Anda di halaman 1dari 41

Prakata

Buku ini merupakan sedikit sumbangan kearah


memperkayakan lagi pengetahuan pentarbiyah dalam aspek
penambahan material menarik dalam tarbiyah. Buku ini
adalah hasil kajian dan perbincangan dalam menghasilkan
satu buku modul pentarbiyahan kreatif yang bersesuaian
dengan suasana kotemporari.

Buku ini merupakan alat bantuan kepada pentarbiyahan


dalam menjadikan pentarbiyahan itu tidak bersifat statik
sentiasa dinamik dengan idea-idea baru. Buku ini adalah
sumbangan kecil dalam dunia pentarbiyahan dari seorang
hamba yang da’if di sisi Allah.

Cara menggunakan buku ini!


Buku ini terbahagi kepada 3 kategori modul; modul
kefahaman asas, modul isu semasa dan modul santai & anti
bosan.Penggunaan setiap modul terdapat dalam buku Modul
kecuali modul santai & anti-bosan yang terdapat dalam CD.
Buku ini disertakan sekali dengan buku lampiran yang akan
memudahkan anda fotostat untuk aktiviti tarbiyah yang
anda lakukan. Selain itu ada Buku Lampiran Versi Soft copy
di dalam cd turut disertakan yang mengandungi lampiran
tambahan dari segi artikel, ceramah & lagu.

Buku ini tidak terdapat satu penyusunan yang tetap


kerana ia mengekalkan susunan modul-modul penulis
asal.Namun ia mudah difahami kerana sesuai dengan anak
usrah yang terdiri daripada pelabagai aliran pengajian.

1
Di dalam buku ini modul terdiri daripada 3 aras;

Aras 1 - Merupakan modul yang sesuai dengan anak-anak


usrah yang baru berjinak-jinak dan menarik minat mereka
untuk lebih memahami Islam.pendekatan modul lebih santai
dan banyak bersifat memberi kefahaman kepada mereka.
Modul itu juga digunakan untuk melihat sejauh mana
kefahaman mereka dalam tajuk-tajuk asas seperti Aqidah,
akhlak, islam sebagai Ad-Deen.

Aras 2 - Merupakan modul yang sesuai


dengan anak usrah yang ada kefahaman &
mula mengamalkan Islam sebagai cara
hidup mereka. Modul-modul ini juga banyak
menekankan tentang serangan pemikiran
dalam dunia Islam. Modul pada aras ini
banyak bersifat pembincangan, memberi
idea, membuat perbandingan, analisis dan
berhujah.Modul ini bertujuan untuk
mengukuhkan lagi dalam diri mereka Islam
is The Way of Life.

Aras 3 – Merupakan modul yang bersifat melahirkan individu


yang mula bergerak (haraki) yang mana modul ini lebih
bersifat aplikasi di mana mereka didedahkan dengan
kesedaran berdakwah dan melakukan usaha islah & dakwah
dengan lebih praktikal. Modul ini cuba mendidik mereka
menjadi individu yang soleh dan musleh (menjadikan diri
mereka baik dan orang lain juga baik)

Semoga sedikit usaha ini mendapat keredhaan Allah..


Al-Faqir ilaLLAH

2
INDEKS
Bil Tajuk
m/s

1 Modul Kefahaman Asas


4

Aqidah 5
Ideologi & Serangan Pemikiran
11
Islam Sebagai Ad-Deen
17
Akhlak 22
Dakwah 27

2 Modul Isu Semasa


33

3 Modul Santai & Anti-Bosan


38

3
4 Checklist Peningkatan Tarbiyah
40

Modul
Kefahaman

ASAS
4
AQIDAH

Modul 1 - Pokok… (Aras 1)

 Naqib menyediakan gambarajah 2 pokok,satu merupakan


pohon yang lebat, sihat dan berbuah lebat dengan akar
yang kukuh (pokok A)
 manakala pokok yang kedua berciri tidak sihat, tanpa
daun, akar yang lemah dan didiami oleh tumbuhan parasit,
epifit, saprofit dan lain2 (pokok B).
 Naqib mengarahkan agar ahli usrah melukiskan sebatang
pokok dengan kreativiti masing2.
 Naqib meminta pandangan ahli usrah tentang perhubungan
dan perkaitan yang boleh dilihat pada pokok yang dilukis
dengan kedudukan akidah dalam kehidupan.
 Berdasarkan pokok yag dilukis :
 Akar sebagai akidah seorang muslim.
5
 Batang sebagai agama Islam
 Dahan sebagai rukun iman dan Islam.
 Buah sebagai amalan.
 Seterusnya ditunjukkan gambarajah pokok A dan B dan
ahli usrah diminta memberikan pandangan mereka
tentang kepentingan akidah di dalam hidup muslim.
 Pokok A dilambangkan sebagai seorang manusia yang
mempunyai akidah yang teguh dan mantap (digambarkan
melalui akar yang kukuh)justeru menghasilkan pohon
yang baik dan tahan terhadap cuaca sekeliling cthnya
hujan, lebat, kemarau dll.
 Pokok B dilambangkan sebagai seorang manusia yang
mempunyai akidah yang goyah (digambarkan melalui akar
yang lemah), mudah sahaja diganggu gugat dan senang
pula dirobohkan walau dugaan yag mendatang tidak
sehebat mana.

