Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA KEJOHANAN BULAN SUKAN NEGARA

Bil Acara Teks


Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Bulan
Sukan Negara bagi tahun 2019.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Batang Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Hulu
Bernam yang dirahmati Allah sekalian.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik


semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang telah beraksi dalam
acara pada hari ini.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah


kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin


Ismail. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan
dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.
Negaraku
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat
Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha


En. Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata
kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian
merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil


kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..
Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha
Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56, jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima
kejohanan dan kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
penyampian langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
hadiah ketegori Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
khas(6) .................................................................

Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah


padang untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai
penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah


#Skrip pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup sukan
tahunan sekolah

Anda mungkin juga menyukai