Anda di halaman 1dari 22

1

PENGENALAN

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, Kerajaan telah


memperkenalkan beberapa langkah untuk menambah baik pasaran buruh dan mentransformasi
sistem pendidikan. Kerajaan juga memperkenalkan gaji minimum yang dianggar telah
memberikan manfaat kepada 1.9 juta penerima gaji. Dalam bidang pendidikan, terdapat
peningkatan enrolmen pada semua peringkat, daripada prasekolah kepada tertiari. Pengambilan
tahunan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga meningkat daripada
113,000 pada tahun 2010 kepada 164,000 pada tahun 2013.

Seterusnya pada Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, akan meneruskan


agenda menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif
untuk terus maju dalam ekonomi global. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada empat
bidang iaitu menambah baik kecekapan pasaran buruh untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi
mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri, memperkukuh pembelajaran
sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran dan menambah baik kualiti system pendidikan bagi
peningkatan keputusan pelajar dan kecemerlangan institusi. Agenda ekonomi yang digariskan
dalam RMKe-11 dijangka mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran
penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja
asing berkemahiran rendah, kedua-duanya disebabkan peralihan berterusan daripada aktiviti
ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Sebanyak
60% daripada pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kemahiran berkaitan TVET.
Ke arah ini, TVET dikenal pasti sebagai pemacu perubahan bagi Malaysia menghasilkan modal
insan berkemahiran. Secara keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan
bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju.

Tidak terkecuali dalam agenda ini, golongan bekeperluan khas dan wanita juga turut serta dibela
nasib mereka. Kumpulan ini adalah antara golongan yang sering dianggap lemah dan
didiskriminasi dalam memperolehi peluang pekerjaan di Malaysia.Walaupun kewujudan
jurangnya mungkin sudah dapat dikurangkan namun seharusnya perkara sebegini dihapuskan
kerana boleh menghalang matlamat Malaysia kea rah negara maju pada tahun 2020.Beberapa isu
2

dan cabaran di bincangkan ke arah penglibatan kumpulan daripada golongan ini menceburi bidang
PTV khususnya.

PELAJAR BEKEPERLUAN KHAS DALAM PTV

Pendefinisian Pelajar Berkeperluan Khas


Pelajar berkeperluan khas dikenali sebagai pelajar yang mempunyai kekurangan fizikal-deria dan
ketidakmampuan belajar. Namun, merujuk kepada (Pendidikan Khas, 1996) PBK adalah mereka
yang mengalami sebahagian atau kecacatan penuh visual atau pendengaran atau ketidakupayaan
untuk belajar. Pelbagai istilah diguna pakai untuk pelajar bekeperluan khas seperti pelajar luar
biasa, pelajar kurang upaya, pelajar pelbagai kecacatan, pelajar berisiko dan pelajar kelaian upaya.

Pelajar berkeperluan khas adalah pelajar yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik,
ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana – mana yang berkenaan, sama ada dalam
perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai pelajar yang mempunyai ketidakupayaan
penglihatan,ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupyaan fizikal,
masalah pembelajaran atau mana – mana kombinasi ketidakupyaan atau ketidakupayaan dan
masalah lain (Bahagian Pendidikan Khas, 1996).

Manakala Kementerian Pendidikan, Republik Singapura (2013) memaklumkan bahawa pelajar


yang bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam tingkah laku mereka, neurologikal,
fizikal, psikologikal dan masalah persekitaran.

Gargiulo & Kilgo (2010) pula mengkategorikan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada
sembilan (9) kategori iaitu:
i. Terencat akal
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran
iii. Kecelaruan emosi dan tingkah laku
iv. Pintar cerdas dan berbakat
v. Masalah bahasa dan pertuturan
3

vi. Masalah pendengaran


vii. Masalah penglihatan
viii. Kecelaruan Spektrum Autisma
ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan.

Merujuk kepada Disability Discrimination Act (DDA) (HMSO 2005) yang digunapakai oleh
semua universiti di United Kingdom, berkeperluan khas didefinisikan sebagai ketidakupayaan
individu atas kurang upaya fizikal atau mental, yang didapati memberikan kesan agak besar atau
kekurangan kepada kebolehupayaan masing-masing melaksanakan aktiviti normal seharian.
Ketidakupayaan ini boleh dikategorikan kepada lima (5) perkara seperti di bawah:
i. Kesukaran pembelajaran yang tertentu (seperti dyslexia)
ii. Isu kesihatan mental (seperti depression)
iii. Masalah deria pendengaran (seperti hearing impairment)
iv. Penyakit keronik (seperti type 1 diabetes)
v. Masalah mobiliti (seperti due to arthritis)

Berdasarkan rajah di atas, pelajar berkeperluan khas mempunyai maksud yang sangat luas dan
tidak terbatas kepada faktor fizikal dan mental sahaja. Ia akan menuntut kepada penyediakan
keperluan/ perkhidmatan yang berasaskan kepada faktor-faktor semasa. Perkhidmatan dan
4

keperluan yang disediakan mestilah dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, Jilid
41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian
II menyatakan “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan, guru-guru boleh mengubahsuai
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas”.