Modul 2 - Perahuku Karam! (Aras 1)


 Lukis Objek.
 Perahu
 Seorang lelaki di dalam perahu
 Dalam keadaan laut yang bergelora
 Helicopter yang menghulurkan tali untuk
menyelamatkan lelaki tersebut.
 Penerangan.
 Seorang lelaki bermaksud manusia hidup di dunia.
 Laut bermaksud keadaan dunia yang banyak mehnah
dan tribulasi
 Tali bermaksud akidah menjadi pegangan umat islam.

6
 Pengajaran : selagi mana lelaki tersebut memegang tali
dengan kuat selagi itu mereka akan selamat begitu
secara realiti selagi seorang muslim berpegang dengan
akidah yang sebenar selagi itu mereka terselamat dari
pengaruh-pengaruh yang tidak sihat.

Modul 3 - Cawan Kotor (Aras 1)


 Material
- Cawan kotor yang berisi air
 Pelaksanaan
- Peserta dibekalkan dengan material di atas
- Fasi menanyakan peserta apakah mereka akan minum
air dari cawan yang kotor tersebut. Sekiranya tidak
bagaimana caranya jika mereka ingin minum air dari
gelas tersebut.
- Setelah mendengar jawapan, Fasi membuat
perbincangan bahawa cawan tersebut diibaratkan
dengan diri manusia yang berpegang dengan aqidah.
- Aqidah yang kuat dan bersih hendaklah membuang
segala keyakinan dan pegangan kotor yang
bercanggah dengan sifat aqidah yang bersih lagi
meyakinkan.
 Point perbincangan
- Apa yang boleh dikaitkan dengan aqidah ialah aqidah
Islam yang suci tidak boleh duduk bersama dengan
sesuatu pegangan yang bercanggah sekiranya ia
diletakkan dalam diri individu muslim.
- Kedudukan dan kepentingan aqidah sebagai asas
dalam kehidupan muslim.

7
- Kesan jika aqidah bercampur dengan perkara yang
kotor akan memudaratkan diri individu muslim
tersebut.
- Kaitkan 3 pembahagian tauhid sebagai elemen
pelengkap bagi aqidah islamiyyah
- Roh nyawa Cuma untuk batang tubuh yang hidup tapi
oh aqidah umpama batang tubuh dan nyawa.

 Kesimpulan
Aqidah yang bersih merupakan asas utama dalam kehidupan
muslim.

Modul 4 – APA JADI APABILA MANUSIA DIBERI KUASA


TUHAN? (Aras 2)

Objektif
Memberi pendedahan filem barat yang boleh menggugat Aqidah
umat Islam

Material
VCD filem “Bruce All Mighty” lakonan Jim Carrey, notebook
atau PC

Peringatan!
Cerita ini mengandungi babak yang tidak elok.
Perlaksanaan
1. Naqib bertanya kepada anak usrah sesiapa di antara
mereka yang pernah menonton filem “Bruce All Mighty”

8
2. Bagi sesiapa yang pernah menonton diminta menceritakan
tentang sinopsis (ringkasan) cerita berkenaan.
3. Kemudian tayangkan cerita berkenaan kepada anak
usrah. Tidak perlu ambil keseluruhan cerita tapi cukuplah
pada babak Bruce berjumpa tuhan dan tuhan
menunjukkan fail kehidupan Bruce dalam sebuah kabinet
(nak tahu tontonlah!) tetapi pada pandangan saya lebih
baik menonton keseluruhan cerita tetapi dengan tapisan
pada babak yang tidak sepatutnya (seks)
4. Selepas tanyangan berkenaan minta pandangan anak
usrah pada perkara-perkara seperti berikut;
Apa kesan filem ini kepada aqidah umat Islam?
Apakah perkara-perkara yang tak sepatutnya ada
dalam cerita ini?

Kesimpulan
Pendedahan masyarakat kepada filem-filem barat akan
memberi kesan kepada aqidah terutamanya di kalangan kanak-
kanak yang masih belum dapat berfikir dengan baik. Filem-filem
barat memang menyeronokkan dan banyak menggunakan logik
walupun dalam perkara ketuhanan. Secara sedar atau tidak ia
menjadi racun yang perlahan-lahan akan merosakkan aqidah
umat Islam.

Modul 5 – Hai Mambang Tanah… Mambang Api… Mambang…


(Aras 2)

Objektif
Memberi kefahaman kepada anak usrah tentang bomoh yang
dibenarkan dan yang diharamkan.

9
Material
Lampiran 1 dipotong 2 bahagian

Perlaksanaan
1. Naqib menunjukkan separuh lampiran 2 yang
mengandungi gambar bomoh. Naqib bertanya adakah
mereka tahu apakah yang ditunjukkan dalam gambar
berkenaan.
2. Naqib bertanya kepada anak usrah tentang sesiapa
dikalangan mereka yang pernah berjumpa dengan bomoh.
Jika ada, apakah yang biasanya dilakukan oleh bomoh
berkenaan semasa perubatan.
3. Kemudian berikan mereka keratan Lampiran 2 bertajuk
“Bomoh Kena Beriman” setiap seorang. Minta mereka
baca dan fahamkan selama 5minit.
4. Selepas itu minta setiap anak usrah bentangkan hasil
pembacaan mereka. Selepas itu timbulkan semula adakah
bomoh yang pernah mereka jumpa masuk dalam kategori
bomoh yang dibenarkan atau tidak dan berikan sebabnya.

Kesimpulan
Minta anak usrah buat kesimpulan bedasarkan perbincangan
tersebut. Pastikan anak usrah kaitkan kesan bomoh yang
menyebabkan rosaknya aqidah pada umat Islam masa kini.

