Anda di halaman 1dari 50

PENGGUNAAN MODUL SMART-FLIP KE ARAH MENINGKATKAN

KEMAHIRAN PELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH PENGIRAAN


MATEMATIK ALGEBRA DAN STATISTIK

LIM HWEE CHENG


Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Johor
limhweecheng@kmj.matrik.edu.my

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan Modul SMART-
FLIP dalam penyelesaian masalah pengiraan matematik Algebra dan Statisitik dalam kalangan
pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Jurusan Sains
Program Satu Tahun (PST), semester 2 sesi 2017/2018 di Kolej Matrikulasi Johor. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui penyemakan tutorial dan kuiz pelajar, temu bual bersama
pelajar dan pensyarah beserta Ujian Pengukuhan Matematik. Hasil tinjauan menunjukkan
pelajar Generasi–Y ini tidak mahir dan lambat dalam menyelesaikan masalah matematik
pengiraan yang rumit , persamaan serentak, pemfaktoran dan statistik sungguhpun dibenarkan
menggunakan kalkulator saintifik. Ramai pelajar tidak sempat menyelesaikan masalah dalam
masa yang diperuntukkan di samping melakukan kesilapan pengiraan. Oleh itu, perancangan
tindakan difokuskan kepada pendedahan penggunaan Kalkulator Saintifik Casio fx-570 ES Plus
melalui Modul SMART-FLIP yang boleh dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa. Data kajian
dikumpulkan melalui temu bual dan ujian bertulis. Dapatan kajian ini mendapati penggunaan
Modul SMART-FLIP ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah
matematik pengiraan Algebra dan Statistik dengan cepat dan tepat di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyenangkan golongan pelajar generasi digital
ini . Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 49.5% berbanding
ujian pra. Para responden memberi maklum balas yang positif dan masing-masing mengakui
bahawa penyelesaian masalah matematik menjadi lebih mudah , cepat dan tepat setelah bijak
guna (smart used) kalkulator saintifik ini melalui Modul SMART-FLIP. Modul SMART-FLIP
juga amat sesuai untuk diaplikasikan kepada keseluruhan pelajar di Kolej Matrikulasi Johor
khasnya dan semua pelajar di kolej-kolej awam atau swasta di seluruh negara amnya.

Kata kunci: Generasi-Y, digital, persamaan serentak, pemfaktoran, Algebra, Statistik


Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matematik Algebra merupakan satu cabang matematik yang membincangkan prinsip


operasi dan hubungan. Dua aplikasi asas dalam Matematik Algebra yang sering dipelajari
oleh pelajar matrikulasi ialah Penyelesaian Sistem Persamaan Linear Dua Atau Tiga
Pembolehubah, Penyelesaian Matrik dan Penyelesaian Polinomial Berdarjah 3. Matematik
Statistik pula adalah salah satu cabang matematik yang membuat kajian pengumpulan,
pengurusan, analisis, taksiran dan pembentangan data. Kedua-dua bidang matematik ini
memerlukan kemahiran membuat pengiraan yang rumit.

Matematik Algebra dan Statistik merupakan komponen penting dalam usaha


pembangunan modal insan abad ke-21. Selari dengan itu, transisi dalam pendidikan
matematik daripada penekanan kemahiran algoritma kognitif kepada kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) telah memberi kesan kepada pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran matematik. Selaras dengan era teknologi dan moden ini, gajet elektronik
iaitu kalkulator saintifik yang berperanan sebagai alat mengira yang menggunakan teknologi
moden untuk mendapatkan jawapan yang tepat dengan cepat dari masalah matematik rumit
seperti kombinasi empat operasi (tambah, tolak, darab dan bahagi) dan juga nilai daripada
berbagai-bagai fungsi Trigonometri dan Logaritma telah diperluaskan penggunaannya kepada
pelajar-pelajar yang mengambil Matematik Tambahan, khasnya untuk pelajar-pelajar
Tingkatan Enam dan Matrikualsi. Apabila Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
membenarkan kalkulator diperluaskan penggunaannya kepada pelajar-pelajar menengah
rendah, tidak lagi khusus kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam atau Matrikulasi, pelbagai
tanggapan dan respon negatif timbul daripada masyarakat khususnya di kalangan ibubapa dan
guru-guru. Mereka beranggapan pelajar tidak akan dapat mengira secara manual atau
mencongak jika bergantung sepenuhnya kepada kalkulator. Cuba kita merenung dengan teliti,
adakah semua pelajar boleh mencongak dan mengira secara manual terutamanya melibatkan
proses pendaraban dan pembahagian yang rumit? Bukankah itu masalah yang pelajar kita
hadapi sekarang? Persoalan yang lebih penting yang perlu kita mempertikaikan sebenarnya
ialah adakah mereka mampu menterjemahkan masalah yang dihadapi dalam ayat matematik
1
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

agar mereka dapat mencari jalan penyelesaiannya dengan cepat dan tepat ? Tanggapan yang
negatif terhadap penggunaan kalkulator ini perlu diubah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Penggunaan kalkulator saintifik sebagai alat bantu pembelajaran di kalangan pelajar menengah
atau matrikulasi merupakan suatu revolusi baru yang seiring dengan kemajuan sains dan
teknologi abad ke-21 ini. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0), sistem pendidikan kita
bukan lagi mahu melahirkan pelajar yang mahir menguasai kemahiran sifir dan konsep untuk
digunakan bagi menjawab soalan atau masalah mudah sahaja. Keutamaan harus diberi kepada
aplikasi konsep matematik daripada pengajaran konsep semata-mata dalam penyelesaian
masalah matematik yang makin rumit. Kita perlu menyediakan pelajar yang mampu membuat
keputusan, meneroka masalah yang lebih mencabar dengan penuh keyakinan serta mampu
menghadapi apa juga cabaran mendatang . Penggunaan kalkulator saintifik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik matrikulasi adalah asas untuk merealisasikan
matlamat ini. Idea-idea matematik melalui penyiasatan, penerokaan, generalisasi, analisis dan
sintesis menggunakan kalkulator saintifik sebagai alat bantu mampu melahirkan pelajar yang
lebih kritis dan kreatif, mampu menganalisa data serta maklumat dan membuat keputusan yang
bijak.

Menurut Marzita(2012) dalam Laporan Isu-isu Kontemporari Pendidikan Matematik ada


1
menyatakan dapatan TIMSS pada tahun 2012 menunjukkan proses pengiraan yang
menggunakan kalkulator akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matematik ke
peringkat lebih baik. Pelajar juga dapat menumpukan perhatian terhadap pemahaman konsep
matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan harian. Oleh itu, penggunaan kalkulator
saintifik dengan cekap boleh meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik
pengiraan yang rumit seperti dalam subtopik matematik algebra yang melibatkan pemfaktoran
polynomial berdarjah tiga, penyelesaian persamaan serentak tiga pembolehubah dan matematik
statistik. Isu sebenar yang dihadapi oleh pelajar kita apabila masuk ke dunia masyarakat ialah
teknik penyelesaian masalah yang cekap. Tujuan mereka mempelajari matematik adalah untuk
2

menggunakannya ke dalam kehidupan harian yang seiring dengan perkembangan teknologi ke


Page

1
Trends in International Mathematics and Science Study: provides reliable and timely data on
the mathematics and science achievement of U.S. students compared to that of students in other
countries
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

era revolusi industri 4.0. Sehubungan dengan itu, kemahiran penggunaan kalkulator saintifik
dengan cekap perlu diberi penekanan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kenyataannya saat ini, belum banyak pelajar mahupun guru yang mampu menggunakan
kalkulator untuk penyelesaian berbagai perhitungan dalam matematik. Pada umumnya masih
terbatas penggunaannya pada proses perdaraban, pembahagian, penjumlahan, dan pengurangan.
Padahal dengan menggunakan kalkulator saintifik, berbagai masalah perhitungan-perhitungan
baik dalam operasi hitung maupun lainnya, misalnya statistik, aljabar, kalkulus, dan sebagainya
dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Oleh itu, guru perlu menyalurkan ilmu
penggunaan kalkulator tersebut kepada pelajar-pelajarnya dalam proses pembelajaran
matematik.
Modul SMART-FLIP boleh memainkan peranan sebagai e-panduan kalkulator saintifik
secara online yang boleh dicapai pada bila-bila masa melalui telefon pintar atau komputer riba.
Ia berkeupayaan membantu pelajar untuk memantapkan kemahiran mencari penyelesaian
masalah pengiraan matematik matrikulasi dengan lebih mudah, cepat dan tepat di samping
meningkatkan keyakinan dan prestasi pencapaian pelajar semasa menghadapi Peperiksaan
Semester Program Matrikulasi pada setiap akhir semester nanti. Penggunaan gajet pengiraan
yang canggih ini dijangka boleh membina keyakinan pelajar ketika membuat pengiraan yang
rumit.

1.3 Penyataan Masalah

Tahap penguasaan pelajar Kolej Matrikulasi Johor ke atas kemahiran pemfaktoran dan
penyelesaian persamaan serentak dalam Matematik algebra masih belum memuaskan.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuatkan oleh penyelidik ke atas markah Ujian Pengukuhan
Matematik 1 dan tugasan pelajar, hampir 65% pelajar melakukan kesilapan pengiraan dalam
formula matematik statistik yang rumit, pemfaktoran dan penyelesaian persamaan serentak.
Sebanyak 70% pelajar membuat kesilapan pengiraan nilai dan gagal mencari penyelesaian yang
betul untuk persamaan serentak yang melibatkan 2 atau 3 anu.

Sebilangan besar pelajar tidak sempat menyelesaikan soalan-soalan matematik algebra


dan statistik dalam masa yang diperuntukkan kerana mereka tidak mahir membuat pengiraan
3

yang rumit sungguhpun dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus.
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Berdasarkan hasil temu bual dengan pelajar, didapati bahawa kebanyakan pelajar
memang tidak pandai mengira dan mencongak sungguhpun mereka tahu memilih formula yang
betul. Mereka mempunyai kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus tetapi tidak mahir
menggunakan fungsi-fungsi dalamnya untuk membantu mereka membuat pengiraan
matematik algebra atau statistik yang rumit. Kekurangan ini menyebabkan mereka selalu
gagal dalam ujian matematik akibat tidak mahir dalam perhitungan malah ada pelajar yang
hilang minat terhadap matematik.

Hasil temu bual dengan pensyarah matematik yang lain juga jelas menunjukkan bahawa
pelajar-pelajar ini tidak mahir menggunakan kelebihan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES
Plus sebagai alat bantu mengira yang setia terutamanya dalam topik statistik. Kesilapan
pengiraan data statistik yang besar ini menyebabkan mereka kehilangan banyak markah dalam
ujian atau kuiz matematik. Mereka menggunakan cara pengiraan konventional iaitu melalui
kaedah Jadual Longgokan Kekerapan dan ini mengambil masa yang lama untuk mendapat nilai
taburan statistik seperti Min dan Sisihan Piawai. Ramai di antara mereka berasa bosan dan
fobia ketika berdepan dengan soalan matematik pengiraan yang panjang ini. Mereka tidak sedar
kalkulator saintifik ini mengandungi fungsi-fungsi statistik yang mampu memudahkan cara
pengiraan nilai statistik tersebut.

Oleh yang demikian, masalah utama pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor ialah
mereka mempunyai kalkulator saintifik tetapi mereka tidak mahir untuk memanipulasi fungsi-
fungsi sedia ada kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus yang sesuai untuk membantu mereka
menyelesaikan matematik pengiraan Algebra dan Statistik dalam silibus Matematik Matrikulasi.
Mereka tidak suka membaca buku panduan pengguna kalkulator atau dengan alasan susah nak
capai buku panduan ketika ingin merujuk. Kebetulan golongan pelajar terkini terdiri daripada
Generasi Y yang memang sesuai dengan alatan teknologi dan digital, masing-masing
menunjukkan kesungguhan mahu belajar cara mengguna kalkulator saintifik ini untuk
menyelesaikan masalah pengiraan matematik Algebra dan Statistik.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk menarik minat dan


meningkatkan motivasi anak muridnya yang bergenerasi digital ini dengan memperkenalkan
modul penggunaan kalkulator saintifik melalui Strategi Pembelajaran Flipped Classroom yang
menggunakan teknologi.
4
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pelajar Kolej Matrikulasi
Johor yang terdiri daripada Generasi Y atau lebih dikenali sebagai Generasi Digital dalam
penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik.

Dua objektif kursus kajian ini adalah

 Membantu pelajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengoperasikan


fungsi-fungsi dalam kalkulator saintifik sebagai pemudahcara untuk
menyelesaikan masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik.

 Mengurangkan bilangan kesilapan dalam masalah pengiraan Matematik Algebra


dan Matematik Statistik dalam kalangan pelajar.

1.5 Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan berikut:

i. Adakah terdapat peningkatan tahap penguasaan ke atas kemahiran menyelesaikan


masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang rumit bagi kedua-
dua kumpulan pelajar lemah dan kumpulan pelajar sederhana selepas penggunaan
Modul SMART-FLIP ?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam
penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang rumit
setelah penggunaan Modul SMART-FLIP ?

iii. Adakah wujud pengurangan bilangan kesilapan dalam masalah pengiraan Matematik
Algebra dan Matematik Statistik dalam kalangan pelajar sebelum dan selepas
penggunaan Modul SMART-FLIP ?
5
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan soalan kajian yang telah dikemukakan, sebanyak 3 hipotesis kajian
dibentuk untuk menjawab soalan kajian 1 hingga 3.

Hipotesis 1

Terdapat peningkatan tahap penguasaan ke atas kemahiran menyelesaikan masalah pengiraan


Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang rumit bagi kedua dua kumpulan pelajar
lemah dan kumpulan pelajar sederhana selepas penggunaan Modul SMART-FLIP.

Hipotesis 2

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam
penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang rumit
setelah penggunaan Modul SMART-FLIP.

H1: Terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam penyelesaian
masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang rumit setelah
penggunaan Modul SMART-FLIP.

Hipotesis 3

Terdapat pengurangan bilangan kesilapan dalam masalah pengiraan Matematik Algebra dan
Matematik Statistik dalam kalangan pelajar selepas penggunaan Modul SMART-FLIP’

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian seperti ini penting kerana dapatan kajian dijangka dapat membantu pelajar
menggunakan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus sebagai pemudahcara yang penting
dalam kemahiran penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Statistik. Modul
SMART-FLIP yang merupakan e-panduan dalam bentuk flipbook dan video rakaman ini akan
dapat mendorong pelajar memilih fungsi kekunci yang tepat untuk menyelesaikan sesuatu
masalah pengiraan.
6

Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang memiliki kalkulator saintifik tetapi
Page

mempunyai penguasaan rendah ke atas cara penggunaaan kalkulator sepenuhnya. Kajian ini
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

mengamalkan konsep pembelajaran “Flipped classroom”, iaitu konsep pedagogi yang


menggantikan kuliah dalam kelas dengan peluang-peluang untuk meneroka dan mengkaji
bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bahan bacaan atas talian. Tahap
keyakinan dalam kebolehan menyelesaikan masalah matematik pengiraan akan bertambah
dengan adanya panduan secara rakaman video dan flipbook atau digital book yang boleh dicapai
oleh pelajar dengan cepat dan di mana sahaja mereka berada melalui gajet elektronik. Pelajar
boleh mengulang tayang video cara penggunaan di samping membaca E-panduan pengguna itu.

Dengan penggunaaan konsep flipbook dan video rakaman yang mempunyai ciri-ciri
inovasi seperti memaparkan perkataan, gambar berwarna dan video animasi yang sangat
menarik ini pasti akan menarik perhatian pelajar-pelajar generasi- digital ini untuk menguasai
kemahiran memanipulasi fungsi-fungsi dalam kalkulator saintifik ketika menyelesaikan sesuatu
masalah pengiraan dalam subjek matematik. Secara tidak langsung, rasa bosan dan fobia pelajar
juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran matematik. Golongan pelajar generasi-digital ini
akan lebih mudah mengingati langkah-langkah memilih kekunci yang betul kerana tidak perlu
membaca buku panduan pengguna yang panjang dan sukar difahami.

Modul SMART-FLIP ini boleh dijadiakn suatu buku elektronik atau e-book yang
merupakan suatu media digital yang terdiri daripada unsur teks, gambar, audio atau video yang
mudah dicapai oleh pelajar melalui gajet elektronik seperti telefon pintar atau komputer pada
bila-bila masa. Ini bermakna pelajar dapat mencapai ilmu penggunaan kalkulator ini setiap
waktu tanpa dibatasi ruang dan waktu dan manfaat daripada pembelajaran mudah alir (Mobile
Learning) ini merupakan ciri utama pendidikan 4.0.

Selain itu, hasil kajian ini juga memberikan kepentingan kepada pihak pentadbiran
kolej,yakni boleh menyarankan kepada semua pensyarah matematik menyebarkan ilmu ini
secara meluas kepada semua pelajar dalam atau luar kolej melalui media sosial seperti
WhatsApp, Google Classroom, Facebook dan sebagainya.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini difokuskan kepada dua bidang dalam Matematik Algebra dan Matematik Statistik
7

mengikut sukatan Matematik Sains Matrikulasi Program Satu Tahun. Topik-topik yang terpilih
Page

dalam kajian ini adalah Pemfaktoran Polinomial Berdarjah 3, Penyelesaian Sistem Persamaan
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Linear 3 Variable, Pengoperasian Matrik dan Penyelesaian Data Statistik. Topik-topik ini
dipilih kerana ia merupakan kategori soalan yang popular dalam Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi (PSPM) mengikut sukatan Matematik Sains Matrikulasi.

Kajian ini hanya terbatas kepada penggunaan kalkulator saintifik yang berjenama Casio
fx-570 ES Plus sahaja. Gajet ini dipilih kerana ia merupakan versi kalkulator yang dibenarkan
oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar gunapakai ketika
menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi nanti.

Kajian ini hanya melibatkan seramai 40 orang pelajar Jurusan Sains Program Satu
Tahun (PST), semester 2 sesi 2017/2018 di Kolej Matrikulasi Johor. Perlaksanaan kajian Modul
SMART-FLIP ini difokus kepada kumpulan pelajar aras sederhana dan lemah dalam kumpulan
sasaran yang terpilih. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengendalikan
aktiviti-aktiviti perlaksanaan Modul SMART-FLIP ini kepada kumpulan sasaran.

1.9 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan tentang latar belakang kajian, masalah kajian, tujuan dan
persoalan kajian yang hendak dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi
komponen penting dalam kajian mengenai keberkesanan penggunaan Modul SMART- FLIP
dalam membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pengiraan Matematik
Algebra dan Matematik Statistik.

8
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai serta
boleh membantu pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang terdiri daripada Generas Digital
ini meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran memanipulasi fungsi-fungsi kalkulator
saintifik untuk memudahkan mereka menyelesaikan masalah pengiraan Matematik Algebra dan
Matematik Statistik.

Pengkaji menggunakan Modul SMART-FLIP yang berkonsepkan media Flipbook atau


Digital Book untuk mendedahkan langkah-langkah memilih kekunci fungsi yang sesuai sebagai
pemudahcara dalam menyelesaikan masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik
Statistik. Dalam bab ini, pengkaji juga akan mengutarakan beberapa definisi istilah, literatur –
literatur berkaintan dengan flipbook dan penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan
pembelajaran serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai penggunaan
kalkulator dalam bidang pendidikan.

2.2 Definisi Istilah

Tujuan bab ini adalah untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian
ini demi mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang berbeza. Beberapa definisi yang akan
dihuraikan mengikut kehendak soalan adalah seperti berikut:

a) Ujian Pra

Ujian pencapaian yang diduduki oleh kumpulan sasaran kajian sebelum perlaksanaan
intervensi kajian .

b) Ujian Pasca

Ujian pencapaian yang diduduki oleh kumpulan sasaran selepas perlaksanaan


intervensi kajian
9
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

c) Flipbook

Flipbook adalah sebuah buku berbentuk fail digital (Ramdania et al.,2013). Pembacanya
dapat membuka lembar demi lembar halaman flipbook sebagaimana membaca sebuah
buku atau majalah. Media flipbook dalam kajian ini dibuat dengan menggunakan
aplikasi Digital Flipbook Maker Flipnack beserta perisian sampingan Acobot Reader
DC dan Microsoft Powerpoint 2010.

d) Media video
Beberapa fitur tambahan seperti video, animasi, gambar, dan audio telah diselitkan
untuk menunjang Modul SMART- FLIP menjadi media rujukan elektronik yang layak
dan efektif digunakan dalam pembelajaran penggunaan kalkulator saintifik Casio fx-570
ES Plus. Media video ini dijana dengan menggunakan perisian Screencast-O- Matic dan
Microsoft Powerpoint 2010. Unsur video ini merakam langkah-langkah secara
sistematik untuk mengoperasikan fungsi-fungsi tersedia ada yang sesuai dengan
masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik dalam kalkulator
saintifik Casio fx-570 ES Plus.

e) Flipped Classroom

Flipped Classroom merupakan Model Pendekatan Pengajaran Abad ke-21 yang


berpusatkan pelajar. Model pengajaran ini mengalihkan masa kuliah di dalam kelas
kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya
untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. Ini
bermaksud, masa pengajaran satu hala berubah menjadi persekitaran pembelajaran
bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar di mana pelajar digalakkan untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahuan,
perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah.

f) Kalkulator

Kalkulator dapat dipandang sebagai alat bantu dalam pembelajaran. Kalkulator


menurut Kamus Elektronika (Wasito; 1996:83-94 dalam Marsigit dan Siswanto, 2003)
10

adalah peranti khusus untuk melaksanakan persiapan ilmu hitung dengan data-data dan
instruksi yang dimasukkan kepadanya. Kebanyakan peranti ini memerlukan intervensi
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

tangan, yang dapat dipakai untuk melaksanakan penghitungan logika dan digit. Pada
zaman sekarang, kalkulator sering dimasukkan sebagai fungsi tambahan daripada
komputer, telefon bimbit, bahkan sampai jam tangan. Oleh itu, kalkulator adalah
sebuah alat bantu hitung yang semakin moden dan sesuai dengan perkembangan zaman,
senang digunapakai, dan mudah dibawa ke mana-mana.

g) Kalkulator Saintifik

Kalkulator saintifik atau lebih dikenali sebagai kalkulator ilmiah merupakan kalkulator
yang memiliki fungsi khusus seperti Aljabar, Trigonometri, Geometri, Kalkulus,
Statistik dan lain-lain lagi yang akan digunakan untuk hitungan matematik. Dengan erti
kata lain, Kalkulator saintifik merupakan suatu alat mengira yang menggunakan
teknologi moden untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan cepat bagi masalah
matematik yang melibatkan empat operasi(tambah, tolak, darap dan bahagi) yang asas
dan berbagai-bagai fungsi tambahan seperti Trigonometry, Logarithmic, Exponent,
Vector, Statistics dan sebagainya

2.3 Literatur Berkaitan Kajian Kalkulator Saintifik Dalam Bidang


Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, kalkulator saintifik digunakan secara meluas dalam situasi akses
cepat ke fungsi matematik tertentu seperti fungsi trigonometri yang pernah tradisional
mendongak dalam table serta penghitungan data longgokan yang besar dalam fungsi statistik.
Menurut Dylmoon (2000) dalam kajiannya bertajuk ‘Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran
Matematik Sekolah Dasar’ menyatakan bahawa kalkulator merupakan produk teknologi yang
diciptakan untuk membantu manusia dan telah dirasakan manfaatnya. Manusia memang tidak
dapat menghindari dari hasil teknologi. Demikian pula para pendidik haruslah senantiasa
mencuba hasil teknologi baru yang dapat diterapkan dalam pembelajaran agar para graduan
dapat cepat menyesuaikan diri dengan pekerjaan. Kalkulator telah banyak dikenal di
masyarakat, apa salahnya guru atau pelajar memanfaatkan kalkulator dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik?
11

Kalkulator telah lama digunakan dalam sekolah-sekolah di negara barat. Colin(1982)


Page

mendapati bahawa melalui kaedah pemerhatian, kalkulator dapat meningkatkan kefahaman


Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

dan ingatan pelajar tentang algoritma yang mereka lakukan dalam kerja tradisi (kertas dan
pensel), sebagai contoh, pertimbangan operasi bahagi berikut yang bertujuan untuk mencari
satu peraturan (rule) bagaimana mendapat jawapan soalan pertama dengan cara kertas dan
pensil: 2.884 ÷0.7, 2.884÷0.7, 288.4÷7. Pemerhatian pertama yang hendak dilakukan ialah
pembahagian nombor terakhir melibatkan nombor bulat. Dijangkakan bahawa pelajar boleh
melakukan pembahagian dengan baik melalui kerja kertas dan pensel. Manakala pemerhatian
kedua ialah jawapan bagi setiap soalan itu adalah sama bila menggunakan kalkulator.
Kemudian pemerhatian ketiga ialah seorang pelajar akan tahu menjawab soalan ini bermula
soalan pertama dan seterusnya ke soalan kedua sehingga ke soalan ketiga dengan mendarab
setiap nombor dengan 10. Oleh itu dengan bantuan kalkulator saintifik, pelajar dapat
memahami bahawa apabila sesuatu nombor dibahagi dengan nombor perpuluhan maka perlulah
ditukar pembahagi itu kepada nombor bulat. Daripada pemerhatian ini, pelajar akan dapat
menemui satu peraturan (rule) iaitu mendarab setiap nombor dengan 10 sehingga nombor
pembahaginya adalah nombor bulat dan seterusnya menyenangkan operasi bahagi dilakukan.
Oleh yang demikian, pengkaji berfikiran positif bahawa penggunaan kalkulator saintifik ini
memang akan membantu pelajar–pelajarnya mengenalpasti dan memahami sesuatu pola atau
teori matematik itu dengan lebih mudah dan cepat jika mereka menggunanya dengan betul dan
manfaat. Ini boleh membantu mereka menyemak jawapan penyelesaian mereka sama ada betul
atau salah dengan cepat dan mudah.

Kajian Marzita(2012) pula menyatakan bahawa kesan kalkulator ke atas sistem


pendidikan di Malaysia mahupun di negara-negara maju belumlah dikatakan menyeluruh, tetapi
tidak dapat disangkal bahwa terdapat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa murid-
murid yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian
yang lebih baik dan memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. Maka,
mengapa kita masih mengamalkan kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada pelajar
kita? Tambahan lagi, ada juga kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik
akibat daripada penggunaan algoritma kertas-pensil yang panjang lebar dan memerlukan
banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan
pembahagian. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan
menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta
minat terhadap matematik.
12
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Menurut Bernard (1991), penggunaan kalkulator dalam matematik mempunyai fungsi,


kelebihan dan bonus yang boleh disimpulkan seperti berikut:

a. Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan


berterusan
b. Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat
penyelesaian masalah.
c. Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan diberikan
kepada murid pada peringkat yang lebih awal
d. Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang
topik - topik yang berkaitan
e. Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola-pola
yang diperhatikan

Menurut Erliza(2016) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Kalkulator dalam


Pembelajaran Matematika ada menyatakan manfaat penggunaan kalkulator dalam
pembelajaran adalah seperti berikut:

a) Kalkulator Dapat Digunakan untuk Mengembangkan Pemahaman Konsep


b) Kalkulator dapat digunakan untuk Drill
c) Kalkulator Menghemat Waktu
d) Kalkulator Memudahkan Penyelesaian Soalan

Kajian Johari (2014) mengenai Keupayaan dan Kelemahan Menyelesaikan Masalah


Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima SMK Skudai mengatakan bahawa
kemerosotan dalam keputusan matematik adalah disebabkan oleh keupayaan menyelesaikan
masalah matematik yang rendah di kalangan pelajar. Kegagalan dalam menangani atau mengatasi
masalah ini akan menyebabkan kemerosotan dalam penguasaan mata pelajaran Matematik ini
berterusan. Oleh yang demikian, penyesuaian strategi penyelesaian ke arah era elektronik digital
yang boleh merangsang dan meningkatkan pencapaian mereka dalam ilmu matematik perlu
dilakukan.

Kalkulator saintifik memungkinkan mata pelajaran matematik kian menarik karana adanya
13

dorongan interaksi untuk menyelesaikan permasalahan. Penggunaan kalkulator saintifik dapat


Page

memberi impak yang baik dan berguna dalam penyelesaian masalah matematik jika kita tahu
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

cara penggunaannya. Penggunaan kalkulator secara efektif adalah sebuah keterampilan yang
penting. Keterampilan ini paling baik dipelajari dengan cara menggunakan kalkulator secara
teratur dan penuh arti

Dengan itu, bertambah yakinlah pengaji untuk mengambil langkah memperkenalkan


Modul SMART-FLIP yang mendedahkan langkah-langkah mengoperasikan fungsi-fungsi
Kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus untuk penyelesaian masalah pengiraan matematik
Algebra dan matematik Statistik dengan tepat, cepat dan mudah. Memang tidak dapat
dinafikan alatan digital ini adalah sangat revelan dan bertepatan dengan kehendak dan aspirasi
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan warisan minda kelas pertama dan warisan
manusia yang bergerak seiring dengan perkembangan dunia globalisasi kini. Para pendidik
harus menyahut seruan kerajaan dan bertanggungjawab mendedahkan kemudahan belajar ini
kepada pelajar-pelajar saya sehingga bangkit rasa ingin tahu dan semangat terhadap ilmu
matematik. Hanya dengan keadaan proses belajar yang menyenangkan dan selarasi dengan
gaya belajar generasi Y yang akrab dengan up to date gajet elektronik ini akan memberi
keberhasilan pembelajaran yang maksimum.

2.4 Literatur Berkaitan Flipped Classroon

Menurut Amy Roehl dan Shweta Linga (2013) dalam jurnal internasional yang berjudul The
Flipped Classroom: An Opportunity To Engage Millennial Students Through Active Learning
Strategies menyimpulkan bahawa untuk memperkenalkan beberapa strategi baru yang
disalurkan dari pemikiran guru dan murid, guru harus melakukan penelitian dengan alternatif
strategi di kelas. Sebagai instruktor yang akan menggunakan strategi baru, ini sangat penting
dalam dunia pendidikan yang direfleksikan dalam pembelajaran yang efektif. Keaktifan belajar
dan strategi pembelajaran flipped classroom yang menggunakan teknologi, murid-murid akan
mengembangkan kemampuan berpikir kreatif mereka lebih tinggi. Oleh yang demikian,
pengkaji mengambil initiatif untuk mewujudkan konsep pembelajaran “flipped classroom”
iaitu suatu konsep pedagogi yang menggantikan kuliah dalam kelas dengan peluang-peluang
untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan
14

bacaan digital.
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

2.5 Rumusan

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa
kemahiran penggunaan fungsi-fungsi dalam kalkulator saintifik dalam proses penyelesaian
masalah matematik pengiraan mampu memberikan impak yang positif terdapat pencapaian
pelajar-pelajar dalam subjek matematik. Hasil penyelidikan juga banyak mengatakan bahawa
pelajar lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti hands-on, daripada menghadiri kuliah. Oleh
yang demikian, apabila kuliah kelas digantikan dengan rakaman video dan bahan-bahan lain
atas talian, pelajar mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi dalam kebolehan
menyelesaikan masalah di samping mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas kadar dan
kaedah di mana pembelajaran berlaku.

15
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam bab ini, pengkaji menyatakan metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan
yang akan dijalankan. Metodologi kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan
menerangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian yang digunakan, tatacara
pengumpulan data, perlaksanaan tindakan dan seterusnya tatacara penganalisisan data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan dua buah kelas
praktikum Jurusan Sains Program Satu Tahun iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan
sederhana. Kedua-dua kumpulan akan diberikan ujian pra sebelum kajian dilaksanakan,
manakala ujian pasca pula akan diberikan di akhir kajian secara berkumpulan. Jangka masa
kajian ini dicadangkan selama dua minggu dan pengkaji sendiri akan menjalankan pendedahan
Modul SMART- FLIP bagi kedua-dua kumpulan agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian
ini.

Kajian ini menggunakan gabungan data kuantitatif dan kualitatif untuk pengutipan data
kajian. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan untuk mengumpul data-data yang dikaji
hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh pengkaji.
Pengkaji juga mengumpulkan data kualitatif secara kaedah pemerhatian iaitu dengan memilih
dua buah kelas praktikum yang diajar oleh pengkaji, di mana pengkaji memerhatikan hasil kerja
tutorial, tugasan, kuiz dan Ujian Pengukuhan Matematik kumpulan sasaran ini. Pengkaji juga
menggunakan kaedah temubual dengan sampel pelajar yang gagal untuk mengenalpasti latar
belakang dan masalah pengiraan yang dihadapi oleh pelajar sungguhpun masing-masing
memiliki kalkulator saintifik. Pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan
pelajar tersebut. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberikan ujian pra sebelum kajian
dilaksanakan dan ujian pasca selepas kajian dilaksanakan. Walaupun pemilihan sampel tidak
dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel kajian bagi kedua-dua
kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama dalam suatu kumpulan
yang sama berdasarkan Ujian Pengukuhan Matematik yang telah dijalankan oleh pengkaji.
16

Tujuan reka bentuk kajian ini dipilih adalah untuk mengenalpasti perbezaan tahap
Page

penguasaan ke atas kemahiran menyelesaikan masalah pengiraan Matematik Algebra dan


Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Matematik Statistik yang rumit antara kumpulan pelajar sebelum dan selepas menggunakan
Modul SMART- FLIP di samping mengurangkan bilangan kesilapan dalam masalah pengiraan
Matematik Algebra dan Matematik Statistik antara kumpulan pelajar sebelum dan selepas
menggunakan Modul SMART -FLIP.