Kenyataan ini menegaskan bahawa kemahuan dan kehendak pelajar berkeperluan khas amat
diperlukan dari segi penyediaan kurikulum yang dinamik, proses pengajaran dan pembelajaran
(termasuk aktiviti penilaian) yang fleksibel, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan dan
bersesuaian, kemudahan-kemudahan fizikal dan peralatan khas.

TAHAP KEBOLEHAN YANG BERBEZA DALAM PEMBELAJARAN PBK

Kebolehan yang berbeza bagi pelajar bekeperluan khas menjadi penyebab mereka tidak boleh
dibandingkan dengan pelajar normal daripada aspek pembelajaran. Dalam usaha kita menyalurkan
maklumat, terdapat beberapa keadaan mereka yang harus dikenalpasti terlebih dahulu. Sebagai
contoh proses penerimaan input maklumat perlahan dan maklumat tidak dapat disimpan lama
dalam ingatan mereka. Selain itu mereka juga mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan
dan juga mudah berasa bosan dengan pembelajaran yang mereka ikuti.sifat tidak yakin diri
disebabkan kekurangan yang dirasakan ada pada mereka telah menyebabkan tahap motivasi
rendah untuk membuat sebarang aktiviti yang akhirnya menjurus kepada pengasingan diri daripada
persekitaran sosial (Khairul Anuar & Norazrena, 2011).

Terdapat suatu konflik dalam pandangan masyarakat mengenai bidang pendidikan khas tersebut.
Ada yang berpendapat bahawa PBK patut dimasukkan dalam sistem pendidikan yang sama dengan
pelajar normal. Sebaliknya, ada kumpulan yang tidak setuju dengan pandangan ini. Mereka
berpendapat bahawa jikalau pelajar tersebut dimasukkan ke sekolah biasa, pelajar biasa mungkin
mengalami perasaan prejudis. Bagi membekalkan sistem pendidikan yang berkualiti untuk pelajar
bekeperluan khas, sistem pendidikan mesti cari cara penyelesaiannya dan dasar inclusion tidak
menyebabkan satu kopromi bagi pelajar yang lain (Tie Fatt Hee, 2016).
5

2.3 PEMILIHAN BIDANG PENDIDIKAN PBK

Pemilihan bidang pendidikan merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh semua murid
sekolah menengah. pemilihan bidang pendidikan adalah keputusan yang diambil oleh murid untuk
menentukan laluan pendidikan mereka.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan KSSM Pendidikan Khas yang dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah yang mula dilaksanakan pada tahun 1988. KSSM dan KSSM Pendidikan Khas
digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu meningkatkan standard kandungan dan standard
pembelajaran supaya setanding dengan standard antarabangsa, serta memastikan kurikulum yang
sesuai dan relevan disediakan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBK). Kemahiran Abad
21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadi elemen utama mengangkat KSSM dan KSSM
Pendidikan Khas setanding dengan standard antarabangsa. Standard kandungan dan standard
pembelajaran turut disulami dengan standard prestasi atau kriteria pencapaian untuk mengukur
tahap penguasaan atau keterampilan murid.

KSSM Pendidikan Khas yang dilaksanakan di sekolah menengah akan menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), yang digubal berlandaskan Kerangka KSSM yang
mempunyai enam tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap & Nilai, Kemanusiaan,
Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal & Estetika serta Sains & Teknologi. Hasratnya supaya
melahirkan insan yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Holland (1985), pola personaliti bertujuan menerangkan profil personaliti individu yang
terdiri daripada enam ciri personaliti Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Konvensional (K). Teori RIASEK yang direka ini untuk menangani isu
pemilihan kerjaya. Ringkasannya adalah personaliti jenis ‘R’ berkecenderungan menjana
kecekapan yang lebih bersifat teknikal, praktikal dan sukar menguasai sesuatu yang berbentuk
abstrak. Personaliti ‘I’ pula lebih bersifat analitikal, kritikal, logik dan cenderung mencari
penyelesaian sesuatu masalah secara saintifik. Individu yang mempunyai personaliti ‘A’ lebih
6

bersifat kreatif dan berkecenderungan dalam aspek seni, bahasa, lukisan, muzik dan penulisan.
Jenis personaliti ‘S’ mempunyai kecenderungan dalam aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan
dan mempunyai hubungan interpersonal dan komunikasi yang baik. Manakala individu
berpersonaliti ‘E’ lebih bersifat memimpin, memujuk dan mengarah serta suka memanipulasi
individu lain untuk tujuan dan kepentingan tertentu. Akhirnya personaliti jenis ‘K’ mempunyai
kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pengurusan fail, pemprosesan data,
penyusunan laporan dan berkemampuan membuat kerja secara berstruktur. Proses untuk mengenal
pasti kecenderungan pemilihan bidang pendidikan PBK perlu dilakukan agar dapat merancang dan
menyediakan mereka kearah professional pilihan (Ishak, Azura & Shahrani, Shahrina, 2014)

Ketidakselarasan dari segi personaliti dengan pemilihan bidang pendidikan mengakibatkan pelajar
menjadi kurang bermotivasi dan berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran (Ishak, Azura &
Shahrani, Shahrina, 2014). Pemilihan bidang pendidikan yang kurang tepat dan tidak sesuai
adalah perkara yang sering berlaku kepada PBK disebabkan sikap ibu bapa dan guru yang
memandang rendah terhadap keupayaan mereka. Malah, pemilihan bidang pendidikan PBK sering
diperbualkan disebabkan mereka tidak mendapat peluang yang seiring dengan pelajar – pelajar
lain. Majoriti PBK memilih bidang investigatif sedangkan bidang realistik memberi peluang yang
lebih luas kepada mereka dalam melanjutkan pelajaran serta memudahkan lagi proses untuk
mendapatkan pekerjaan (Rohaizat, Hanafi, & Nabil, 2016 ).