Modul 6 – CINTA SEJATI (Aras 2)

Objektif
Membuat analisis ceramah berkaitan isu Aqidah

10
Material
Ceramah Ustaz Shamsuri tajuk Cinta Sejati (Rujuk Sot Copy
Lampiran dalam CD) & Pemain MP3

Perlaksanaan
1. Naqib memasang pemain MP3 memperdengarkan ceramah
bertajuk Cinta Sejati kepada anak usrah.
2. Minta anak usrah peka dengan isu-isu aqidah yang
disampaikan oleh penceramah.
3. Selepas ceramah tamat naqib minta anak usrah
bentangkan apakah perkara-perkara aqidah yang
disampaikan oleh penceramah.

Kesimpulan
Minta anak usrah buat kesimpulan apakah persoalan utama yang
ingin disampaikan oleh penceramah berkenaan.

IDEOLOGI & SERANGAN PEMIKIRAN

Modul 1 – Air Kosong & Air Kordial (Aras 1)

 Sesuai dilakukan di café atau ajak anak usrah ke bilik


 Boleh dilakukan sebelum atau selepas sesi pengenalan
tajuk.

11
 Bahan yang diperlukan : segelas air kosong dan beberapa
titik air cordial atau pewarna.
 Cara : segelas air kosong ditunjukkan kepada mereka.
Kemudian, titikkan setitik dua air cordial ke dalam gelas
tersebut tanpa mengacaunya. Hasilnya, lama kelamaan air
cordial akan tersebar secara sekata dalam gelas yang
berisi air kosong itu.
 Tanya anak usrah, berdasarkan pemerhatian terhadap
modul itu, apa yang boleh dikaitkan dengan Islam.

Kaitan dengan topic : umpamakan air cordial itu serangan


pemikiran. Air kosong diibaratkan seperti umat Islam.
Tanpa disedari walaupun ia meresapi kita secara perlahan-
lahan tetapi ia akan mula sebati dengan diri kita.

Modul 2 – Belon yang Tahan Dibakar (Aras 1)

 Bahan yang diperlukan : 2 biji belon, sebatang lilin dan


mancis dan air paip

Belon yang
Belon yang
tidak berisi air lilin
berisi air

12
Belon ini
Belon ini
pecah
kekal @
tidak pecah
Hasil eksperimen

Kesimpulan eksperimen : Air adalah penyerap


haba yang baik

Kaitan dengan topik : anggap belon sebagai diri kita dan air
adalah sebagai ilmu atau pengisian
 ilmu yang kita perolehi akan dapat bantu kita walaupun
menghadapi pelbagai serangan pemikiran atau ideologi.
 jika belon kosong ia akan pecah apabila terkena lilin.
Menunjukkan orang yang tiada ilmu akan dirosakkan oleh
serangan pemikiran

Modul 3 – Gelang Getah Hakis Aqidah (Aras 2)

Objektif
Memberi kefahaman kepada anak usrah tentang perkara-
perkara yang secara tidak langsung merosakkan aqidah kanak-
kanak tanpa disedari.
Melatih anak usrah berani menegakkan kebenaran lebih-lebih
lagi dalam persoalan aqidah.

Material
Petikan Akhbar (Lampiran 2)

Perlaksanaan

13
1. Naqib perlu memberikan petikan akhbar tersebut pada
perjumpaan usrah yang sebelumnya untuk dibaca anak
usrah.
2. Naqib meminta ulasan anak usrah tentang artikel
berkenaan.
3. Wujudkan sesi perdebatan tanpa mereka sedari dengan
naqib tidak bersetuju dengan atikel berkenaan. Naqib
akan provoke dengan cuba mempertahankan dan
mempengaruhi anak usrah untuk menerima yang gelang
getah ini tidak menghakis aqidah.
4. Di sini kita cuba melihat bagaimana anak usrah cuba
menegakkan kebenaran mereka. Ini dapat
memperlihatkan sejauh mana mereka faham tentang
artikel berkenaan.
5. Jika anak usrah mengalah maka mereka perlu
diperbetulkan dan diperingatkan betapa perlu aqidah itu
dipertahankan.
6. Bincang dengan anak usrah tentang kesan gelang getah
ini kepada masyarakat.

Kesimpulan:
Kita perlu sentiasa peka dengan perkara-perkara yang
merosakkan aqidah masyarakat walaupun kecil kerana sedikit
demi sedikit kesannya akan bertanbah besar.

Modul 4 - Handset Ori! (Aras 1)

1. Lukis Objek
 2 handset model yang sama tetapi mempunyai ciri-ciri
yang berbeza.

14
 Ciri-ciri handset yang pertama: Dicipta mengikut syarat-
syaratnya dan menghasilkan handset yang berkualiti. Ia
dicipta oleh pakarnya.
 Ciri-ciri handset kedua: dicipta tidak mengikut syaratnya
dan menghasilkan handset yang tidak berkualiti. Ia dicipta
oleh pencipta yang bukan pakar dan hanya mementingkan
keuntungan yang segera.
2. Penerangan objek.
 Hanset berkualiti: diumpamakan islam agama dari sumber
ilahi iaitu tuhan pencipta manusia.
 Handset tidak berkualiti: Di umpamakan ideologi-ideologi
ciptaan manusia yang mempunyai tahap pemikiran yang
terbatas..
3. Pengajaran: begitulah perbezaan antara agama islam dan
ideology.
 Islam merupakan agama yang memansuhkan agama samawi
yang lain. Ajarannya pula merangkumi semua kehidupan
fitrah manusia. Ini kerana Allah Pencipta manusia, dengan
Allah lebih mengetahui kehendak manusia. Ia bersifat
kekal pada dasar dan matlamatnya dari zaman adam hingga
hari kiamat.
 Ideologi-ideologi ciptaan manusia ini mempunyai banyak
kelemahan dan tidak dapat menjangkau apa yang berlaku
pada masa lepas dan masa akan datang. Ia juga tidak
dapat diterima oleh semua manusia.Di samping itu ideology
itu tidak dapat bertahan lama bahkan mempunyai kesan-
kesan sampingan.
 ia juga sesuai untuk modul akhlak. Perbezaan akhlak dan
moral/etika.

