sebelah dan penindasan dalam
penulisan sejarah di Asia Tenggara.

Sejarah margin terbahagi kepada kepada dua kajian iaitu kepada sejarah margin tempatan dan sejarah margin nasional.
Sejarah margin tempatan merupakan kajian tentang geografi, budaya dan bahasa sesebuah lokasi. Sebagai contoh adalah
geografi, sejarah autonomi diperjuangkan oleh golongan minoriti dalam menentang integrasi di dalam setiap wilayah dalam
proses membina bangsa. Ahli sejarah perlu mempunyai kemahiran dalam penilaian bagi mencapai sejarah yang objektif
seperti pernyataan Ranke ‘sejarawan tidak melakukan spekulasi, tidak bersikap berat sebelah (bias), mereka-reka dan
memasukkan unsur-unsur fiksyen ke dalam sejarah”. Manakala, sejarah nasional ialah domain pengetahuan sejarah yang
mempunyai sempadan bagi menandakan perbezaan antara apa yang dianggap sebagai sejarah yang boleh dipercayai dan
apa yang tidak. Sejarah nasional dimonopoli oleh golongan elit yang berkuasa. Sejarah nasional tidak mengkaji sejarah
secara menyeluruh dan ia hanya mengkaji sejarah daripada golongan majoriti sahaja.

4.0 SEJARAH PENYETEMPATAN


Sejarah penyetempatan adalah sesuatu yang bukan berlaku pada tempat asalnya. Dalam kajian sejarah Asia Tenggara,
ahli sejarah hanya mentafsir sejarah tempatan tetapi tidak membuat kajian secara terperinci dengan mendalam. Sejarah
penyetempatan ini mempunyai kaitan dengan proses globalisasi yang berlaku disebabkan titik-titik pertemuan sejarah
tempatan. Proses globalisasi ini bukanlah untuk menghapuskan budaya tempatan tetapi ia melibatkan aspek pertemuan
1
budaya, pengetahuan dan sains serta teknologi. Kesan proses globalisasi ini membawa kepada variasi tempatan yang
menyebabkan berlakunya proses pertembungan budaya. Globalisasi ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan
mentransformasikan sejarah tempatan kepada satu konsep atau proses sejarah yang lebih baik. Kesan globalisasi di Asia
Tenggara ialah India telah datang dan masuk melalui proses Indialisasi akibat pengaruh imperialisme India. Ahli sejarah
percaya bahawa agama tidak dijajah tetapi budaya Indialisasi seolah-olah telah wujud tetapi tidak ketara. Selain itu, ahli
sejarah sedar walaupun pengaruh India tersebar dalam budaya tempatan secara meluas, mereka tidak menjadikan Asia
Tenggara seperti India. Proses Indialisasi ini berlaku secara berperingkat-peringkat di Asia Tenggara seperti budaya yang
diamalkan oleh masyarakat tempatan. Hal ini menunjukkan bahawa sejarah peyetempatan mempunyai tahap-tahap yang
terhad sehingga mencapai tahapnya. Proses globalisasi tidak akan berlaku di sesuatu kawasan tanpa peyetempatan. Menurut
Thongchai, Sejarah peyetempatan yang meluas akan menyumbangkan kepada bidang ethonologi dan teori yang boleh
digunapakai oleh ahli sejarah dalam penulisan sejarah.

