Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

18 OKTOBER 2019 (KHAMIS)

PERKARA PENERANGAN
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4 & 5 (Kelas Bercantum)
Masa : 08.00 – 09.00
Tahun Tahun 4 Tahun 5
Tajuk/Tema Gaya Hidup Mesra Alam
Standard Kandungan 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran 1.7.2 Berbicara dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis
Objektif Pengajaran dan Murid dapat mengemukakan sekurangnya Murid dapat mengemukakan
Pembelajaran tiga pendapat tentang amalan mesra alam sekurangnya lima pendapat tentang
dengan punca dan kesan yang sesuai. amalan mesra alam dengan punca dan
kesan yang sesuai.
Aktiviti Pengajaran dan i. Murid menonton tayangan video berkaitan manusia dan alam sekitar. Guru
Pemudahcaraan mengaitkan bahan dengan tema PdPc.
ii. Secara individu, murid membaca petikan teks yang diedarkan oleh guru secara
mekanis (kuat). Murid mengenalpasti kata kunci berkaitan amalan mesra alam
dalam petikan.
iii. Secara berkumpulan, murid melengkapkan jadual berkaitan amalan, kesan dan
akibat gaya hidup mesra alam berpandukan petikan teks.
iv. Murid memindahkan maklumat di dalam jadual yang telah lengkap kepada peta
pelbagai alir (peta i-Think). Murid melekatkan hasil kerja di hadapan kelas.
v. Secara berkumpulan, murid menjalankan aktiviti Gallery Walk dan setiap wakil
kumpulan perlu membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
vi. Guru mengadakan aktiviti pemulihan/pengayaan dan merumuskan sesi PdPc
Pengisian Kurikulum : Nilai ; Berhemat Ilmu ; Pendidikan Alam Sekitar
KBT ; KB – Mengecam KP ; Verbal-linguistik
Media Bantu Belajar : Komputer riba, buku teks, kertas a4, pen marker
Kriteria Kejayaan :Murid mengemukakan pendapat tentang amalan mesra alam dengan punca dan kesan
yang sesuai.

Refleksi