Anda di halaman 1dari 7

“ MANFAAT KESTABILAN NEGARA ”

(20 April 2018 / 04 Syaaban 1439H)

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah
SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan
di akhirat. Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk: “Manfaat Kestabilan
Negara”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan kenikmatan
hidup dalam sebuah negara yang aman damai, dilimpahi rezeki melimpah ruah

1
serta penuh keamanan. Semenjak tarikh kemerdekaan sehingga hari ini secara
umumnya kita berjaya mengekalkan kerukunan hidup masyarakat dan kestabilan
negara. Sebagai muslim, ramuan yang terpenting bagi kita adalah sebagaimana
intipati firman Allah SWT di dalam Surah Al A’raf ayat 96 iaitu:

Maksudnya: “Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,


tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab
seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Menurut tafsir Ibnu Kathir, ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa syarat
utama sesebuah negara dilimpahi keberkatan termasuk kestabilan ialah apabila
penduduknya beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Ini adalah sebahagian
daripada perjalanan sunnatullah di mana sifat ubudiah dan ketundukan kepada
perintah Allah akan melimpahkan pelbagai kebajikan dan keberkatan. Sifat ini
juga dapat melahirkan modal insan berkualiti yang mampu memacu tamadun dan
kemajuan sesebuah negara.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kestabilan negara adalah penting bagi memastikan tumpuan dapat diberikan
secara menyeluruh dalam menyelesaikan masalah, merangka pelan dan
perlaksanaan inisiatif-inisiatif tertentu secara lebih sistematik dan berkesan bagi
memajukan negara. Sudah banyak contoh di beberapa negara tertentu yang kita
lihat dilanda krisis politik secara berterusan telah menjejaskan kestabilan negara
dan kualiti kehidupan rakyatnya.
Lebih parah lagi, apabila sumber ekonominya merudum, berlaku
kerosakan harta benda, kehilangan peluang pelaburan sehingga ada ke tahap
kehilangan nyawa manusia yang begitu berharga. Tindakan sebegini

2
sememangnya tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak. Dari sini
jelas kepada kita bahawa kestabilan negara berkait rapat dengan nilai iman dan
takwa yang kukuh di dalam diri setiap warganya.
Dalam hal ini, beberapa ciri-ciri yang dikenalpasti dapat melestarikan
kestabilan negara yang perlu dikekalkan dan dibajai dalam diri setiap kita iaitu
sifat bekerjasama dan bertoleransi, kepimpinan yang berwawasan dan kesatuan
dalam kepelbagaian. Sifat bekerjasama dan bertoleransi merupakan elemen
terpenting dalam usaha membangunkan sebuah tamadun dan kemajuan negara
bangsa. Oleh itu, Islam menyarankan agar kerjasama yang dilakukan hendaklah
di atas dasar kebaikan dan ketakwaan. Firman Allah SWT dalam Surah Al
Maaidah ayat 2 menyebutkan:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat


kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang
melanggar perintahNya).”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Ciri kedua ialah kepemimpinan yang mempunyai wawasan tinggi dan jauh
demi menjaga maslahat agama, rakyat dan negara. Dalam konteks ini, maka Islam
mengagaskan perlunya kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT.
Kekuatan ini mampu memberi pertahanan yang ampuh saat diuji dengan pelbagai
cabaran. Pemimpin yang berwawasan tidak mudah berputus asa atau cepat
mengalah kerana mereka yakin bahawa Allah SWT sentiasa bersamanya.
Dengan kelebihan yang ada, maka pelbagai agenda menerusi alternatif
yang terancang dapat meneguhkan lagi kesejahteraan rakyat dan negara. Mereka

3
memimpin dengan penuh tanggungjawab, berintegriti, berjiwa besar, dan penuh
kasih sayang. Firman Allah SWT dalam Surah Al Maaidah ayat 57,

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang


yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang
yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang kafir menjadi penolong;
dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar beriman.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Ciri yang terakhir iaitu sentiasa mendahulukan kesatuan dalam kepelbagaian.
Hal ini telah diisyaratkan oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran ayat 103
yang menyeru umat Islam memperkasakan kesatuan dan melarang bercerai berai.
Firman-Nya,

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama
Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai”

Untuk mencapai kemanisan kesatuan ini, maka langkah awalnya adalah


kita perlu membina sikap saling mengenal, saling menghargai, dan bertoleransi
sesama kita. Pada masa sama kita perlu membuang jauh sifat menghina,
memperlecehkan orang lain, dan berbangga diri.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kita bersyukur, hasil pimpinan dahulu dan hari ini, banyak nikmat yang kita rasai
kesan kestabilan kepada negara ini. Namun, kita perlu bijak mencari inisiatif bagi
menjamin keamanan ini terus berkekalan dengan menghalang sebarang ganggu
gugat terhadap kestabilan negara. Bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar
yang mulia ini ingin merumuskan beberapa perkara iaitu:

4
Pertama: Perpaduan menjadi asas kestabilan negara secara menyeluruh.
Kedua: Tanpa kestabilan, usaha membina tamadun akan terhalang.
Ketiga: Keupayaan memimpin dan menangani kepelbagaian merupakan
perkara penting dalam memastikan kestabilan masyarakat dan
negara.

Maksudnya: “Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman
damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat,
tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya
kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”. (Surah
An Nahl:112)

5
“ KHUTBAH KEDUA ”

Wahai hamba Allah, ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan untuk
sementara, akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal selama-lamanya. Oleh
itu, marilah kita bertakwa kepada Allah untuk mendapatkan kebahagiaan serta
menyelamatkan diri daripada siksaan api neraka. Firman Allah SWT dalam Surah
al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi;


wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah
kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

Ya Allah, ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan


mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meningggal dunia. Ya
Allah, kurniakanlah taufik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan
pertolongan kepada ketua-ketua negara Islam dan Raja-Rajanya, khasnya
kepada;

6
7

Anda mungkin juga menyukai