Anda di halaman 1dari 3

ِ ‫ح ْي‬

‫م‬ َّ ‫ـن‬
ِ ‫الر‬ َ ‫حـ‬
ِ ‫م‬ َّ ‫هللا‬
ْ ‫الر‬ ِ ‫م‬ ْ ِ‫ب‬
ِ ‫س‬
‫لحمد هلل رب العـلـمين ا‬
‫و على أله وصحـبه أجـمـعين والصالة والسالم على أشرف األنبـياء والمرسـلين‬

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Guru Besar SK Dato’ Syed Nahar

Guru-guru Besar

Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa

Penolong-penolong Kanan, guru-guru

Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapat hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam satu upacara penting iaitu Hari
Aspirasi Murid Sekolah Kebangsaan Dato’Syed Nahar bagi tahun 2019.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak
yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada para murid dan ibu bapa yang telah
menunjukkan keintelektualan dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih
juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion keguruan sehingga
mampu melahirkan modal insan yang berkualiti baik dari segi akademik mahupun
sahsiah. Semoga majlis yang amat bermakna ini dapat dijadikan asas permulaan
anjakan paradigma menjana modal insan gemilang dan terbilang. Sehubungan
dengan itu, saya berharap pihak sekolah dan PIBG dapat bekerjasama mendepani
segala cabaran dan permasalahan yang timbul. Pihak sekolah dan ibu bapa, sebaik-
baiknya wujudkan suasana kolaboratif dengan sentiasa berbincang. Hindarkan
sebarang perbalahan kerana ini tidak menguntungkan, malah merugikan semua pihak.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Memandangkan pendidikan mampu menyuburkan kualiti kehidupan dan bersifat


dinamik, guru-guru perlu mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri dan
kerjayanya. Perkara ini penting kerana masyarakat akan membuat tanggapan
terhadap guru berasaskan cara mereka berfikir, berpakaian, bercakap dan berinteraksi
dengan murid, ibu bapa dan masyarakat. Ibu bapa dan masyarakat pula, hendaklah
bersifat rasional dan jangan cepat melatah menyalahkan pihak sekolah apabila timbul
sesuatu masalah, terutama berkaitan masalah disiplin anak-anak. Saya percaya, Tuan
Guru Besar merupakan seorang individu yang bertanggungjawab dan mahukan
sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan baik serta kondusif. Cuma kadangkala
masalah disiplin berlaku tanpa disangka dan sebagai ibu bapa, keikhlasan Tuan Guru
mengurus sekolah perlu dilihat secara positif.

Kita juga patut sedar, sistem pendidikan masa kini memerlukan perubahan selaras
dengan keperluan semasa, memenuhi tuntutan zaman dan lingkungan. Walau
bagaimanpun, kita mungkin perlu mengimbau sejenak dan menginsafi betapa
bertuahnya kita berada di bumi Malaysia dengan menikmati pelbagai peluang
pendidikan ditawarkan. Apa yang paling penting adalah kesungguhan dan keinginan
kita mengejar setinggi mana pencapaian yang dikehendaki. Kita juga perlu membuat
persiapan bagi menghadapi pelbagai cabaran yang sudah tentu tidak sama lagi
dengan yang ada pada masa semalam, hari ini dan mungkin juga esok hari. Menginsafi
hakikat ini, maka tidak syak lagi bahawa sistem pendidikan itu sebenarnya menuntut
kita untuk sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad yang baru pada setiap
masa.

Oleh hal yang demikian tuan-tuan dan puan-puan, saya mengambil kesempatan ini
menyeru kepada ibu bapa agar senantiasa merebut peluang yang ada. Saya
menyarankan para murid, guru-guru malahan ibu bapa sentiasa memberi nilai tambah
kepada diri dengan terus belajar dan menambah ilmu supaya kita semua akan terus
relevan dengan perubahan serta peredaran zaman. Walau bagaimanapun, harus
diingat bahawa pendidikan yang mengutamakan aspek akademik semata-mata akan
menyebabkan lahirnya generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan
kebestariannya dalam tindakan atau membuat keputusan. Oleh itu, aspek
kemanusiaan tidak seharusnya diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa
pertimbangan atau budi bicara bagi membolehkan pembentukan sahsiah yang
seimbang. Lantaran itu, golongan pendidik, ibu bapa dan masyarakat hendaklah
membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil meneruskan
usaha untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga
berakhlak mulia, berhemah tinggi, dan disegani pada peringkat global.

Para hadirin yang saya muliakan,

Sempena Hari Aspirasi Murid ini, saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan
syabas kepada seluruh warga SK Dato’Syed Nahar, PIBG, ibu bapa dan para murid
cemerlang kerana komited sehingga dapat menjayakan program sekolah. Saya
sentiasa memberi sokongan penuh kepada pihak sekolah untuk melahirkan modal
insan gemilang dan terbilang. Akhir kata kepada Tuan Guru Besar, Yang Dipertua dan
ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’Syed Nahar, guru-guru dan semua
pihak yang terlibat menjayakan majlis ini saya ucapkan terima kasih, kerana
sesungguhnya perpaduan dapat dibentuk melalui majlis seperti ini. Sehubungan itu saya
buat kesekian kalinya berdoa semoga sekolah ini akan terus mencapai kejayaan
seperti mana yang dihajati dalam masa yang terdekat ini.

Dengan lafaz ‫بسم هللا الرحـمـن الرحيم‬

Saya merasmikan Hari Aspirasi Murid Sekolah Kebangsaan Dato’Syed Nahar bagi tahun
2019. Sekian, terima kasih.

‫وبا هلل توفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