Sehubungan itu, PBK perlu dibimbing dalam membuat pemilihan bidang pendidikan. Bimbingan
melalui program pendidikan kerjaya dan sebagainya dapat membantu PBK membuat pemilihan
yang lebih realistik serta memperoleh pemahaman dalam bidang pendidikan yang diminati
(Rohaizat et al., 2016)

2.4 PTV BAGI PBK KE ARAH MEMENUHI PASARAN PEKERJAAN

Pendidikan serta latihan vokasional merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan
keupayaan golongan pelajar berkeperluan khas dalam persediaan ke alam pekerjaan. Melalui
pendidikan vokasional, PBK memperoleh kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka
mendapat pekerjaan. Persediaan ke alam pekerjaan memerlukan penguasaan ilmu dan kemahiran-
kemahiran yang dapat memenuhi kehendak majikan (Manisah Mohd Ali, 2013).
7

Penggubalan KSSM Pendidikan Khas pada dasarnya mengambil kira pendidikan yang sesuai dan
relevan bagi dua kumpulan PBK iaitu yang berkeupayaan mengikuti mata pelajaran kemahiran
vokasional, dan yang mempunyai kombinasi satu atau lebih ketidakupayaan termasuk
ketidakupayaan kognitif. Selain itu, PBK juga merupakan modal insan yang perlu diberi perhatian
agar mereka berkemampuan untuk hidup berdikari dan seterusnya menyumbang kepada
pembangunan negara KSSM Pendidikan Khas menyediakan ruang dan peluang untuk PBK yang
berkeupayaan mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran vokasional, serta nilai ke
arah menghasilkan modal insan yang berkemahiran bekerja dan mampu berdikari. Bagi mencapai
tujuan ini, dua kumpulan mata pelajaran disediakan iaitu mata pelajaran teras dan kemahiran.

Bagi PBK yang tidak berkeupayaan mengikuti kemahiran vokasional, kurikulum mata pelajaran
teras dan kemahiran yang disediakan mengambil kira tahap kefungsian PBK. KSSM Pendidikan
Khas memastikan PBK ini berupaya mengurus diri, menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran, serta mengamalkan nilai murni agar mereka boleh bersosialisasi dan berdikari dalam
menjalani kehidupan seharian. KSSM Pendidikan Khas turut membekalkan pengetahuan tentang
Advokasi Diri supaya PBK dapat mengenal pasti potensi dan matlamat diri serta boleh
menyuarakan hak dan pendapat mereka dalam masyarakat. Bagi bidang kemahiran vokasional,
kumpulan mata pelajaran teras yang digubal bertujuan menyediakan dan mengukuhkan PBK
dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan bagi membolehkan MBK mengikuti
pembelajaran mata pelajaran kemahiran vokasional. Kumpulan MBK ini akan juga mempelajari
mata pelajaran teras yang bertujuan menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran
mengurus diri, bahan, peralatan serta tempat kerja.

Kumpulan mata pelajaran kemahiran terdiri daripada mata pelajaran asas kemahiran dan
kemahiran vokasional spesifik. Mata pelajaran asas kemahiran berhasrat menghasilkan PBK yang
berpengetahuan dan berkemahiran teknikal, mengamalkan budaya kerja sistematik dan selamat,
dan bersedia menguasai kemahiran vokasional spesifik di tahap yang lebih tinggi serta
mengamalkan sikap keusahawan. Elemen transisi ke kerjaya turut diterapkan dalam semua mata
pelajaran sejak awal pembelajaran di sekolah menengah sebagai usaha berterusan untuk
meningkatkan keterampilan MBK ke arah kehidupan berkerjaya. Penyediaan kurikulum mata
8

pelajaran kemahiran vokasional spesifik adalah berpandukan National Occupational Skills


Standards (NOSS) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Usaha ini adalah
selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar PBK turut mendapat
pengiktirafan dari agensi luar di samping pensijilan oleh KPM, dan seterusnya meningkatkan
kebolehpasaran PBK. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016)

Kebanyakan PBK melalui pengalaman didiskriminasi disebabkan oleh kekurangan kesedaran di


kalangan majikan untuk mengambil mereka sebagai pekerja kerana majikan juga tidak yakin
bahawa orang Kurang Upaya akan menjalankan tugas mereka dengan betul dan juga persepsi
negatif bahawa pelanggan mereka akan mempunyai tanggapan negatif apabila melihat orang yang
Kurang Upaya dalam premis perniagaan (Aliza Alias, 2013)

Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan dalam usaha memerangi persepsi dan misi
menyuntik keyakinan majikan seterusnya meningkatkan kesedaran mereka dari segi pengambilan
orang Kurang Upaya,. Dengan membuka pusat latihan dan menekankan tentang program dan
dasar-dasar TVET, persepsi negatif pada pekerja Kurang Upaya dapat dikurangkan dan sekali gus
meningkatkan peluang bagi orang-orang Kurang Upaya untuk mendapatkan pekerjaan atau
kerjaya yang boleh membawa kepada pencapaian cemerlang hidup mereka dan akhirnya
meningkatkan kenyakinan dalam diri mereka sendiri. (Aliza Alias, 2013)

Keperluan dalam pelaksanaan Pendidikan Vokasional untuk Pelajar keperluan khas diperkenalkan
adalah bagi memenuhi keperluan kurikulum yang lebih fleksibel, fokus, menarik dan serasi dengan
keupayaan dan kebolehan pelajar-pelajar keperluan khas untuk membantu mereka dalam usaha
mendapatkan kemahiran tertentu (Pendidikan khas, 2017)
9

WANITA DALAM BIDANG PTV

Dalam era yang serba moden dan canggih kini, golongan wanita merupakan sebahagian daripada
sumber penting bagi mencapai agenda pembangunan negara terutama dalam menuju
kegemilangan wawasan 2020. Oleh yang demikian, sumbangan wanita ini adalah amat diperlukan
dan ia adalah satu kenyataan yang tidak perlu untuk dinafikan lagi. Oleh itu, bagi memartabatkan
golongan wanita, Dasar Wanita Negara merancang strategi bagi menjamin perkongsian yang
saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping
mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan sektor pendidikan dan latihan. Cara yang
dilakukan adalah dengan meyakinkan golongan wanita untuk mengambil peluang bagi
menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi moden, meluaskan lagi peluang-peluang
latihan vokasional untuk wanita serta mengiktiraf kemahiran kemahiran wanita dalam bidang
latihan dan pekerjaan. Melalui dasar ini, profession kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki
sebelumnya kini turut disertai oleh wanita bagi mempertingkatkan lagi kemahiran wanita di dalam
pelbagai bidang pekerjaan (KPWKM, 2009).

Seterusnya, di dalam Rancangan Malaysia Ke-8 menunjukkan penglibatan golongan wanita yang
semakin meningkat terutamanya dalam sektor pendidikan teknikal dan kejuruteraan. Rancangan
ini juga turut membuktikan pelbagai usaha diambil dengan menyediakann persekitaran yang
kondusif bagi memastikan penglibatan wanita lebih berkesan dalam pembangunan negara. Ini
menunjukkan segala usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memajukan golongan
wanita dalam bidang sains dan teknikal adalah amat relevan. Bagi menuju ke arah negara maju
tahun 2020, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang sains dan kejuruteraan.
Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Lembaga Jurutera Malaysia yang menunjukkan negara
kekurangan tenaga pakar dalam bidang

Kejuruteraan dan memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera professional dengan nisbah


1:100 seperti yang dicapai oleh Korea dan Jepun (BEM, 2012). Justeru itu, penglibatan wanita
dalam kerjaya amatlah diperlukan bagi memastikan wawasan negara mampu tercapai. Sehubungan
ini, dalam menjayakan agenda negara, jurutera wanita sentiasa dicabar selain menyumbang tenaga
kepada pembangunan negara di samping itu perlu seimbang dalam kehidupan peribadi dan pada
masa yang sama perlu berhadapan dengan cabaran intelektual dalam memastikan berjaya dalam
10

kerjaya. Selain menjadi individu yang bekerjaya, jurutera wanita masih perlu menunaikan
tanggungjawab sosial terhadap keluarga (Tapsir & Mohd 2005). Sehubungan itu, terdapat wanita
yang mampu bertahan dan mampu bersaing dengan kerjaya didominasikan lelaki, dan ada di antara
wanita yang tidak mampu bertahan menghadapi cabaran di dalam profesion kerjaya ini. Oleh itu,
golongan wanita mempunyai hak dan peranan dalam memberikan khidmat dan sumbangan
terhadap keluarga, masyarakat dan juga negara. Maka pembentukan perlu dirancang dengan sebaik
mungkin agar bersesuaian dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan. Perkara
yang perlu dititikberatkan adalah pendidikan. Pendidikan adalah perkara yang sentiasa mengalami
perubahan sesuai dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitaran kerana apa sahaja
perubahan yang berlaku akan memberi kesan terhadap pendidikan terutama dalam aspek
kurikulum.

Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting dalam pembangunan sesebuah negara khususnya
sebuah negara perindustrian. Oleh yang demikian, dalam negara yang pesat membangun peranan
institute pengajian tinggi (IPT) sebagai sebuah pusat pengajian bagi membolehkan pelajar
mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan. IPT adalah sebagai tempat rujukan dan
perkongsian serta percambahan ilmu-ilmu baru. Selain itu, IPT juga merupakan sebuah pusat yang
melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang profesional. Peranan IPT
adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang berkualiti dan dapat membantu menaikkan ekonomi
dan membantu terhadap pembangunan negara. Pihak pengurusan IPT memainkan peranan penting
dalam menyediakan pengetahuan mengenai kerjaya dalam bidang tertentu kepada pelajar bagi
membantu menyelesaikan masalah untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan bidang masing-
masing (Ripin, 2009). Menurut Ripin (2009) lagi, masalah kurang persediaan diri dalam kalangan
pelajar menyebabkan mereka terpaksa menunggu dalam jangka masa lama untuk memperolehi
pekerjaan yang sesuai.

Oleh yang demikian, tahun 2020 adalah satu tahun yang dinantikan dan akan menjadi satu tahun
keramat bagi mencapai pelbagai perkara bagi rakyat Malaysia. Dalam keghairahan rakyat
Malaysia menuju ke arah negara yang setanding dengan negara-negara maju yang lain, bidang
pendidikan perlu memainkan peranannya yang tersendiri untuk merealisasikan wawasan yang
selama ini dibayangkan. Pembangunan ekonomi yang mampan dan berterusan bergantung kepada
pencapaian, pengekalan produktiviti dan daya saing industri yang tinggi di negara ini (Fadlol Hadi,
11

2002). Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah tertumpu kepada golongan wanita di dalam
bidang teknikal yang bekerja di dalam industri oil & gas di Malaysia. Kajian ini penting untuk
mengenalpasti sejauh manakah proses yang dilalui oleh golongan wanita untuk melayakkan
mereka menjawat sesuatu jawatan dalam industry oil& gas pada masa kini. Antara contoh isu yang
dilihat ialah mengenai kedudukan golongan wanita dalam sosial masyarakat di sekeliling kita.
Islam telah meletakkan kedudukan seseorang wanita di puncak yang mulia yang mampu untuk
menyinar dan mengharumkan dunia. Maka tidak hairanlah wanita masa kini dilihat sering
mencapai kegemilangan dan pelbagai kerjaya yang membanggakan di dalam apa jua bidang yang
mereka ceburi. Sebagai contoh, jika dahulu golongan wanita sering ditolak dan dipinggirkan dari
menjadi salah seorang yang berjawatan penting dalam sesebuah pucuk pimpinan politik, tetapi
semuanya telah berubah dimana wanita mula diberikan hak untuk bersuara disamping
menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang timbul seperti yang dapat dilihat dengan
tertubuhnya Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang merupakan satu landasan
untuk wanita menyuarakan pendapat (Salleh, 2006).

Justeru itu, penglibatan golongan wanita dalam kerjaya ini amatlah diperlukan bagi memastikan
wawasan negara mampu dicapai. Sehubungan itu, dalam menjayakan agenda negara, golongan
wanita sentiasa dicabar di samping menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Di
samping itu ia perlulah seimbang dalam kehidupan peribadi dan pada masa yang sama perlu
berhadapan dengan cabaran intelektual dalam memastikan kejayaan dapat dicapai di dalam
kerjaya. Selain menjadi individu yang berkerjaya, wanita masih perlu menunaikan tanggungjawab
sosial terhadap keluarga (Tapsir & Mohd, 2005).

Dalam pembentangan RMK 9, kerajaan berusaha meningkatkan keupayaan dan keberkesanan


latihan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan memperbanyakkan intitusi
latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, mengukuhkan sistem
piawaian dan kualiti pendidikan teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam
bidang teknikal Kemahiran teknikal boleh diperolehi melalui pembelajaran dalam bidang teknik
dan vokasional. Pelajar wanita turut sama mengalami pembelajaran dalam bidang Pendidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) seperti mana pelajar lelaki. Menurut Mohamad (2007), pelajar
wanita yang mengambil jurusan teknikal di institusi pengajian tinggi adalah seimbang dengan
pelajar lelaki. Namun dalam bidang tertentu jumlah pelajar lelaki melebihi wanita khususnya
12

kejuruteraan kimia, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan mekanikal manakala pelajar wanita
selalunya meminati bidang yang bersih seperti penyelidikan dalam makmal dan aktiviti yang
tidak membabitkan kegiatan lasak berbanding lelaki (Abd Ghani, 2010).

Dalam PTV, pelajar perempuan dikatakan lebih bersifat lembut dan perlu berusaha dengan lebih
gigih untuk menguasai tahap kemahiran teknikal berbanding dengan pelajar lelaki yang memang
memiliki kekuatan fizikal yang lebih. Ciri ini menyebabkan pelajar wanita dikatakan kurang
berminat untuk melakukan aktiviti yang lasak dan seterusnya mereka kurang cenderung
untuktmemilih PTV. Pelajar wanita lebih pasif dan pemalu serta menunjukkan penglibatan yang
kurang aktif berbanding dengan lelaki yang lebih gemar kepada aktiviti yang aktif dan lasak
dalam aktiviti pembelajarannya.

