Anda di halaman 1dari 1

Yang Berusaha Tuan pengetua, En Selva Kumar a/l Arumugam, Guru-guru

Penolong Kanan, guru-guru yang saya hormati serta pelajar-pelaar SMKBB


sekalian.

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Para pelajar sekalian,

Saban tahun Majlis Restu Ilmu ini diadakan di semua sekolah sebagai satu
majlis yang penting sebelum pelajar-pelajar Tingkatan 3 masuk berjuang di
dalam dewan peperiksaan. Di dalam majlis seperti inilah para pelajar dapat
memohon keberkatan dari guru mereka dan memohon dihalalkan ilmu yang
telah disampaikan.

Pelajar –pelajar Tingkatan 3 sekarang berada di 10 meter terakhir di dalam


acara pecut 100 meter. Saya menyeru agar semua pelajar memecut ke garisan
penamat dengan melipatgandakan usaha. Jangan sampai terkulai keletihan
sebelum sampai ke garisan penamat. Di waktu inilah memerlukan ketenangan.
Jangan panik dan tidak keruan. Kembali fokus dan terus berusaha.

Saya selalu menggunakan akronim DUIT dalam menerangkan tentang perkara


penting untuk menjadi pelajar yang cemerlang. D adalah Doa yang kita titipkan
setiap masa dan doa ibu bapa dan guru-guru. U adalah usaha yang kita kerjakan
ke arah kecemerlangan akademik. I adalah istiqamah iaitu konsisten atau usaha
berterusan dan akhir sekali adalah T iaitu Tawakal iaitu menyerahkan segalanya
kepada Tuhan. Oleh itu Majlis Salam Restu ini di antara tujuannya adalah unutk
mendapat D iaitu DOA dan U iaitu USAHA yang diterangkan tadi.,

Gunalah peluang ini untuk memohon daripada semua guru agar dihalalkan ilmu
mereka dan mohonlah daripada mereka doa agar urusan peperiksaan PT3 nanti
dipermudahkan. Semoga dengan iringan doa dan berkat seorang guru, urusan
peperiksaan PT3 nanti akan dipermudahkan.

Pesanan terakhir saya kepada pelajar-pelajar adalah supaya menjaga


keselamatan dan kesihatan sepanjang peperiksaan PT3 ini. Habiskan masa
dengan perkara yang berfaedah. Jangan leka dan terus beri tumpuan kepada
PT3. Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan SPM dan selamat berjuang.
Sekian terimakasih.

Anda mungkin juga menyukai