Anda di halaman 1dari 4

Memberi makan orang miskin

Ayat-ayat pertama ditemui di dalam al-Qur'an mengenai memberi makan kepada orang miskin
beri kesedaran bahawa ia merupakan amalan yang penting dalam agama, dilakukan untuk
menebus sesuatu yang tidak dapat dilaksana dengan penuh dalam sesuatu ibadah, atau kesalahan
dalam buat sesuatu janji.

Dalam ibadah puasa Ramadan, perbuatan memberi makan orang miskin dikenakan untuk
menebus hari-hari yang tidak dapat berpuasa, apabila tidak dapat diganti dengan berpuasa pada
hari-hari lain. Perbuatan itu adalah umpama buat kebaikan. Firman Tuhan,

"(Puasa Ramadan) Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit,
atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain; dan bagi
orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi
lebih baik baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa
adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu." (2:184)

Selain puasa ia jadi salah satu daripada penebus bagi sumpah yang tidak dapat dijaga. Kali ini 10
orang miskin pula yang dihendaki untuk diberi makan, dengan makanan yang biasa diberi
kepada keluarga. Ayat yang menjelaskan berbunyi,

"Allah tidak pertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja,
tetapi Dia pertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-
sumpah itu. Penebusnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan
makanan yang biasa kamu beri keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau
merdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak dapatkannya, hendaklah dia berpuasa
tiga hari. Itu penebus bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah
sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya
kamu berterima kasih." (5:89)

Sedikit penjelasan lanjut mengenai sumpah. Ia didapati dikaitkan dengan perjanjian. Antara ayat-
ayat yang menunjukkan kaitan tersebut adalah dua yang berikut. Salah satu daripadanya
menyebut Perjanjian Allah, yang antara lain merangkumi perjanjian antara sesama manusia,
contoh, perjanjian dalam hutang-berhutang (3:75-77). Ayat-ayat dimaksudkan adalah:

"Tetapi jika mereka mungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan
mencela agama kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang tidak
percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti." (9:12)

"Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu buat perjanjian, dan jangan langgar
sumpah-sumpah setelah kukuhkannya, dan kamu buat Allah penjamin kamu;
sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat." (16:91)
Dan, amalan memberi makan orang miskin sebagai penebus didapati dituntut dalam ibadah Haji.
Ia dituntut setelah lakukan kesalahan membunuh binatang buruan. Selain tuntutan itu, kesalahan
tersebut dapat ditebus dengan berpuasa atau mengorbankan binatang ternak. Firman Allah.

"Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam
haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya
dengan yang serupa apa dia bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua
orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau
penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam
puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang
telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah
Perkasa, Pendendam." (5:95)

Demikianlah itu adalah tiga ayat pertama ditemui atas perkara memberi makan orang miskin.
Kesemuanya mengenai penebus. Terdapat satu lagi ayat agak berkaitan, tetapi terletak jauh ke
dalam kandungan al-Qur'an, iaitu mengenai menzihar isteri pula. Atas kesalahan itu,
hukumannya ialah merdekakan seorang hamba, atau berpuasa dua bulan berturut-turut, atau
memberi makan 60 orang miskin! Itu adalah Hudud Allah, disebut di dalam ayat-ayat berbunyi,

"Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik


kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan merdekakan seorang
hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dengan itu kamu ditegurkan;
dan Allah sedar apa kamu buat.
Tetapi sesiapa yang tidak dapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan
berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang
tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu,
supaya kamu percayai Allah dan Rasul-Nya. Itu hudud (had-had) Allah; dan bagi
orang-orang tidak percaya, azab yang pedih." (58:3-4)

Amalan memberi makan orang miskin tidak terbatas dalam hal penebus sahaja. Ia jadi tuntutan
dalam agama Allah. Sesiapa yang mempecayai-Nya diberi tanggungjawab tersebut. Kesalahan
bukan sahaja dalam tidak melaksanakannya malah dalam tidak menggesa orang lain untuk buat
demikian juga! Atas kesalahan tidak menggesa orang lain, pesalah diterangkan sebagai tidak
percayai Allah Yang Agung! Ini berat. Firman-Nya,

"Sesungguhnya dia tidak pernah percayai Allah Yang Agung, Dan dia tidak menggesa
untuk memberi makan orang-orang miskin." (69:33-34)

Perbuatan tidak menggesa selanjutnya disamakan dengan mendustakan Agama pula. Ini juga
berat. Firman-Nya, "Sudahkah kamu lihat dia yang dustakan agama (Pengadilan)? Itu dia yang
menolak anak yatim, Dan tidak menggesa memberi makan orang miskin." (107:1-3)

Orang-orang yang tidak menggesa memberi makan orang miskin di samping tidak memuliakan
anak yatim akan disempitkan rezeki oleh Allah. Sila lihat ayat-ayat berikut:
"Tetapi apabila Dia mengujinya, dan menyempitkan rezekinya baginya, maka dia
berkata, 'Pemeliharaku menghina aku.' Tidak sekali-kali! Tetapi kamu tidak
memuliakan anak yatim, Dan kamu tidak menggesa memberi makan orang miskin,"
(89:16-18)

memberi makan orang miskin adalah sebenarnya termasuk dalam amalan-amalan menyembah
Allah, kerana jika tidak dilakukan adalah serupa dengan tidak menyembah-Nya. Orang-orang
yang tidak lakukannya adalah berdosa dan dimasukkan ke dalam Saqar (neraka), dan kekal di
dalamnya. Firman Allah,

"Mengenai orang-orang yang berdosa, 'Apakah yang mengasakkan kamu ke dalam


Saqar?' Mereka berkata, 'Kami tidak termasuk orang-orang yang menyembah, Dan
kami tidak memberi makan orang-orang miskin,'" (74:41-44)

Namun, terdapat manusia yang enggan menafkah daripada apa yang Allah rezekikan mereka
dengan memberi makan orang miskin. Gesaan orang-orang yang percaya ditolak dengan
menyatakan bahawa Allah boleh beri mereka makan! Atau yang serupa kata-katanya. Dia
jelaskan,

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Nafkahkanlah daripada apa yang Allah
rezekikan kamu', orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang
percaya, 'Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak,
Dia memberinya makan? Kamu hanya dalam kesesatan yang nyata!'" (36:47)

memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim kerabat yang dekat, atau orang miskin
dalam penderitaan, adalah antara pendakian yang didaki untuk mencapai darjat Orang Kanan.
Dewasa ini hari kelaparan berlaku di sana sini di dunia ini. Tanpa memanjangkan lagi ceritanya,
diturunkan ayat-ayat berkenaan di bawah ini:

"Namun begitu, dia tidak mendaki pendakian, Dan tahukah kamu apakah ia
pendakian? merdekakan seorang hamba, Atau memberi makan pada hari kelaparan,
Kepada anak yatim kerabat yang dekat, Atau seorang miskin dalam penderitaan.
Kemudian dia termasuk antara orang-orang yang percaya, dan saling berwasiat untuk
sabar, dan saling berwasiat untuk menjadi yang berpengasihan. Mereka itulah Teman
Kanan." (90:11-18)

Maka manusia berlumba-lumba dalam pendakian, lalu menafkah melalui memberi makan orang
miskin, dengan tanpa hendak balasan atau kesyukuran daripada mereka, tetapi hanya kerana
mencintai-Nya serta mengharapkan Wajah (sokongan) Allah. Disudahi dengan firman berbunyi,

"Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak
yatim, dan tawanan, 'Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana
mengharapkan Wajah Allah; kami tidak hendak balasan daripada kamu, dan tidak
juga kesyukuran,'" (76:8-9)
Allah disanjung!

Penulis Bacaan
13 Mei 2011

Artikel / English Articles


Halaman Utama Terkini Perpustakaan Bacaan E-Mail Hiasan Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar Penemuan Soalan Lazim Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman

Anda mungkin juga menyukai