Penglibatan Golongan Wanita

Penglibatan wanita dalam pelbagai kategori pekerjaan bukan lagi asing di kalangan masyarakat
Malaysia. Kepesatan pembangunan negara menyebabkan peranan wanita berubah. Mereka kini
lebih bersifat multi-functional disebabkan peranan mereka yang pelbagai. Merekalah anak, isteri,
kakak atau adik dan dalam masa yang sama juga bertindak sebagai wanita bekerjaya yang perlu
menghadapi persaingan dengan mendominasi dunia lelaki. Wanita turut dianggap berperanan
penting sebagai agen penggerak ekonomi negara pada abad baru ini. Sebelum ini, penglibatan
golongan wanita dalam alam pekerjaan sering dikaitkan dengan taraf pekerjaan yang rendah dan
wanita biasanya diberi tugas yang menjemukan. Jenis pekerjaan yang diberikan kepada wanita
selalunya merupakan pekerjaan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kuasa untuk
menentukan syarat-syarat pekerjaan dalam organisasi kerja, pekerjaan yang tidak memerlukan
latihan dan tidak mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat. Tambahan pula, pekerjaan
golongan wanita mampu menghasilkan pendapatan yang membolehkan mereka berdikari dan
menentukan nasib mereka sendiri. Peluang pekerjaan dalam industri bagi wanita kini walaupun
bertaraf rendah tetapi ia lebih baik daripada pekerjaan lain yang sedia ada seperti menjadi buruh
kasar.
Arus pembangunan Malaysia ke arah negara perindustrian kini adalah semakin nyata. Wawasan
2020 membayangkan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang maju dan membangun
dalam bidang ekonomi, politik, kerohanian dan kebudayaan. Masyarakat Malaysia umumnya juga
13

telah mengiktiraf sumbangan wanita dalam bidang pekerjaan. Keinginan untuk hidup lebih selesa
serta demi citacita berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi juga menjurus kepada
penglibatan wanita dalam bidang kerjaya khususnya di industri (Mohd Ismail, 2000).

Secara keseluruhannya, penglibatan golongan wanita adalah semakin pesat kini. Tambahan pula,
penggubalan Dasar Wanita Negara mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk mengoptimumkan
potensi golongan wanita dalam pembangunan negara. Dasar ini juga selaras dengan hasrat kerajaan
bertujuan untuk mengintegrasikan golongan wanita ke dalam pelbagai sektor pembangunan
negara. Integrasi wanita dalam tenaga kerja di Malaysia merupakan satu fenomena baru dalam
memenuhi proses permodenan, kapitalisme dan keperluan tenaga buruh. Penyertaan yang
menggalakkan bagi guna tenaga membuktikan golongan wanita kini sudah bersedia untuk
memecah monopoli golongan lelaki.

Peranan dan Sumbangan Wanita di Malaysia

Masyarakat dunia mula menyedari tentang peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh
wanita terhadap perkembangan negara (Holt dan Jawad, 2013). Kajian Sbaity (2012)
mendedahkan bahawa penyertaan kaum wanita tinggi dalam politik, ekonomi dan pendidikan di
negara-negara yang mempunyai Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang tinggi. Selain itu, pihak
berkuasa juga mulai sensitif terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh wanita masa kini.
Justeru, wanita di Malaysia hari ini mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding 50 tahun
dahulu (Kamarul Azmi, 2007). Hal ini juga ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun
Razak (2013) bahawa pihak kerajaan bukan setakat mengiktiraf potensi dan peranan wanita
malahan berusaha mengarus-perdanakan golongan wanita sebagai pendokong wawasan dan cita-
cita negara.

Peluang dan Cabaran Wanita

Wanita di dalam bidang teknikal dan vokasional ini, sememangnya sukar untuk membuktikan
kemampuan mereka disebabkan faktor kurangnya peluang bagi membuktikan kemahiran mereka
14

di dalam kerjaya. Wa1aupun wanita menerima pendidikan dan pendedahan serta pengalaman di
tempat kerja, situasi konflik tetap akan dihadapi apabila segolongan masyarakat mempersoalkan
peranan dan kebolehan mereka (Sidin, 2004). Pelbagai isu diketengahkan akibat daripada tidak
mahu memilih wanita menjadi jurutera, isu perkahwinan dan kesesuaian wanita dalam membina
kerjaya dalam bidang kejuruteraan seterusnya melibatkan diri di dalam bidang ini sering
dibincangkan (Evetts, 2003).

Oleh itu, wanita yang sudah berkeluarga ini lazimnya di kaitkan dengan faktor penyebab kepada
kurangnya prestasi yang memberangsangkan di dalam kerjaya mereka. Menurut O‟nell &
Billimoria (2005), terdapat majikan yang beranggapan mengambil golongan wanita sebagai
pekerja mempunyai risiko yang tinggi, di mana pekerja wanita dianggap tidak komited dengan
pekerjaan mereka berbanding kaum lelaki. Ini disebabkan oleh alasan yang menyatakan bahawa
kerjaya sebagai jurutera memerlukan masa yang panjang di pejabat dan kadangkala perlu
menyiapkan sesuatu projek dalam jangkamasa yang ditetapkan selain daripada sering keluar
bekerja di tempat lain.

