Anda di halaman 1dari 1

TEKAS UCAPAN UCAPAN KETUA PUSTAKAWAN SEMPENA PELANCARAN PROGRAM NILAM

2019.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang di hormati Guru Besar
Tuan Hj Abd Rahman Bin Awg Besar, guru-guru penolong kanan , guru- guru dan rakan pelajar
sekalian. Saya berasa amat berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk berucap dalam
majlis ini sebagai mewakili rakan - rakan pustakawan yang lain.
Rakan-rakan dan guru-guru sekalian,
Seperti yang kita telah sedia maklum, program Nilam merupakan program memupuk
minat membaca buku yang dilancarkan seluruh negara.Sekolah kita juga tidak terkecuali.Oleh
hal demikian,saya berharap agar pelajar dapat benar - benar memahami objektif program ini
seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang.
Program Nilam bertujuan mewujudkan masyarakat membaca di negara ini , bermula dari
alam persekolahan. Perangkaan menunjukkan bahawa masyarakat rakyat Malaysia hanya
membaca buku kurang daripada sebuah setahun , jauh lebih kecil berbanding dengan negara
- negara maju. Membaca merupakan jambatan ilmu. Amalan membaca dapat menjana
pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat memangkin kemajuan bangsa dan negara.
Justeru , amalan ini perlu ditanamkan dalam diri dan hal inilah yang menyebabkan Program
Nilam ini dilancarkan dengan tujuan mencapai misi dan visi yang digariskan oleh kerajaan.
Dalam Program Nilam , pelajar hanya perlu membaca buku - buku dalam sebarang genre
dan sebarang bahasa asalkan menambahkan pengetahuan , sebelum membuat catatan
ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Guru - guru akan memastikan bahan yang
dibaca selaras dengan yang direkodkan oleh pelajar.. Bahan - bahan bacaan pula boleh
diperoleh pelajar dari perpustakaan sekolah atau kedai - kedai buku. Buku - buku yang dibaca
boleh terdiri daripada buku ilmiah, fiksyen, atau bukan fiksyen. Bahan - bahan bacaan yang
bersifat picisan tidak diambil kira.
Rakan-rakan dan guru-guru yang dihormati,
Bahan bacaan yang direkodkan di dalam Buku Nilam akan dikumpulkan oleh guru Mata
Pelajaran untuk di kira jumlah buku yang dibaca setiap bulan dan diserahkan kepada Guru
Nilam untuk direkod dan dipaparkan dipapan Nilam. Statistik bacaan pelajar kemudian akan
dibuat dan dihantar ke pejabat pelajaran negeri masing - masing untuk tujuan
penyemakan.Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang banyak membaca buku
sama ada di peringkat sekolah atau kebangsaan.
Akhir kata, dengan adanya Program Nilam ini saya berharap agar para pelajar kini lebih
berminat mengunjungi pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan. Sebelum
mengundur diri saya memohon ribuan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tersilap kata
sepanjang penjelasan saya tadi . Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai