Anda di halaman 1dari 2

BAB 6

RUMUSAN

Hasil kajian ini yang dilakukan selama beberapa bulan ini telah menemui fakta

penting mengenai tahap pengetahuan masyarakat mengenai Tuberculosis. Penyelidikan ini dapat

merungkai bahawa di kawasan perumahan Taman Seri Kenangan ini mereka yang tahu mengenai

Tuberculosis hanya 26% sahaja manakala mereka yang tak tahu pula 44% dan tak pasti pula 30%.

Ini menunjukkan bahawa pengetahuan mereka masih di tahap yang rendah dan ianya perlu

dilakukan sesuatu baik dari segi pemahaman masyarakat, penerimaan informasi, penyampaian

maklumat, serta pendidikan yang berterusan dan terkini.

Penyediaan data dan bahan yang tersusun dan kemas menjadi agenda penting dalam

semua yang tesebut diatas. Dalam erti kata yang lain seseorang yang hendak ditingkatkan tahap

pegetahuannya adalah minat dalam sesuatu serta pembelajaran menjadi satu kemestian untuk

menanam minat didalam apa jua yang dilakukan. Peranan bukan sahaja terletak pada bahu anggota

kesihatan bagi menyampaikan mengenai penyakit Tuberculosis ini malah menjadi agenda setiap

individu, anggota masyarakat, badan-badan, media massa serta lain-lain lagi bagi memperluaskan

penyampaian maklumat agar semua mendapat pengetahuan yang sama.


Data yang terkumpul ini memerlukan responden yang lebih ramai agar ianya lebih

tepat tetapi ianya akan memerlukan sumber kewangan yang lebih besar, masa yang lebih panjang

dan kawasan yang menunjukkan kes Tuberculosis yang lebih tinggi. Keupayaan responden di

kawasan ini hanya menunjukkan 1:30 sahaja.

Bilangan anggota untuk melakukan kajian juga harus ditambah bagi memudahkan

proses pengumpulan data yang banyak. Penyelidikan memerlukan penambahbaikan dari segi

borang soalselidik agar ianya lebih teperinci lagi serta lebih kemas tersusun mengikut urutan yang

sesuai. Kajian ini akan cuba dilakukan sekali lagi di kawasan yang sama bagi melihat tahap

pengetahuan mereka setelah dilakukan segala cadangan yang terhasil dari penyelidikan ini adakah

faktor-faktor sesuai digunapakai untuk melakukan perubahan terhadap peningkatan kes

Tuberculosis.

Anda mungkin juga menyukai