Anda di halaman 1dari 4

Objektif pembelajaran Cikgu Afifah dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Sebagai contoh, aktiviti pertama menggunakan analogi guli dan pasir dapat menerangkan dan
menghubungkaitkan susunan atom dalam aloi dengan sifat kekuatan dan kekasarannya dengan
mudah. Dengan kaedah demonstrasi yang dijalankan, pelajar lebih jelas dan mudah memahami
sesuatu konsep yang cuba diterangkan. Tambahan pula, kaedah demonstrasi dapat membantu
meningkatkan minat murid dan mengukuhkan daya ingatan murid terhadap pembelajaran mereka.
Seterusnya, objektif yang lain juga dapat dicapai melalui aktiviti menghasilkan nota dalam bentuk
peta minda secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza dan kemudiannya
dibentangkan. Pelbagai idea dan pendapat dapat diberikan pelajar semasa aktiviti ini disamping
dapat memupuk dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kelas.

Manakala, objektif pembelajaran Cikgu Zahidah pula ialah menerangkan perubahan Fizik dan Kimia
kepada murid-muridnya. Objektif yang dinyatakan dapat dicapai melalui aktiviti pertama iaitu aktiviti
demonstrasi tentang contoh perubahan fizik dan kimia dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti
ini, pelajar berpeluang untuk mengetahui dan menghubungkaitkan teori dengan amalan sebenar
dalam kehidupan mereka. Seterusnya, kaedah kuliah dalam menerangkan maksud dan perubahan
fizik dan kimia membantu pelajar untuk belajar tanpa merujuk buku teks dengan menggunakan slaid
yang telah disediakan oleh Cikgu Zahidah. Pelajar juga berpeluang untuk memberi respon terhadap
perkara yang dipelajari, maka murid boleh menyatakan idea-idea mereka secara spontan disamping
membantu pelajar untuk menjadi lebih aktif dalam kelas. Objektif juga dapat dicapai dengan aktiviti
perbincangan dalam kumpulan mengenai banding dan beza perubahan fizik dan kimia. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan sememangnya dapat mencapai objektif yang telah dirancang dalam RPH.
Penggunaan teknologi instruksional semasa proses PdPc sememangnya sangat digalakkan untuk
meningkatkan minat pelajar untuk belajar disamping dapat mengikuti proses pembelajaran abad ke-
21. Penggunaan teknologi juga membantu dalam meningkatkan keberkesanan proses PdPc
disamping memberi pelajar pegalaman baru dalam menuntut ilmu. Kedua-dua guru ini ada
menggunakan teknlogi instruksional dalam proses PdPc mereka untuk meransang minat dan fokus
pelajar.

Teknologi instruksional yang digunakan oleh Cikgu Zahidah ialah slaid daripada sebuah laman
sesawang juga gajet untuk pelajar kuiz secara berkumpulan. Untuk memaparkan slaid ini beliau
semestinya menggunakan LCD dan komputer riba. Kekuatan teknologi instruksional yang digunakan
ialah dapat membuat pelajar lebih fokus terhadap pembelajaran bukannya terlalu bergantung
dengan buku teks semata. Masa dapat dijimatkan kerana Cikgu Zahidah tidak perlu menulis dan
melukis di papan putih untuk nota ringkas yang akan diberikan kepada pelajar. Masa yang ada dapat
digunakan untuk lebih fokus dalam memberi penerangan yang berkesan buat pelajar sehingga
mereka memahami dengan baik. Penggunaan gajet untuk menlajankan kuiz secara berkumpulan
dapat menggalakkan pendekatan koperatif antara pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan teknologi
yang sememangnya sangat menghiburkan pelajar. Akan tetapi, terdapat kelemahan dalam
penggunaan teknologi instruksional Cikgu Zahidah iaitu kurangnya elemen animasi dalam slaid yang
dipaparkan. Jika slaid sahaja yang dipaparkan tanpa sebarang demonstrasi sama ada dalam bentuk
video ataupun eksperimen, pelajar boleh menjadi kurang fokus dan cepat berasa bosan.