5.0 SIAPAKAH YANG LAYAK MENULIS SEJARAH DI CELAH


Penulisan sejarah terbuka kepada orang luar juga jika mereka menguasai bahasa dan budaya masyarakat tempatan dengan
lebih mendalam. Seperti yang dihujahkan oleh Ismail, “perspektif tidak ditentukan oleh keturunan atau asal usul pengkaji”.
Penulisan sejarah harus dipisahkan daripada bias dan berat sebelah pengkaji agar naratif sejarah yang ditonjolkan
berkesinambungan dengan masyarakat lampau dan masyarakat kini melalui unsur-unsur keunikan dalam sesebuah
masyarakat. Menurut Thongchai, pengetahuan asli dan kelebihan semulajadi dalam kalangan sarjana tempatan tidak boleh
diukur kerana ia merupakan sesuatu yang sedia ada. Golongan ini mestilah menetap di kawasan kajian dan tidak semestinya
bermastautin di Asia Tenggara sebagai penduduk tempatan. Tetapi, golongan home scholar mestilah arif tentang bahasa,
budaya dan adat resam di sesuatu kajian. Pandangan golongan home scholar yang berbeza berbanding sarjana Barat
membolehkan mereka menulis sejarah dicelah. Golongan home scholar ini dapat menghasilkan sesuatu sejarah di celah
yang lebih objektif tanpa membuat pengadilan moral yang tidak bersifat berat sebelah.

6.0 SEJAUHMANAKAH KONSEP SEJARAH DI CELAH MAMPU MENINGKATKAN KEMAJUAN


PENGAJIAN ASIA TENGGARA?
Kemunculan konsep atau teori yang baru dalam bidang sejarah dapat meningkatkan kemajuan pengajian sejarah di Asia
Tenggara. Konsep atau teori ini adalah panduan kajian yang berasaskan pegangan teori atau andaian tertentu, mencadangkan
konsep-konsep utama untuk rangka penjelasan dan struktur naratif atau penghuraian. Bidang sejarah mengkaji tindakan
manusia dalam satu masyarakat. Pengkaji perlulah mengambil kira ciri-ciri dalaman dan ciri-ciri luaran dalam sesebuah
masyarakat serta menggunakan sumber-sumber tempatan dan konsep-konsep yang datang daripada bahasa dan budaya
masyarakat tempatan. Seterusnya, perubahan sejarah Asia Tenggara dapat menghasilkan semula sejarah Asia Tenggara
yang baharu. Sejarah di celah mengubah perspektif sejarah Asia Tenggara bagi menggantikan perspektif sejarah Asia
Tenggara lama yang bersifat kolonialisme. Penulisan sejarah dikongkong oleh sejarah Barat dan diwarnai oleh kepentingan
kolonial. Menurut John Bastin, pertukaran perspektif yang dilaung-laungkan itu sebagai berbahaya kerana boleh membawa
kepada tulisan sejarah yang bersifat propaganda atau menyeleweng daripada “hakikat sebenar”. Sarjana Barat seperti J. C.
van Leur, D.G. E Hall dan K. G. Tregonning bersependapat bahawa tulisan sejarah Asia Tenggara bersifat Europe-centric
(luaran) harus digantikan dengan tulisan sejarah yang bersifat Asia-centric (dalaman). Menurut Bastin, sejumlah besar
sumber sejarah yang didapati bagi tujuan penulisan sejarah Asia Tenggara pada zaman penjajahan adalah bersumberkan
Barat. Oleh itu, perubahan perspektif sejarah Asia Tenggara perlu dilakukan untuk sesuatu penghasilan penulisan sejarah
Asia Tenggara yang bersifat autonomi yang berasaskan masyarakat tempatan.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sejarah di celah adalah konsep atau teori yang baru yang diperkenalkan oleh Thongchai Winnichakul
yang dapat dijadikan sebagai satu sejarah yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada sarjana tempatan dan sarjana Barat
dalam menghasilkan sejarah Asia Tenggara yang bersifat autonomi. Menurut Thongchai, perbezaan sejarah berlaku
apabila terdapatnya perbezaan persepsi kepekaan bahasa dan sensitiviti kebudayaaan seperti berkomunikasi dan berbudaya.
Sarjana tempatan mahupun sarjana Barat perlu mengkaji sejarah secara keseluruhan iaitu tidak berdasarkan sikap pilih kasih
antara masyarakat majoriti atau minoriti. Masyarakat tempatan perlu mangambil peluang untuk mencipta teori-teori baru
dalam penulisan sejarah mengikut acuan sendiri dan tidak mengikut sejarah dari perspektif Barat.