15
Modul 5 – ‘Perangkap hedonisme’ Realiti TV (Aras 2 & 3)

Objektif
Mengenalpasti ideologi hedonisme dan
kesannya kepada masyarakat.

Material
Lampiran 3

Perlaksanaan
1. Minta anak usrah senaraikan beberapa program reality
yang mereka ketahui (Cth: Akademi Fantasia, Malaysian
Idol, Who Will Win, Mentor, Audition dll)
2. Selepas itu minta pandapat mereka adakah program
tersebut menarik.
3. Kemudian berikan mereka lampiran 4 dan minta mereka
baca dan fahamkan.
4. Bincangkan tentang bagaimanakah reality TV memberi
kesan dalam menyebarkan budaya atau ideology
hedonisma di kalangan masyarakat Malaysia berdasarkan
lampiran tersebut.
5. Kemukakan pertanyaan adakah rancangan reality itu yang
salah atau pengisiannya yang salah? Cadangkan program
reality yang boleh memberi kesan positif kepada
masyarakat dan bentangkan setiap orang pada usrah
akan datang.

Kesimpulan:
Minta anak usrah bagi kesimpulan berlegar sekitar pengaruh
hedonisma kepada masyarakat.

16
Modul 6 - “1924" (Aras 2)

Objektif
Mengambil iktibar dari kejatuhan khilafah kesan dari serangan
Barat

Material
Rujuk CD pada folder Buku Lampiran Versi Soft Copy lagu-1924
beserta lirik dan pemain MP3, notebook atau PC.

Perlaksanaan
1. Naqib mengagihkan senikata lagu ‘1924’ nyanyian
kumpulan Soldier of Allah dan kemudian
memperdengarkan lagu tersebut kepada anak usrah.
2. Anak usrah diminta membaca lirik sambil menghayati
lagu berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga anak usrah
faham.
3. Minta anak usrah buat analisis; mengapa lagu tersebut di
terbitkan? masa yang diberi untuk analisis adalah selama
10 minit.
4. Bentangkan hasil analisis setiap anak usrah. Buat satu
kesimpulan daripada modul ini.

Kesimpulan
Berdasarkan kesimpulan anak usrah beserta naqib.

ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

17
Modul 1 - Islam yang syumul… (Aras 1)
Adaptasi dari filem P.Ramlee (Ahmad Albab).

Disarankan untuk membuat jamuan atau makan-makan..


Bahan yang diperlukan : sediakan air kopi yang pahit + sedikit
gula

Caranya : Bagi anak usrah minum air kopi yang pahit. (buatkan ia
seolah-olah anda terlupa untuk menambah gula).. apabila anak
usrah mengatakan air yang diminum itu pahit, tambahkan gula
sehingga dirasakan air itu menjadi lebih manis. Sekarang air
yang diminumnya menjadi semakin manis.. Kemudian, jadikan
semula air kopi itu menjadi sesedap rasa mengikut citarasanya.
Cuba minta anak usrah bayangkan apa yang akan terjadi
sekiranya yang ditambah itu adalah garam dan bukannya gula …

Kaitan tajuk : Air kopi yang terhasil akhirnya umpama Islam


agama yang syumul dan lengkap. Jadi, apabila bahan untuk
membuat air kopi itu terkurang (tidak mengikut suruhan dan
perintah agama) atau terlebih (berlebih-lebihan dalam
tindakan), air kopi itu tidak sesedap mengikut citarasa. Apatah
lagi jika kita salah memasukkan bahan yang sepatutnya ke dalam
minuman..

Islam itu mudah tapi jangan kita berlebih-lebihan atau


mempermudah-mudahkannya!

Modul 2 – Perunding Fesyen Muslim (Aras 2)

Objektif

18
Memberikan kefahaman kepada anak usrah tentangsalah satu
cirri-ciri Islam iaitu ciri thabat (prinsip) dan murunnah
(flesibel).

Material
Lampiran 4

Perlaksanaan
1. Naqib memastikan setiap anak usrah betul-betul
memahami tentang konsep thabat (prinsip) dan murunnah
(fleksibel).
2. Naqib memberikan lampiran 5 kepada anak-anak usrah.
Soalan terdapat pada lampiran berkenaan.
3. Adakan perbincangan terhadap topik berkenaan.
4. kemudian lakonkan situasi berkenaan dengan naqib
menjadi wanita berkenaan dan anak-anak usrah memberi
nasihat kepadanya.
5. Selepas tamat lakonan naqib diminta memberi komen
tentang lakonan mereka dan jika ada kesalahan
dibetulkan.

Kesimpulan
Di dalam Islam Thabat (prinsip) adalah menutup aurat iaitu
menutup aurat itu wajib bagi setiap muslim tetapi murunnah
(fleksibel) dari segi pemakaian. Mereka boleh sahaja pakai apa
sahaja pakaian asalkan menutup aurat.

