Anda di halaman 1dari 1

Soalan: Tulis sebuah karangan bertajuk cara-cara menghargai masa lapang.

Setiap orang mempunyai aktiviti masing-masing. Begitu juga dengan saya.


Terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh saya lakukan untuk mengisi
masa lapang.

Antara aktiviti berfaedah yang saya lakukan untuk mengisi masa lapang
adalah bersukan. Pada waktu petang, saya bermain bola sepak dengan rakan-
rakan di padang. Dengan bersukan, saya dapat menyihatkan badan dan
mencerdaskan otak.

Selain itu, saya membaca untuk mengisi masa lapang. Saya suka
membaca buku cerita, majalah dan komik. Dengan membaca, saya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata saya.

Seterusnya, aktiviti berfaedah yang saya lakukan bergotong-royong


sebagai cara menghargai masa lapang. Saya membantu keluarga saya untuk
membersihkan rumah. Dengan bergotong-royong semua kerja dapat dilakukan
dengan cepat. Setelah itu, rumah saya menjadi bersih dan cantik.

Akhir sekali, saya memancing untuk mengisi masa lapang. Pada hujung
minggu, saya mengikut ayah ke sungai. Dengan pergi memancing, saya dapat
merehatkan minda dan dapat menikmati keindahan alam.

Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sebagai cara


menghargai masa lapang. Oleh itu, kita haruslah bidak mengurus masa agar
masa kita tidak terbuang begitu sahaja, sebaliknya dapat dipenuhi dengan
aktiviti berfaedah. Bak kata pepatah, masa itu emas.

Anda mungkin juga menyukai