Anda di halaman 1dari 4

HEGEMONI BARAT DALAM POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL TAMADUN MODEN MANUSIA

(SKRIP VIDEO)

Ahli Pertama

Saya _____________________ wakil dari kumpulan 1 akan menerangkan secara ringkas definisi
hegenomi.

Istilah Hegemoni berasal daripada istilah yunani, hegeisthai.

Konsep Hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha
untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.

Secara jelas, Hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh kelompok dominan terhadap kekerasan,
sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang di dominasi
diterima sebagai sesuatu yang wajar.

Dalam Hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruh kelompok yang didominasi
untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan.

Nilai dan ideologi hegenomi ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak
yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa.

Ahli Kedua

Saya __________________________ wakil dari kumpulan 1 akan membicarakan tentang Hegemoni Barat
tamadun moden manusia dari aspek politik.

Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar yang
secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat

Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama sama dengan negara Rusia,
United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

Hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa yang ada di Somalia, Bosnia-Herzegivina,
Palestin, Kashmir, Iraq dan lain lain yang Amerika Syarikat terlihat secara langsung dengan
menggambarkan diri mereka sebagai polis dunia.

Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia tidak boleh ditandingi kerana kekuatan
ketenteraan dan militarinya.

Hal in terjadi dan berlanjutan selepas kejatuhan Soviet Union setelah berakhirnya Perang Dingin dahulu.
Ahli Ketiga

Saya ___________________________ wakil dari kumpulan 1 akan membicarakan tentang Hegemoni


Barat tamadun moden manusia dari aspek sosial.

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah mengeksploitasi dunia dengan
pengeksportan budayanya.

Antara contoh yang dapat kita lihat adalah anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan
fesyen yang berlaku di Barat. Jenama alat solek seperti Maybelin, Christian Dior dan jenamai pakaian
seperti Versace dan Bonia menjadi pilihan generasi muda walaupun harganya mencecah beratus ringgit.

Selain itu, majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan
pembikinan filem cara barat yang terdedah dengan budaya yang menggunakan produk rokok yang
menajakan budaya hidup barat .

Disamping itu kita juga dapat melihat bagaimana budaya muzik dan hiburan kini juga di pelopori oleh
golongan barat seperti muzik jazz, rock, disco dan black metal.

Ahli Keempat

Saya _________________________ wakil dari kumpulan 1 akan membicarakan tentang Hegemoni Barat
tamadun moden manusia dari aspek ekonomi.

Pada masa kini, Negara kuasa besar seperti America Syarikat, United Kingdom, negara Eropah dan Jepun
dapat dilihat sedang menguasai kegiatan pedaganagan antarabangsa secara menyeluruh.

Sektor yang didominasi oleh negara kuasa besar berikut adalah penggunaan sumber semulajadi,
pengeluaran hasil perindustrian, perkembangan sains dan tenknologi dan sistem kewangan
antarabangsa.

Kesan daripada penguasaan negara kuasa besar tersebut mengakibatkan ekonomi negara-negara kecil
terpaksa bergantung kepada negara kuasa besar yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan.
Perkara ini berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata
wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka muncul yang membawa kepada
manipulasi mata wang dan saham.

Hal ini mewujudkan institusi global di bawah pengaruh Barat seperti International Monetary Fund (IMF),
Bank Dunia dan World Trade Organisation (WTO). Ini merupakan satu bentuk penjajahan baru di sebalik
perdagangan tanpa sempadan atau di kenali sebagai economic globalization.
Ahli Kelima

Saya __________________________ wakil dari kumpulan 1 akan membicarakan tentang kesan


Hegemoni Barat tamadun moden manusia.

Antara kesan yang dapat kita lihat daripada Hegemoni barat adalah keruntuhan akhlak. Secara umum,
masyarakat barat terdedah dengan gejala seks yang bebas.

Selain itu, kegelisahan jiwa yang di bentangkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhwi tentang kes kes berkenaan
jiwa masyarakat barat yang amat tertekan dan gelisah. Beliau juga mendedahkan bahawa kelahiran
golongan hippies dan vagabond juga merupakan kesan pemberontakan jiwa masyarakat barat.

Di samping itu, kemusnahan keluarga juga merupakan salah satu kesan daripada hegenomi barat.
Berdasarkan Dr Yusuf Al-Qaradhwi, menukilkan pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam institusi
kekeluargaan masyarakat barat. Contoh penyelewengan adalah seperti menjual anak, keluarga tanpa
bapa, ibu sewaan dan pengguguran anak.

Seterusnya, kesan Hegemoni barat dalam dilihat dari segi jenayah yang berleluasa. Kes rogol di barat
khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia. Menurut satu kajian, 13% daripada
perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas pernah melaporkan bahawa mereka pernah dirogol
sekurang kurangnya sekali.

Akhir sekali, kesan yang dapat dilihat adalah kecelaruan akal manusia yang mengakibatkan penyakit
mental. 33% daripada golongan lelaki barat megakui bahawa jika mereka dapat lepas daripada golongan
pihak berkuasa mereka memilih melakukan jenayah rogol. Corak minda yang lahir daripada mentaliti
barat sebegini akan menjejaskan ketamadunan manusia.

Anda mungkin juga menyukai