Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BEYBLADE DUEL PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Beyblade Duel di peringkat sekolah ini adalah yang julung kalinya
diadakan di Sekolah). Pertandingan ini adalah salah satu program kendalian Unit
Kokurikulum SEKOLAH. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk
meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan kesedaran keseronokan kepada murid dalam permainan Beyblade.


2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang peraturan permainan yang
dipertandingkan.
2.3 Mengeratkan ikatan silaturahim antara murid.
2.4 Melatih murid mematuhi peraturan dan berdisiplin serta mendengar arahan yang
diberikan.
2.5 Mengelakkan murid ketagih dengan permainan video.
2.6 Meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.
2.7 Meningkatkan kemahiran psikomotor Pelajar.

3. SASARAN

Murid Tahap 1 (Darjah 1 - Darjah 3)

4. TEMPAT

Bilik Kelas

5. TARIKH/HARI

4 Oktober 2019 – 8 Oktober 2019

6. MASA

Waktu Persekolahan
7. JAWATANKUASA
Penasihat : En. Jamain Sarapa
Pengarah : En. Fadzairy B Fadzil

Naib Pengarah 1 :

Naib Pengarah 2 :
GPK HEM
Penyelaras :
Pembantu Penyelaras :
Setiausaha :
Bendahari :

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengadil :

Pendaftaran dan Pencatat :

Pengurus Peserta :

Disiplin :

Teknikal & Peralatan :

Sijil Penyertaan :

8. PERATURAN- PERATURAN PERTANDINGAN

8.1 PENYERTAAN

8.1.1 Terbuka murid Darjah 1 hingga Darjah 3


8.1.2 Penyertaan adalah secara individu dengan kebenaran ibu bapa.
8.1.3 Peserta telah membayar yuran penyertaan. Setiap penyertaan dikenakan
8.1.4 Beyblade yang digunakan adalah beyblade jenis burst dan milik peserta.
8.1.5 Combo Beyblade 3 set perlu didaftarkan dan peserta tidak boleh mengubah
sebarang combo selepas didaftarkan.
8.1.6 Sebarang modifikasi pada Layer,Disc, dan Driver yang menyebabkan combo
beyblade menjadi semakin berat dan ketat atau tidak boleh dileraikan adalah
dilarang.
8.1.7 Launcher yang telah dimodifikasi juga adalah terlarang.
8.1.8 Beyblade yang tidak lengkap, rosak, pecah , tidak dibenarkan dalam pertandingan
8.1.9 Penggunaan barang terlarang boleh menyebabkan peserta tersingkir dan wang
pendaftaran tidak akan dipulangkan semula.
8.2 PERLAWANAN

8.2.1 Perlawanan adalah mengikut jadual perlawanan yang telah diundi oleh peserta semasa
pendaftaran.
8.2.2 Setiap perlawanan berbentuk duel dan mempunyai 3 pusingan.
8.2.3 Perlawanan adalah secara kalah mati. Pemenang untuk setiap perlawanan layak ke
peringkat seterusnya.
8.2.4 Setiap Perlawanan adalah berformatkan ‘3 on 3’ iaitu setiap perlawanan mempunyai 3
pusingan. Dan setiap peserta hanya boleh menggunakan 3 beyblade berserta combo
yang didaftarkan sahaja.
8.2.5 Sebarang perubahan/pertukaran ‘Part’ beyblade tanpa berdaftar adalah tidak
dibenarkan.
8.2.6 Pengadil berhak membuat semakan pada bila-bila masa semasa perlawanan pada set
combo beyblade.
8.2.7 Peserta boleh menggunakan sebarang jenis launcher sama ada Ripcord ataupun
bertali.
8.2.8 Susunan Combo perlu ditetapkan sebelum perlawanan bermula. Dan tidak dibenarkan
menggunakan beyblade yang sama dalam satu perlawanan.

8.3 PENGADILAN

8.3.1 Setiap perlawanan akan diadili orang seorang pengadil.


8.3.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.
8.3.4 Kemenangan dikira apabila beyblade peserta berjaya:-

i) mengeluarkan beyblade pihak lawan daripada stadium (Knockout) 1 Mata

ii) bertahan paling lama (Survivor Finish) 1 Mata

iii) berjaya memecahkan beyblade pihak lawan (Burst Finish) 2 Mata

8.3.5 Pelancaran (launching) beyblade perlulah serentak dari kedua pihak lawan.
8.3.6 Pengadil BERHAK mengulangi set perlawanan jika berlaku sebarang
mislaunch .
8.3.7 Jika berlaku perkara sedemikian :-

No Keadaan Tindakan
i) Double Burst (Kedua beyblade terlerai) Rematch
ii) Satu Beyblade tercampak keluar dari stadium, Satu Burst Priority, Sebarang
Beyblade berada di dalam Stadium tetapi Terlerai (Burst) beyblade yang Burst dikira
Kalah.
9. HADIAH

Juara Keseluruhan : Pingat, dan Beyblade


Naib Juara : Pingat, dan Beyblade
Tempat Ketiga : Pingat dan Beyblade
Saguhati (ke-4 hingga 10) : Piala penyertaan.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BILANGAN HARGA/UNIT JUMLAH

1 Pingat 3 unit RM 10.00 RM30.00

2 Hadiah (Set Beyblade) 3 unit RM50.00 RM150.00

3 Piala Penyertaan 6 unit RM 10.00 RM60.00

JUMLAH RM 240.00

SUMBER PENDAPATAN: BANTUAN KOKURIKULUM 2019

11. PENUTUP

Diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan. Di
samping itu, murid yang bertanding dapat bersaing secara sihat dan mengelakkan
ketagihan kepada permainan gadget yang kian membimbangkan semua pihak.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ZAID MAHER B KHIREL AZMAN) (MUHAMMAD FADZAIRY B FADZIL)


Penyelaras Program Penolong Kanan Kokurikulum.
SK Gita

Disemak oleh,

(JAMAIN BIN SARAPA)


Guru Besar
SK Gita

Anda mungkin juga menyukai