Anda di halaman 1dari 5

Bab 3: Bentuk dan Jenis Kesantunan Bahasa

3.1 Kesantunan verbal

Pada umumnya, kesantunan bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam


berbahasa semasa berkomunikasi sama ada melalui lisan, perlakuan atau tulisan kepada
sesiapa sahaja.

Kesantunan berbahasa amat penting dan mesti diamalkan oleh setiap masyarakat di
negara yang berbilang kaum ini, Malaysia. Bahasa melambangkan kehalusan budi,
kesopanan dan tingkah laku penutur seseorang. Oleh itu, kesantunan berbahasa
seharusnya diamalkan bukan sahaja dalam konteks komunikasi bukan lisan tetapi juga
dalam konteks komunikasi secara lisan.

Verbal merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.

Konsep kesantunan bahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara
lisan. Kesantunan verbal perlulah sentiasa ditonjolkan ketika bercakap dengan orang lain,
bergurau senda dengan rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat
pembentangan kepada umum dan sebagainya. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa
komunikasi senantiasa ditunjukkan melalui media massa seperti radio, televisyen, internet,
pengucapan awam dan juga ceramah.

Setiap kaum di Malaysia amat mementingkan kesantunan bahasa disebabkan agama


masing-masing dan ajaran yang baik daripada ibu bapa telah ditengahkan dalam jiwa
mereka. Sebagai contoh, bertegur sapa atau bertanya khabar terlebih dahulu apabila
bertemu dengan sahabat atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.

"Apa khabar?" ...... "Khabar baik."


"Selamat pagi, tuan." ...... "Selamat pagi."
"Terima kasih." ...... "Sama-sama."

Selain itu, senyuman juga merupakan suatu kesantunan bahasa yang dapat
merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Sambil tersenyum sambil berbual
mesra supaya orang akan berasa gembira, senang hati dan selesa untuk terus berbicara.
Pada masa yang sama, rakan yang berbual akan membuat tanggapan yang positif bahawa
orang tersebut bercakap dengan ikhlas dan jujur. Pergerakan badan, ekspresi wajah dan
postur badan juga penting untuk menerangkan sesuatu dengna lebih mendalam tentang
sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Dengan ini, senyumlah, memulakan masyarakat
yang sejahtera lagi harmoni.

Aspek-aspek Kesantunan Verbal

 Ciri kesantunan berbahasa : Penggunaan kosa kata atau ganti nama diberi
perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan juga keakraban
hubungan.
 Bahasa istana juga digunakan oleh dalam percakapan raja-raja dan juga
permaisuri. Antara ungkapan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung
kasih dan lain-lain lagi.
 Dalam kehidupan setiap hari, kata dan ungkapan bertatasusila sering
digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Semasa menaiki kereta kawan, kita
selalunya akan bertegur sapa dengan waris tersebut sebagai tanda kehormatan terhadap
mereka. Selepas turun dari kereta, kita juga akan mengucapkan terima kasih kepada
mereka.

Sistem Panggilan Kekeluargaan

a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah


Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak
Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

b. Panggilan dalam keluarga


Long, Ngah, Lang, Anjang, Andah, Teh, Tam, Cik, Usu/Uda.

c. Gelaran warisan
Pangeran, Tengku, Megat dan Puteri, Syarif, Syeikh, Siti, Raden, Daeng, Teungku.

d. Gelaran kurniaan
Tun, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Pendeta Za'aba.

3.2 Komunikasi Nonverbal

Komunikasi nonerbal merupakan komunikasi yang tanpa kata-kata ataupun dikatakan


dalam bahasa badan dan tubuh. Bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak,
orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan juga kadar kelajuan
bercakap. Secara ringkasnya, komunikasi bukan verbal merujuk kepada semua aspek
komunikasi kecuali percakapan. Tujuan berkomunikasi bukan verbal adalah untuk
menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui percakapan atau penulisan. Komunikasi
melalui badan tubuh ini dapat menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan juga status
sosial seseorang.

Fungsi Komunikasi Nonverbal

a) Pengulang - untuk mengulang mesej yang disampaikan secara verbal


b) Penggantian - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang.
c) Kontradiksi - untuk menolak sesebuah pesan verbal dengan makna lain
d) Pelengkap - melengkapkan dan menyatukan bahasa
e) Penegasan - menegaskan dan mengukuhkan bahasa

Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal

i) Gerakan Anggota Badan


ii) Gerakan Mata
iii) Gerakan Tangan

3.3 Kesantunan Lisan

Komunikasi lisan ialah komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung dalam
perbualan. Komunikasi lisan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama
lain dan juga menjalinkan hubungan peribadi masing-masing. Kesantunan lisan ini selalunya
dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara
majlis, mesyuarat ataupun pertemuan dengan tetamu.
Kesantunan dalam lisan melibatakan :

 Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.


 Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

Bentuk kesantunan lisan :

 Rasmi - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum


 Tidak rasmi - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi

2) Berdasarkan hasil pembacaan anda, huraikan kesantunan lisan dengan merujuk kepada
masyarakat majmuk di Malaysia.

Dari segi kesantunan lisan di Malaysia, kita dapat lihat banyak contoh dalam
pergaulan seharian rakyat. Contohnya, dalam keadaan formal, kita akan menggelar orang
yang lebih tua sebagai Encik, Cik, Tuan, dan Puan. Dalam keadaan tidak formal pula, Pak
cik, Mak cik, ataupun Kak digunakan untuk menggelar seseorang. Dengan memberikan
gelaran ini, kita menunjukkan tanda kehormatan dan perbezaan kedudukan. Dalam istana,
perkataan seperti Tuanku, bersiram, junjung kasih, dan lain-lain lagi telah digunakan untuk
tujuan hormat. Setiap masyarakat di Malaysia akan membongkokkan badan dan
mengatakan "Tumpang lalu" untuk meminta jalan apabila menganggu perbualan orang lain.

3.4 Kesantunan Penulisan

Komunikasi bertulis perlu difikirkan secara serius oleh penyampai sebelum sesuatu
mesej kerana mesej yang dikatakan tidak boleh diubah lagi.

Bentuk Komunikasi Bertulis (Perlu diberikan perhatian)

a) Penggunaan kata panggilan yang betul


b) Kata sapaan yang betul
c) Gaya bahasa yang betul
d) Permilihan kata dan ayat yang sesuai dalam konteks
e) Isi yang tidak sensitif

Bentuk Komunikasi Bertulis Secara Formal

 Surat rasmi
 Laporan
 Kertas Kerja
 Ucapan rasmi
 Minit Mesyuarat
2.0 JENIS DAN BENTUK KESANTUNAN BERBAHASA
Jenis dan bentuk kesantunan berbahasa terdiri daripada kesantunan verbal dan kesantunan bukan
verbal.
2.1 KESANTUNAN BERBAHASA DARI ASPEK VERBAL
Kesantunan berbahasa dari aspek verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan,
pertuturan atau percakapan. Contohnya dapat dilihat melalui media massa seperti radio, televisyen,
internet, pengucapan awam dan ceramah seminar serta ucapan. Kesemua komunikasi ini
memerlukan penggunaan bahasa yang sopan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan
penggunaan bahasa halus termasuklah bahasa istana.
Semasa berkomunikasi, komponen-komponen bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik,
morfologi dan sintaksis digunakan. Fenotik dan fonologi adalah berkaitan dengan penebutan dan
bunyi-bunyi bahasa. Sintaksis merujuk kepada ayat-ayat yang digunakan secara betul. Morfologi pula
berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata. Semantik adalah berkaitan dengan makna
kata atau ayat.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan ini penting bagi melambangkan kehalusan budi,
kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat Melayu. Misalnya, amalan bertanya khabar
apabila bertemu dengan sahabat handai atau memberi salam ketika bertemu dengan orang yang
lebih tua merupakan tanda hormat masyarakat melayu terhadap orang lain.
Aspek kesantunan berbahasa verbal yang perlu dititikberatkan adalah penggunaan bahasa
yang halus. Mengikut Asmah Haji Omar (2000), bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang
penuh dengan adab tatatertib.
Orang Melayu amat memandang berat terhadap nilai berbahasa. Nilai terhadap bahasa
menentukan jenisjenis bahasa seperti bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, dan bahasa biadab.
Setiap kata ada nilainya. Sehubungan itu, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan,
suasana serta golongan, dan peringkat yang berbeza (Amat Juhari, 2001 :286). Seseorang perlu
memahami sebab ia berkata-kata, apa yang dikatakan, bagaimana mengatakannya, kepada siapa ia
berkata dan semua ini bergantung kepada konteks pertuturan tersebut (Kramsch, 1998:26).

Dalam kesantunan berbahasa, masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan
yang tersendiri. Bahasa lisan atau bertulis haruslah digunakan dengan sopan santun suoaya tidak
dianggap sebagai kurang ajar atau biadap. Sistem sapaan dan panggilan melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat dang anti nama. Kesantunan ini bukan sahaja melibatkan penggunaan
bahasa dalam pertuturan malahan juga dalam bentuk bertulis. Kesantunan berbahasa memiliki ciri-
ciri tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan
kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Aspek kesantunan berbahasa dalam
masyarakat Melayu dapat dilihat seperti gambar dia atas.
Bertimbang
rasa

Bersopan
Bertoleransi
santun

Ciri-ciri Budi
Bahasa

Tidak
Bertolak
mementingkan
ansur
diri sendiri

Ramah mesra