Modul 3 – “Begitulah Agama Kami” (Aras 2)

Objektif

19
Melihat kefahaman anak usrah tentang islam melalui kaedah
main peranan.

Material
Lampiran “Begitulah agama kami” dari cd e-nuqaba’ (Buku
Lampiran versi soft copy)

Perlaksanaan
1. Naqib akan bercerita berdasarkan lampiran.
2. kemudian naqib akan meminta setiap orang membuat 1
teks bagaimana menceritakan tentang Islam selama 5
minit.
3. Naqib meminta setiap orang membentangkan. Apabila
seseorang telah selesai membuat pembentangan naqib
akan meminta pendapat adakah cara penyampaian
tentang Islam itu akan memberi kesan.
4. Ulang kaedah ini kepada anak usrah yang lain. Pilih cara
yang terbaik.

Kesimpulan
Bagi memastikan orang lain memahami keindahan Islam kita
perlukan kedah penyampaian yang terbaik serta perlu betul-
betul memahami Islam itu sendiri. Gelas yang kosong tidak
dapat mengisi gelas lain. Jika anda pun jahil tentang Islam
bagaimanakah anda ingin berkongsinya dengan orang lain lebih-
lebih lagi bukan Islam.

Modul 4 – Wanita menutup aurat kolot? (Aras 3)

Objektif

20
Melihat pengamalan Islam sebagai Ad-Deen dalam masyarakat
Islam

Material
Lampiran “Wanita Menutup Aurat Kolot” dari cd e-nuqaba’
(Buku Lampiran versi soft copy)

Perlaksanaan
1. Naqib mesti memberikan lampiran “Wanita Menutup
Aurat Kolot” pada perjumpaan usrah yang lepas. Minta
anak usrah membacanya.
2. Minta anak usrah membuat pembentangan daripada
bacaan mereka tentang artikel berkenaan.
3. Minta anak usrah buat satu risalah yang menarik
daripada point-point dalam artikel berkenaan untuk
disebarkan kepada sahabat-sahabat atau sanak saudara
mereka untuk memberikan kefahaman tentang perlunya
menutup aurat.
4. Present bahan mereka pada perjumpaan usrah yang akan
datang.

Kesimpulan
Islam mempunyai alasan yang tersendiri dalam segala peraturan
yang ditetapkan. Segala peraturan yang ditetapkan mungkin
tidak releven pada aqal kita. Namun kita tidak lebih pandai
daripada pencipta kita iaitu Allah yang lebih mengetahui hikmah
di atas peraturanNya. Sebagai orang Islam kita perlu cuba
memahami hikmahnya bukan mengingkari.

Modul 5 - INDAHNYA ISLAM (Aras 1)

21
o Bawa anak usrah menonton Cd Kingdom of Heaven.
o Filem antara fakta yang betul terhadap sejarah bersar
perang antara Islam dan tentera salib dalam menakluki
Jurusalem.
o Minta anak usrah membuat penilaian apakah punca
kemenangan Islam dan kelemahan tentera salib,
bagaimana kekuatan panglima perang Islam
Salahuddin.Al Ayub, bagaimanakah cara Islam
bermualmalah dengan tentera musuh.

AKHLAK

Modul 1 - Kisah Limau Masam (Aras 1)

 Objektif
- Memahami dengan jelas makna akhlak
- Mengetahui kepentingan akhlak dalam kehidupan
muslim dan sunnah Rasulullah dalam berakhlak.
- Menyedari Rasulullah adalah sebaik2 role model
dalam berakhlak.

 Material
- Dapatkan limau (atau seumpama denganya) yang
masam.
- Sediakan air sirap yang masin

 Pelaksanaan

22
- Peserta diberikan dengan buah dan air di atas utk
merasanya.
- Fasi menanyakan peserta apakah yang mereka rasa
dari buah tersebut.
- Setelah mendengar jawapan, Fasi menyakan kepada
mereka secara ikhlas adakah mereka suka sekiranya
org sengaja memberi barang2 tersebut kepada
mereka dan apakah tindakan mereka sekiranya
mereka terpaksa mengambilnya.
- Fasi membuat perbincangan dengan anak usrah
dengan membawa cerita2 tentang akhlak Rasulullah
samada dengan sahabat2 baginda, musuh, keluarga
dan orang miskin.
- Bawa anak usrah bercerita dan mengahayati
kemuliaan akhlak Rasulullah dan kita mesti
mencontohinya kerana ia ditinggalkan sebagai sunnah.
Cth cerita :
1. Rasululah telah diuji oleh seorang perempuan yahudi
dengan memberi baginda 3 biji liamau yang sangat
masam.
2. Rasulullah mengambilnya tapi tidak seperti
kebiasaanya iaitu mengagihkan kepada sahabat2
baginda, Rasulullah makan limau yang masam tersebut
tanpa mengajak sahabat2nya dan makan dengan penuh
nikmat dan tersenyum. Sementara sahabat2 baginda
menanti2 bilakah Rasulullah akan mempelawa mereka
makan bersama..
3. Melihat keadaan tersebut yahudi tersebut merasa
begitu kagum dan tersenyum melihat akhlak Rasulullah
dan mengucapkan terima kasih lalu pergi.

23
4. Kemudian apabila Rasulullah ditanya, Baginda pun
menerangkan bahawa limau uitu masam kepada
sahabat2 baginda.
 Point perbincangan
- Apa yang boleh dikaitkan dengan akhlak dan sunnah
Rasulullah sebagai contoh ikutan buat muslim.
- Kedudukan dan kepentingan akhlak sebagai asas
dalam kehidupan muslim.
- Ibadah tanpa akhlak adalah tidak sempurna kerana
orang yang paling berimana adalah muslim yang paling
berakhlak..

