Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Taranum Sikah antara taranum muktabar yang terkenal. Di dunia Melayu, ianya amat
sinonim dengan bacaan berzanji. Di kalangan masyarakat Arabpula, ia sering digunakan
dalam nyanyian dan bacaan al-Quran mereka. Ia memiliki cirri yang bersahaja dan
menarik, ia telah berkembang ke seluruh dunia termasuklah Malaysia pada zaman
bermulanya ilmu taranum yang dipelopori oleh Almarhum Ma’som Pergau dari
Kelantan.
Taranum Sikah adalah sebuakh lagu yang berasal dari Negara Parsi. Setelah diubahsuai,
ia diterima pakai oleh pakar-pakar taranum al-Quran dari negara Hijazi dan dipopularkan
kepada Qari dari segenap pelusuk dunia ini mengikut Lahjah Arab Hijazi bermula dari
kurun ketujuh hingga kurun kesembilan belas. Sehingga kini, ia telah dipopularkan
semula oleh Qari Mesir yang dikenali dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk
alunannya lebih lembut dan bersopan.
Sifat-sifat TaranumSikah
Taranum Sikah adalah sebuah taranum yang unik, gerakannya yang tampak ringan dan
bersahaja membuatnya berbeza dengan taranum-taranum lain dari sudut bentuk lagunya.
Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang kerohanian, kisah-
kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam al-Quran dan Hari Kiamat. Di antara Qari Mesir
yang masyhur mengunakan taranum ini dalam bacaan mereka ialah Syeikh Sahhat
Mohammad Anwar,Dr Nua’na dan lain-lain. Manakala Syeikh Saad al-Ghamidi sering
dikumandang bacaannya oleh rakyat Malaysia pula sering menggunakan taranum ini
dalam bacaan murattahnya.
Sifat-sifat taranum Sikah ialah:
Memberi
ketenagan
dengan bacaan
yang lembut
dalam
Memberikan
persembahan
kepuasan kepada
pembaca dan
pendengar
Membawa
perasaan
khusyuk dan
keinsafan
Menambah
seni
pembacaan
al-Quran
Melahirkan keagungan dan
sifat mukjizat al-Quran
Waslah
Terdapat beberapa taranum lain yang sesuai diwaslahkan dengan taranum Sikah. Ini
kerana terdapat persamaan pada air lagu ataupun wazan lagu tersebut.Adalah menjadi
kebiasaan para Qurra mewaslahkan taranum mengikut keadah waslah dengan taranum
Sikah :
Rast
Soba
Husaini Jiharkah
Pada ketika tertentu , terdapat beberapa peranan lain mengapa taranum itu digandingkan
dengan sikah, antaranya seperti berikut
Taranum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia diterima sebagai
taranum al-Quran oleh para Qari Hijaz melalui fasa pengubahsuaian mengikut
kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Taranum Jiharkah dipopularkan oleh para Qari
Mesir mengikut kesesuaian budaya mereka.
Taranum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan kehebatan
al-Quran secara halus. Walaupun ia melalui fasa perubahan hakikat keaslian seni lagu
taranum ini masih kekal. Taranum Jiharkah diaplikasikan di Malaysia di dalam laungan
takbir Hari Raya.
Taranum Jiharkah amat dikenali dengan sifat mendayu-dayu dan merintih, ia sesuai pada
ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa serta ayat-
ayat dalaman ataupun ruhainiah dan aqidah. Antaranya:
b) Memanaskan Bacaan
Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan , maka ia bolehlah diwaslahkan
dengan Rast ataupun Husaini