Menurut kajian yang dibuat oleh Ayre et al. (2011), antara cabaran yang perlu dihadapi adalah dari
segi ganjaran gaji. Responden yang terlibat dalam kajian beliau menyatakan ganjaran tugas sebagai
jurutera tidak setimpal dengan tahap kemahiran dan komitmen serta dedikasi yang diberikan.
Seterusnya kajian yang dibuat ke atas kepuasan bekerja meliputi kadar gaji, waktu bekerja, kerja-
kerja fizikal dan keselamatan di antara pekerja lelaki dan wanita. Kajian ini menunjukkan 60%
wanita berpuas hati dengan kerja mereka berbanding lelaki sebanyak 70%. Indikator yang paling
tidak memuaskan untuk kedua-dua jantina menunjukkan responden tidak
berpuas hati dengan kadar gaji dan bayaran khusus untuk pembangunan profesional.
15

Diskriminasi Gender dan Pelanggaran Hak terhadap Pekerja Wanita


16
17

Wanita dalam Bidang Teknikal & Vokasional

Sejak kecil anak perempuan sering sahaja dibezakan dengan anak lelaki berdasarkan perbezaan
fizikal, sifat dan personaliti mereka. Perkara ini disokong oleh satu laporan yang dibentangkan
oleh kumpulan Prism di dalam Lau (2001) di manan mereka menganggap sains dan teknikal adalah
budaya yang memerlukan sifat kelelakian yang sejati dan ianya tidak sesuai diceburi oleh golongan
wanita yang sememangnya terkenal dengan sifat kelembutan mereka. Menurut Linchan & Scullian
(2001), mereka berpendapat bahawa kerjaya wanita dalam bidang kemahiran adalah sukar
terutamanya dalam mengimbangi peranan di antara kerjaya dan keluarga. Maka, wanita lebih
cenderung untuk memilih tanggungjawab terhadap keluarga berbanding kerjaya mereka. Di
samping itu, cabaran dalam pelbagai faktor seperti keluarga, persekitaran dan persaingan dengan
golongan lelaki sering juga dianggap sebagai halangan utama bagi seseorang wanita untuk
menceburkan diri dalam bidang industri.

Oleh yang demikian, penglibatan golongan wanita dalam bidang teknikal dan vokasional bukanlah
satu perkara yang baru, namun bilangannya amatlah berbeza jika dibandingkan denganngolongan
lelaki. Jika dilihat di peringkat pengajian tinggi, kemasukan pelajar wanita dalam bidang teknikal
dan vokasional menunjukkan bilangan yang memberangsangkan tetapi mengecewakan apabila
dilihat pada jumlahjurutera wanita (Naan, 2008). Abu Bakar (2006) menyatakan bilangan graduan
wanita di peringkat ijazah pertama adalah tinggi dalam bidang iktisas seperti kemanusiaan,
ekonomi, perniagaan dan pengurusan berbanding dengan bilangan graduan lelaki yang tinggi
dalam bidang kejuruteraan. Selalunya masyarakat mengklasifikasikan bidang yang tergolong di
dalam teknikal dan vokasional adalah bidang yang hanya sesuai untuk golongan lelaki kerana ia
memerlukan kerahan tenaga yang banyak dan kemahiran yang tinggi serta perlu mengharungi
persekitaran tempat kerja yang kotor. Pandangan sebegini merupakan salah satu penghalang bagi
golongan wanita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional yang ingin
mereka ceburi. Namun begitu, minat yang mendalam terhadap bidang ini
amat penting bagi golongan wanita untuk terus bertapak dalam dunia pekerjaan yang penuh dengan
cabaran. Daripada hasil kajian Buntat & Ensa (2010) mendapati bahawa kebanyakan
pelajar wanita di sekolah menunjukkan minat terhadap mata pelajaran teknikal dan vokasional dan
pelajar-pelajar wanita tersebut tidak mempunyai masalah walaupun mata pelajaran ini
18

merangkumi pembelajaran secara teori dan amali. Ini membuktikan bahawa golongan wanita di
Malaysia sudah mula mempunyai minat terhadap bidang teknikal dan vokasional sejak di bangku
sekolah lagi. Mohd Rejab (2008) menyatakan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional
terutamanya penekanan dalam aliran vokasional dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir,
berkebolehan dan berpendidikan dan seterusnya membantu negara menjadi negara maju
menjelang tahun 2020.
19

KESAN MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


20

Menaikkan Taraf Lulusan Dalam Bidang Pendidikan Teknik dann Vokasional Pendidikan juga
mempunyai peranan untuk memberi penerangan bahawa tidak ada bezanya di antara sistem
pendidikan vokasional dan akademik. Sungguhpun Presiden Pertubuhan Perguruan Kebangsaan
(NUTP), Abu Bakar Shauket Ali pernah menyeru kepada pihak kerajaan untuk memberikan
peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi
memperolehi latihan vokasional. Tetapi ini tidak bermakna bahawa sekolah-sekolah vokasional
yang sedia ada telah diturunkan tarafnya.

Sikap memandang rendah terhadap pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai gagal ke sekolah
akademik masih menebal di kalangan kita. Setengah ibu bapa berasa malu pada jiran-jiran apabila
anak mereka bersekolah aliran vokasional. Mesipun sering kali ditegaskan bahawa masa depan
bagi lepasan sekolah vokasional yang bercorakkan kemahiran adalah cerah, namun pada
hakikatnya tanggapan orang ramai terhadap pendidikan vokasional sukar dikikis. Akibatnya,
hanya sejumlah 7% pelajar-pelajar PMR kita yang berminat untuk memasuki sekolah vokasional
dan teknik berbanding dengan di negara perindustrian seperti Jerman di mana 70% daripada
lepasan sekolah ditempatkan untuk latihan vokasional. Di sini, masyarakat khususnya golongan
remaja haruslah mengubah sikap dan pandangan mereka terhadap pendidikan vokasional. Dengan
wujudnya peluang-peluang pekerjaan yang semakin meluas, gaji yang lumayan dan kenaikan
pangkat yang lebih cepat dalam sektor pekerjaan vokasional, pandangan masyarakat harus berubah
dan memandang tinggi terhadap pekerjaan kolar biru. Selagi jurang ini masih wujud maka sukarlah
untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti bidang vokasional.

Namun begitu, berbagai-bagai usaha telah dijalankan bagi mengalihkan pandangan masyarakat
agar beranggapan positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Contohnya, dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), telah ditekankan
terhadap nilai-nilai yang tinggi seperti berkeupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk
memajukan diri, etika kerja yang baik, disiplin dan semangat untuk bersaing. Dalam kurikulum
baru ini, mata pelajaran baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu telah diperkenalkan. Ini secara
tidak langsung akan mendedahkan pelajar-pelajar aliran akademik kepada pendidikan teknik dan
vokasional.
21

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga perlu untuk menyedarkan orang ramai bahawa peluang
dan laluan memang disediakan bagi lulusan dalam bidang kemahiran. Peluang melanjutkan
pelajaran untuk lepasan sekolah vokasional kini sebenarnya sudah tidak terhad hanya kepada
politeknik atau institut kemahiran sahaja malah para pelajar aliran teknik dan vokasional boleh
terus menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam seperti UniKL, British Malaysian
Institute, UKM, UM, Kolej-kolej Universiti dan banyak lagi universiti di dalam dan diluar negara
yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh yang demikian, peluang
untuk peningkatan ilmu bagi lulusan bidang vokasional sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.
Disamping itu juga, pekerja-pekerja dalam sektor industri juga boleh menyambung pengajian
dalam bidang akademik jika mampu.
Dengan itu, institusi-institusi pengajian tinggi tempatan perlu bersikap lebih terbuka dalam
memberi peluang kepada golongan pekerja ini bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Pengiktirafan sijil kemahiran seperti Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) supaya
setaraf dengan akademik juga perlu diterima segera sebagai usaha untuk menaikkan taraf lulusan
dalam bidang teknik dan vokasional ini. Dari segi kualiti pendidikan vokasional pula, tenaga
pengajar di institusi latihan teknik dan vokasional perlulah mempunyai pengetahuan yang terkini,
berorientasikan industri dan mempunyai pengalaman bekerja dalam industri. Justeru itu, tenaga
pengajar amat digalakkan untuk menjalani kerja-kerja perundingan di industri, menghadiri kursus-
kursus latihan teknikal jangka pendek dan diadakan pertukaran kakitangan antara institusi
pendidikan teknik dan vokasional.

Membuka Ruang Dan Peluang Kepada Golongan Tercicir


Ruang dan peluang kepada golongan tercicir untuk mengikuti latihan anjuran pendidikan teknik
dan vokasional juga perlu dibaiktambah dari masa kesemasa bagi memperkasakannya terutama
dalam menarik minat pelajar-pelajar yang mengalami keciciran di dalam sistem pendidikan formal
negara untuk memilih sistem pendidikan teknik dan vokasional sebagai satu peluang untuk
berjaya. Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan (2001 – 2010) oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia menunjukkan peratusan pelajar yang masuk ke tahun satu dan berjaya menamatkan
pendidikan hingga ke tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah meningkat 65.0
peratus bagi kohort 1988-1998 kepada 79.8 peratus bagi kohort 1990-2000.
22

Kadar keciciran pelajar tingkatan satu ke tingkatan dua adalah sebanyak 2.4 peratus dan daripada
tingkatan dua ke tingkatan tiga adalah sebanyak 3.7 peratus. Manakala sebanyak 7 peratus pelajar
pula meninggalkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan setelah mengambil peperiksaan PMR.
Kadar keciciran pelajar tingkatan empat ke tingkatan lima adalah sebanyak 4 peratus. Keadaan ini
perlu dilakukan suatu gerakkerja khas bagi memastikan golongan yang tercicir ini tidak akan terus
tertinggal kebelakang. Justeru itu sistem pendidikan teknik dan vokasional perlu diolah agar ia
dapat disesuaikan dengan golongan yang tercicir ini. Keadaan ini setidaknya akan membantu
mencorak kehidupan pelajar tersebut di masa akan datang.

Pada masa ini, pihak kerajaan perlu membuka ruang dan peluang kepada golongan ini dengan cara
membuka lagi sekolah-sekolah vokasional atau teknik bagi meningkatkan lagi kapasiti
pengambilan pelajar khasnya untuk program-program yang direka khas untuk golongan pelajar
yang tercicir ini. Keadaan ini setidaknya akan menyeimbangkan bilangan kemasukan pelajar ke
sistem pendidikan negara sejajar dengan matlamat sistem pendidikan negara masa kini.
Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan (2001 – 2010) oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia Menunjukkan Sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40 bagi jurusan
sains/teknikal:sastera. Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian ini masih jauh
daripada sasaranya dimana hanya 27.7 peratus sahaja yang pelajar memilih jurusan sains dan
teknikal.

RUJUKAN
http://myhos.mohr.gov.my/ebook/istatistik1_2018/mobile/index.html#p=54

Anda mungkin juga menyukai