 Kesimpulan
- Akhlak yang mulia merupakan asas utama dalam
kehidupan muslim manjaga hubungan semasa Khaliq
dan hubungan sesame manusia.

Modul 2 – Budak-Budak Zaman Sekarang! (Aras 2)

Objektif
Mencari punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan belia
di Malaysia.

Material
Lampiran 5 & Lampiran “Bagaimana Membentuk Akhlak” dari cd
e-nuqaba’

Perlaksanaan

24
1. Naqib menunjukkan kartun yang terdapat dalam
lampiran6.
2. Naqib meminta pendapat gambar itu berkenaan apa.
3. Kemudian naqib akan menerangkan inilah realiti remaja
pada masa kini yang terlibat dalam gejala dadah.
4. Naqib akan bertanya kepada anak usrah bagaimana
keruntuhan akhlak ini boleh terjadi dan apakah sebab-
sebab utamanya.
5. Kemudian bincangkan; bagaimana akhlak boleh dibentuk?
Bagi lampiran dari Lampiran “Bagaimana Membentuk
Akhlak” dari cd e-nuqaba’ (Buku Lampiran versi soft
copy) untuk bacaan kefahaman anak usrah

Kesimpulan
Akhlak adalah cerminan keimanan. Jika akhlak bermasalah
mungkin terdapat masalah dari segi keimanan.

Modul 3 - Antara Akhlak & Hak Asasi Manusia (Aras 2)

Objektif
Memberi kefahaman kepada anak usrah tentang perbezaan
akhlak dengan moral
Memberi kefahaman mengenai hak asasi manusia di Barat yang
secara tidak lansung merosakkan mereka sendiri.

Material
Artikel "Antara Akhlak & Hak Asasi Manusia" Lampiran 6-8

25
Perlaksanaan
1. Naqib bertanya soalan kepada anak usrah mengenai
perbezaan di antara akhlak dan moral.
2. Kemudian tanpa menjawab naqib mengedarkan lampiran
berkenaan untuk dibaca oleh anak usrah.
3. Kemudian minta mereka beri contoh isu-isu biasa yang
pada masyarakat ia nampak bermoral tetapi pada
hakikatnya di dalam Islam ia nampak tidak berakhlak.
4. Minta mereka bentangkan hak-hak asasi yang
diperjuangkan barat. Adakah ia relevan? Apakah
kesannya kepada masyarakat?

Kesimpulan
Akhlak dipandu oleh prinsip-prinsip al-Qur'an yang
diterjemahkan melalui sunnah Rasul yang mutlak, lebih terarah
dan jelas maksudnya. Berlainan pula dengan moral yang
berpandukan aqal manusia. Ia boleh berubah. Perkara yang
tidak bermoral pada hari ini boleh menjadi bermoral pada hari
esok.

Modul 4 – SHIN CHAN (Aras 2)

Objektif
Melihat kesan media dalam mempengaruhi akhlak umat Islam

Material
Lampiran “SHIN CHAN” dari cd e-nuqaba’ (Buku Lampiran versi
soft copy) @ komik Shin Chan @ VCD Shin Chan

26
Perlaksanaan
1. Naqib menunjukkan lampiran Shin Chan kepada anak
usrah.
2. Tanya mereka; adakah mereka kenal dengan watak
kartun berkenaan?
3. Jika mereka kenal apakah yang mereka tahu tentang
akhlak watak kartun berkenaan.
4. Apakah kesan watak kartun berkenaan kepada anak-anak
yang belum matang dari segi pemikiran?
5. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengimbangi kesan
daripada watak berkenaan kerana ia merupakan watak
yang amat dikenali dan diminati oleh kanak-kanak di
Malaysia.

Kesimpulan
Akhlak manusia boleh dipengaruhi oleh persekitarannya.
Pendedahan kepada persekitaran yang salah akan merosakkan
akhlak remaja tanpa disedari. Walaupun hanya kerana satu
watak kartun…

DAKWAH

Modul 1 - Prejudis Pendakwah (Aras 2)

Objektif
Mengikis perasaan prejudis di kalangan pendakwah kepada
mad'u (orang yang ingin didakwah) daripada berprasangka buruk
kepada sifat mengasihani.

Material

27
Keratan Lampiran 8 yang menunjukkan gambar kartun

Perlaksanaan
1. Anak usrah diminta melihat kartun pada lampiran dan
minta mereka ceritakan apa yang ingin disampaikan
daripada kartun berikut.
2. Naqib boleh terima pendapat mereka asalkan masih
berkaitan. Apa yang cuba disampaikan daripada kartun di
sebelah ialah manusia mudah membuat penilaian negatif
kepada seseorang tanpa usul periksa.
3. Kartun ini menunjukkan seorang lelaki yang membawa
beberapa botol air mineral dalam bulan ramadhan dan
ada seorang yang terlihat membuat kesimpulan bahawa
lelaki itu tidak berpuasa. Kemudian dia malu apabila
melihat lelaki itu membawa air kepada rakannya untuk
diisi dalam radiator kereta yang panas.
4. Kartun ini menunjukkan realiti manusia, namun ia juga
terdapat di kalangan pendakwah.
5. Kita dengan mudah menghukum mad'u kita tanpa betul-
betul menyelidiki apa punca sebenar yang menyebabkan
dia berkelakuan bertentangan dengan akhlak Islam.
6. Minta anak usrah bagi contoh sifat prejudis kepada
mad'u yang ada dalam diri mereka. Atau bagi contoh
situasi berikut;

Apa pandangan mereka kepada perempuan yang tidak


pakai tudung?
Apa pandangan mereka kepada orang yang bermain
bola sehingga maghrib?
Apa pandangan mereka kepada kawan mereka yang
selalu berdua-duaan di tempat sunyi?

