Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM PASCA UPSR “GARAGE SALE” 2019

PENDAHULUAN

“Garage Sale” atau Jualan Garaj ini dijalankan bagi murid Tahun 6 sebagai salah satu
pengisian Program Pasca UPSR bagi tahun 2019. Jualan ini memperoleh barangan yang
terpakai (masih dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan) hasil sumbangan guru-
guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) ibu bapa (murid Tahun 6) dan murid-murid Tahun
6 yang ingin mendermakan barangan mereka.

Selain itu, selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang


inginkan kemenjadian murid, melalui jualan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman
dalam sudut pengurusan kewangan, kemahiran berinteraksi, dan keyakinan dalam ucapan
awam.

OBJEKTIF

Pada akhir setiap program, murid-murid dijangka dapat:

1. Mempraktikkan ilmu keusahawanan yang mereka pelajari dalam matapelajaran


Matematik melalui jualan ini.

2. Membina sifat yakin dan berani berhadapan dengan pelanggan.

3. Membuat kebajikan dengan mengadakan jualan amal dalam usaha membantu


golongan yang kurang bernasib baik.

4. Mempelajari aspek kerjasama di dalam kumpulan (team work).

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah,

Hasil jualan garaj ini akan disumbangkan semula kepada murid Tahun 6 untuk membeli
barangan persediaan ke sekolah menengah.

TARIKH PELAKSANAAN

Hari : KHAMIS
Tarikh : 17 / 10 / 2019

CADANGAN MASA

11.00 pagi hingga 2.00 petang


CADANGAN TEMPAT

Tapak garaj kereta guru

DENGAN KERJASAMA

- Panitia Matematik
- Program Pasca UPSR
- Ibu bapa (Murid Tahun 6)

CADANGAN AKTIVITI (Pra-Jualan)

Bil Aktiviti PIC Tarikh


1. Taklimat Awal Program Guru Bimbingan 24 / 9 / 2019
2. Promosi kepada Guru (dermakan Guru Bimbingan 24 / 9 / 2019
barangan) 03 / 10 / 2019
09 / 10 / 2019
3. Penyediaan Poster Promosi Guru PSV Tahun 6 07 / 10 / 2019
4. Sebaran promosi ke setiap kelas Guru Kelas Tahun 6 11 / 10 / 2019
Murid Tahun 6 15 / 10 / 2019
(6 orang) 16 / 10 / 2019

5. Mengelas barangan Guru Bimbingan, Guru- 14 / 10 /2019


Guru Tahun 6, Guru 16 / 10 / 2019
Panitia Matematik,
Murid Tahun 6 (10
orang)
6. Persiapan tempat jualan Guru Bimbingan, Guru- 16 / 10 / 2019
Guru Tahun 6, Guru
Panitia Matematik,
Murid Tahun 6 (12
orang)

CADANGAN AKTIVITI (Semasa Jualan)

Masa Jualan : 11.00 hingga 2.00 petang

Penglibatan : Semua murid SK Asahan, Guru, AKP dan pekerja sekolah.

Turut menjemput : Semua ibu bapa / waris


Tugasan Murid Tahun 6

Bil Tugasan Jumlah


1. Kewangan 4 orang (tetap)
2. PIC setiap unit jualan (cadangan mengikut barang) (3 orang bagi setiap unit)
- Pakaian
- Mainan 12 orang
- Peralatan rumah
- Kasut (@ ikut keperluan)
3. Kawalan Keselamatan 4 orang
4. Kawalan murid di dewan (selesai sesi pembelian) 8 orang

CADANGAN AKTIVITI (Pasca Jualan)

Bil Aktiviti PIC


1. Menyira hasil jualan Guru Bimbingan, Guru
Matematik
2. Penyerahan wang jualan Guru Kelas Tahun 6

PERBELANJAAN PROGRAM

Bil. Perkara Jumlah


1. Beg Plastik a) Besar RM 3.00 X 3 RM 9.00
b) Sederhana RM 2.50 X 4 RM 10.00
c) Kecil RM 2.00 X 3 RM 6.00
2. Belon (hiasan tempat jualan) RM 4.00
3. Kertas pelekat (tanda harga) RM 4.00 X 4 RM 12.00
4. Kad manila RM 0.60 X 5 RM 3.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 44.00

SUMBER KEWANGAN

Wang Program Kecemerlangan UPSR 2019.

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat diluluskan dan dapat dijalankan dengan jayanya.
Semoga semua murid Tahun 6 tahun 2019 mendapat manfaat kebaikan daripada program
ini.
Disediakan oleh Disahkan Oleh

……………………………………….. …………………………………...

(Pn. Sirah Nasriah bt Mohd Tajuddin)


Guru Bimbingnan dan Kaunseling
SK Asahan