Menurut Azizi Yahaya et.al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang
dimanipulasi adalah pembolehubah tak bersandar manakala kesan tingkah laku manipulasi
adalah pembolehubah bersandar, iaitu apa yang diukur. Oleh yang demikian, pembolehubah
bersandar dalam kajian ini ialah tahap penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah
pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik dan bilangan kesilapan dalam masalah
pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang diperolehi melalui ujian pra dan
ujian pasca.

3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian terdri daripada 40 orang pelajar Jurusan Sains Program Satu Tahun(PST), Kolej
Matrikulasi Johor. Semua pelajar telah mengikut subjek Matematik Matrikulasi yang terdiri
daripada bidang Matematik Algebra dan Matematik Statistik berdasarkan Huraian Sukatan
Subjek Matematik, Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Dua kumpulan
pelajar yang mempunyai tahap penguasaan matematik yang hampir sama mengikut kumpulan
masing-masing telah dipilih daripada empat kelas di bawah penjagaan pengkaji sebagai sampel
kajian ini. Mereka dikelompokkan kepada dua kumpulan, iaitu 20 orang pelajar aras rendah
dan 20 orang pelajar aras sederhana.

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian yang akan dijalankan, instrumen yang akan digunakan adalah:

a) Soalan Ujian Penyelesaian Masalah


17
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Ujian penyelesaian masalah ini terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca. Kedua-dua
set ujian ini terdiri daripada set ujian pencapaian yang sama. Soalan ujian ini mengandungi 10
soalan subjektif yang merangkumi kemahiran ‘Solving simultaneous equations of 3
unknowns’, ‘factorization of polynomial degree 3’, “System of Linear Equation in Matrices”
and “Data Descriptive for Mean and Standard Deviation”. Masa peruntukan untuk
menyelesaikan 10 soalan subjektif ini adalah 30 minit. Keputusan ujian pra ini telah digunakan
sebagai dokumen kawalan bagi melihat keberkesanan penggunaan Modul SMART- FLIP dalam
mengoperasikan fungsi-fungsi dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus sebagai
pemudahcara untuk penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik
Statistik. (Rujuk LAMPIRAN 1 – Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca).

Jadual 1 Pembahagian Soalan Mengikut Tahap Kemahiran

Kemahiran Nombor Soalan Bilangan Soalan


Solving Simultaneous Q1, Q2 2
Equations Of 3 Unknowns
Factorization Of Q3, Q4 2
Polynomial Degree 3
System of Linear Equation Q5,Q6,Q7 3
in Matrices
Data Descriptive for Mean Q8,Q9,Q10 3
and Standard Deviation

b) Temu Duga Individu

Temu duga secara individu dengan kumpulan sasaran yang gagal dalam ujian pra adalah
berdasarkan kepada Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai seperti berikut:

i. Membaca masalah matematik


ii. Memahami apa yang dibaca
iii. Membuat transformasi pemikiran
iv. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan
18

v. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis


Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Mengikut Prosedur Temu Duga Newman, seorang pelajar yang melakukan kesilapan
dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan itu semula. Setelah
ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan menemuduga pelajar berdasarkan lima soalan seperti
di atas mengikut turutan. Pengkaji akan mengklafikasikan kesilapan pelajar berdasarkan
Kriteria Newman, iaitu sama ada kesilapan itu berpunca daripada kebolehbacaan, kefahaman,
keupayaan membuat transformasi (menukar masalah kepada ayat matematik), kemahiran
proses komputasi (kemahiran mengoperasikan fungsi kalkulator saintifik) atau membuat
pengkodan (menulis jawapan yang betul).

c) Pemerhatian Dan Semakan Hasil Kerja Pelajar

Pemerhatian dan semakan hasil kerja tugasan, kuiz dan Ujian Pengukuhan Matematik pelajar
telah dilaksanakan untuk mengenalpasti jenis kesilapan pelajar dan tahap kemahiran
penggunaan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus dalam menyelesaikan masalah pengiraan
rumit dalam Matematik Algebra dan Matematik Statistik berdasarkan bilangan jawapan yang
betul dalam hasil kerja pelajar.

d) Modul SMART-FLIP

Modul ini merupakan suatu Digital Book yang mengandungi segala tatacara pengoperasian
fungsi-fungsi sedia ada dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah dalam topik “Solving simultaneous equations of 3 unknowns”,
“factorization of polynomial degree 3”, “System of Linear Equation in Matrices” and “Data
Descriptive for Mean and Standard Deviation”. Modul ini dihasilkan oleh pengkaji sendiri
dengan bantuan perisian seperti Microsoft Powerpoint 2010, ScreenCast O-Matic, Emulator
Casio fx-570 ES Plus , perisian Flipsnack dan sebagainya . Pelajar-pelajar boleh mencapai
Modul SMART-FLIP ini melalui gajet digital seperti telefon pintar atau komputer pada bila-bila
masa di mana sahaja mereka berada.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Kajian akan dijalankan di Kolej Matrikulasi Johor, melibatkan 40 sampel yang dibahagikan
kepada kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan aras sederhana. Pada peringkat awal,
pengkaji memerhatikan hasil kerja tugasan, kuiz dan Ujian Pengukuhan Matematik pelajar
19

untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penyelesaian masalah
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

matematik pengiraan dalam topik Algebra dan Statistik mengikut Huraian Sukatan Subjek
Matematik, Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas itu, kedua-dua
kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra yang terdiri daripada 10 soalan dalam kelas. Masa
yang diperuntukkan dalam ujian ini ialah 30 minit. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra
tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan.

Pada peringkat kedua, pengkaji menemu duga murid-murid yang melakukan kesilapan
dalam ujian pra yang diberikan itu berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah
diubahsuai oleh pengkaji. Sebelum temuduga dijalankan, pengkaji memberitahu pelajar
bahawa temuduga ini bukan ujian tetapi untuk mengkaji apakah jenis kesilapan atau masalah
yang mereka hadapi dalam penggunaan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus untuk
menyelesaikan masalah pengiraan Algebra dan Statistik.

3.5 Perlaksanaan Kajian

3.5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah kajian berkaitan dengan mengenalpasti kemahiran pelajar
menggunakan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus dalam penyelesaian masalah pengiraan
Matematik Algebra dan Matematik Statistik melalui semakan hasil kerja pelajar dan keputusan
Ujian Pengukuhan Matematik. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan, pengkaji telah
membuat perancangan kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-
pelajarnya dalam menyelesaikan masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik
Statistik. Pengkaji telah menemubual beberapa orang rakan sejawat yang berpengalaman
mengajar Matematik Matrikulasi untuk mendapatkan pandangan dan pendapat untuk mengatasi
masalah ini. Mereka juga berpendapat salah satu cara yang berkesan untuk membantu pelajar
menyelesaikan masalah pengiraan yang rumit adalah melalui pendekatan kalkulator saintifik.
Oleh yang demikian, saya membuat perancangan untuk melaksanakan tindakan intervensi yang
boleh membimbing pelajar-pelajar saya menggunakan kalkulator saintifik Casio fx-570 ES
Plus dengan baik dalam pelbagai masalah perhitungan terutamanya dalam penyelesiaan
masalah Algebra dan Statistik.
20
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

3.5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan penyemakan hasil kerja pelajar dan Ujian Pengukuhan Matematik 1, pengkaji
telah menemui beberapa jenis masalah yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam
penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik. Rujuk Rajah 1.
Hasil analisis tinjauan masalah menunjukkan bahawa ramai di antara pelajar Kolej Matrikulasi
Johor yang mempunyai kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus yang canggih tetapi tidak
mahir menggunakan fungsi-fungsinya untuk memudahlan mereka menyelesaikan masalah
matematik. Mereka telah menghabiskan banyak masa dalam membuat pengiraan yang rumit
sehingga tidak sempat menjawab semua soalan matematik dalam masa yang ditetapkan. Lebih
menyedihkan adalah mereka sering membuat kesilapan dalam pengiraan jawapan akhir
sungguhpun telah menggunakan formula matematik yang betul. Kecuaian dan kesilapan
mengira ini menyebabkan mereka kehilangan banyak markah.

Pengkaji beranggapan bahawa kumpulan pelajar ini amat memerlukan panduan yang
boleh membimbing mereka mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik Casio fx-570 ES
Plus ketika menyelesaikan matematik pengiraan yang panjang dan rumit. Kelemahan mengira
ini menyebabkan mereka selalu mendapat jawapan akhir yang salah malah ada yang tersekat
sehingga tidak boleh meneruskan untuk menjawab bahagian yang lain. Maklumat yang
diperolehi ini jelas menunjukkan kumpulan sasaran yang dipilih menyertai kajian ini adalah
tidak mampu menyelesaikan masalah pengiraan yang diberikan sedangkan soalan–soalan ini
akan menjadi mudah diselesaikan dengan bantuan kalkulator saintifik.

Jadual 2 Masalah- Masalah Dalam Matematik Algebra dan Statistik

Semakan hasil kerja,  70% pelajar membuat kesilapan pengiraan nilai dan
tugasan, kuiz dan Ujian gagal mencari penyelesaian untuk persamaan serentak
Pengukuhan Matematik yang melibatkan 2 atau 3 anu.
1
 Pelajar tidak sempat menyelesaikan soalan-soalan yang
memerlukan kemahiran komputasi yang rumit

 Tidak mahir membuat pemfaktoran bagi polinomial


berdarjah 3
21

 Tidak mahir membuat pendaraban matrik 33


Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Temubual pelajar Pelajar menyatakan tidak pandai mengira dan mencongak


sungguhpun mereka tahu menggunakan formula yang betul.
Temubual pensyarah  Pelajar tidak pandai mengoperasikan fungsi-fungsi dalam
kalkulator saintifik untuk menyelesaikan masalah
pengiraan matematik

 Pelajar menghabis banyak masa dalam membuat


perhitungan data-data yang banyak bagi topik statistik
dengan menggunakan kaedah perhitungan jadual