28
7. Kadang-kadang kita dengan mudah menghukum mereka
dan menegur dengan keras tanpa ingin menyelami betapa
kurangnya kefahaman mereka tentang Islam.
8. Kita suka menghapuskan simptom yang kita lihat (pakai
seksi, couple, main bola sampai maghrib) tanpa pergi
kepada punca sebenar penyakit iaitu permasalahan iman
yang belum kukuh di dalam diri mereka.
9. Tinggalkan persoalan kepada anak usrah. Carilah di dalam
Sunnah adakah Rasulullah pernah berlaku keras kepada
orang yang belum faham lagi tentang Islam? Ingatlah
kisah Badwi yang kencing di dalam masjid...

Kesimpulan
Pendakwah perlu menghapuskan prejudis mereka kepada mad'u
dengan bersifat belas kasihan kepada mereka. Ini akan
merapatkan lagi hubungan anda dengan mad'u. Rujuk buku
Dakwah Fardiah karya Mustafa Masyoor.

Modul 2 - Adakah anda sekadar tidak ambil peduli???


(Aras 2)

Objektif
Menimbulkan kesedaran dakwah di kalangan anak usrah

Material
Lampiran 9 modul jawab soalan

Perlaksanaan

29
1. Agihkan soalan-soalan kepada anak usrah untuk dijawab.
2. Berikan mereka masa selama 5 minit untuk menjawab dan
merenungi soalan-soalan berkenaan.
3. Minta mereka ceritakan tentang perasaan mereka
selepas menjawab soalan-soalan berikut.
4. Bincangkan betapa kita pentingkan diri sendiri kerana
kita hanya fikirkan Islam ini untuk kita sahaja tetapi tak
mahu berkongsi atau bercerita tentang Islam kepada
non-muslim.
5. Minta anak usrah buat 1 resolusi apa yang perlu mereka
buat selepas ini.

Kesimpulan
Pendakwah sentiasa perlu melakukan usaha dakwah setiap kali
berkesempatan. Jika anda tidak ambil peduli anda adalah
seorang yang mementingkan diri sendiri.

Modul 3 - Tekno-Da'I (Aras 3)

Objektif
Melahirkan pendakwah yang bijak dan kretif dalam
menggunakan teknologi sebagai medium dakwah.

Material
Lampiran 10

Perlaksanaan

30
1. Naqib bertanya kepada usrah bagaimanakah cara dakwah
boleh dilakukan. (Biasanya anak usrah akan berkata
melalui berjumpa dan cara-cara dakwah yang biasa)
2. Naqib menunjukkan lampiran yang mempunyai gambar
handphone, kamera dan perakam video.
3. Minta anak usrah fikirkan bagaimana alat-alat ini boleh
digunakan sebagai medium untuk berdakwah. Mereka
juga perlu juga menyediakan manual yang boleh difahami
oleh orang lain untuk menggunakan benda-benda
tersebut sebagai medium dakwah. Naqib memberi masa
kepada anak usrah selama 20 minit.
4. Selepas selesai masa yang diberi naqib minta anak usrah
buat pembentangan.
5. Gunakan cara Akademi Fantasia yang mana setiap anak
usrah yang lain berpeluang bertanya dan mengkritik
pembentangan berkenaan. Pastikan jangan melampau
sangat mengkritik.
6. Minta mereka forward pembentangan mereka di internet
untuk bacaan orang lain setelah dibuat pembetulan.

Kesimpulan
Apa sahaja medium boleh digunakan untuk berdakwah. Yang
paling penting isi kandungannya mesti menepati yang ditetapkan
oleh Islam.

Modul 4 – Bingkisan Pengalaman Pendakwah… (Aras 2)

Objektif

31
Merenungi pengalaman pendakwah untuk menjadi role model
anak usrah

Material
Lampiran 11

Perlaksanaan
1. Pastikan anak usrah telah mendapat lampiran ini pada
usrah yang lepas.
2. Minta mereka baca sebelum usrah berikutnya.
3. Naqib meminta anak usrah menceritakan hasil bacaan
mereka tentang artikel berkenaan.
4. Tanya kepada mereka; apakah cabaran yang mungkin
dihadapi sebagai pendakwah? Adakah kerana sedikit
halangan mereka tidak lagi berminat melakukan usaha
dakwah?
Kesimpulan
Pendakwah sentiasa akan menghadapi cabaran dugaan sepanjang
usaha dakwahnya. Setiap cabaran dugaan akan mematangkan
pendakwah.

32
MODUL
ISU
SEMASA
33
MODUL 1 – ISLAM HADHARI

Objektif
Menilai sejauh mana kefahaman anak usrah tentang Islah
Hadhari

Material
Lampiran 13

Perlaksanaan
1. Naqib bertanya setiap orang anak usrah; apakah yang
dimaksudkan dengan Islam Hadhari?
Apakah 10 prisip Islam Hadhari?
2. Jika didapati mereka tidak tahu maka naqib
memberikan lampiran 13 untu dibaca oleh salah
seorang anak usrah.
3. Minta pendapat mereka tentang Islam Hadhari.

Kesimpulan
Minta anak usrah buat kesimpulan daripada perbincangan
mereka.

MODUL 2 – ISLAM LIBERAL

Objektif
Memberikan kefahaman kepada anak usrah tentang kesan
buruk Islam Liberal kepada
34 umat Islam.
Material
Lampiran 14 & 15

Perlaksanaan
1. Naqib menunjukkan lampiran 14 yang mengandungi
gambar Amina Wadud yang mengimami solat yang
mana di belakangnya makmum terdiri dari lelaki dan
perempuan dalam saf yang sama.
2. Tanya kepada anak usrah; adakah perkara ini
dibenarkan di dalam Islam?
Apakah fahaman yang dibawa oleh Amina Wadud?
Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan
Islam Liberal.
Naqib perlu beri penerangan jika mereka tidak tahu
3. Minta anak usrah membaca lampiran 15 dan fahamkan.
4. Selepas baca minta mereka menceritakan semula
apakah itu Islam Liberal dan apakah kesannya kepada
masyarakat.

Kesimpulan
Minta anak usrah buat kesimpulan daripada perbincangan
mereka. Jika mereka tidak dapat membuat kesimpulan yang
tepat naqib perlu membantu berdasarkan lampiran 15.

35
MODUL 3 – KISAH KONDOM & JARUM

Objektif
Melahirkan anak usrah yang sentiasa peka dengan isu
semasa

Material
Lampiran 16

Perlaksanaan
1. Naqib menunjukkan lampiran 16 untuk dibincangkan
bersama anak usrah apakah maksud tersirat di sebalik
kartun berkenaan.
2. Minta mereka bincangkan pro dan kontra pemberian
kondom dan jarum suntikan kepada penagih dadah
untuk mengawal merebaknya penyakit AIDS.
3. Bincangkan cara penyelesaian yang pada pandangan
kumpulan usrah adalah lebih baik.

Kesimpulan
Minta anak usrah buat kesimpulan daripada perbincangan
mereka.

MODUL 4 – LEPASAN IJAZAH MENGANGGUR!

Objektif
Membentuk anak usrah yang36 mampu membuat persediaan
menghadapi alam pekerjaan sebelum grad.
Material
Lampiran 17

Perlaksanaan
1. Bergantung kepada kebijaksanaan nuqaba’ dalam
mengubahsuai modul ini.
2. Soalan disediakan pada lampiran.

Kesimpulan
Kesimpulan berdasarkan akan kumpulan usrah.

MODUL 5 & 6

Di pulangkan kepada naqib untuk menggunakan lampiran ini


untuk dijadikan modul yang bersesuaian.
Jika tiada idea boleh maklumkan kepada
pungguksiber@hotmail.com untuk mendapatkan beberapa
cadangan modul daripada lampiran berkenaan. Sesiapa yang
ingin berkongsi modul mereka boleh sama-sama berkongsi
modul yang telah anda hasilkan dengan hantar modul anda
kepada e-mail berkenaan.
Sifu Sc

Saya tidak berniat menyusahkan


anda tetapi ini adalah kearah
menubuhkan komuniti modul
sesama nuqaba’ agar wujud
perkongsian
37 pintar yang akan
menguntungkan Islam itu sendiri
Modul Santai
&
Anti-Bosan

38
Modul Santai & Anti-Bosan terdapat di dalam CD
mengandungi jenis modul untuk mengisi keadaan yang
kadangkala membosankan dan menyegarkan kembali anak-anak
usrah yang mungkin dah tepu dengan pengisian yang agak
berat.

Modul ini perlu digunakan pada masa yang tepat iaitu


apabila bosan atau ingin menarik minat anak usrah sebelum
memulakan sesi usrah.

Modul yang ada di dalam CD e-Nuqaba’;


Awang Kenit dengan Topi
Ayah Memancing
Berjabat Tangan
Berjalan di Hutan
Cari Perbezaan
Cari Suis yang Betul
Dayung.. dayung.. dayung sampan
Mancis
Mari Merebus Telur!
Membina Tembok
Ilusi Optik
SESAT!
Titik & Garisan
Ulat Buku
Dan macam-macam lagi modul yang ada 
39
CHECKLIST PENINGKATAN TARBIYYAH

Anda sebagai Naqib/ah perlu memastikan anak usrah anda


mengalami peningkatan dari segi tarbiyyah diri. Adalah
sesuatu yang tidak kena jika amalannya selepas mengikuti iGG
semakin sama atau semakin berkurang. Sebagai naqib/ah kita
perlu memberi motivasi dan semangat kepada anak usrah
untuk memperbaiki dan menambah amlan-amalan sunat.

Checlist Peningkatan Tarbiyah Peringkat Asas

 Membaca sekurang-kurangnya sepuluh ayat al-Qur’an


setiap hari
 Menjadikan menghafal ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-
hadith pilihan sebagai tabiat
 Melaksanakan solat sunat sebelum dan sesudah solat
fardhu sebagaimana yang digariskan oleh sunnah
Rasulullah s.a.w sedaya yang mampu
 Menunaikan solat berjamaah sedaya yang mampu
 Menjadikan usaha meningkatkan ilmu dan kefahaman
terhadap Islam melalui pembacaan buku-buku tambahan
sebagai amalan harian
 Mengadakan program ziarah teman dan jiran
berhampiran
 Puasa sunat

Beri galakkan kepada anak usrah. Jangan buat semua sekali


secara mendadak. Ingatkan mkepada mereka amalan yang
sedikit tetapi istiqamah lebih disukai
40 Allah 
41

Anda mungkin juga menyukai