Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENDAHULUAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna seseorang sanggup menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran seseorang. Sekiranya berkhemah secara individu atau
berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
Perkhemahan juga sering dikaitkan dengan pertubuhan sukarela atau unit beruniform.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental & fizikal
untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti
semasa berkhemah menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan
ketidakselesaan. Tujuan berkhemah juga dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan,
meningkatkan abiliti dan kendiri, menghayati erti batasan kehidupan, memupuk semangat
keberanian dan kreativiti, meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin dan
meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Antara perancangan yang perlu ada dalam
pengurusan perkhemahan ialah sebelum perkhemahan, semasa perkhemahan, dan selepas
perkhemahan.

2.0 SEBELUM PERKHEMAHAN

 Mendapat kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperoleh dari Guru Besar /


Pengetua / Jabatan Pendidikan Negeri secara bertulis.
 Mengemukakan sesalinan senarai jurulatih yang akan memimpin dan menyelia
perkhemahan.
 Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
 Memberitahu tentang perkemahan kepada pihak polis, bomba dan penyelamat yang
berhampiran dengan lokasi perkhemahan.
 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.
 Tentatif perkhemahan
 Peralatan perkhemahan yang mencukupi

2.1 SEMASA PERKHEMAHAN

 Taklimat program aktiviti.


 Menerangkan peraturan / Larangan & Disiplin semasa perkhemahan.
 Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal.
 Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.
2.2 SELEPAS PERKHEMAHAN

 Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada


dalam keadaan bersih dan baik.
 Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti
sebelumnya.
 Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti
kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
 Gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan sebelum meninggalkan tapak
perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai