Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Tetap

Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap

Yang Berbahagia Saudara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah

Yang Berbahagia Saudara Naib Katua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid
Tanah

Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah

Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan

Para Perwakilan dan Pemerhati

Jika disusuri perjalanan sejarah awal Islam, kemantapan iman sahabat Nabi SAW
diterapkan menerusi ukhuwah yang sentiasa hidup dalam satu jemaah kukuh. Sikap tidak
mementingkan diri sendiri terpapar dalam diri mereka yang diselitkan sifat mahmudah.

Umat Islam yang hidup dalam satu organisasi mantap pasti dapat menjana satu bentuk
masyarakat maju. Sebenarnya, hilangnya pengaruh dan kewibawaan umat Islam hari ini
akibat beberapa kelemahan yang dihadapi. Oleh itu, untuk jadi kuat, umat islam perlu
bersatu.

Firman Allah yang bermaksud:


"Berpegang teguhlah kepada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah
kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kamu".(Surah Ali-Imran, ayat 103)
Sidang Perwakilan sekalian,

Berdasarkan keputusan PRU-14 ramai meramalkan dan tidak menaruh harapan bahawa
BN khususnya UMNO mampu bangkit semula kerana kekalahan yang diterima cukup
memeritkan. Tetapi UMNO tidak boleh terpengaruh dengan ramalan seumpama itu kerana
segalanya terletak kepada sejauh manakah kesungguhan parti kita pada hari ini untuk
melakukan perubahan bagi membolehkan ia kembali berkuasa terutama dalam perubahan
sikap dan tabiat ahli UMNO itu sendiri.

Ahli-ahli UMNO perlu mengubah sikap masing-masing bagi menghadapi fasa getir ketika
ini demi kelangsungan dan perjuangan parti. Kita perlu muhasabah dengan memperbaiki
segala kelemahan dan kekurangan parti selama ini, justeru proses pemulihan mesti
bermula daripada peringkat atas sehingga akar umbi. Kelangsungan politik UMNO hari ini
berpaksikan kepada sokongan padu ahli pelbagai peringkat dan keyakinan sepenuhnya
terhadap kepemimpinan parti

Apakah sikap dan tabiat ahli UMNO pada hari ini sudah berubah atau masih di takuk
lama?

Kita mestilah mengakui kelemahan dan kesalahan yang dibangkitkan oleh rakyat serta
berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaikinya. Perubahan yang diharapkan tidak
akan berlaku jika kita masih menggunakan pendekatan yang dahulu. Kita seharusnya
mendekatkan diri bersama masyarakat turun ke kampung-kampung mendengar keluhan
dan masalah yang dihadapi rakyat, mendengar dan berbincang bersama-sama ahli UMNO
yang merasa peritnya apabila UMNO kalah sehinggakan ada diantara meraka yang
terpaksa menganggur serta dibuang kerja kerana tidak menyokong parti kerajaan pada
hari ini.

Sikap menjatuhkan ahli UMNO sesama sendiri demi mendapat keuntungan atau
jawatan di dalam parti mestilah dihapuskan. Kita lihat sehingga ke hari ini masih ada lagi
segelintir ahli yang sedang memasang badan konon nya sedang bersiap sedia untuk
bertanding bagi pemilihan akan datang kerana mengimpikan jawatan-jawatan penting di
dalam parti terutamanya diperingkat sayap. Ini kerana bagi mereka, dengan memegang
jawatan penting di dalam parti mereka akan lebih disanjung dan dihormati.
Sikap sambil lewa atau berasa terlalu yakin PRU15 akan milik UMNO perlu ditangkis.
Tidak ada lagi 'tempoh bertenang', 'honeymoon' atau 'cooling period' dalam parti. Lebih-
lebih lagi apabila PH menggunapakai teknik propaganda mereka yang terbukti berjaya
sebelum ini.

Sejak hari pertama lagi rakyat telah disumbat dan dimomokkan kononnya negara
mengalami krisis kewangan yang sangat teruk. Ianya dilakukan setiap hari dan berulang
kali. Dengan bantuan media sosial dan kali ini dengan penguasaan media perdana, ramai
yang sudah percaya hutang negara adalah RM1 trilion walau pun ianya tidak benar.
Apabila propaganda berhasil, kerja PH sudah menjadi senang dan janji-janji 100 hari yang
diketahui mustahil dilaksanakan, tidak perlu dilakukan lagi.

Kita lihat sendiri di kawasan Parlimen Masjid Tanah pada PRU14 yang lepas, kita menang
kesemua 5 kerusi DUN yang ada tetapi adakah kita yakin rakyat masih lagi bersama
dengan kita selepas kekalahan di peringkat negeri dan persekutuan? Adakah Ahli-ahli
Yang Berhormat di Parlimen Masjid Tanah bertanggungjawab menjalankan tugas yang
diamanahkan rakyat yang mewakili parti kita pada harini?

Para Perwakilan Sekalian,

Diharap agar kepimpinan muda diberi ruang untuk bersama-sama menerajui UMNO.
Ini tidak bermakna kami golongan muda sama sekali menafikan sumbangan golongan tua
atau veteran di dalam UMNO. Tetapi masanya sudah tiba untuk parti mengetengahkan
lebih banyak pemimpin muda bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

UMNO harus berani melakukan perubahan dalam soal ini. Jika parti-parti lain sudah lama
berbuat demikian kenapakah dalam kalangan sesetengah pemimpinan UMNO khususnya
di peringkat bahagian sukar sangat untuk memberi laluan kepada pemimpin muda?

Sikap angkuh dan meninggi diri perlu dibuang. Umno tidak ditolak kerana
perjuangannya membela Islam, institusi Raja-raja Melayu, orang Melayu dan rakyat
Malaysia, tetapi kerana rakyat hilang kepercayaan dan meluat terhadap sesetengah
pemimpin UMNO yang sombong, angkuh dan takbur. Landskap perubahan politik di
Malaysia pada hari ini kita lihat bahawa rakyat inginkan pemimpin yang mempunyai
perwatakan “leader” berbanding “boss” dalam memimpin negeri mahupun negara. Contoh
yang paling ketara adalah apabila Penyatuan UMMAH itu berlaku di mana kita lihat dua
parti gergasi di Malaysia UMNO dan PAS saling berkerjasama tanpa ada pemimpin yang
menunjukkan sikap gila kuasa.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah
kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-
musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga
kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu
orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka
itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-
ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah Al-‘Imran,
ayat 103).

Marilah kita bersama-sama kekal dalam perjuangan parti UMNO ini. Yang telah melompat
seperti katak biarlah mereka pergi begitu sahaja, yang ada pada harini ini teruskan
perjuangan dan jati diri kita terhadap parti keramat ini. Bersama kita pastikan agar parti ini
dapat kembali berpijak dibumi nyata. Agar akarnya kembali berlegar subur mendekati,
mendampingi dan berkhidmat kepada rakyat. Agar pohonnya tumbuh subur merendang,
untuk terus memberikan naungan kepada Agama, Bangsa, dan Negara. Agar UMNO terus
menjadi nadi dan semangat kepada orang Melayu dulu, kini, dan selamanya.

Anda mungkin juga menyukai