Teknologi instruksional yang digunakan oleh Cikgu Afifah ialah slide powerpoint, LCD dan aplikasi
Plickers. Slide powerpoint digunakan untuk menerangkan 8 jenis peta pemikiran tersebut serta
kegunaannya. Slaid dipaparkan dengan menggunakan LCD. Penggunan alat ini memudahkan pelajar
untuk melihat dengan lebih jelas contoh peta pemikiran yang akan dilakarkan di atas kertas majong.
Tambahan pula, masa dapat dijimatkan dengan paparan tersebut. Hal ini demikian kerana, Cikgu
Afifah tidak perlu menjelaskan bentuk dan fungsi peta pemikiran tersebut. Seterusnya, penggunaan
aplikasi Plickers adalah sangat menarik dalam proses PdPc. Hal ini demikian kerana pelajar akan
menjadi lebih fokus untuk menjawab soalan yang guru berikan. Kelemahan yang boleh dihadapi
dalam penggunaan teknologi oleh Cikgu Afifah ialah jika pelajar ramai, Cikgu Afifah akan mengambil
masa yang lama untuk mengesan jawapan yang diberikan pelajar-pelajarnya dengan menggunakan
aplikasi Plickers. Tambahan pula, jika pautan internet tidak laju, Cikgu Afifah akan mengambil masa
untuk memaparkan jawapan kepada pelajar. Kebanyakkan aplikasi zaman ini perlu menggunakan
pautan internet yang laju, maka, guru perlu lebih bijak memilih aplikasi yang boleh digunakan secara
offline.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan daripada aspek pentaksiran yang digunakan oleh Cikgu
Zahidah ialah, beliau boleh memilih 3 orang pelajar daripada 3 kumpulan berbeza tahap
pemahamannya untuk mewakilkan diri membuat refleksi tentang perkara yang mereka faham untuk
keseluruhan topik yang dipelajarinya. Akan tetapi, beliau perlu mengkaji dan mengkasifikasikan
pelajar-pelajar mengikut tahap pemahaman mereka terdahulu. Dengan ini, Cikgu Zahidah boleh
mengetahui pelajar yang mana yang perlu lebih bantuan bukan sahaja daripada Cikgu Zahidah
sendiri tetapi daripada rakan-rakannya yang lebih mahir. Lebih ramai yang berpeluang membuat
refleksi adalah lebih baik kerana Cikgu Zahidah boleh membuat penambahbaikan dalam
perancangan pembelajarannya disamping membantu pelajar untuk lebih mudah memahami serta
lebih bersemangat untuk mempelajari subjek ini. Beliau perlu juga memastikan yang setiap pelajar
berpeluang untuk kehadapan memberikan refleksi mereka. Dengan ini pelajar juga mampu untuk
meningkatkan kemahiran komunikasi disamping membuatkan pelajar lebih fokus kerana bersedia
untuk memberi pendapat tersendiri.

Manakala penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh Cikgu Afifah pula ialah beliau boleh
menggunakan aplikasi yang maujud iaitu yang lebih mudah didapati seperti menggunakan model
base-learning. Hal ini demikian kerana, penggunaan Plickers menggunakan pautan internet yang
baik, dimana seperti yang kita tahu tidak semua sekolah mempunyai pautan internet yang baik.
Aplikasi yang digunakan ini boleh memakan masa yang banyak jika pautan internet lambat ataupun
pelajar yang terlalu ramai. Cikgu Afifah boleh mencipta model yang menarik dan mampu menarik
perhatian serta minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan untuk pentaksiran
pelajar. Pada zaman moden ini terdapat juga aplikasi offline diamana ia boleh digunakan walaupun
tiada pautan internet. Selain itu, Cikgu Afifah juga boleh melakukan kuiz tanpa menggunakan
sebarang aplikasi yang perlu ada pautan internet. Contohnya, kuiz secara manual menggunakan
flashcards yang beliau boleh sediakan sendiri.
Nilai dapat dijelaskan dan boleh dicapai dengan jayanya melalui aktiviti yang dirancang dalam RPH
Cikgu Zahidah. Sebagai contoh, bagi aktiviti demonstrasi bagi memberi contoh perubahan fizik dan
perubahan kimia dalam kehidupan seharian, Cikgu Zahidah memberi arahan kepada dua orang
pelajar untuk memberikan kerjasama untuk menjalankan demonstrasi yang kedua bagi diperlihatkan
untuk rakan-rakan mereka yang lain. Seterusnya, nilai yakin diri boleh dicapai apabila Cikgu Zahidah
memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka
tentang demonstrasi yang dijalankan. Jika para pelajar dengan rela hati memberi idea dengan penuh
semangat itu bermakna pelajar itu yakin dengan dirinya yang mampu untuk mengemukakan
pendapatnya. Nilai kerjasama ialah antara nilai yang penting dalam sesebuah kelas itu. Nilai ini dapat
diuji apabila beliau membentuk kumpulan untuk menjalankan aktiviti kuiz yang perlu dijawab
bersama dan berbincang untuk mendapatkan jawapan yang terbaik. Tambahan pula, para pelajar
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Manakala bagi Cikgu Afifah pula, nilai dapat dijelaskan dan boleh dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang
dirangcang olehnya. Yang pertama, nilai keberanian dan keyakinan dapat dicapai apabila pelajar
yang terpilih kehadapan untuk berkongsi refleksi mengenai perkara yang telah mereka pelajari pada
hari itu. Tidak ramai yang boleh memberanikan diri untuk menonjolkan diri di hadapan orang ramai
melainkan dengan dorongan guru dan rakan-rakan. Para pelajar sudah tahu di setiap akhir
pembelajaran, beliau akan memanggil beberapa orang pelajar untuk berkongsi refleksi mereka.
Secara tidak langsung, para pelajar akan sediakan diri dan memupuk rasa berani dan yakin diri dalam
diri untuk kehadapan dan menyuarakan pendapat mereka. Jika pelajar mampu menapakkan diri
kehadapan, itu bermaksud pelajar-pelajar itu yakin dengan diri mereka. Seterusnya, nilai kerjasama,
melalui aktiviti membuat nota dalam bentuk peta pemikiran. Aktiviti seperti ini memerlukan sikap
kerjasama antara ahli untuk memastikan kerja berjalan dengan lancar disamping hasil yang sangat
memberangsangkan. Perkongsian idea dan pendapat antara ahli sangat membantu dalam
penghasilan seusatu kerja.

Anda mungkin juga menyukai