Anda di halaman 1dari 6

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Biodata peribadi
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang,
beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit
Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan
kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun
setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian
dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam[2]. Selepas menerima
Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun
1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan
Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang
ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat
menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi
Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada
tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005,
Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak
2003.

Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah
dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar
makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar
mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi
kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah
‘Julius Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang
beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah
peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang
sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari[1].
Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang
memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja,
beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-
cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling
diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod
Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran
kayu, serta anyaman rotan.

[sunting] Kerjaya dan politik


[sunting] Menyertai UMNO

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan
untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang
pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah
ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO
pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi
penggal 2000 - 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit
terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang
menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas
Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh
Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah
seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai
Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri
Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

 Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)


 Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
 Menteri Pelajaran (1984-86)
 Menteri Pertahanan (1986-87)
 Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

[sunting] Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana
Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar
Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman
Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam
Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31
Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri.

[sunting] Sebagai Perdana Menteri

Abdullah Badawi dengan George W. Bush

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan
memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat
untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan
rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji
oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa
perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu,
pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September
2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang
dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding
dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana
menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah
seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk
"Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah
harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat
khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi.
Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri
sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat
jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

[sunting] Pasca Perdana Menteri


Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di
luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut
Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).
[sunting] Sebagai Presiden Barisan Nasional

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau
sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah
sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional,
parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu,
partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir
menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda
berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta
sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan
dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh
bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak
campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri
Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau
menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan
raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan
kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan
Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan
dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia
Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan
jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional
dalam pilihanraya tersebut. [2]

[sunting] Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung
UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti
beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan
merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam
Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah
kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau
telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

[sunting] Kontroversi
Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul
Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan
menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah
secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan
rasuah.
Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang
membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz
Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [3]
Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum
dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak
punya kredibiliti". [4] Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh
kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet
dilihat sebagai usaha sia-sia.

[sunting] Kebebasan media

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana
sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak
keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya
kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam
pertunjukan perasaan. [3] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa
perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan
pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak
menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara
seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia
pantang dicabar. [4]

[sunting] Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008

Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik
pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13
Februari 2008. [5] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran
Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan. [6]

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13


Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen,
Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai
pembubaran parlimen [7].

[sunting] Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan
dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World
Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-
negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya
Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia. [8]

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah
Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta
yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa
asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut
Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia
dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di
seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa
sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf
global.[9]

[sunting] Usul undi tidak percaya

Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai
14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya
terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2).
Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap
kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan
urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."
Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
dengan alasan peraturan 18(7).[5] SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee bertindak keluar dari
Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Datuk Seri Abdullah. UPKO juga hendak
mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[6]

[sunting] Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei

Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa
penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok
pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum
bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan
Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[7]Ia 'dinafikan' oleh
beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk
oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian
wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun,
bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Anda mungkin juga menyukai