 Pelajar-pelajar tidak menyedari kelebihan kalkulator


saintifik

3.5.3 Perlaksanaan Tindakan

Sebelum tindakan intervensi dilaksanakan, pengkaji telah menerangkan perjalanan aktiviti-


aktiviti yang akan dijalankan kepada kumpulan sasaran yang terpilih. Dalam masa ini, pengkaji
telah mengumpulkan segala tatacara penggunaan fungsi-fungsi kalkulator saintifik Casio fx-
570 ES Plus yang sesuai dalam penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra atau
Matematik Statistik dan menghasilkan suatu digital book dengan bantuan perisian Powerpoint
2010, ScreenCast O-Matic dan Emulator Casio fx-570 ES Plus . Memandangkan hampir 98%
pelajar Kolej Matrikulasi Johor menggunakan Kalkulator Saintifik Casio fx-570 ES Plus,
pengkaji telah membuat tindakan untuk menyediakan Modul SMART-FLIP ini yang
berasaskan kalkulator saintifik Casio fx-570ES PLUS. Modul SMART-FLIP merupakan suatu
tatacara penggunaan Kalkulator Saintifik Casio fx-570 ES Plus yang boleh dicapai oleh pelajar
melalui telefon pintar atau alat komputer pada bila-bila masa. Modul SMART-FLIP yang
terdiri daripada empat subtopik seperti tertera dalam Rajah 1 telah dibangunkan oleh pengkaji
dalam tempoh satu minggu. Sebagai langkah-langkah keselamatan, pelajar – pelajar hanya
boleh merujuk sahaja tanpa membuat sebarang perubahan pada Modul SMART-FLIP ini.
Modul SMART-FLIP ini telah dimuatnaik ke aplikasi Google Classroom
hclimmaths@gmail.com bagi memudahkan pencapaian pelajar melalui rangkaian internet. Di
samping itu, pengkaji juga telah berusaha membangunkan Modul SMART-FLIP ini dalam
22

bentuk e-Flipbook dengan bantuan perisian Digital Flipbook Maker : Flipnack beserta Acobot
Page

Reader DC dan Microsoft Powerpoint 2010. Pelajar – pelajar boleh mencapainya dengan lebih
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

mudah melalui aplikasi Google Classroom, Facebook, WhatsApp atau TWITTER melalui
pautan yang diberikan oleh pengkaji tanpa sebarang kata laluan. Tujuan utama pengkaji
memuatnaik modul ini dalam rangkaian internet adalah untuk memudahkan pencapaian
pelajar-pelajar pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat ketika mereka ingin merujuk.

Rajah 1: Antaramuka Modul SMART-FLIP Yang Mengandungi 4 Subtopik

SMART TIPS
WITH
FLIPBOOK

Pengkaji telah mengumpulkan 40 orang pelajar-pelajar kumpulan sasaran ini dalam dewan
kuliah kecil dan melaksanakan tindakan intervensi. Cara perlaksanaan tiga aktiviti rawatan yang
utama adalah seperti berikut:

Aktiviti 1 Pendedahan penggunaan Modul


SMART FLIP kepada kumpulan
Hari 1 sasaran oleh pengkaji

Aktiviti 2 Pelajar Self-Explore Modul SMART-


Hari 1 - Hari 4 FLIP melalui gajet-digital

Aktiviti 3 Pelajar membuat latih-tubi menyelesaikan


Hari 5 - Hari 6 lembaran kerja
23
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Secara keseluruhannya, tempoh perlaksanaan kajian ini ke atas kumpulan sasaran yang
terpilih ini adalah seperti dipaparkan dalam Jadual 3 berikut :

Jadual 3 Jadual Perlaksanaan Kajian

BIL PELAKSANAAN TARIKH PELAKSANAAN


1 Tinjauan Awal Masalah /Mengenalpasti masalah pelajar 12 Mac 2018

2 Menulis proposal kajian 14 Mac 2018

3 Merancang tindakan : Penyediaan Modul SMART-FLIP 16 Mac 2018

4 Pembinaan ujian pra / ujian pasca 19 Mac 2018

5 Perlaksanaan ujian pra 20 Mac 2018

6 Menganalisis data ujian pra 22 Mac 2018

7 Perancangan untuk pemerhatian dan temuduga 24 Mac 2018

8 Menganalisis data pemerhatian dan temuduga 25 Mac 2018

9 Perlaksanaan Teknik Rawatan : Modul SMART-FLIP 27 Mac 2018

10 Pelajar Self-Explore Modul SMART-FLIP 27 Mac 2018– 30 Mac 2018

11 Perlaksanaan data ujian Pasca 2 April 2018

12 Refleksi dan Penilaian 4 April 2018

13 Penulisan Laporan Kajian 20 April 2018

3.5 Analisis Data

Keputusan ujian pra dan pasca yang telah dianalisis secara deskritif dengan menggunakan
Sistem Perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows versi 21.0. Pada
peringkat pertama, ujian bertulis dianalisis berdasarkan jawapan pengiraan betul dan salah.
Peratusan juga telah diberikan terhadap hasil ujian tersebut. Pada peringkat kedua, jawapan
24

dari sesi temuduga secara individu bagi setiap soalan telah dikumpulkan dan dianalisis untuk
mengenalpasti punca kesilapan pelajar ini sama ada berpunca daripada kecuaian, pembacaan,
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

pemahaman, transformasi, aplikasi kemahiran komputasi atau kemahiran membuat pengkodan.


Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan hasil dapatan kajian daripada
instrumen berbentuk pemerhatian hasil kerja pelajar, ujian pra, ujian pasca dan temuduga.

Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan kekerapan, peratusan, dan min skor
manakala statistik inferensi yang digunakan ialah Ujian-t (t-test). Penggunaan Ujian-t adalah
bertujuan untuk menentukan wujudnya nilai perbezaan yang signifikan iaitu pada 95% tahap
keyakinan(confidence level) atau nilai p<0.05.

3.6 Rumusan

Bab ini telah membincangkan kaedah kajian bagi penyelidikan yang dijalankan itu.
Perbincangan telah menyentuh tentang rekabentuk, instrumen kajian, prosedur pengumpulan
data,perlaksanaan kajian dan penganalisisan data. Diharapkan bab ini dapat menjelaskan
metodologi kajian dengan baik.

25
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan hasil keputusan yang diperolehi dan dianalisis daripada kajian yang telah
dilaksanakan. Analisis dimulakan dengan membuat penelitian mengenai masalah-masalah
pengiraan yang dihadapi oleh pelajar melalui hasil semakan kerja pelajar. Ini memudahkan
pengkaji mendapat gambaran yang jelas tentang latar belakang kumpulan sasaran dalam kajian
ini. Penganalisisan data pula terdiri daripada peratusan bilangan soalan yang dijawab dengan
betul, hasil analisis keputusan ujian–t dan peratusan punca kesilapan yang dilakukan
berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman serta laporan deskriptif maklum balas
pelajar terhadap Matemtik Algebra dan Statistik khususnya untuk penyelesaian masalah
pengiraan yang rumit.

4.2 Hasil Pemerhatian Dan Penilaian

4.2.1 Masalah Pengiraan Pelajar

Sampel kajian yang digunakan adalah terdiri daripada 40 orang pelajar Jurusan Sains PST.
Berdasarkan hasil pemerhatian pada hasil kerja kumpulan sasaran ini, pengkaji mengumpulkan
maklumat dan membuatkan taburan data bagi mengenalpasti jenis-jenis masalah pengiraan
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Johor. Rujuk Rajah 2 untuk analisis
taburan masalah pengiraan yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar. Masalah paling serius
ialah pemfaktoran polinomial berdarjah 3, diikuti oleh penyelesaian persamaan serentak 3 anu
dan penyelesaian statistik. Mengikut pengalaman pengkaji, semua masalah ini dapat
diselesaikan dengan mudah jika pelajar-pelajar mahir memanipulasikan fungsi-fungsi dalam
kalkulator saintifik. Pengkaji menyedari bahawa masalah–masalah ketara yang pelajarnya
hadapi ini perlu diatasi dengan segera dan telah merancangkan tindakan penyelesaian yang
mudah melalui penggunaan Modul SMART-FLIP yang menyarankan tatacara mengoperasikan
26

fungsi-fungsi kalkulator saintifik dengan betul untuk memudahkan penyelesaian masalah


pengiraan Matematik Algebra dan Statistik.
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Rajah 2 Taburan Data Masalah Pengiraan Kumpulan Sasaran

Taburan Data Masalah Pengiraan Matematik Algebra dan Statistik

Melakukan kesilapan pengiraan nilai Min dan Sisihan


Piawai dalam Statistik

Gagal menyelesaikan Persamaan Serentak 3 anu

Gagal melakukan operasi pendaraban Matrik (3 × 3 )


dengan betul

Salah membuat Pemfaktoran Polinomial Darjah 3

Salah membuat komputasi matematik

Salah guna Formula Matematik

0 5 10 15 20 25 30 35

4.2.2 Taburan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Sebelum perlaksanaan tindakan intervensi, satu ujian pra telah diberikan kepada kumpulan
sasaran (sederhana dan lemah) dan taburan markah masing-masing adalah seperti tertera dalam
Jadual 4 dan Jadual 5. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak
mahir menyelesaikan masalah pengiraan yang berkaitan dengan Solving Simultaneous Equation
3 unknowns, Factorazation on Polynomial degree 3 , Multiplication on Matrices 3×3 dan
Statistics. Setiap pelajar dalam kumpulan seherhana hanya mendapat markah dalam
lingkungan 50 hingga 70 markah manakala setiap pelajar dalam kumpulan lemah hanya
mendapat markah dalam lingkungan 30 hingga 40 markah. Markah purata ujian pra yang
diperolehi oleh kumpulan sasaran sederhana bagi soalan yang dijawab betul ialah 58.5
manakala markah purata ujian pra yang diperolehi oleh kumpulan sasaran lemah bagi soalan
yang dijawab betul hanya 35.5. Berdasarkan Jadual 4, pencapaian pelajar kumpulan sederhana
dalam ujian pra adalah kurang menggalakkan, iaitu hanya 14 orang pelajar mendapat markah
60 ke atas. Kumpulan ini masih boleh dipertingkatkan pencapaian ke 80 markah ke atas.
Pencapaian pelajar kumpulan lemah pula agak tidak memuaskan kerana semua mendapat
markah di bawah 40. Keadaan yang tidak memuaskan ini perlu dibaiki oleh pengkaji dengan
27

segera.
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Jadual 4 : Data Keputusan Ujian Pra Untuk Kumpulan Pelajar Sederhana

Solving Markah
Pelajar Simultaneous Factorization Matrices Statistics Ujian
Sederhana Equation Pra

S1 S2 S3 S4
S5 S6 S7 S8 S9 S10
P1   × 
×  ×   × 60
P2      × × × × × 50
P3  ×  ×     × × 60
P4  ×  ×  × × × × × 60
P5  ×  ×     × × 60
P6 ×   ×   ×   × 60
P7  ×    × × × ×  50
P8   ×   ×   × × 60
P9  ×  ×   ×  × × 50
P10  ×  ×   × ×  × 50
P11    ×  ×   ×  70
P12  ×   ×  ×  × × 50
P13  ×  ×  × ×    60
P14     ×  ×  × × 60
P15  × ×  ×  ×  ×  50
P16    ×  ×  ×  × 60
P17    ×  ×   × × 60
P18     ×  ×   × 70
P19 ×  ×   ×  × ×  60
P20       × ×  × 70
Markah Purata Ujian Pra Kumpulan Sederhana 58.5

Berpandu kepada Rajah 3, markah tertinggi ujian pra Kumpulan Sederhana ialah 70
manakala markah terendahnya ialah 50. Untuk Kumpulan Lemah pula, markah tertinggi ujian
pra ialah 40 manakala markah terendahnya ialah 30 (rujuk Rajah 4). Ini bermakna ramai di
antara mereka masih tidak menguasai kemahiran menggunakan fungsi-fungsi kalkulator
saintifik dengan baik untuk memudahkan mereka menyelesaikan masalah pengiraan matematik
yang rumit. Berdasarkan dapatan ini, pengkaji teleh merancangkan tindakan intervensi , iaitu
membina Modul SMART-FLIP yang dijangka boleh membantu pelajar-pelajar mengatasi
masalah-masalah ini dengan baik dan berkesan.
28
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Jadual 5 : Data Keputusan Ujian Pra Untuk Kumpulan Pelajar Sederhana

Solving Markah
Pelajar Simultaneous Factorization Matrices Statistics Ujian
Lemah Equation Pra
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
P21  ×  ×   × × × × 40
P22 ×  ×  ×  ×  × × 40
P23  ×  ×   × × × × 40
P24  ×  ×  × × ×  × 40
P25 × ×  ×   × × × × 30
P26 ×  × × ×   ×  × 40
P27 ×  ×  ×  × × × × 30
P28 ×  ×  ×  × × × × 30
P29  ×  ×  × × × × × 30
P30  × × ×   × × × × 30
P31 ×  × ×  ×   × × 40
P32 ×  ×  × × × ×  × 30
P33  ×  × ×   × × × 40
P34 ×  × ×  × × ×  × 30
P35 × × ×    ×  × × 40
P36  ×  × ×  × × × × 30
P37 ×   × × ×  ×  × 40
P38  ×  × × ×  × × × 30
P39 ×  × ×   ×  × × 40
P40 × × × ×     × × 40
Min Purata Ujian Pra Kumpulan Lemah 35.5

Berdasarkan Rajah 3, analisis perbandingan ujian pra dan ujian pasca selepas
perlaksanaan tindakan intervensi jelas menunjukkan markah tertinggi Kumpulan Sederhana
telah meningkat kepada 90 manakala markah terendahnya ialah 70. Untuk Kumpulan Lemah
pula, markah tertingginya telah mencapai 70 manakala markah terendahnya ialah 60 ( rujuk
Rajah 4). Ini bermakna semua pelajar dalam kumpulan lemah ini bukan sahaja telah melepasi
markah lulus, malah segelintir besar mampu mencapai markah 70. Jika meneliti graf Rajah 3,
peratus peningkatan maksimum untuk Kumpulan Sederhana ialah 80% ( pelajar P7 ) manakala
peratur peningkatan minimum ialah 14% ( pelajar P11 dan P18). Untuk Kumpulan Lemah
pula, rata-rata mencecah peratus peningkatan melebihi 40% dan ke atas.
29
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Rajah 3 : Perbezaan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca Kumpulan Sederhana

Taburan Markah Ujian Pra, Ujian Pasca Dan % Peningkatan


Kumpulan Sasaran Sederhana
100 90%

90 80%

80
70%
70
60%
60
50%
Markah

50
40%
40
30%
30
20%
20

10 10%

0 0%
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12 P13 P14 P15 P16 P17 P18 P19 P20
Ujian Pra 60 50 60 60 60 60 50 60 50 50 70 50 60 60 50 60 60 70 60 70
Ujian Pos 80 70 80 70 80 80 90 70 80 80 80 80 80 90 80 80 90 80 70 90
% Peningkatan 33% 40% 33% 17% 33% 33% 80% 17% 60% 60% 14% 60% 33% 50% 60% 33% 50% 14% 17% 29%

Rajah 4 : Perbezaan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca Kumpulan Lemah

Taburan Markah Ujian Pra, Ujian Pasca Dan % Peningkatan


Kumpulan Sasaran Lemah
80 140%

70 120%

60
100%
50
80%
Markah

40
60%
30
40%
20

10 20%

0 0%
P21 P22 P23 P24 P25 P26 P27 P28 P29 P30 P31 P32 P33 P34 P35 P36 P37 P38 P39 P40
Ujian Pra 40 40 40 40 30 40 30 30 30 30 40 30 40 30 40 30 40 30 40 40
Ujian Pos 70 60 70 60 50 70 60 50 50 60 70 50 60 60 70 70 60 50 60 60
30

% Peningkatan 75% 50% 75% 50% 67% 75%100%67% 67%100%75% 67% 50%100%75%133%50% 67% 50% 50%
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Dapatan kajian melalui perbandingan ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua
kumpulan sasaran menunjukkan pencapaian yang menggalakkan. Jadual 6 menunjukkan
analisa perbandingan peningkatan prestasi berdasarkan min markah ujian pra dan ujian pasca
bagi kedua-dua kumpulan kajian. Berpandu kepada analisis perbandingan antara markah ujian
pra dan ujian pasca bagi Kumpulan Lemah, terdapat peningkatan yang menggalakkan dari
markah 35.5 kepada 60.5 dengan peratusan peningkatannya sebanyak70.4% . Manakala bagi
Kumpulan Sederhana pula peratusan peningkatannya ialah 36.8%, iaitu terdapat peningkatan
markah dari 58.5 kepada 80. Secara keseluruhannya terdapat peratus peningkatan sebanyak
49.5% jika dibandingkan markah ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan sasaran
(rujuk Jadual 6). Peratus peningkatan ini bermakna perlaksanaan Modul SMART-FLIP yang
bercirikan pendekatan flipbook ini mampu memberikan impak yang positif kepada kedua-dua
kumpulan pelajar kerana masing-masing menunjukkan peningkatan markah yang amat
memberangsangkan. Oleh yang demikian, Hipotesis 1 iaitu terdapat peningkatan tahap
penguasaan ke atas kemahiran menyelesaikan masalah pengiraan Matematik Algebra dan
Matematik Statistik yang rumit bagi kedua dua kumpulan pelajar lemah dan kumpulan pelajar
sederhana selepas penggunaan Modul SMART-FLIP adalah diterima. Ini bermaksud pelajar-
pelajar kumpulan sasaran ini berjaya menguasai kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi
dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus yang sesuai untuk memudahkan mereka
menyelesaikan masalah pengiraan berkaitan dengan Matematik Algebra dan Matematik
Statistik melalui Modul SMART- FLIP yang senang dicapai di mana-mana. Pengkaji yakin
bahawa kumpulan sasaran pelajar yang lahir dalam era digital ini memang sesuai menggunakan
gajet teknologi dan mereka berasa selesa dan yakin ketika menyelesaikan sesuatu masalah
matematik yang memerlukan pengiraan yang panjang dan rumit.

Berpandu kepada Sistem Gred Matrikulasi dalam Jadual 7, hasil dapatan kajian
keseluruhan jelas menunjukkan terdapat peningkatan yang amat menggalakan dari segi
peratusan pelajar yang mendapat gred CEMERLANG, iaitu meningkat daripada 8% kepada
65%. Sementara itu, terdapat pengurangan 5% dalam gred KEPUJIAN, iaitu daripada 28%
berubah menjadi 23% manakala dalam gred LULUS juga telah berkurangan sebanyak 2%.
Yang paling memberangsangkan pengkaji ialah peratusan GAGAL telah berjaya dikurangkan
daripada 28% kepada 0%.
31
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Jadual 6 : Skor Min Dan Peratus Peningkatan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bagi Kedua-dua Kumpulan Kajian

Markah Purata Markah Purata Markah


Kumpulan Pelajar % Peningkatan
Ujian Pra Ujian Pasca Peningkatan
Lemah 35.5 60.5 25 70.4%
Sederhana 58.5 80 21.5 36.8%
Gabungan Lemah
47.0 70.3 23.25 49.5%
dan Sederhana

Jadual 7 : Sistem Gred Matrikulasi

Bilangan Bilangan
Sistem Gred
Pelajar Peratus Pelajar Peratus TAHAP
Matrikulasi
Ujian Pra Ujian Pasca
A 0 0% 16 40%
A- 0 0% 0 0% CEMERLANG
B+ 3 8% 10 25%
B 0 0% 0 0%
KEPUJIAN
B- 11 28% 9 23%
C+ 0 0% 0 0%
LULUS
C 6 15% 5 13%
C- 0 0% 0 0%
D+ 11 28% 0 0%
GAGAL
D 0 0% 0 0%
F 9 23% 0 0%

Sementara itu, hasil analisis ujian –t bagi kumpulan kajian dilaksanakan bagi menilai
samada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam
penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang rumit setelah
penggunaan Modul SMART-FLIP bagi kumpulan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
8. Hasil ujian-t menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara markah ujian pra
dan ujian pasca ( M = 2.325, SP = 7.64182, t(39) = -19.242, p = 0.000 (p<0.005) ). Oleh yang
demikian , Ho dalam Hipotesis 2 ditolak dan H1 diterima, yakni dapat dibukti bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam penyelesaian masalah
pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik yang rumit setelah penggunaan Modul
32

SMART-FLIP.
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Jadual 8 : Ujian-t bagi Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berpandu kepada dapatan ujian pra dan ujian pasca, pengkaji juga mendapati bahawa
bilangan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam masalah matematik pengiraan juga
berjaya dikurangkan setelah perlaksanaan tindakan intervensi. Pengkaji telah membuat
perbandingan bilangan kesilapan dalam ujian pra dan ujian pos. Merujuk kepada Rajah 5,
peratusan pengurangan bilangan kesilapan komputasi matematik adalah paling banyak, iaitu
69%, diikuti oleh Penyelesaian Persamaan Serentak 3 anu, dikurangkan sebanyak 68% dan
Penyelesaian Statistik berjaya dikurangkan sebanyak 60%. Kesilapan-kesilapan lain seperti
Operasi Matrik sebanyak 55% dan Pemfaktoran polinomial darjah 3 sebanyak 22%. Kesemua
perkara di atas jelas menunjukkan tindakan intervensi ini telah berjaya mengurangkan bilangan
kesilapan dalam masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statitik dan Hipotesis
3 diterima.

Rajah 5 : Pengurangan Bilangan Kesilapan Selepas Perlaksanaan Tindakan Intervensi

Analisis Bilangan Kesilapan Sebelum Dan Selepas Perlaksanaan Tindakan


Intervensi Modul SMART FLIP
60 80%
69%
70%
50 68%
60% 60%
55%
40
50%
30 40% 40%
22% 30%
20
20%
10
10%
0 0%
Salah guna Formula Salah membuat Salah membuat Gagal melakukan Gagal menyelesaikan Melakukan kesilapan
Matematik komputasi matematik Pemfaktoran operasi pendaraban Persamaan Serentak pengiraan nilai Min
Polinomial Darjah 3 Matrik (3 × 3 ) 3 anu dan Sisihan Piawai
33

dengan betul dalam Statistik

Sebelum Perlaksanaan Intervensi Selepas Perlaksanaan Intervensi Pengurangan


Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

4.2.3 Analisis Data Kesilapan Berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman

Setelah data mentah ujian bertulis itu diperolehi, pengkaji telah memanggil semula pelajar-
pelajar kumpulan sasaran dan menemuduga mereka berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan
Newman yang telah diubahsuai dari segi bahasa utuk mendapatkan data punca-punca kesilapan
setiap pelajar dari segi masalah pembacaan soalan, masalah kefahaman soalan, transformasi
pemikiran iaitu menterjemahkan apa yang difahami ke perwakilan simbol matematik, masalah
mengaplikasikan kemahiran proses pengiraan( komputasi) dan Masalah membuat pengkodan
iaitu pernyataan matematik. Hasil temuduga pelajar kumpulan sasaran telah dikutip melalui
borang A (Temuduga Individu). Keputusan data yang dikenalpasti menjadi punca-punca
kesilapan keseluruhan pelajar dalam matematik pengiraan adalah seperti tertera dalam Jadual
9.

Jadual 9 : Analisis Data Punca-punca Kesilapan Keseluruhan Kumpulan Sasaran

PUNCA-PUNCA Soalan
Jumlah
KESILAPAN
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
Membaca 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 12
Memahami 4 6 4 3 2 2 2 2 3 1 29
Transformasi
2 2 2 3 2 4 4 5 2 3 29
Pemikiran
Aplikasi Kemahiran
6 7 6 8 10 11 9 15 13 14 99
Proses ( Komputasi)
Pengekodan 4 3 2 4 3 2 2 3 3 4 30

Keputusan data menunjukkan kesilapan yang paling ketara dan sering dilakukan oleh
pelajar adalah dari segi mengaplikasi kemahiran proses atau kemahiran komputasi. Sebanyak
99 kesalahan pengiraan telah dilakukan. Pelajar-pelajar melakukan banyak kesilapan ketika
melakukan komputasi terutamanya dalam formula yang melibatkan pengiraan yang rumit dan
nombor besar seperti pengiraan nilai min dan sisihan piawai dalam soalan Statistik dan
pendaraban matrik yang melibatkan operasi tambah dan pendaraban . Dengan berpandukan
Modul SMART-FLIP, pengoperasian kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus mampu
dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Semua masalah yang melibatkan pengiraan atau
perhitungan ini dapat diatasi dengan mudah.
34
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

4.4 Rumusan

Bab 4 ini mengandungi analisis data dan laporan keputusan yang diperolehi hasil daripada
pemerhatian semakan kerja pelajar, ujian bertulis dan temuduga. Keseluruhan keputusan
menunjukkan pelajar-pelajar kumpulan sasaran memang menghadapi masalah mengoperasikan
fungsi-fungsi kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus yang sesuai dengan masalah pengiraan
Matematik Algebra dan Matematik Statistik. Hasil dapatan telah jelas menunjukkan
penggunaan Modul SMART-FLIP ini berjaya membimbing pelajar mengoperasikan fungsi-
fungsi kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus ini dengan baik dan meningkatkan keyakinan
pelajar untuk menyelesaikan masalah pengiraan matematik pada bila-bila masa.

35
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

BAB 5 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

5.1 Pendahuluan

Kemahiran penyelesaian masalah pengiraan dalam Matematik Algebra atau Matematik


Statistik merupakan salah satu cabang kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar
sekolah rendah, menengah mahupun matrikulasi. Permasalahan ini merupakan perkara yang
paling tidak digemari oleh pelajar-pelajar yang lemah. Berdasarkan kajian-kajian lepas,
didapati bahawa penggunaan kalkulator saintifik mampu menyelesaikan permasalahan ini
kerana kalkulator merupakan alat yang bukan sahaja mampu membantu memudahkan
perhitungan yang banyak, malah dapat membantu pelajar mempercepatkan proses
menggeneralisasikan suatu konsep matematik melalui pengoperasian fungsi-fungsi dalam
kalkulator saintifik dengan baik. Secara tidak langsung, kemahiran penggunaan kalkulator
saintifik yang betul dan tepat pada masanya mampu menghilangkan ketakutan pelajar-pelajar
akan kegagalan perhitungan malah dapat menumbuhkan rasa percaya yang besar bahawa
masalah perhitungan matematik tersebut dapat mereka selesaikan dengan tepat. Justeru itu,
kajian ini dibuat untuk mengenal pasti keupayaan Modul SMART-FLIP ini dalam membantu
pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran penggunaan fungsi-fungsi kalkulator saintifik untuk
memudahkan penyelesaian masalah pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik.

5.2 Perbincangan

Hasil dapatan kajian telah jelas menunjukkan perlaksanaan Modul SMART-FLIP telah
memberi impak positif dan perubahan sikap yang ketara terhadap pembelajaran matematik
Algebra dan Statistik. Daripada hasil analisis keputusan ujian bertulis bagi kedua-dua
kumpulan sederhana dan kumpulan lemah, maisng-masing menunjukkan peningkatan yang
begitu positif dan terdapat perubahan markah yang signifikan selepas penggunaan Modul
SMART-FLIP. Mereka telah berjaya mengaplikasikan teknik-teknik yang disarankan dalam
Modul SMART-FLIP untuk mengoperasikan fungsi-fungsi yang sesuai dalam kalkultaor
saintifik Casio fx-570 ES Plus untuk menyelesaikan masalah pengiraan matematik Algebra dan
36

Statistik dengan lebih mudah dan cepa. Jadual berikut merupakan perbandingan cara
penyelesaian konventional dan cara Modul SMART-FLIP untuk soalan Matematik Statistik.
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Jadual 10 : Perbandingan Cara Penyelesaian Konventional dan Cara SMART FLIP

Question 1 : Find the mean and standard deviation of the following grouped data.
Load(kN) Number of cables
80 - 84 3
85 - 89 5
90 - 94 11
95 - 99 14
100 - 104 9
105 - 109 5
110 - 114 3

Cara Konventional Cara SMART FLIP

Step 1
Construct the Frequency Distribution Set STAT MODE and insert the values as
Table shown in table in the form of { ( Class
to get the value of  fx and  fx2 . mark,Frequency) }
{ (82, 3), (87,5), (92,11), (97,14), (102,9),
(107,5), (112, 3} }
Class
f fx fx2
mark x On STAT MODE
82 3 246 20172 and FREQUENCY
87 5 435 37845
92 11 1012 93104
97 14 1358 131726 Press
102 9 918 93636 SHIFT

107 5 535 57245


112 3 336 37632 1 2

to input data
TOTAL 50 4840 471360

 fx  fx2
37
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

To get values of  fx
2

3 Press SHIFT 1 3
A

 Pelajar selalu
1 =
menghabis banyak
masa ( sekurang-
kurangnya 10 MINIT
untuk mengira nilai
dan
dengan membina To get values of  fx
Frequency 4
Press AC SHIFT 1 3
Distribution Table

 Ada risiko kira nilai 2 =

yang salah

 Tiada markah
diperuntuk untuk
Frequency
Distribution Table

Pelajar boleh mendapat nilai  fx


dan  fx2 dengan cepat dan tepat
tanpa membuat perhitungan yang lama

4840
Mean, x   96.8kN
50

1 

 fx 
2
  1  4840 2 
Standard deviation   fx 2
  471360  
 f  1   f  50  1  50 
38
Page

= 7.62 ( 3s.f)
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Langkah penyelesaiaan yang disarankan dalam Modul SMART-FLIP boleh mengurangkan


risiko salah kira nilai dan pelajar tidak perlu membuang masa yang banyak untuk mengira
nilai melalui pembinaan Frequency Distribution Table dalam cara konventional.

Pelajar boleh merujuk Modul SMART-FLIP dalam bentuk flipbooks di Google


Classroom, WhatsApp atau di https://www.flipsnack.com/hclimkmj2018/ melalui pautan yang
diberikan oleh pengkaji. Rajah 6 merupakan contoh modul penyelesaian dalam Modul
SMART- FLIP bagi topik Solving Simultaneous Equations Of 3 Unknowns.

Rajah 6: Modul Penyelesaian Solving Simultaneous Equations Of 3 Unknowns


Dalam Modul SMART-FLIP

Pelajar-pelajar boleh mencapai Modul SMART- FLIP mengikut kesesuaian topik pada
aplikasi online flipsnack melalui pautan yang disalurkan oleh pengkaji dalam WhatApps atau
Google Classroom . Pelajar tidak perlu menyimpan fail dalam gajet pintar masing-masing dan
hanya klik pada pautan pada bila-bila masa mereka memerlukannya. Rujuk Jadual 11 untuk
pautan mengikut topik penyelesaian.
39

Di samping itu, pelajar juga boleh menonton rakaman video tentang cara pengoperasian
Page

fungsi-fungsi Algebra dan Statistik dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus mengikut
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

topik penyelesaian seperti yang tertera dalam Rajah 7 melalui telefon pintar. Rakaman video
ini membolehkan pelajar-pelajar mengikuti langkah-langkah pengoperasian fungsi-fungsi
kalkulator dengan lebih jelas dan sistematik. Rakaman video ini bukan sahaja boleh dijadikan
bahan e- rujukan untuk tatapan pelajar, mereka juga boleh memuat turun fail-fail video ini dan
menyebarkannya kepada pihak –pihak lain melalui aplikasi WhatsApp pada bila-bila masa
sahaja. Secara tidak langsung, sebaran ilmu secara meluas tanpa batasan telah dijalinkan dalam
komuniti dalam atau luar kolej.

Jadual 11 : Pautan Untuk Melayari Modul SMART -FLIP Di Aplikasi Online Flipsnack

Bidang Topik Pautan Modul SMART FLIP


Matematik Solving https://www.flipsnack.com/hclimkmj2018/flipbook-
Algebra Simultaneous simultaneous-equation-f719w558t.html
Equations Of 3
Unknowns
Factorization Of https://www.flipsnack.com/hclimkmj2018/flipbook-
Polynomial polynomial-degree-3.html
Degree 3
System of Linear https://www.flipsnack.com/hclimkmj2018/flipbook-
Equation in matrices-calculation.html
Matrices
Matematik Data Descriptive https://www.flipsnack.com/hclimkmj2018/smart-
Statistik for Mean and casio-in-statistics.html
Standard
Deviation
40
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Rajah 7 : Rakaman Video Untuk Rujukan Pelajar Mengikut Topik Penyelesaian

Setelah mahir memanipulasi kalkulator saintifik dalam penyelesaian masalah matematik,


kerja-kerja pengiraan yang rumit dan panjang boleh dipermudahkan malah boleh memperolehi
jawapan yang betul dan tepat dalam masa yang singkat. Keputusan ujian pasca yang meningkat
ini juga secara tidak langsung telah membuktikan bilangan kes kesilapan pengiraan dalam
masalah pengiraan Algebra dan Statistik telah dikurangkan ke tahap minimum. Secara tidak
langsung, kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah pengiraan Algebra dan Statistik
juga berjaya dipertingkatkan melalui penggunaan Modul SMART-FLIP ini.

