Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sesi temu bual ini dijalankan bagi memenuhi tugasan projek bagi kursus EDU3083 Asas Kepimpinan
Dan Pembangunan Profesionalisme Guru. Sesi ini akan dijalankan mengikut etika-etika yang
sepatutnya dan soalan yang bakal diajukan adalah mengikut protokol temu bual seperti di bawah.
PENDAHULUAN
Cik Thava : Selamat Pagi cikgu, saya Thavasri dan rakan saya Maniregha merupakan
pelajar sem 7 dari Institut pendidikan guru kampus raja melewar. Terlebih
dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana
sudi ditemu bual bagi memenuhi kerja kursus kami bagi subjek asas
kepemimpinan dan pembangunan profesionalisme guru.
Cik Maniregha: Berdasarkan tugas yang diberi, kami ingin menemu bual cikgu mengenai
peranan guru sebagai pemimpin dalam pelbagai aspek pengajaran dan
pembelajaran. Kami amat berharap sesi ini dapat membantu saya dalam
mengupas dengan lebih lanjut tentang isu ini.
Cik Thava : Sebelum lebih lanjut, boleh cikgu memperkenalkan serba sedikit tentang diri
cikgu termasuk pengalaman mengajar serta penglibatan cikgu dalam
barisan pentadbir sekolah.
Cik Maniregha: Baiklah cikgu tanpa membuang masa saya mulakan dengan solan pertama
ya cikgu.
Soalan 1.
Oleh itu, pada pendapat cikgu apakah yang dimaksudkan dengan guru memainkan peranan
sebagai seorang pemimpin di sekolah?
Soalan 2.
Sehubungan itu, Boleh Cikgu kongsikan secara ringkas mengenai peranan guru besar
sebagai seorang pemimpin serta bagaimana Cikgu melaksanakan amanah yang diberi serta
pencapaian (inovasi) cikgu dalam pdpc?
Soalan 3
Apakah pandangan Cikgu terhadap guru sebagai pemimpin dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran?
Soalan 4.
Dalam usaha memimpin sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang telah
ditetapkan, seseorang guru itu perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dalam
memimpin sesbuah orginasisasi sama ada organisasi kecil atau dalam kelompok yang
besar.
Pada pendapat cikgu, apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang guru yang
menggalaskan tugas sebagai seorang pemimpin?
Soalan 5.
Pemimpin guru merupakan individu yang berpangalaman yang mampu membimbing dan
dan memberikan khidmat kepakaran kepada organisasi pendidikan.
Pada pendapat cikgu, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang pemimpin guru di sekolah
dalam mencapai matlamat bersama yang ditetapkan terutama dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran?
Soalan 6
Bagaimana Cikgu memimpin rakan sekerja yang bekerja bersama-sama Cikgu? Adakah
Cikgu lebih gemar mengamalkan gaya kepimpinan autokratik atau demokratik?
Soalan 7
Berikutan kehadiran corak pembelajaran abad ke-21 yang membawa pelbagai perubahan
dan kehadiran perkara-perkara baru, sudah pastinya akan memberikan kesan dan cabaran
kepada dunia kempimpinan seorang guru.
Bedasarkan situasi berikut, pada pendapat cikgu apakah kriteria yang perlu ada pada
seorang pemimpin guru dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang?
Soalan 8
Sepanjang Cikgu terlibat dalam profesion perguruan, apakah antara cabaran yang dihadapi
Cikgu terutamanya apabila diberi tanggungjawab dalam mengetuai/mentadbir bidang tugas
Cikgu?
Soalan 9
Soalan 10
Seperti sedia maklum, Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu sistem
pengukuran baru bagi melahirkan murid yang seimbang dan holistik dari aspek kognitif,
afektif dan psikomotor. Pada pendapat cikgu, apakah kesan pelaksanaan PBS ini terhadap
murid dan kepemimpinan guru?
Soalan 11
PENUTUP
Apakah nasihat Cikgu kepada kami yang berkemungkinan bakal menjadi seorang pemimpin
apabila dilantik sebagai seorang guru kelak?