Berdasarkan maklum balas pelajar, majoriti memberi reaksi positif terhadap


penggunaan Modul SMART-FLIP. Ramai yang memberi komen positif bahawa modul ini telah
banyak membimbing mereka tentang tatacara penggunaan fungsi-fungsi kalkulator saintifik
bagi memudahcarakan penyelesaian masalah pengiraan matematik Algebra dan Statistik. Oleh
kerana e-panduan ini disusun mengikut topik penyelesaian, kemudahan ini boleh menjimatkan
masa mereka untuk mengakses topik yang mereka hendak capai dengan cepat dan mudah. Ada
pula komen yang menyatakan Modul SMART- FLIP ini bagai “Guru Maya” yang boleh mereka
rujuk pada bila-bila masa dengan hanya 1 klik pada pautan berkenaan melalui telefon pintar
seperti tertera dalam Rajah 8.
41
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Rajah 8 : Perkongsian Modul SMART-FLIP Secara Global

Rajah 6 : Perkongsia

n Modul SMART FLIP Secara Global

Pengkaji memandang hikmahnya cara pembelajaran berpandukan alatan teknologi


sebagai alat bantu penyelesaian masalah ini sangat berkesan untuk memantapkan kemahiran
penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar generasi digital ini sehingga mendapat jawapan
penyelesaian dengan mudah, cepat dan tepat. Adanya kalkulator saintifik sebagai alat bantu
penyelesaian, pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan
penyelesaian masalah. Mereka tidak lagi dibebani dengan pengiraan yang panjang lebar dan
rumit. Apabila masalah pengiraan telah diatasi, pelajar generasi digital ini akan merasai
keseronokan mempelajari matematik. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar
supaya lebih ingin tahu dan kreatif, memotivasi dan membina keyakinan diri pelajar untuk
menyelesaikan masalah matematik. Dengan adanya Modul SMART -FLIP ini, pelajar-pelajar
42

generasi digital ini dijangka dapat menguasai kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi dalam
Page

kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus yang berkaitan dengan Matematik Algebra dan
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

Statistik dengan baik dalam membantu mereka menyelesaikan masalah pengiraan yang rumit
dan panjang.

5.3 Implikasi Kajian

Berdasarkan dapatan kajian , implikasi yang diperolehi ialah pendidik dapat mengesan pada
peringkat awal masalah-masalah pengiraan dalam Matematik Algebra dan Matematik Statistik
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Kolej Matrikualsi Johor yang memiliki kalkulator saintifik
tetapi tidak mahir mengoperasikan fungsi-fungsinya. Implikasi ini boleh membantu pelajar
yang lemah komputasi untuk hilang rasa ketakutan dan fobia malah memupuk keyakinan dan
minat semula terhadap subjek matematik Algebra dan Statistik. Dari segi masa pembelajaran,
pelajar boleh menjimat banyak masa untuk membuat perhitungan secara konventional yang
banyak dan berlarutan. Mereka boleh memperluangkan lebih banyak masa untuk menganalisis
masalah matematik dan membuat konsep matematik yang lebih mendalam.

Modul SMART-FLIP ini merupakan suatu pendekatan yang sesuai dengan citarasa
pelajar generasi yang celik digital ini dan ia akan menyenangkan generasi –digital ini untuk
belajar menguasai kemahiran mengoperasikan fungsi-fungsi kalkulator saintifik ini dengan
lebih baik dan berkesan. Konsep pembelajaran ini mampu mendorong pelajar-pelajar
mengakses teknologi digital untuk membolehkan maklum balas pemnelajaran yang tepat pada
masanya( just-in-time) di samping berperanan sebagai “pakar rujuk elite” setia yang boleh
dicapai pada bila-bila masa di mana-mana sahaja melalui kemudahan digital.

Impak daripada penyelesaian masalah pengiraan ini, para pendidik mampu mewujudkan
suasana kesoronokan mempelajari matematik dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi
Johor. Hasil kajian ini telah menggunakan kemudahan digital untuk meningkatkan penglibatan
dan motivasi dalam pembelajaran. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan keberhasilan
pengajaran dan pembelajaran yang maksimum melalui peningkatan keputusan Peperiksaan
Semester Program Matrikulasi nanti jika masalah pengiraan seperti topik Statistik, Matrik,
Polinomial dan Persamaan Serentak dapat diselesai dengan baik dengan bantuan kalkulator
saintifik.
43
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

5.4 Cadangan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian ini, berikut merupakan beberapa cadangan untuk kajian
selanjutnya.

a) Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Modul Sains Program
Satu Tahun Matrikulasi Kolej Matrikulasi Johor sahaja. Kajian ini boleh diulangi bagi
semua Modul Sains Program Tahun Matrikulasi ke semua kolej matrikulasi di seluruh
Malaysia untuk menguatkan dapatan kajian ini lagi.

b) Kajian ini juga tertumpu kepada pelajar sederhana dan lemah Modul Sains. Kajian ini
juga perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang berada di kelas beraras tinggi pada
Program Satu Tahun yang sama untuk menguji adakah mereka menghadapi masalah
yang sama dalam mengoperasikan fungsi-fungsi dalam kalkulator saintifik.

c) Menambahkan bilangan saiz sampel yang dipilih untuk kajian ini. Ini kerana bilangan
saiz sampel yang lebih ramai akan memberikan gambaran yang lebih jelas dan
menyeluruh bagi kajian yang dijalankan ini. Lebih baik lagi kalau melibatkan pelbagai
kolej matrikulasi dari berlainan tempat.

d) Memperluaskan skop penyelesaian masalah pengiraan dalam Modul SMART FLIP ke


topik Calculus, Probability, Trigonometry dan sebagainya.

e) Kajian ini juga boleh diubahsuai dengan menjadikan suatu kaedah yang boleh
digunapakai untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan kemahiran
menyelesaikan masalah pengiraan dalam matematik sekolah menengah atau sekolah
rendah.
44
Page
Penggunaan Modul Smart-Flip Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menyelesaikan Masalah Pengiraan Matematik Algebra Dan Statistik
___________________________________________________________________________________________________________________

5.4 Rumusan

Semoga kajian ini mampu memberi bimbingan belajar kepada pelajar-pelajar yang
masih tidak menguasai kemahiran penyelesaian masalah pengiraan dalam Matematik Algebra
dan Matematik Statistik. Adalah menjadi harapan pengkaji bahawa Modul SMART- FLIP yang
dihasilkan ini mampu membimbing pelajar-pelajar untuk mengoperasikan fungsi-fungsi sedia
ada dalam kalkulator saintifik Casio fx-570 ES Plus dengan baik tanpa membawa dampak bagi
mereka yang mengakibatkan ketergantungan kalkulator (Mental Kalkulator).

45
Page
RUJUKAN

Allsopp, D., Kyger, M., & Lovin, L. (2007). Teaching mathematics meaningfully: Solutions
for reaching struggling learners. Baltimore, MD: Brookes Publishing

Azizi Yahaya Et. Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis &
Interpretasi data. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Bernard (1991)– Compelling Case For Calculators. Jurnal Arithmetic Teacher Volume 38,
Sept 1990- March 1991.

B. Milman, Natalie. 2012. The Flipped Classroom Strategy What is it and How Can it Best be
Used?. Jurnal Internasional Volume 9, Issue 3 : The George Washington University.

Colin(1982). “Teaching Mathematics : Calculators in the classroom by Michael Cornelius,


ed., New York: Nicholas Publishing Co. p. 136

Dila(2012). Keberkesanan Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah


Rendah. http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50423

Erliza(2016). Penggunaan Kalkulator Dalam Pembelajaran Matematika.


http://belajarsemuabelajar.blogspot.com/2016/10/penggunaan-kalkulator-dalam.html.
Diakses pada 30 September 2018

Evseeva, A. & Solozhenko, A., 2015. Use of Flipped Classroom Technology in Language
Learning. XV International Conference "Linguistic and Cultural Studies: Traditions
and Innovations", pp. 205-209.

Dylmoon (2000). Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran Matematik Sekolah Dasar


ClIkrawlIla Pendidilcan No.7, rllhun XVI, Indonesia

Effandi,Z & Sabri,A.2009. Exploring Matriculation Students’ Metacognitive Awareness and


Achievement in Mathematics Course. The International Journal of Learning, 16(2) :
333-347

Johari, H & Yeong WC(2014). Keupayaan Dan Kelemahan Menyelesaikan Masalah


Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Master thesis, Falkuti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Liu, Shiang &Tung( 1993). Effects of Teaching Calculator Use and Problem Solving
Stategies on Mathematics Performance and Attitude of Fifth-Grade Taiwanese Male
and Female Students (China), Dissertation, USA: Memphis State University.
Marzita(2012). SME6044: Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik.
http://timss-k3.blogspot.my/2012/05/keberkesanan-penggunaan-kalkulator.html

Marzita & Rohaidah(2003). Geometer Sketchpad: Penggunaannya Di Dalam


Pembelajaran Matematik Tambahan.
http://Pustaka2.Upsi.Edu.My/Eprints/620/1/Geometer%20sketchpad%20penggunaannya
%20di%20dalam%20pembelajaran%20matematik%20tambahan.Pdf

Ramdania, D. R., Sutarno, H. & Waslaluddin, 2013. Penggunaan Media Flash Flip
Book dalam Pembelajaran Teknologi Informasi dan Komunikasi untuk
Meningkatkan Hasil Belajar Siswa. Master thesis, Pendidikan Ilmu Komputer,
Madrasah Aliyah Al-Hidayah Cikancung

Roehl, Amy, Shweta Linga dkk. 2013. The Flipped Classroom: An Opportunity To Engage
Millennial Students Through Active Learning Strategies. Texas : Christian University
Jurnal Internasional Vol. 105. No. 2. 2013 JFCS.

Sakinah. (2012). Penggunaan Kalkulator dalam Pembelajaran Matematika di


SD.https://sakiiiinah.wordpress.com/2012/03/09/penggunaan-kalkulator-dalam-
pembelajaran-matematika-di-sd/ Diakses pada 5 August 2018

Sugianto, D., Abdullah, A. G., Elvyanti, S. & Muladi, Y., 2013. Modul Virtual: Multimedia
Flipbook Dasar Teknik Digital. INVOTEC, IX(2).
Penggunaan Modul SMART FLIP Untuk Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik__________________________LAMPIRAN 1

Name ____________________________ Group : ______________________________

PRE-TEST / POST TEST

Contents: Factorization of Polynomials Degree of 3 / Solving Simultaneous


Equation / Matcies / Statistics
Answer all the questions. Scientifix Calculator are allowed for all the
calculations purpose.

Skills Questions
Solving
Simultaneous Q1. Solve this system of three equations in three unknowns:
Equation x yz 4
x  2 y  3z  6
2x  3 y  z  7

Q2. Solve this system of equations


x  y  1 z
8x  3 y  6z  1
1  4 x  y  3z  0

Factorization of
Polynomials Q3. Factorized the polynomials P( x)  x 3  5x 2  2 x  24
Degree of 3
completely.

Q4. Given the polynomials f ( x)  3x 3  x 2  20 x  12 .


Factorize f (x ) completely.

Q5. Given the following matrices, find the product BA

Matrices

Q6. Given the two matrices,

Evaluate the matrix product of 4 AB .


Penggunaan Modul SMART FLIP Untuk Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Pengiraan Matematik Algebra dan Matematik Statistik__________________________LAMPIRAN 1

1 2 1 
 
Q7. Given A  2 1 2 . Evaluate A  4 A  I ,
2
 
1 2 2

where I is a 3 3 identity matrix.

Q8. These data represent the numbers of cities served on


Statistics non stop flights by Air Asia Airlines. Find the mean and
standard deviation.

38 41 25 32 13 19 18 28 14 29

Q9. The following data represent the number of children in


30 families.

Number
of 0 1 2 3 4 5
Children
Number
of 3 5 7 6 5 4
families

Calculate the mean and standard deviation for the above ungroup data.

Q10. Find the mean and variance for the following group
data.

Marks Frequency

15 -19 8
20 - 24 12
25 - 29 15
30 - 34 25
35 - 39 26
40 - 44 18
45 - 49 16

End of Question Paper

Anda mungkin juga menyukai